Wednesday, April 24, 2024

Resepi Daging Masak Hitam


resepi credit to SEHGAR

ambik dari FB




 









Tuesday, April 23, 2024

Happy Birthday To me



Selamat Hari Jadi tuk sendiri
yang ke berapa tu jangan tanya ek
segan hakak nak habaq
yg pasti dah sunset ni

ni kek kawan sekeja bagi semalam
kek cokelet yang sedap
langsung tak manis
dah sunset ni
cukup lah sekadar kek camni kan
kang beli sebiji
takda yang makan





nii BFF bagi
set mug 
cantik!!
sebab masih banyak mug
takmau guna
aku nak letak jadi perhiasan

dari sorang colleague lagi
dia bagi lah duit
seronok!!





so sebab aku cuti hari ni
semalam plan dgn 2 orang SIL tuk breakfast sama
selepas hantar anak2 ke sekolah

aku dan apak datang awal
SIL yg jauh dtg kemudian
stranded kat traffice jam
pastu baru mak n another SIL dtg
SIL ni keja shift malam tadi
(mak cek in kat rumah dia
temankan mak dia jaga bebudak)


ok puan birthday order breakfast ni
bersama Suhun




chee cheong fun




roll century egg



takda snap pic yg lelain makan
sibuk pokpet pokpet

lepas tu beli lah souvenir sarung pen
nak bawa pi singapore nanti
ada exchange programme
organised by Singapore Bank Employee Union (SBEU)


jalan2 
masih ada 2 jam sebelum menjemput dak ava
jom kita makan cendol
panas betul cuaca hari ini


cendol susu
fuh!!
refreshing!




tak sah tak makan rojak
dan cucur campur


 



ni pun tengah makan sate
dgn nasi himpit
{malas nak snap}


so birthday tahun ni
aku makan saja saja saja

alhamdulilah atas rezeki
semoga dgn bertambahnya usia ini
akan sentiasa sihat walafiat
murah rezeki
amiin





Falsafah Sempoi



credit to Kisah Zaman Now


pic ambik dari FB



 

Monday, April 22, 2024

Mengantuk Mengantuk, Nak Tido Mana


hah

ni macam aku lah ni


hari2 macam ni

malam taknak tido

siang masa keja mengantuk



 

Sunday, April 21, 2024

Lain Di Mulut Lain DiHati

berdekah sendiri bila tengok tajuk previous entry
tu lah bila fikiran dan perbuatan tak serasi

hari kejadian memang aku masak ayam kurma
dan nasi hujan panas
tuk kwn2 opis
dan kwn2 meeting Union

tapi hakikatnya dalam kepala
masih nak makan ayam masak merah
seperti yg dimasak hari raya pertama 
tu lah lain dihati lain difikiran

dan ni umpama
dihati kata sayang
tapi mulut kata benci
ittuuuuuu dia!!!!
hahaaa

tapi tu lah yang sering terjadi kat aku
selalu sangat
lain yang plan nak buat
lain lak yg dibuat

pergi money changer
memang berbulan2 dah set
nak tukar SGD 
tapi bila sampai kat counter tu
terus kata nak tukar Brunei Dollar
aku minta lah note 50-50
dia minta IC tuk record
dalam tunggu 3 4 mins camtu
tetiba tersedar!!!!!

eh boy tadi saya kata nak tukar duit SGD ke BND
BND!
siap!!!
salah2, saya nak tukar SGD
tambah RM2 lagi
fuhh!!! nasib sempat sedar
kang dah sampai rumah sedar
mana nya dia nak tukar lagi

drive guna jalan satu ni
sebab nak beli minyak kereta
pot pet pot pet
dah sampai rumah!!!!
ehh

kat opis 
susah2 pi turun ground floor
nak ambik barang kunun
pastu pot pet pot pet
kena gurau senda dgn kwn2
naik atas sengih2
dah duduk tempat sendiri
ehhhhh... yang nak diambil 
masih tak diambil!!!






aduhaiiiiii
faktor umur lah tu
makin sunset
makin tak boleh nak multitask sangat otak
nasib baik keja masih ok
just kena selalu tulis note
what next and what next
kalau tak, terus sequence dia lari
or miss