Tuesday, June 29, 2010

Kalau Haiwan Ada Facebook

Kalau lah haiwan ada FB, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yang macam kowang selalu post tu........


Cicak: Tuan rumah baru beli raket electric, gua kenduri nyamuk BBQ malam nih...



Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi..... kenyang burp, alhamdulilah...



Ayam: Tidaaaaaaaaaaak!!! Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiih!!..



Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!


Cicak : Isteriku tersepit di pintu $$%^$^&%&*(*(!@#$%%



Kucing Betina : Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.....



Ayam : Kawan-kawan... kalau esok gua tak update...bererti gua sudah digoreng... I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk gue yaa...



Nyamuk : Siot! sekali drug addict gua hantam daaaa.... Gua positif HIV AIDS... uuwaaa....



Cicak : Mau ke bilik air anak tuan rumah jap.... baru beli videocam baru.



Kucing : Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!



Tikus : Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sapa nak ikot???



Katak : Malam ni nak wat konsert la.. da lama tak hujan ni... hangat oiii..



Ular : Rasa macam nak makan lauk telo la malam ni. Mana nak cari ek....



Anjing : Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun tak senang. Hanjeng punya orang....



Kuda : Patah kaki!! Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.



Kura-kura : Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab macam siput babi!!!



Siput babi : Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab macam kura-kura.



Gagak : Tadi jumpa KFC, jangan jealous...



Burung Kakak Tua : Penat betul nak ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung kakak tua, tapi aku burung jantan!!!!



Babi hutan : Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.



Kera : Semalam GF aku bagi bunga. Sedap juga kunyah..


Tikus : Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali


Lalat : Asyik hurung bangkai je. Alhamdulilah hari ni jumpa nasi bungkus


Sotong : Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut



Kucing : Update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala-ala pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun....


Lipas : Merasmikan pengunaan kepak baru, sekali bila dikembangkan... gerun tengok member aku kena tarik dengan jeli-jeli panjang kepunyaan cik cicak. eeee seram nyeeee....



Itik Serati : Hahahaha!!! lawak-lawak ayam serama tu ada hati jalan tersengguk-sengguk.... nak tiru aku le tu... lol lol



Ikan laga : Boring sey.... duduk seseorang dalam jar ni



Ikan parang : Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok



Ikan Sepat : Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan perkasam. Al Fatihah...



Ikan Mas : Macam mana nak kurus nie???



Ikan Jerung : Kenapa takda orang nak add/approved aku :(



Ikan Arowana : Cantik tak sisik I? Cantik kan?



Ikan bilis : Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000

zzzyy

Monday, June 28, 2010




Aiya!! baru mencangkul clear jalan masuk ke gate pun dah tercungap-cungap keletihan. Berpinar-pinar pandangan. Penuh mengalir deras. Tu baru pegang scoop hanya beberapa minute, imagine lah if kena kerja kat sawah bendang, gamaknya pengsan 24 jam! Tu lah orang zaman sekarang sangat kurang exercise terutamanya aku. Bila kerja berat skit (takda lah seberat mana pun) terus pancit. Adakah aku sudah sunset industry?? Ohh tiiiiddaaaaakkkkkk!!!!!!!!!

Kerja hari isnin memang takda kehebatannya. Penuh dengan kemalasan dan rasa meluat. Dalam fikiran asyik fikir, kenapalah lunch break ni lambat sangat, padahal baru sejam dua kerja, pastu asyk tengok jam kat dinding bila lah abis customer hours ni, pastu pula asyik belek jam dinding dan jam tangan (takut-takut kang tak sama) cepat-cepatlah waktu pulang. TAPI........... bila hari gaji, hmmm kalaulah hari-hari $ masuk account camni, alangkah bahagianya kan. Hari-hari boleh shopping. Ceh! Kerja malas, nak gaji cepat!! Eehh... eeehh... jangan tipu, korang pun sama macam aku juga kan kan kan kan :p

Nasib lah kerja memang tak busy sejak dua menjak ni. Semuanya slow tapi steady. Walaupun takda orang pun tak suka if relax lebih dari kerja dan begitu juga aku tapi, tu lah ada ketika tu rasa bersalah juga if takda buat apa-apa. Aku pergi department lain sambil tengok diorang buat kerja, of course bukan tengok sesaja, sambil belajar tapi sambil tu gak bercerita :) At least hari ni aku belajar lah sikit tentang department lain. Slowly kan, baru nak belajar memahami pokok pangkal asas kerja mereka. Tak adil juga lah if orang tengah busy-busy aku sesuka je minta ajar, kang menambahkan kerja mereka dan buat mereka slow pula kan.

zzzyy

Sunday, June 27, 2010



Huh! sekarang tengah hujan lebat. Tadi sebelum mandi dah plan nak pergi town for breakfast, so dah hujan ni apa kes nak menyibuk pergi town tu kan. Menyusahkan diri sendiri dengan yang sudah pastinya akan jammed everywhere lelebih lagi sekarang ni time orang balik dari church. Buka peti sejuk, ada sausage dan beef dan sayur. Huh!! give me idea to do the western breakfast cum lunch :) Sekejap lagi akan bersilat di dapur, ni sementara tunggu ais dia cair so aku update lah blog.

Semalam sempena meraikan belated father's day, sekeluarge makan kat bamboo cafe, again. Kan malam sebelumnya aku pun pergi ke sana so layan je lah. Sebenarnya dah tatau mana lagi nak pergi makan ni, rasa cam semua tempat dah diterjahi. Lepas makan, layan wayang tengok cerita The A-Team. Emm not bad! Suka jalan ceritanya. Aku kan memang peminat cerita ni sejak kecil lagi. Masa kecil dulu kan ada series A Team, tiap minggu memang akan tertunggu-tunggu siarannya.

Aku ni sejak kecil lagi memang suka cerita-cerita bercorak penyiasatan seperti The A-Team, Knight Rider, dan yang lelainnya aku tak ingat. Banyak makan semut! Aku tengok sekarang banyak juga series yang sering ditonton masa kecil-kecil dulu telah pun di adaptasikan ke filem. Seronok gak layan sebab sambil tu turut mengenang kenangan masa kecil dulu.

Semalam tengok TV hitam putih yang ada jendela dan boleh di lock tu kat Bamboo Cafe. Mengimbau kenangan masa kecil-kecil dulu. Aku kan tinggal kat rumah uncle dan dia ada TV camtu. So bila time sekolah tu selalunya dia tak benarkan tidur lewat. Kebetulan ada one of the day in a week tu adalah rancangan Bintang Kecil terbitan TVBrunei. Memang suka sangat lah tengok tapi masalahnya rancangan tu agak lewat rasanya dalam kul 9pm dan disiarkan hari sekolah.

So sudah semestinya orang tak benarkan tengok takut keesokkan harinya akan bangun lewat. Masa tu kan baru darjah 2 3 camtu so memang liat nak bangun pagi. Kebetulan keluarga pun memang tidur awal, sebab if auntie dan uncle tak tidur awal, sure kitaorang pun tak tidur kan. Hmm.. memang masuk tidur awal lah dalam 8.30 gitu so bila dengar semua dah senyap curi-curi keluar buka tv dalam gelap tanpa suara. So if nak dengar terpaksalah duduk dekat TV tu dan buka suara kat level yang terendah. Kekadang kena tangkap gak curi-curi tengok tapi yang paling sakit hati lah bila TV tu dilock!!!!!! Menyampah!!! Rasa nak menangis meraung-raung!!!

Tapi tu lah masa kecil dulu, orang buat camtu ada kebaikannya. Sekarang ni hah! dah takda sapa kisah berapa lama nak tengok TV pun, 24 jam pun takpa tapi masalah dah malas nak tengok TV. Lebih suka layan FB kecuali bila ada rancangan tertentu yang ditunggu.

Opss!! perut dah lapar, nak memasak dohhh...

zzzyy

Saturday, June 26, 2010

Semalam pergi farewell tuk colleague yang akan berpindah ke Kuching. Lepak kat Bamboo Cafe hingga 12 midnite. Kebetulan ada bola so tuk gerak terpaksa lah tunggu bola tu abis. Pastu malas lah nak pergi 2nd round. Letih, lagipun selepas hujan lebat.Balik rumah layan FB lagi seronok.

Pagi ni bangun agak lewat, takda plan pun kecuali malam nanti mungkin nak makan lagi but this time bersama family. Ni malas nak berjalan-jalan, cuaca panas, lagipun hujung minggu ni sure ramai orang berkeliaran di town.

Since 5 dari 6 kucing kat kampung dah mati, ni Dimas yang baru dihantar last week, mak dan apak bawa bersama ke sini. Anak kucing yang comel, asyik nak main je. Ni ngah tidur sebelah aku duduk. Malas nak layan dia main tadi. Mengigit tangan je kerja buat tangan rasa pedih-pedih kena dek kuku dia. Bukan reti control pun.




Takda lunch. Dah makan kul 10.30am tadi, makan nasi! Mula mak goreng telur mata lembu, then cousin and auntie datang. Terus cousin cakap lapar so apa lagi terus mak dan auntie masak tuk lunch sekali. So jadilah breakfast cum lunch. Sekarang mak apak dan Dimas semua tengah tidur. Aku as usual akan duduk depan PC sepanjang hari. Jarang sangat aku akan tidur siang. Yalah mana nak tidur, if hari biasa masa ni tengah sibuk bekerja.


zzzyy

Friday, June 25, 2010

Surat Tijah



Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.

Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki mat saleh tadi yang baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah Binti Kulup Kecil, yang berjaya "dicuri"...


Mike,

I WANT TO CUT CONNECTIO US.

I have think about this very cook-cook. I know i clap one hand only.

Correctly, i have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first i think my friend lie me. But now i know you correct-correct play wood three.

So, i break connection to pull my body from this love triangle. i know this result i pick is very correct because you love she very high from me.

So, i cut connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk.

TIJAH.

zzzyy

Thursday, June 24, 2010



Hujan sejak aku sampai di rumah. Tadi Ani and Matt dinner di rumah so kena lah aku masak. Datang je di rumah terus menuju ke dapur prepare dinner. Masak fried chicken wings, brocoli hijau + kulat terayaki tumis osyter sauce dan black pepper beef. Just simple menu, Ani dah kelaparan tak boleh masak fancy-fancy tambah lagi aku bukanlah expert sangat bab masak memasak ni. Cuma cukuplah tuk mengenyangkan.

Nothing much happen lately. Kerja tak busy cuma banyak masalah-masalah yang kena diselesaikan dan amat meletihkan minda. Ada kala ada juga bertegang lidah sesama sendiri menegangkan pendapat memasing atau menunjukan kedegilan memasing which at the end takda bawa apa-apa pun, malah membuang masa dan tenaga je. Tu lah sebahagian dari asam garam dunia pekerjaan. Tak mungkin semuanya sentiasa mulus dan tulus.



Esok ada farewell happy hour sempena meraikan perpisahan dengan seorang colleague yang akan berpindah ke Kuching. Lepas tu Sabtu, abg long ajak jejalan ke Brunei tuk makan sushi tapi Ani dan Matt tak dapat ikut sebab dah janji dengan bapak nak pergi picnic di Kebun. So since tak cukup korum so tak jadi lah pergi.
Tak seronok juga if tak pergi reramai kan.

Abis idea. bai bai...

zzzyy

Wednesday, June 23, 2010



Adehh, mengantuknya. Walaupun dah mandi sampai basuh kepala sekali sebab kepanasan tahap gaban tapi aku masih gak mengantuk ni. Sebab belum pekena kopi kot. Semalam tidur macam biasa juga 12midnite. Lately, walaupun sekali sekala hujan renyai-renyai tapi cuaca adalah sangat panas dan humid. Berpeluh-peluh ketika breakfast.

Lunch semalam aku dan Ani jumpa kawan so since dia vegetarian so haruslah pergi ke kedai vegetarian kan. Ini adalah first time aku makan vegetarian food ni. Tah kenapa all this while tak pernah nak try makan, mungkin sebab in my mind, vegetarian tu mostly makanannya adalah sayur so as the mind dah kena set, allergic sayur :) tak pernah gak terfikir nak pergi kan.

Order lah, ginger chicken (sound nice sebab ada nama chicken dalam menu), black pepper beef (mengiurkan juga sebab beef) dan butter prawn (sedap! sedap!). Sebelum menu tu sampai in my mind asyik terfikir, camna lah rasa menda ni nanti ya. Bukannya chicken, beef dan udang yang sebenar pun. Bila sampai, test skit, emm not bad lah. Beef dari kulat, sedap!!! Chicken dari soya, sedap juga ada rasa-rasa cam chicken. Then prawn pun, baunya semua cam butter prawn, rasa pun not bad juga. Terasa cam makan real meat. So... aku dan Ani dah plan, boleh pergi ke vegetarian cafe again and again :)

So for those never try vegetarian food, better go and try. It wasn't bad taste afterall walaupun kita jenis yang tak suka makan sayur. Full of fibre. Namun demikian it doesn't change my mind tuk jadi vegetarian :) sebab i can't live without real chicken!!!!! :D

zzzyy

Monday, June 21, 2010

A nice peaceful monday. Kedua2 bos kat floor aku pergi course so bila kucing takda tikus bersuka ria lah. Samalah seperti aku, depan belakang bos takda so apa lagi relax-relax saja lah lelebih lagi monday ni, mood tuk bekerja pun kurang. Well, sebenarnya bukan lah sengaja tak kerja sangat tapi dah banyak kerja-kerja disediakan tuk supervisor so kira stop buat sementara lah create kes-kes baru. Tambahlah one of supervisor ambik MC, hypertension. Hmm.. itu lah salah satu risk yang terpaksa dialami jika bekecimpung dalam dunia pekerjaan aku. Harus jangan biarkan kerja control kita tapi if sebaliknya sudah pasti 95% akan merasa bahang seksaanya.

Badan pun rasa kurang sihat. Sejak friday lengan aku sakit-sakit tah bila masa aku angkat barang berat pun tak pasti. Dah beberapa hari ditampal dengan koyok. Suara pun ada kala bertukar cam katak dalam gaung, batuk dengan kahak yang susah nak keluar. Hidung keluar angin sempoi-sempoi bahasa kepanasan. Baru lepas minum sebotol air cap badak. Hah!! kang sekejap gik boleh jadi badak lah aku yaaa... :p

emmm cerita sedih, 3 dari kucing pelihara family telah meninggal. Bawang putih dan si Putih meninggal last week dan Comel meninggal tadi. Sakit seperti termakan sesuatu. Tah memang musim sakit kucing ataupun ada orang dengki bagi kucing makan racun. Susah juga if memang ada orang busuk hati ni (kat kampung ada 2 3 orang yang busuk hati dengan binatang, kucing dijerat, anjing dipotong ekor), binatang yang tak reti apa-apa tu pun nak dibunuh. Jika betul lah begitu, ada lah daulat nya nanti. Ni Sudin dan bawang merah pun dah menghilang 2 hari, rasanya memang dah meninggal juga lah tu.




Sedih bila kenang kucing-kucing tu. Dipelihara dibeli makanan sejak dari kecil. Sentiasa dibelikan whiskas ciplak (if beli whiskas yang ori tu diorang takmau). Diaorang suka makan yang aku beli berkilo-kilo tu. Mula ingatkan murah tapi bila hitung-hitung lagi murah apanya. Dalam 200grm RM4. Sekilo RM20. Perrgghh!!! berkoyan-koyan dah dibeli tuk memelihara kucing-kucing tu, mana tak sedih bila diorang mati begitu saja. Lain lah if mati tua seperti seekor kucing yang bernama Sudin dulu tu. Mati dalam kenyanyukan.

zzzyy