Friday, January 22, 2010

Emm nak update tentang apa eh hari ni?? Seharian bila ingat blog rasa banyak juga perkara serta perdapat yang nak dikongsi bersama tapi bila dah depan PC, takda idea pula or tatau camna nak mula?? Tah lah aku sendiri confuse. Mungkin sebab mind dah leka dengan games kat FB kot or sebab ngah menghayati drama korea kat tv. Tu ler pasal takda idea.

Pagi tadi aku baca kat satu blog, pamerkan perbualan kat FB tentang seorang perempuan ni yang tension sebab laki dia diganggu or digoda dek perempuan yang berasal dari Sarawak. Fine, tu memanglah biasa kan, for sure sesapa pun if mempunyai pasangan yang sedang digoda or sedang mengoda orang lain pasti tension dan sakit hati. Tu semua aku faham, cuma cara perempuan tu express perasaan dia kat kekawan dia di FB sangat tidak bermoral dan boleh mengugat sifat yang boleh mempecah belahkan masyarakat.

Bagi aku perempuan tu jenis yang bercakap tak menggunakan otak dan tak bertamadun. If depan muka tanpa ragu2 aku akan koyak2 mulut dia ni. Kalau pun sakit hati tu jangan lah menghina dan membabitkan orang lain, terutama sekelompok masyarakat.

"Tapi perempuan Sarawak kebanyakkannya slut dan bitch, dah lah kampung, hutan lagi tu. benci aku!!"

Dia seharusnya buka mata dan fikiran luas2. Aku rasa lah dia memang tak pernah pergi "Kampung dan Hutan" yang bergelar Sarawak ni. Kat Sarawak ni, kita tinggal atas pokok, naik guna elevator or if pokok yang dah tinggi lebih dari 4 tingkat bangunan tu, kita guna lif tau. Laptop or computer kita diperbuat dari kayu dan mouse dia dari batu. Kalau nak pergi mana2 senang je sambung je ujung rambut dengan ujung saluran burung so boleh lah terbang cam dalam Avatar tu.

Wahai perempuan, aku doakan kau 33 tahun hidup dalam mimpi ngeri. Cukup ke 33 tahun? Cukuplah hah. Rasanya dia pun dah tua.

Kita ni hidup bermasyarakat. Tak kiralah kat Sarawak ke Sabah ke Semanjung Malaysia ke, kita tetap sama kan. Tak perlu lah nak panggil slut2 bitch2 tu semua. Hidup kat kampung ke kat hutan ke, seharusnya bersyukur kerana masih diberikan hayat. Mungkin lah perempuan tu orang bandar tapi apa bezanya dengan kampung? Kan sebuah bandar tu asalnya adalah kampung. Kau ingat tanpa perlu bersihkan hutan kampung tu semua dulu, bangunan yang bertingkat2, bandar tu boleh tercipta?? No! No! No!

Aku tak faham lah dengan sikap segelintir masyarakat yang sering menganggap orang2 Sarawak ni masih tinggal di atas pokok. Dah berpuluh2 tahun merdeka pun masih tatau lagi keadaan negara sendiri! Sangat memalukan!!

Emotional? Takda lah aku emotional cuma tu lah kesian dengan perempuan yang tak berotak ni, anggap diri orang moden tapi pemikiran kolot!

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)