Monday, May 31, 2010




zzzyy
emmm.... bestnya bau, seluruh rumah dipenuhi bau kari daging. Automatically ada mood tuk bergawai. Walaupun akikatnya, aku sesuka bebila saja bila teringin akan masak juga kari daging tu. Tak kira ada festival or kenduri pun.



Sedap juga kari aku masak ni (angkat bakul masuk sendiri!). Silap-silap tak sempat bawa balik kampung malam nanti :) Testing nya saja dah bermangkuk-mangkuk. Dah pesan kat mak suruh masak lauk favourite, ayam tua pansuh, ayam sup halia, lemang dan umbut kelapa sawit! Eehh tak sabar nya nak balik kampung.



Ni pula kek Evergreen, SIL beli 2 hari lepas. Dah aku testing tadi. Asalnya kek ni memang sangat sedap tapi yang ni kureng lah. Masih terasa tepungnya. Baking failure lah tu. Tapi masih boleh lah dimakan. Aku confirm SIL yang peminat kek lapis tu sure kata sedap. Tul tak ndut?? :p



Hah!!! ni kuih traditional yang buat mak sampai sakit pingang buat. Tadi dah beli koyok tuk dia. Yang panjang tu favourite aku. Sekali duduk aku boleh makan 8 hiris sekali!!! Setiap hiris boleh ngap 2 kali. Heaven!!!!! Ops!! Teringin sekarang ni hah tapi, stok yang mak bawa bagi kat SIL semua. Terpaksalah tunggu malam nanti ngap kat kampung banyak-banyak.



Sapa kata kucing tak jadi mat rempit??!!! Ni buktinya. Kucing rempit melepak kat motor bapak. Tah apa lah yang tengah dirundingkan tu. Malamnya penuh bakul motor tu tempat diorang tidur.

zzzyy

Sunday, May 30, 2010



Aduh letihnya. Baru sekejap tadi datang kat rumah dari kampung dan malam ni masih ada assignment lagi yang kena buat. Dalam 9pm kot baru bermula. Aku masih letih ni. Bukan projek bohsia tau, projek baik punya :)

Petang semalam balik kampung dan pagi tadi pergi menjenguk pusara atuk dan nenek di tempat yang berlainan. Mula-mula pergi bersihkan pusara atuk, hantar bunga. Ok skit sebab tak perlu berjalan kaki jauh just seberang jalan je meskipun jalan ladang kepala sawit yang berlenggang lenggok.

Then pergi pusara nenek pula, yang ni kena berjalan kaki agak jauh. Tinggal blackie kat sekolah kampung then berjalan kaki guna jalan ladang kelapa sawit then masuk hutan sikit. Berpeluh-peluh!!! Lama dah tak exercise berjalan kaki camni. Balik je kat rumah perut dah lapar pulak. Masak tumis pucuk ubi kayu dan telur goreng je. Tu pun tetap sentap gak makan. Lepas makan terus ambik tilam taruh bawah kipas terus dok terbaring-baring keletihan. Sakit muscle betis dan tumit kaki. Aiyayayayyayaaa!!!!!



Sebenar malam esok nak pergi balik kampung malamnya bersama SIL2 yang bergawai di perantauan. Tak sempat nak balik kampung memasing so dari diorang seorang2 aku sanggup tunggu diorang abis kerja baru balik kampung which was malam. Tapi yang tak bestnya, another SIL dah bagitau tadi dia tak dapat nak pergi sebab kerja ada hal tak boleh nak ditinggalkan. Uwaaa!!!! Geramnya dengan majikan dia yang sot tu.

zzzyy

Saturday, May 29, 2010



Asalnya nak turun ke town awal tapi kesian tengok mak sedang nyenyak tidur. Letih buat kuih traditional semalam. Seharian dia buat. Ada 2 jenis. Eemm how it look like?? Jap aku nak goggle jap. Ah boring lah nak tunggu result dia keluar. Nanti2 ah aku tempek kat sini. Yang bergulung tu sekali aku ngap 8 biji dohhh!!!

Aha, sekarang aku rasa aku tahu kenapa aku if bangun lewat pasti sakit kepala!! Biasanya if masa bekerja, time aku bangun tu aku dah pun breakfast so bila weekend aku bangun lewat, aku belum breakfast, automatically perut memang dah lapar walaupun tak terasa tapi kepala otak yang dah ready tuk breakfast. Tu ler sebabnya kepala sakit sebab LAPAR!!!!



zzzyy


Arrgghh tension tul. Aku rasa sekarang ni aku dah tak boleh nak bangun lewat lagi. Tiap kali aku bangun lewat tiap kali tu juga kepala akan sakit berdenyut-denyut. Sama dengan pagi ni. Semalam tidur kul 11pm then by 7.33am this morning dah terbangun. Nak tidur lagi tapi tak dapat, kepala dah sakit sangat sampai keluar air mata. Bangun berjalan terhoyong hayang kesakitan, masa gosok gigi masih dalam keadaan kurang setabil. Pastu cuci muka, keluar dari bathroom, aik! sakit dah berkurangan. Apa lah kepala otak ni, tak bagi chance tuk aku relax-relax late on the bed.

Jemur kain baju, huh!!! benci nya!!! banyak nyamuk!!! Terpaksa bakar bekas letak telur bagi nyamuk tu pening-pening sikit. Aiyak!!! rumput-rumput kat rumah jiran sebelah kanan kiri dah panjang. Bila semua rumput kat rumah sekeliling panjang, confirm nyamuk akan bermaharajalela. Tu lah kekadang weekend aku selalu bakar-bakar rumput kat belakang rumah tu menghalau nyamuk.



Emm mak dan apak baru datang. SIL2 nak bawa diorang berdua shopping tuk Gawai. Tu mak dah start menge'pump' sweets dalam balang. Chiayokk! Chiaayok!!!! Mak panda ni if bab makan, bersemangat sokmo.



K lah nak mandi pastu nak turun ke pasar, aduhhh sure ramai orang membeli belah tuk Gawai festival. aiyaakk!!!

zzzyy

Friday, May 28, 2010



Terbangun dek kerana sms dari handphone. Leceh tul, menganggu orang tengah melayan mimpi yang tah sekarang ni aku dah lupa apa cerita dalam mimpi tu. Duduk depan PC sekejap layan games FB (hmmm memang ni sesaja lah kerja aku if kat rumah). PC jammed, restart, sambil tu perut meragam pulak. Terus mandi dan masak air tuk breakfast. Breakfast segelas susu pekat je pun. Sekejap tadi baru keluarkan tulang dan isi lembu dari peti sejuk. Nak buat sup tulang. Adehh.... dah terasa kat tekak ni. Isskk! Dahlah perut tengah lapar.



Apa aku buat sepagi ni? Sekarang dah kul 11.17am. Aku meng'download' gambar-gambar kucing, cartoon dan bunga!!!! Sebab collection picture yang aku ada pun dah lama tak update. Tu semua aku suka tempel kat blog ni. N3 without pic macam tak best saja, sebab tu sering upload memana gambar kucing or bunga saja walaupun takda berkenaan dengan n3.



Aduh!!! kat luar panas pula dah. Tadi aku nak cuci kain baju dia cam nak hujan je. Ni dah panas pula. Terpaksa lah baju tu beremdam another nite. Nak cuci sekarang?? Ehhhh tak larat aku, dah rasa cam reput-reput tulang ni. Silap-silap boleh masuk bersama sup tulang yang baru start dimasak tu :p

Oh ya, selamat hari wesak bagi yang meraikannya dan selamat bercuti untuk semua. Enjoy your weekend and holiday.

zzzyy

Thursday, May 27, 2010


Today is finale of American Idol. Aku bukannya tengok sangat pun AI season ni just sesekali je, sebab tu aku tak kisahlah sapa yang akan menang. Tapi, sadly this was the last season Simon Cowell akan jadi judge AI. When they do the goodbye prelude to Simon, tak sangka aku terharu sampai menitis airmata. Hah!!! AI won't be the same again without Simon yang lancang, laser dan kekadang kejam. Yaaa, mungkin akan lebih menghiburkan dengan judge baru nanti tapi bagi aku yang mengikuti AI agak banyak season, we gonna miss Simon very much. And congratulate to Simon for the upcoming wedding!

Result AI, Lee juara mengalahkan Crystal. Ok lah suara boleh laku di pasaran. Rupa pun not bad, still young 23 years old. Tak terkata mamat tu bila diumumkan pemenang.

Hmmm.... seronoknya esok cuti kan. Pastu weekend 2 hari, pastu aku cuti sehari, pastu cuti umum 2 hari sempena Gawai lagi. EEhhh bestnya!!!! Cuti 6 hari!!!! Aku suka!!! Aku Suka!!!!! Lalalalaallalaaa...... hati gumbira....

zzzyy

Wednesday, May 26, 2010



Aku sering tak faham lah kenapa kat office sering ada saja yang berfikiran nonsense dalam membuat kerja harian mereka. Maksud aku ialah dah tu kerja yang department kena buat dan kau harus buat tapi kenapa sering complain, issk boring lah asyik buat perkara yang sama. Fine, dah tu memang kerja yang harus dibuat kat department tu so what do you expect??? Nak buat kerja dari department lain? Huh!! Rasanya tu jauh sekali. Jangankan kerja department lain, kerja yang harus dibuat sendiri pun tak larat dan tak mahu.



If tak mahu buat kerja tu hari-hari, senang je cerita, kau pindah lah department lain dan buat kerja lain lah.. Pas seminggu kau pindah dept lain pulak dan seminggu lagi begitu dan begitu. Tapi aku rasa if orang tu memang tak commited, kat dept mana pun, kat bulan ke, kat bintang ke pasti gak dia complain dan tak dapat buat kerja yang sepatutnya.

Ni sering berlaku kat office aku. Yang category supervisor ni hah, if suruh orang bawahan buat kerja laju-laju banyak-banyak memang bersemangat tapi dah disuruh buat checking takda ke mana pun kemampuan mereka. Cakap je lebih, arah itu ini, bila sendiri buat terus tunjuk muka hitam mulut muncung. Aik, takkanlah tenaga tuk bekerja tu tak sama, kan kita sama-sama makan nasi. Dah tu sering menunjukan kesalahan orang lain bila berlaku sesuatu kesalahan. Tak sedar ke bila dua tunjuk jari menunjuk ke arah orang, another 3 ialah menunjuk ke arah diri sendiri (cuba test try buat).

Ah, n3 yang bercelaru je jalan ceritanya. Kerja banyak kat office, mata dah mengantuk.

zzzyy

Monday, May 24, 2010

Lately aku rasa program reality menyanyi agak membosankan. Semalam tengok final AF dengan kemenangan shahir yang mengejutkan which ramai yang duga Adira akan menang. Walaupun aku kurang mengikuti perkembangan AF tapi aku masih berpendapat Adira lebih layak tuk menang. Tapi tu lah undian secara SMS so keputusan dihujung jari penonton. Nothing to complain, just tunggu dan lihat bagaimana reputasi mereka di arena hiburan nanti. Ramai pemenang reality show yang sudah tercundang, dan ramai yang tidak menang sebarang tempat berjaya didunia hiburan. Terpulang pada untung nasib ketabahan kesungguhan mereka dalam menghadapi dunia glamour.

Tadi tengok Mentor di TV3 pula, macam boring juga. Takda yang buat persembahan yang mengexcitedkan. Semua nya nyanyi gitu-gitu je. Suara pun ok-ok saja, takda yang lain dari yang dah sedia kala ada di pasaran.

Begitu juga dengan American Idol. Before, used to be my favourite show. Tak sabar nak tunggu tiap minggu dan balik kerja pun cepat-cepat sebab dia start kul 6pm. Sekarang if tengok pun ala kadar saja. Tengok tidak tengok tidak je. Takda yang menexcitedkan juga.

Apakah industry reality show berbentuk nyanyian semakin membosankan dan dah takda karismanya lagi?? Atau aku yang dah bosan disajikan dengan reality show sebegitu rupa?? Entahlah, lain orang lain selera lain pandangan, tapi bagi aku, aku dah tak begitu berminat dengan reality show yang berbentuk nyanyian lagi. Semuanya lebih kurang sama saja, takda yang baru. Rasanya sekarang zaman reality show yang berbentuk nyanyian semata-mata dah makin kurang menarik minat untuk ditonton. Industry perlukan sesuatu yang fresh dan excited.


zzzyy


Alarm berbunyi 5.45am., memang usual time bangun time kerja tapi hari ni biasalah monday memang pasti liat sikit opsss!!! liat banyak nak bangun awal setelah weekend suka hati je bangun lambat. So, set alarm back at 6.05am. Sambung tidur!

Then terbangun je rasa cam dah senang sikit bangun tapi alarm belum berbunyi pun. Ah, goleng sana sini dulu tunggu alarm berbunyi. Dari jendela terasa agak terang dah, eh tul ke belum 6.05am ni. Tengok alarm, 6.25am!!! Aik!!!!! Rosak ke phone aku ni??? Tengok balik alarm, waaahh!!!!! aku set alarm ke 6.05am the next morning!!!!!!!!

Nasib terbangun, if tunggu alarm berbunyi. Abis lah cerita, confirm overshot tidur!!!!!! Huhuhuhu!!!!

Have a nice day all!!!!

zzzyy

Sunday, May 23, 2010

Hmm... such a nice bright day. Wake up as early as 9am :) duduk layan fb dulu. Mak dah uruskan jemuran kain baju dan vacuum rumah. TQ mak!!! Sangat suka if mak datang. Always do the housecore. We call her Ama Indon. Hehehee!!! Tapi pastu mesti belanja dia makan banyak-banyak. Bawa dia jalan-jalan. Semalam dah seharian bawa dia tengok wayang. Hari ni hari tuk beristirehat. Lepas breakfast cum lunch tadi terus ambik tilam kecik, simpan depan TV suruh dia tidur. Dia kata belum nak tidur, takpa, on je channel AFC or Travel & Living, so pastu confirm dia akan tidur. Mak ni if jumpa tilam dan bantal confirm akan tidur!

Kat luar hari sangat panas. Syukur alhamdulilah. Banyak kain baju ama indon cuci tu. If hujan lagi macam semalam, siaplah bilik aku jadi tempat jemuran. Sebabnya, bilik aku agak panas. On kipas simpan semalaman pasti akan kering.

Sekarang Hypo back to sleep next to Blackie again. Bapa dia dah pergi kerja ke Iran which if takda aral melintang will be for next 3 months. Uncle itam hypo n blackie (another bro) which suppose to be back from Russia in Sept, mungkin 8 or 9 june ni akan balik sekejap. Syukur lah dua dari adik dah berdikari sekarang. Another bro kerja kat salon with cousin dan seorang lagi masih bersekolah kat asrama form 4. Tapi sekarang beban mak dan apak dah berkurangan. Diorang bekerja pun tuk mengisi masa lapang je. Tapi bila dah abis contract dia nanti, mak akan berhenti. Let her enjoy her life sana sini while masih kuat.

Emmm.... baru buat satu posting kat discussion board di FB about:---

What you guys do nowdays? Your usual activity....

weekday kerja, weekend lepak-lepak or once in a while akan jadi bohsia :o and love to explore any new eating spot. Hmm.. tu lah sebab badan makin hari makin growing up, excuse me, growing up ok, don't ever mention GEMUK :I

But most of all, my weekend always fully occupied! Aku pun tak faham kenapa tapi yang pasti weekend more tired than usual. So sorry guygs, as i never meet you ppl around for a cup of tea/coffee :). Love to do it with old friends tapi masa belum mengizinkan. Someday i'll must make sure it happen!!!!

Cheerio!!! Love yaaa...

Forum ni antara kawan-kawan sekelas/sama batch masa sekolah dulu. Saja jejak kasih dan nak mengetahui perkembangan memasing. Dengarnya 2012 nanti nak buat reunion. Good idea, aku no hal. Kenapa ambik masa lama? Sebab kawan merata-rata pelusuk dunia, so terpaksa bagi diorang notice awal-awal agar senang diorang buat schedule tuk balik Miri. Harapnya semua berjalan lancar. Kadang-kadang terasa rindu juga pada kawan-kawan lama. Rindu nak mengetahui apa yang berlaku terkini kepada mereka cuma tu lah as i said on the board. Masa sering tidak mengizinkan tuk berjumpa.


zzzyy

Saturday, May 22, 2010

Today almost the whole day raining. Walaupun demikian seperti yang telah aku war-war semalam, walau dalam panas hujan ribut taufan, pagi tadi aku kena gak bangun awal dan keluar ke town awal sebab ada urusan seri paduka baginda yang belum selesai. Dah tak boleh nak tangguh-tangguh lagi. Dan hari hujan lebat awal pagi tadi terpaksa gak diredahi demi meneruskan perjuangan. Chiayok!!!! Chiayok!!!!

Dan hasilnya:---

Taraaaa............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


PASSPORT!!!!

Muahahahaa!!! Dah lama asyik bertangguh je nak buat passport, ni 2 minggu lagi nak pergi bercuti baru nak buat. Tu pun makcik bidah asyik tanya bila aku nak buat, bila aku nak buat. Ampun makcik!!!!!! Walaupun office imigration tu dekat dengan office aku, tapi asyik tangguh je nak pergi buat. Form dan gambar semua dah sedia tapi tak gak pergi-pergi until SIL usulkan tuk pergi bersama dan bagitau bro akan bayarkan. Ehh, rezeki jangan ditolak kan. Nasib aku belum buat yaaa... lalalalalaaa.. dapat passport percuma.

After buat passport rush balik rumah sebab nak hantar adik ke airport. Tak sempat breakfast. Last-last masak maggie, SIL goreng telur, breakfast kat rumah. Then rush ke airport. Nasib just a few minutes drive. Flight kul 11.25am, pergi airport around 10.30am. Pergghh!! Nasib sempat tapi aku tak sempat nak jumpa kawan-kawan auditor aku balik turut guna flight yang sama. Bila sampai airport mereka dah ready tuk boarding..



Balik dari airport baru ambik passport. Lepas tu lepak relay tengok wayang. Tengok ROBIN HOOD dan for the 1st time aku tengok movie local dalam bahasa Iban, SALOI THE MOVIE. Robin hood memang best lah, the kind of my favourite type of movie. England, with the beautiful green forest. Sangat suka tengok set-set dia yang hijau mengunung. Cerita saloi pula, emm aku kurang faham sebab cerita macam sekejap melompat ke sana sekejap melompat ke sini. Masih banyak yang perlu dipelajari. But syabas tuk production sebab berani mencuba.

Ni sesi mari tengok gambar hiasan.....


Air minuman yang sedap dibeli before tengok wayang. Beli ka kokoberry. Sedap2!!!


Ni pula biscuit yang SIL dan mak belikan masa diorang pergi Bintulu aritu. Comel kan. Lately aku rasa bertuah kerana sering dihadiahkan bun- bun yang amat cantik dan comel hingga rasa cam tak sampai hati nak makan :)

zzzyy

Friday, May 21, 2010




Yeah!! As usual, love friday cos for the next 2 days is weekend and holiday. Love weekend!!! cos it mean i can wake up late but lately always can't make it. My weekend always 'busier' than weekday.

Esok kena bangun awal juga, kena uruskan satu perkara yang telah lama asyik tertangguh je. Ni baru kul 10.19pm tapi aku dah ngantuk sangat. Nak tidur tapi nak tunggu dah kutip hasil kebun kat country life dan cafe world dulu. If tidak harvest rugi, makanan kat cafe akan basi. Sia-sia masak lama.

Ah benci betul dengan games fb ni, loading punya ler lembab.
Asyik tak dapat load saja.
Benci!!!!! :(


zzzyy

Thursday, May 20, 2010



Kerja macam tak cukup 9 hours! Buat itu buat ini tau-tau dah masa tuk balik. Dan tadi aku telah melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan. Bawa paperwork balik rumah! Huh!! Bawa tuk staples saja sebab semua dah ready ditaip. Ingatkan nak stay back lambat skit tapi malas lah pula, semua orang dah balik. Ramai gak yang rushing balik sebab nak tengok Miss Tourism beauty pageant. Aku memula ada gak plan nak pergi tapi fikir punya fikir, malas lah pula.

Yalah, balik office 5.30pm then sampai rumah 6pm, lepas mandi semua rush lagi ke town. Event start 6.30, dah tu pasti susah cari parking. Pusing sana sini, paling awal pun mungkin about 7pm baru sampai, tu kiraan if tak jam. Ni musim hujan memang senang nak jammed sana sini tambah lah orang sekolah sesi petang sedang pulang. Issk, cam cari penyakit je.

Elok lagi aku duduk rumah tengok tv layan FB if ngantuk tidur. Hujan tak kena, fikiran pun tak bingung cari parking bersesak-sesak dalam jammed.


zzzyy

Wednesday, May 19, 2010



Emmm hari ni dah tak balik lambat dari office dah. Assignment mostly dah siap dan sempat tunjuk eksen ngan boss cakap, eh tak biasa lah balik awal ni. Hahahaa!!! Sengih je mamat tu. Apa pun aku tau dia sporting. Tadi dia belanja makan nasi beriani yang sedap. Of course lah bukan berdua, dengan auditors, Ani dan another colleague.

Dengan auditors kali ni, bila dia nak ajak diorang keluar, aku selalu jadi ubat nyamuk or modernly known as GRO bersama dengan Ani. Hahahaa!!!! Bukan apa lah, dah auditor tu boss dia malay so if aku dan Ani ada bersama takda lah dia nak rasa janggal. Lagipun most of all, auditors tu kamceng dengan aku dan Ani. Sabtu ni mereka dah nak balik dah. Ohh... goodbye my new friends. Tapi takpa, we still can contact each others. Ada email, ada FB, ada sms kan.

Talk about friend, i'm so blessed for having a lot of good friends. Friend that i can be in good or bad time. Friend that i can count on, i can trust, that always be there when i need them. Aku amat-amat bersyukur. Sesekali bercakaran tu memang perkara biasa lah cuma no matter how tough the situation is, at the end, we are still friend, understand each other again just like before.

I love being with all my bestfriends sebab diorang ni mostly jenis yang sporting dan gila-gila. Those who know where to act profesional and where to act 'scary'. For sure, i can't live without friends.

And i wonder, there was a colleague kat office tu, jarang sangat bergaul dengan orang. Asyik layan feeling nak marah dia saja. Kadang-kadang masa briefing, kitaorang bagai nak rak gelak and then bila tertengok dia, no expression at all! Muka serious saja. Tak mungkin once in a while apa yang kitaorang gelakkan tu tak mencuit ruang sense of humour dia, but yess... sangat jarang tengok dia senyum apatah lagi gelak besar. Sangat hairan aku memikirkannya. How she can survive living just on her own world??? *garu2 kepala*

zzzyy

Hmm...... bangun seawal 5.55am. Lately walaupun sering hujan tapi keadaan sekeliling adalah amat panas. Pas mandi sibuk iron rambut but at the end just simpan scaft je. Perrgghh!!! Tak berfeadah iron lama-lama. Buang maserr je! Rambut adalah jenis yang sangat degil. Tak reti nak lurus licin. Asyik berserabut cam sabut kelapa je. Huh!!! Menci!! menci!!! Opsss!!! Ampun!!!!!!!!!!!!!!!!!! At least harus bersyukur kerana dilahirkan sempurna semua kan. Ternyata aku juga dalam golongan orang-orang yang tak bersyukur :(

Eehh ni lagi satu masalah. Kenapa games FB ni tak boleh nak load?? Semua cam mogok je. Dah 6.54am pula ni. Aku plan nak turun kerja awal dari biasa. Tapi mafia belum main, hasil masakan di cafe world belum dihidang, nanti balik petang dia dah basi! Country life pun belum dituai. Uwwwaaa!!! Common lah games oiiiii!!!!!!!!!!!!! Menjelma lah cepat!! Aku nak turun kerja ni!!!!

By the way, have a nice day everyone!!!
Ignore n3 emotional aku ni ek.

zzzyy

Monday, May 17, 2010



What should i write?? Takda idea ni weh, tapi rasa teringin sangat nak update blog. Tak senang hati bila blog tak update. Bila fikir tentang blog, selalunya terasa sangat lah banyak cerita, idea yang nak dikongsi bersama tapi bila dah depan computer, tangan di keyboard; semua idea hilang melayang ataupun tak tahu mana nak mula, camna nak karang cerita.

Aku salute dengan blogger yang sering tak kering idea. Ada-ada saja cerita yang dikongsi bersama even tuk 2 3 kali update sehari. Mana diorang korek idea hah??? Yang aku ni asyik cerita tentang makan sesaja. (dahtu je aktiviti yang sering aku buat) hehehhee :)

Sebenarnya aku dah tak sabar for my holiday trips which was less than a month to go. And tadi our coordinator msg bagitau start esok, airasia ada offer free seating tuk next year. Dah plan pun for another holiday tapi tempatnya biar lah rahsia dulu ya. Kena booked tiket dulu. Aku part organise ni ada lemah skit, amat-amat berterima kasih kepada Makcik Bidah yang bersusah payah uruskan holiday yang akan datang. Aku tahu uruskan hal camni, bukanlah mudah, banyak research, banyak info kena korek sana sini.


zzzyy

Saturday, May 15, 2010

Semalam plan happy hours dengan colleagues tapi Ani and me ending up just lepak minum teh tarik cuci mata tengok orang keluar masuk bars and bistro. Memang kekawan lepak kat Cherries Berries yang berdekatan tapi we sort of malas lah nak masuk dalam CB tu. Too crowded dan humid dan berasap, so lepas balik dari Hot Spot makan-makan, just lepak minum teh tarik kat Antonio receipe (If tak silap aku lah) yang berdekatan. Tu pun demi tuk tidak menghampakan colleagues yang mencari kat dalam CB tu, masuk lah sekejap, less than 10mins. Perggghh!!!! Sakit tekak dan mata terus!!! Too smoky!! Cepat-cepat keluar dan terus balik rumah. Aiyakkk!!! Tak suka lah tempat tu.

Cakap kat Ani tak feadah-feadah langsung masuk situ. Buat rambut dan baju bau asap teruk. Bangun pagi tadi cam tersekat je tekak, cepat-cepat minum air banyak. Aiyaaa........ aku dah matang lah, dah tak suka tempat camtu kot. Masuk je aku kat situ pun, one of colleague bagitau, music dan live band kat situ tak masuk jiwa dia langsung! Hahahahaa!!!!! Cakap kat dia, dah tua kot :)

Oh ya baru je pengumuman tentang keputusan mengundi di Sibu. DAP mengalahkan calon BN. Well, for me, no comment. Aku tak berminat tentang politic ni. Ramai gak kat FB yang aku tengok bukan main emotional lagi dok bincang tentang topic ni. Well, hak rakyat tuk pilih sapa diorang nak sebagai pemimpin diorang so terpulang lah apa saja keputusannya.

Adeh, asyik menguap je ni. Elok aku masuk tidur. Today such a busy day!!! Tambah lagi lepas hujan lebat, sure seronok tidur. And............. issskk, esok kerja. Malasnya nak bangun..

zzzyy

Friday, May 14, 2010



Weekend again!!! Yayayaya!!! I love weekend. Lately, weekend aku memang busy dan banyak aktiviti. Almaklum lah kan May ni Miri city month banyak aktiviti. Walaupun hakikatnya so far i don't even joined any of it aktiviti. Muahahahahaha :D Aku buat aktiviti sendiri dengan family dan kawan-kawan.

Malam semalam happy hours dengan para colleagues. Dan malam ni ada farewell celebration tuk para auditors, happy hours lagi. Sebenar dah lama lah aku takda ber happy hours dengan para colleagues ni, cuma bulan ni banyak aktiviti entertained auditors, which 2 of them dah boleh jadi part of our close friend. They are from West Malaysian, so if pandai menyesesuaikan diri dengan local, memang enjoy lah life kat sini.

Life kat sini takda lah heavy sangat, mostly enjoy and relax. Takda rushing takda bad traffic jam. Entertainment world pun tak banyak just pepandai lah cari port. For me, aku suka hang out, makan2 dan most of all lepas perasaan geram kat what happen di office, about office life. Lepas semua terluah, perrgghh!!! sure feels better kan :)

K lah nak main games kat FB dan sambil tu tengok TV. Have a nice weekend alls!!

zzzyy

Wednesday, May 12, 2010

Dah thursday, bersemangat gak skit tuk bekerja. Dalam minda dah terbayang apa yang bakal kena buat nanti. Hopely apa yang dah di plan dalam mind akan berjalan lancar tanpa gangguan. Kadang-kadang benci sangat, bila semua dah plan bagus punya then adalah yang menganggu, adalah customer pelik-pelik yang datang bertanya or act pelik-pelik, sah lah lari semua allignment apa yang di plan. Kerja yang simple boleh jadi complicated tahap maksima. Benci!!!

Lately cuaca adalah amat panas. Tak kisahlah walaupun hujan berkilat berguruh, panas tetap maintain panas. Dah mandi keluar je dari bilik mandi tu terus berpeluh balik. Apa boleh buat, belum mampu pasang aircond kat bedroom. Tengok lah mana ah tau kan boleh jumpa selonggok $ di celah-celah dinding :)

K lah just saja nak update even takda cerita nak buat n3. Have a nice day everybody!!!!

zzzyy

Tuesday, May 11, 2010

Makan lagi dan makan lagi. Again makan banyak. Petang tadi mak dan apak datang sebab awal pagi esok mak nak pergi routine medical check up dia. Adik dan SIL ajak makan luar. Susah juga nak fikir sebab dah taktau mana tempat makan yang tak pernah pergi. Nak pergi yang kat open space, hari cam nak hujan pula, so Sea Horse dah out. Nak pergi Hot Spot mungkin tempat tu masih dalam renovation pula. So, last-last pergi lah Michael BBQ n stimboat.

Huh! Memang ngam sangat lah dalam cuaca hujan-hujan ni pekena unlimited BBQ dan stimboat. Makan banyak!!!!! Tapi yang paling banyak makan ialah mak!!!! Fuyioo!!! Mak oiii esok nak check up, kang naik pula darah tu makan daging banyak sangat. Emm dia kata takpa, if high blood ada ubat. Tu lah guna nya pergi hospital. Emmm... betul juga. Makan je lah mak selagi masih berselera. Kang macam mendiang nenek dulu, dipaksa makan pun dia taknak.

Lepas makan shopping kat boulevard. Adik sponsor mak dan apak. Semua dapat habuan memasing. First time shopping sampai kena halau sebab kedai dah nak tutup. Hahaha!!!! melepas lah niat mak nak beli jam kartun. Aku beli cucuk sanggul which found out bila try kat rumah, adalah terlalu panjang. Tadi masa tengok kat kedai tu cam ok je, tahlah, selalu je prediction tak betul.

Lepas tu lepak kat kedai makan lagi. Pekena satay!!! Huh!! Kenyang sangat. Gelas teh O aku cam barrel. Besar!!!! Tapi puas hati lah walaupun buat aku kekenyangan tahap maksima.

zzzyy

Monday, May 10, 2010



Ouucchhsss!!!!! Terasa teramat lah malas nak melapor diri ke office. Bangun je terhoyong hayang berjalan tuk mandi. Kepala pening dan berat semacam. 1st think in mind, nak ambik MC lah if berterusan begini. Tapi sekejap je, tu pening sebab bangun tidur terus angkat berjalan. Darah masih mengalir melintang tetiba bertukar mengalir lurus. Mana tak bertempiaran diorang tukar position dalam badan tu.

Kerja kat office jangan cakap lah, memang banyak! Tak cukup tangan membuatnya. Stress tu memang ah stress tapi at least kat department ni boss aku tengok dan appreciate apa yang dibuat, masa lebih yang aku korbankan. Bukan lah aku jenis yang nak dipuji atas setiap apa yang dibuat tapi senang gak hati kan if boss pun tahu yang aku memang berusaha buat sebanyak sebaik yang mungkin. Semalam cakap kat my department boss, boleh aku nangis ke sebab banyak sangat kerja urgent nak buat ni hah. Dia kat, hah! nangis lah if itu akan melegakan! Muahahahaa!!!! Selamba je dia suruh. Hilang akal apa, aku nak meraung depan orang ramai. Eeehhh... buruknya bila orang tua meraung, opss!! bukan orang tua, orang dewasa :p

K aku nak melapor kerja ni. Dah bersemangat skit ni lepas main games FB. Dah plan nak dengar lagu apa kat dalam kereta on the way pergi office nanti. Lagu Beautiful Lie!!!!! Lagu-lagu rancak, lagu rock!... Yoooooo!!! Let's rock!!!!!!!!!!!

zzzyy