Sunday, January 31, 2010

Selepas tengok CSI Miami, 3.00pm terus turun town cari makan. Bengang gak fikir mana nak cari makan ni ya lagipun tatau nak makan apa. Weekend, memana shopping mall sure ramai orang dan susah cari parking. Ni lah yang aku malas. Akhirnya pergi Boulevard Hypermart, puhh!! ramainya orang. Parking pun susah, after seround shopping mall tu aku plan parking masuk bawah tanah je. If penuh keluar balik je lah. Surprisingly masih banyak parking lah kat bawah ni. Ni mesti ramai yang confuse dengan signboard yang kat luar tu terpacak kat tepi extrance dengan notice parking penuh. Yeyeyeyee!!!



Pandangan dari tingkat 4. Issk!!! Gayat aku! Tak larat cari angle yang ok skit tuk snap2 bertapa ramainya orang. Kebetulan everywhere ada offer CNY.

Tujuan aku lak, sudah semestinya makan. Makan Mee Udon!





Sedap tau mee ni tapi eh.... kat picha ni semacam je kan. Tak berani aku nak tulis pa menda. Korang fikirlah sendiri ya, if tau, ssshhhh........... simpan dalam hati ek :)



Yang sushi ni seksa makan tau sebab sauce tu ada wasabi. Masa masuk kat mulut, pejam celik dan keluar air mata. Hidung pun pelik semacam. Hate the feeling!!!!



Nasib ada Yam Latte yang sedap dibeli dari Tea Box ni. Minum je ni terus lega hidung dan mata.



Kopi 3 suku gelas RM2!!!! Caitt!!!



Walaupun kat mall ni ramai orang tapi kat gerai makanan lengang je. Hoh!!! 3.30pm lah, mostly orang dah makan tengahari ler.

Eh, actually boulevard ni ada taman kat open space yang berhampiran dengan tempat makan tu. Or dengan kata lain, tempat orang merokok sebab open space, takda ekon. Lama gak tak menjenguk kat sini.





See, no bad kan. Tenang mata memandang cuma tu lah yang tak best nya. Kat sudut2 tu tempat para remaja curi2 merokok baik lelaki atau perempuan.

Tu lah saja aktiviti aku hari ni selain dari duduk ngadap PC dan TV. Sekarang ngah tengok Dance India Dance season baru. Walaupun tak reti pa diorang cakap aku masih khusyuk gak tengok sebab ada Terence, mentor yang handsome. Disebabkan aku tengok Terence ni terlebih dahulu dari aku tengok Cyril simple magic so aku rasa lah Cyril tu ada iras2 Terence. Yang pasti, dua2 handsome, nice so see........ :p

zzzyy

Saturday, January 30, 2010

Semalam selepas mandi malam, terfikir apa nak buat ya?? Dinner belum sebab perut pun belum lapar lagi.

Jenguk dapur, eemmm....... timbul satu idea.



Over cooked banana. Cut it into pieces.



"Roti kaben" of generally known as Hup Seng Cracker. Ada memacam jenis actually tapi aku dah biasa beli brand ni ataupun Jacob.



Lacto Fiber ni beli kat Tupperware. 1st time aku beli, kunun tuk membuang unwanted excess kat badan lah.



Masukkan pisang, roti kaben dan sesudu lacto fiber ke dalam blender.



Masuk 2 tudung sirap perisa pisang.



Segelas air masak.



Pastu blend semua! Sebab nak rasa sejuk, aku masukkan beberapa ketul ais.

Hasilnya..............





Taaaraaaa.............. segelas juice yang pekat. Rasa ok2 lah but mungkin ni lah kali pertama dan terakhir aku buat.

Yang tak best nya sebab pekat sangat disebabkan fiber tu. Makin lama disimpan makin pekat. Kau orang fefaham lah camna rasa fiber tu. Agak mengelikan tekak dan if dibiarkan saja dalam air ianya akan menjadi semakin banyak dan tak sedap langsung tuk di telan!!

Sebenarnya aku buat ni sebab menunggu...........



Chicken wing panggang yang sedap ni masak!!!!!
Nom!! Nom!! Nom!!! <<--sound ni adalah sound ketika makan kat game Cafe World di FB.


Happy Weekend!!!

zzzyy


Hati berkobar2 nak update blog tapi n3 tentang apa yang harus aku bentangkan ya??
Kadang2 rasa banyak sangat kat minda yang nak ditulis tapi sering terbantut tatau mana nak start. Itulah kekadang jadi merapu sebab cerita sekejap2 ni sekejap2 tu. Bila baca balik, sendiri pun jadi confuse. Adakah sangat susah tuk menghasilkan sebuah blog yang seronok dibaca??

Bagi aku kalaulah boleh aku nak blog aku sebuah blog yang pelbagai. Ada cerita family, isu kerja maupun isu semasa. Taknak lah asyik bercerita hal kisah kehidupan seharian saja. Kang nanti kehidupan aku terlalu expose kat public tak best gak kan (Aceceh macam lah ramai yang baca blog aku ni).

Kadang2 blog ni macam tempat melepaskan perasaan kan. Geram benci marah semua dilepaskan dan yang bestnya bila dah ketik ketuk tangan menaip tiap2 ayat tu dan berjaya dipost, sekurang2nya terasa lega skit kan. Walaupun tak ramai yang baca blog aku ni tapi sekurang2nya aku rasa aku dah dapat berkongsi perasaan dengan sesapa yang baca. Meskipun aku bukan lah selalu betul atau positif dalam sesuatu hal yang dibentangkan tapi itulah pendapat dan pandangan aku.

Hah, sekian saja lah idea yang aku ada. Terganggu dek cerita kat TV nun, dah terngangga tengok terus hilang semua idea.

zzzyy

Now is 10.21am, aku dah lawa2 depan PC minum kopi sambil makan buah empit yang mak kirim kat Apak and Jang yang baru datang sekejap tadi. Nanti if dah teduh skit hujan lebat ni, nak pi town temankan Jang beli Guitar. Mak bagi upah sebab dia kerja buat rumah dengan Apak masa cuti sekolah aritu.

Semalam plan nak balik kampung sebab mak kata dia ada beli buah empit (yang ni aku tatau apa nama lain dia) Rasanya cam biji kacang parang tapi lebih sedap lebih lemak. Buahnya warna hitam bujur sebesar ibu jari. Belah buah tu dan ambik biji didalamnya. Sedap tuk campur lauk tapi aku lebih suka if makan cam makan kacang. Simpan sedikit garam, huh! Sedap!!! Nom! Nom! Nom!!





Ni lah biji buah empit yang mak kirim. Sesapa yang wonder pa kemenda ni, cari lah sendiri info tentangnya sebab aku dah tak reti camna nak explain. Maaf ya... tuan punya blog ada tempias ke bengangan skit. Hoh!!! Skit je tau, bukan banyak :p

Aiyak!!! tension tul lah dengan line internet aku ni. Nama je celcom broadband, jalur lebar bla bla bla!! Kat iklan bukan main canggih, siap jalan bengkok hutan belantara sungai semua boleh dilalui boleh ditembusi. Wayarless terbaik lah, no. 1 di Malaysia lah, nasib tak kata in World. If kata begitu, muntah 365 hari aku. Service teruk sesangat!!! Dah bertahun aku hadapi masalah service yang teruk on and off celcom ni.

Stop!

N3 kat atas adalah n3 yang aku tulis sebelum turun ke pasar temankan Jang beli guitar tadi. Ni dah balik dah, dapat ler guitar cabuk yang rega RM85 saja. Boleh lah kan, budak sekolah mana boleh beli mahal2. Saja tuk dia jamming dengan kekawan masa balik dari asrama which sekarang ni diorang balik 2 minggu sekali. So dari diorang duduk nganga or buat kerja2 yang tak berfeadah tu, elok gak nyanyi2 kan mengasah bakat.

Kat luar masih hujan cuma takda lah selebat tadi.Renyai2 tapi nampak gaya if hujan camni, memang nak lama ah. Oklah tu kan tak lebat, at least tak menganggu siaran Astro. Sambil online ni boleh gak aku layan TV sekali tapi tu ler weekend camni, takda cerita bagus pun. Yang movie channel lak, aiyak, dok2 berulang2 cerita yang sama. Last month dah main, this month main lagi. Kan tensen camtu. At least jarak lah jauh2 skit. Dahtu cerita yang zaman 80an pula. Fesyen rambut yang masih kriting kembang2 tu. Tak seronok lah tengok sebab quality warna dah pudar.

Hari tu since ada iklan tentang astro HD so cari lah info kat internet tentang pa kemenda tu. Emm.... yang istimewanya lebih terang lebih clear tapi mesti guna TV jenis HD gak, if tidak, takda maknanya nak subscribe. Ohh.. if gitu, memang 100% tak berminatlah aku. Tak mampu lagi beli TV HD lagipun so far sekarang hanya ada 5 channel.



zzzyy

Thursday, January 28, 2010

Hari yang sungguh indah, begitu juga bagi aku. Sepatutnya aku dah start kerja hari ni tapi extend leave sehari lagi. Sebabnya, badan rasa kurang sihat dan sakit2 penangan sakit bulanan perempuan. So dari terus rasa tak selesa di office baik aku rehat di rumah sambil baring2, main game dan online. Dan maknanya next month aku tak ambik cuti sebab 2 hari cuti tuk next month aku dah guna tuk this month. Actually aku dah planned at least tiap bulan aku akan ambik 2 hari cuti. Tapi takpa, next month hanya 28 hari dan ada public holiday CNY.

Cuti aku dipergunakan dengan sebaiknya. Monday busy bayar bil2 dan uruskan semua urusan yang bersangkutan dengan bank. Lega bila semua dah selesai. If masa bekerja biasanya terpaksa minta simpati dari kekawan minta tolong bayarkan. If yang nak bayar hutang tu, bukan semua bank ada CDT (Cash Deposit Terminal). If ada pun, ada yang hanya beroperasi ketika waktu pejabat. Tu yang leceh. Dan ada sebuah bank tu, last month aku bayar lah credit card guna CDT dia, huh, 2 minggu kemudian, bank call kata aku tak bayar. Diorang cakap takda dalam record. What??!!! Aku siap fax slip bayaran sekali, tah camna diorang selesaikan, tu aku tak kisah, yang pasti aku dah bayar.

Bank ni aku pun tak faham system dia camna. Dulu aku bayar guna IBG (Inter Bank Giro) pun payment tak masuk. Beberapa bulan aku kena. Memang ingatkan dah bayar bila nak guna credit card tu kena decline pula. Aik!! Bila call, diorang kata bayaran aku hanya masuk satu kad saja. Yang satu lagi masuk kurang dari RM5! Hah!!! Siap cakap kat aku lenkali if bayar, bayar satu payment saja tuk 2 kad tu cuma kat extra info tu bagi another kad number dan berapa aku nak bayar. What the hack!!! Ni aku bayar separate payment pun system diorang tak dapat detect, jangankan if aku bayar 2 in 1 lagi teruk! Menyampah!! Dahlah CDT hanya buka waktu pejabat. Dah tu bila kita nak bayar guna kaunter, gago2 lagi suruh guna CDT yang mana my latest experience, payment tak masuk2. Buat susah aku fax sana sini je.

Tahlah kekadang tu sangat2 tak faham dengan system bank2 ni. Macam2 ada. Yang sering jadi mangsanya pekerja2. Kadang2 ada masalah berlaku yang tak dapat nak explain why and how it happen. Semua nya dibuat dek computer dek machine. Bila customer tanya, well, selalu kata, system calculated macam tu so macam tu lah resultnya. Sound weird or even stupid rite, seems don't know what are they doing. But thats the truth, sometimes they did don't know how it really work. Yalah diorang hanya pekerja dah system tu mostly buatan luar negara. Mana nak faham bagaimana ianya betul2 beroperasi. Lain lah if kilang process, kau faham lah camna perjalanan nya dari A ke Z sebab pemerosesan tu berlaku depan mata. Ni if cakap tentang system computer, tah camna wayar2 tu semua berjalan tah lah. Mungkin yang pakar pasti lebih memaham, tapi bagi aku, fail!! :)

Oh ya, salah satu sebab aku tak kerja hari ni ialah sebab malam tadi aku tak dapat tidur. Tah mungkin effect kopi tarik yang aku minum petangnya kot or memang mata taknak tidur. Memula aku masuk lah tidur 2am, dok guling2 taknak tidur langsung. So bangun gik, main games di FB. So aku plan lah taknak tidur langsung so paginya mandi terus turun kerja. Once in a while i did do that sort of crazy thing. Boleh bertahan seharian cuma everything seems on the air! Di awang2an. Dan yang worst thing is aku akan sakit ulu hati, that for sure!! If tak cukup tidur, makan nasi lemak, or kekadang if keluar malam, selalu nak kena sakit ulu hati. Rasa yang seperti banyak gas kat dada dan buat sangat2 tak selesa dan sakit. Automatically walau secergas mana pun aku time tu tapi if terkena sakit ni, sure flat layu selayunya.

Sekarang aku ada game baru yang sedang kronik digilai. Ni adik yang introduce. Semalam kat kampung try terus gian main game ni, Plant Vs Zombie (if mak, dia kata combi). Kisah nya camni, malam masa kat kampung aritu, mak, adik dan cousin tengok movie kat lappy adik so aku tanya lah mak, cerita apa dia tengok tadi, dia kata Combi. Hah!! Tengok cerita P.Ramlee yang ada minah nama combi tu ke? Adik kata takdalah, cerita Zombies lucu. Ohh... Zombie... tah pa2 lah mak ni. Buat aku makin blurr yang kebetulan memang ngah blurr gak bangun tetengah malam tuk pergi toilet. Adik dan cousin lak ngah relay makan supper! Ciss!! Diorang ni, supper dan dinner takda bezanya.




Ni lah game nya. Seronok gila berperang dengan zombies. Kita akan sided yang plant. Boleh pilih senjata mana nak guna. Seronok2! Ni pun tengah main. Kang terbekalai lah games kat FB :)

Eh, rasanya dah panjang lebar aku membebel. Chow chin cau dulu ah. Bagi yang bekerja tu, kerja rajin2 ya, jang mengulor sesaja dan have a nice day!!


zzzyy

Monday, January 25, 2010

Keseronokan cuti ketika hari bekerja adalah much2 excited dari cuti ketika cuti am. Sebabnya, boleh kacau kekawan yang tengah bekerja tu, sms2 mengoda diorang cakap memacam tentang keseronokan tengah bercuti, which most of the time memang kena sumpah sebab biasalah diorang pasti dengki :)

Bangun tidur 8.30am tu pun sebab kawan sms (hah, diorang pun dengki aku bangun lewat tau) pastu duduk ngadap PC mcm biasa main games. Dalam 10am mandi and tanpa plan, tetiba terniat nak cuci baju yang disimpan seminggu tu. Sebenar esok cadang nak basuh kat rumah mak di kampung tapi terfikir lak, kecoh lah nak bawa. Buat memenuhkan blackie je.

Sebenarnya plan hari ni nak pergi bayar semua hutang2, bil2. Awal2 lagi Ani dah call ajak breakfast, aku kata takyah, baik lunch sekali. Pas je aku jemur baju semua, dia call lagi tanya awat lah aku lambat sangat. Issk tak sabar2 minah tu. Dalam 11.30am aku speeding pergi town, by 11.44am dah sampai. Hah!! Siap ko!! Nasib belum orang balik dari sekolah, if dah, huh jem lah jalan. Dalam perjalanan dari rumah ke town ada 3 sekolah terpaksa dilalui. If masa diorang balik tu memang menyampah tul. Dahlah kat main road, ada 4 lane, if dapat 4 4 lane tu jugak mak bapak diorang nak parking!!! Abis tu nak lalu camna??? Kena menyelit2!!! Memang teruk lah orang2 ni tak consider langsung. Bukannya parking singgah tau, parking menunggu!!! Mana tak benci!!! Kadang2 accident sebab yalah dah takda jalan nak lalu terutamanya time orang balik kerja. Sapa tak geram, memasing nak cepat nak lalu diorang duk menunggu je tetengah jalan.

Setelah sekian lama setia dengan Celcom, esok 11am aku dengan sahnya mengeluarkan diri dari menggunakan celcom (cuma broadband masih lagi). Aku guna Maxis! Tadi masa pergi kedai kawan, maxis ada offer yang sangat susah nak dilepaskan.



Dengan hanya bayar RM25 registration RM30 reload. Setiap panggilan hanya 0.15sen seminit ke mana2 telco di Malaysia, airtime dia pula sah sehingga 4 tahun!!! Maknanya if korang jenis yang jimat, RM30 tu boleh guna 4 tahun!!! Hah!!! Berbaloi kan!! 4 tahun nanti fikirkan yang lain lah pula kan. Number takda masalah, boleh guna no lama. Oklah tu kan, tak cam celcom yang aku guna sekarang RM30, airtime tuk sebulan je, pastu kena recharge lain. Sebenar memacam dah plan digi atau maxis yang kawan tu dah introduce semua aku tolak, yang ni tanpa fikir panjang aku go head je. Salah satu sebabnya lately aku fed up dengan celcom. Memacam sms promo or yang bebukan diorang hantar. Menyemakkan inbox je.

K lah dah mengantuk lak rasa mata. 5.15pm tidur boleh?? sekejap je ah, boleh lah kan.

zzzyy

Sunday, January 24, 2010

Bangun pagi, fuh!! seluruh muscle badan sakit2. Aiyak! Ini lah akibatnya lama tak exercise. Sekali bersukan, berminggu baru hilang kesakitan muscle. Nasib baik esok aku cuti so boleh gak relax2 bangun lambat2. Makan2 tidur2 :) tentu seronok! ;)

Ok, terasa nak makan prosperity burger kat MD so tak kisah lah walau pasal terpaksa bersesak di Bintang Plaza dan buat pertama kali nya aku plan nak parking kat tingkat atas!! Yea! Yea! Yea! But definitely, tak dapat lah. By the time aku sampai, fuh sangat sesak, berbaris2 kereta nak masuk ke area tu. Dahle satu daripada jalan tu, tempat diorang parking dan yang paling teruknya, sebuah bas dari Brunei pun turut parking kat tepi jalan tu!!!! Mana tak sesak. Jalan yang sepatutnya tuk berjalan dijadikan tempat parking. Merimaskan!!! By this time sering wonder, where all those policemen????? Bukan jauh pun BP tu dari balai polis utama.

Nasib baik dapat parking kat area kedai bersebelahan tanpa perlu pusing2, masuk je area tu terus ada sebuah kereta keluar, bersiul2 dalam hati. Dalam hati je tau sebab aku sebenarnya tak reti nak bersiul dengan mulut pun :)

Well, mula2 pergi lah MD, 11.25am belum ramai orang lagi. Aku orang yang ke3 dalam que, kaunter buka hanya 2 saja instead of 3 yang ada. Tunggu2 seperti biasa lah kat MD ni memang service dia slow dan sambil lewa je. Mentang2 lah takda fight sebab ni lah satu2nya MD yang ada kat Miri ni. Mau tak mau sesapa yang mengidam nak makan MD tu terpaksa lah pergi ke sini meskipun terpaksa que lama2 yang mana kekadang que tu lebih lama dari makan pun.

By 11.38 baru sampai turn aku, ingatkan orang depan order banyak takda lah pulak. Hairan aku kenapa le lama sangat nak ambik order tu. Nak kata complicated nak prepare takda lah pulak, banyak yang dah ready pun. Emm.... buat pertama kali nya sejak prosperity burger diperkenalkan baru ni lah tahun 2010, prosperity burger beef ada di Miri!!! Again Prosperity burger beef ada di Miri!!! Aku sangat tak sangka, dengan teruja nya terus order double beef dan semua dalam size yang besar. Takpa lah terpaksa bayar lebih, burger dan fries gulung2 tu saja dalam RM18!!!

While waiting baru aku perasaan salah satu sebab kenapa diorang lambat. Pekerjanya takda sense of urgency! Sambil2 ambil order tu sempat pula bergurau senda. Tunggu fries dan air je adalah dalam 5 mins. Seorang pekerja tu, dia antar fries ke tray aku satu persatu sedangkan ada dua tangan. Dahlah tempat fries tu kat ujung sana dan tray aku kat ujung sini. Then after beberapa decision diorang buat, diorang suruh aku duduk tunggu burger yang mungkin takda lagi kot.

Tunggu punya tunggu, by 12.05 pun belum lagi burger aku sampai!!! Sungguh aneh tau, kat tempat yang sepatutnya semua dah ready made, terpaksa tunggu begini lama. Sedangkan burger tu memang tarikan utama sekarang ni. Aku pergi kaunter tanya kat yang in charge kat MD tu, tanya mana burger aku sambil tunjuk no meja. Tau pa jawab dia, kau tanya kat sapa kau order tadi dan terus buat de je dengan aku. If tak fikir kan orang yang tengah sesak berbaris kat situ nak je aku sumpah seranah dia. Takkanlah aku nak pergi potong que orang2 ramai yang nak menyelit pun tak dapat tu demi tuk tanya perempuan yang tempat aku order tadi kat hujung sana tu??? Sekurang2 nya tolong aku lah aku tanya kan. Ni tidak, since bukan dia yang ambik order aku, dia watde saja. Dah lah dia supervisor kat situ. Tak bertanggungjawab langsung!!!! It's pissed me off!!!!! Rasa nak membunuh tau!!!!!

Rasa nak boikot je MD tu tapi aku suka burger dia. Tu le so far takda yang complain tentang diorang kot sebab tu lah satu2nya MD kat Miri ni. Meskipun service teruk terpaksa gak pergi sana demi nak makan burger dia. Still i think should do something about it. Aku ni bukanlah jenis yang nak complain sesaja tapi if service yang really not reasonable dari dulu hingga sekarang, rasanya public should do something.

zzzyy

Saturday, January 23, 2010

Huh, dah lama tak exercise, badan rasa lenguh2, wing kesakitan muscle nya. Even muscle kat perut pun terasa sakit. Tadi main bowling mewakili office, jemputan dari LHDN. Menang?? Ala cam mimpi di siang hari lah if takda training, lama dah tak main mana lah boleh menang. Tapi ok lah berpuas hati dengan score sendiri sebab consistence. Semua 3 games tu dapat point over 100. 108 pun kira over 100 gak kan :)

Nasib dapat batch sesi petang 2.30pm so takda lah rush cuma if time camni nak cari parking kat area parkson memang tensen lah. Aku taknak parking dalam building itself, disamping bebayar, structure yang made of China juga agak meragukan.




Antara aksi2 yang mostly macam menari :)









Future bowler!!!!

Lepas CNY nanti plan nak macam dulu, main bowling sekali seminggu. Boleh gak turut exercise. Tah menjadi ke tidak. Aku ni macam2 keinginan yang berkenaan dengan exercise aku plan nak buat tapi so far satu pun belum start. Nak pergi belajar menari, nak pergi gym, nak jogging kat bukit dan seribu macam lagi. Asyik tangguh, tunggu lepas ni lah lepas ni lah. Teruk!!

Balik rumah pulak almost 6pm, terus rushing masak itik, menu nak bawa pergi rumah kawan malam tadi (baru je balik dari rumah kawan tu). BBQ cum potluck. Dah pagi tadi aku marinate itik ni. Tah sedap ke tidak .





Sambal mangga

zzzyy

Friday, January 22, 2010

Emm nak update tentang apa eh hari ni?? Seharian bila ingat blog rasa banyak juga perkara serta perdapat yang nak dikongsi bersama tapi bila dah depan PC, takda idea pula or tatau camna nak mula?? Tah lah aku sendiri confuse. Mungkin sebab mind dah leka dengan games kat FB kot or sebab ngah menghayati drama korea kat tv. Tu ler pasal takda idea.

Pagi tadi aku baca kat satu blog, pamerkan perbualan kat FB tentang seorang perempuan ni yang tension sebab laki dia diganggu or digoda dek perempuan yang berasal dari Sarawak. Fine, tu memanglah biasa kan, for sure sesapa pun if mempunyai pasangan yang sedang digoda or sedang mengoda orang lain pasti tension dan sakit hati. Tu semua aku faham, cuma cara perempuan tu express perasaan dia kat kekawan dia di FB sangat tidak bermoral dan boleh mengugat sifat yang boleh mempecah belahkan masyarakat.

Bagi aku perempuan tu jenis yang bercakap tak menggunakan otak dan tak bertamadun. If depan muka tanpa ragu2 aku akan koyak2 mulut dia ni. Kalau pun sakit hati tu jangan lah menghina dan membabitkan orang lain, terutama sekelompok masyarakat.

"Tapi perempuan Sarawak kebanyakkannya slut dan bitch, dah lah kampung, hutan lagi tu. benci aku!!"

Dia seharusnya buka mata dan fikiran luas2. Aku rasa lah dia memang tak pernah pergi "Kampung dan Hutan" yang bergelar Sarawak ni. Kat Sarawak ni, kita tinggal atas pokok, naik guna elevator or if pokok yang dah tinggi lebih dari 4 tingkat bangunan tu, kita guna lif tau. Laptop or computer kita diperbuat dari kayu dan mouse dia dari batu. Kalau nak pergi mana2 senang je sambung je ujung rambut dengan ujung saluran burung so boleh lah terbang cam dalam Avatar tu.

Wahai perempuan, aku doakan kau 33 tahun hidup dalam mimpi ngeri. Cukup ke 33 tahun? Cukuplah hah. Rasanya dia pun dah tua.

Kita ni hidup bermasyarakat. Tak kiralah kat Sarawak ke Sabah ke Semanjung Malaysia ke, kita tetap sama kan. Tak perlu lah nak panggil slut2 bitch2 tu semua. Hidup kat kampung ke kat hutan ke, seharusnya bersyukur kerana masih diberikan hayat. Mungkin lah perempuan tu orang bandar tapi apa bezanya dengan kampung? Kan sebuah bandar tu asalnya adalah kampung. Kau ingat tanpa perlu bersihkan hutan kampung tu semua dulu, bangunan yang bertingkat2, bandar tu boleh tercipta?? No! No! No!

Aku tak faham lah dengan sikap segelintir masyarakat yang sering menganggap orang2 Sarawak ni masih tinggal di atas pokok. Dah berpuluh2 tahun merdeka pun masih tatau lagi keadaan negara sendiri! Sangat memalukan!!

Emotional? Takda lah aku emotional cuma tu lah kesian dengan perempuan yang tak berotak ni, anggap diri orang moden tapi pemikiran kolot!

zzzyy

Thursday, January 21, 2010

Hari tu kawan sekerja bawa sample junkfood tuk CNY. Pas test terasa sedap terus nak try buat. Cam senang je, so tadi balik dari kerja aku berkobar2 nak try. Siap call Ani yang masih kat KL, tanya tepung apa diguna tuk buat makanan ranggup (betul2 no idea ni, totally tak dpt agak dan bayangkan tepung yang nak diguna). Ani bagilah tau, biasanya dia campur tepung gandum dengan tepung beras. Ok, siap beli tepung beras dan gandum rasanya masih ada kat rumah, which at the end, takda pun. So terpaksa guna tepung beras je lah.

Bahan2:-



Crab stick



Pisahkan halus2 dan kemudian goreng dalam minyak yang banyak. Begitu juga daun kari tu, pastu gaulkan bersama.





50% menjadi 50% fail!!! Menjadi sebab rasanya memang rangup tapi gagal sebab lekat sesama sendiri!!! Sepatutnya dia akan sehiris demi sehiris. Camna ek buat dia tak melekat ketika digoreng??

Pas mandi, masih mencari makanan. Lagipun belum makan, takda rasa nak makan nasi, nak makan junkfood je tapi tatau pa nak makan.



Ambik mangga yang lebih besar dari sarang telur 10 biji ni.
Ingatkan dah masak so nak buat mangga juice tapi....




Masih mentah lah. Kecewa lagi, plan tak menjadi. Last2........



Hiris nipis2 campur gula, garam, kicap dan cili. Makan skit je juga sebab perut ngah kembung. Asyik nak terkentut je, sebabnya aku cuma lunch dengan kopi C dan pau. Instead of gastrik, perut jadi kembung dan syik nak keluar angin saja. Better than gastrik kan.

Bila dah makan beberapa hiris perut makin meragam tambah ada tanda2 nak gastrik. Cepat2 makan nasi berlauk ayam which simpan dalam oven sejak 2 malam lalu. Masih elok sebab asyik dipanaskan cuma rasanya dah agak keras cam disalai. Hentam saja lah labu....



Pastu menikmati air teh bunga yang sedap dan sejuk. Refreshing!!!!!!

Lately kucing itam yang bulb rosak sebelah tu mesra dengan aku. Tapi aku tension sebab bila dia tidur atas kerusi di verandah mesti kotor lantai tu tempat dia berkelahi. Ada sekor kucing samseng selalu bergaduh dengan dia. Tah pa kes aku tak pasti tapi yang pasti itam sekarang tengah musim mengawan. Agak playboy juga kucing tua tu. 2 kali aku jumpa dia dengan kucing yang tiner yang berbeza. Mentang2 lah tubuh dia yang kurap dulu sekarang dah licin dan sembuh sepenuhnya.

Adalah sekali tu aku datang rumah, masa tutup gate, terbaring2 dia minta usap perut. Yang lucunya kan garaj aku cam bukit, so slowly dia meluncur ke bawah, nasib aku sempat tahan dengan kaki. Itam ni nak bermanja tak tengok tempat. Kang lekat kat gate tu naya je.

Pagi tadi baca blog SIL yang lama tak update, siap ada gambar cegalo, our late cat. Fuh, sayang tengok. Rindu dia juga.





Cegaloo dalam kenangan!!!

Hari tu Ani nak beri sekor anak kucing. Mula2 excited aku nak tapi fikir punya fikir taknak pulak. Takmau ah sedih2 tengok kucing mati lagi.



Akhir sekali, ini lah orang2 yang sering menemani blackie duduk kat parking lot :) selamat malam, jangan lupa berdoa sebelum tidur.

zzzyy