Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!!



MERDEKA!!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!!

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 53 pada tahun ini, 2010.

Sejarah kemerdekaan bermula:-

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera British, Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman.


Logo 1Malaysia adalah logo melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia.

•Kepercayaan kepada Tuhan
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•Keluhuran Perlembagaan
•Kedaulatan Undang-Undang
•Kesopanan dan Kesusilaan

Dan.......

Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia.

NEGARAKU (LIRIK)

NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

Sama-sama lah kita menghayati erti kemerdekaan disamping memperingati perjuangan bagi memerdekakan Malaysia. Merdeka kan diri anda, merdekakanlah minda dan perasaan. Hargailah negara kita.


zzzyy

Monday, August 30, 2010



Cakk!!!
tadi godem punya godem pc tu
aku termasuk folder yang simpan gambar
masa aku make up sok artist ni
which was last november
ehh dah nak dekat nov ni kan
haruskah aku buat lagi??
well sebagai pemuas hati sendiri kan
at least appreciate ourself doing something rare
at least once a year

bercakap tentang once a year
tak terasa kan masa berlalu begitu cepat
seperti baru 2 3 bulan yang lalu
kita menyambut hari kemerdekaan
dan esok sekali lagi merayakannya
begitu juga dengan kenangan
yang manis yang pahit
berlalu begitu pantas bersama dengan waktu

ada satu perpatah yang aku sangat suka
live for today
not for yesterday
which has been gone
not for tomorrow
which is not certain

so aku percaya
enjoy your life until the fullness
nikmati kebahagian
bahkan penderitaaan
kerana setiap yang berlaku
ada hikmah sebaliknya
what we give what we get
it will come hunt us back
try tuk hidup dalam batasan
kehidupan yang seharusnya
jangan terlalu kejam
juga jangan terlalu baik
kerana sering ada orang
yang bakal mengambil kesempatan
dari kebaikan seseorang
yang mana sering memudaratkan

tu teori aku lah
lain padang lain belalang
lain orang lain pandangan
waseehhh...........
berpepatah semua lak aku ek "_"

k lah dah nak berbuka ni
selamat bebuka puasa tuk semua.

zzzyy


Cakk!!!! Selamat pagi semua!!!
aku tahu korang mesti tak suka hari ni
sebab monday........
tapi takpa, esok tak kerja
then kerja 3 @ 4 hari je
pastu cuti lagi
then cuti raya
cuti malaysia day
eehh best nya banyak cuti
aku lak hari ni cuti lagi
bertambahlah ke best annya "_"

aku since sahur tak tidur lagi
busy basuh kain baju
terbit je matahari terus dijemur
plan nak cuci curtain tapi
aku malas nak buka curtain tu
camna yaa??
tengok lah if nanti if kerajinan aku datang



okaylah buat yang bekerja tu
selamat menjalankan tugas
senyum-senyumlah selalu
tapi jangan senyum seseorang tau
nanti kena naya je kena chop sot "_"

zzzyy

Sunday, August 29, 2010

Eat like Dimas

Puh!! sangat kenyang!!!
rasa terik sangat dah kulit perut ni
nak duduk nak baring
semua tak selesa

berbuka dengan nasi lelapan
dah tatau ke kedai mana
nak makan apa
so senang cerita takyah nak fikir-fikir
makan je nasi lelapan
menu yang complete
ada ayam ada sayur
side order daging goreng



lepas makan singgah kedai beli planta
tuk dibubuh atas jagung
tadi lepas mandi about 5pm
tekak terasa nak makan jagung
so turun awal nak pergi emart
which about 20km dari rumah
nasib lah dalam perjalanan
guna miri by pass road
ada orang jual jagung tepi jalan
save my time save my mileage



sampai je di rumah terus stim jagung
pastu sapu 3 batang dengan planta
duduk tengok tv
lepas makan jagung
makan watermelon
makan cempedak
minum air kelapa dalam tin tu
yang mana baru menjadi favourite

aiyooo!!!! tekak rasa kering ni
tapi perut sangat kenyang
kegilaan makan dimas berjangkit kat aku
hhuhuhuhuhuuu.........

eeh, best thing is esok walaupun hari bekerja
aku masih cuti..
lalalalalaaaaaaaa!!!!

zzzyy

Saturday, August 28, 2010

Weekend

This n3 suppose to be posted earlier
tapi bila dah ngadap game
terus semua terbengkalai
dari satu game ke satu game
masa berlalu tak terasa
nak stop tapi tak juga stop
game really make you addicted

dimas, mak and apak dah balik
pagi tadi masa aku bangun 10am
dimas ngah tidur kat my favourite sofa
puhh!! nasib dah dicover dengan kain
takut bulu lekat
dan paling takut, dia cakar sofa tu
semalam dah ada sekali dua dia try
mengasah kuku kat situ
perrgghh!!!!!



yang muka posing tu
ialah terkejut dari tidur
terus mengigit tangan
aik! baru bangun tidur
pun aktif nak bermain
apade dimas ni
badan cam datuk kucing
tapi jiwa masih anak kucing
masih nak menyusu helai selimut
atau lipatan-lipatan baju

my dinner semalam ok lah
ingatkan ramai just four of us
Ani, Matt and abg Long
enjoy, sesi meluah perasaan
tentang kegeraman-kegeraman
soal kerja-kerja di office
dengar khabar,
mungkin kami akan di pencen kan
bila usia mencecah 57 tahun
huh!!! semua tak sanggup
bebanan kerja yang ada sekarang
pun dah boleh buat tua sebelum usia
babo sebelum tua
the stress really can crack the head!!

back to the dinner
the menu is seafood
ikan sebelah bakar
udang sweet and sour
ketam goreng telur masin
sayur cangkuk manis telur
sea cucumber soup



tapi perut aku lately
memang extra ordinary kosong
cepat lapar dan makan banyak
balik je rumah
terus masak



ayam kampung yang disembelih petang nya
disamping test try my new periuk tanah
masak sup halia
perrgghh!!!! sedap!! sedap!!! sedap!!!!

mak yang dah berdengkur tidur pun terbangun
terus makan nasi!
begitu juga dimas
at least aku hanya minum soup saja
mak dan dimas ni memang serasi
lepas makan tidur lagi
dimas tidur terlentang kangkang
aku kacau perut dia pun takda response
biasanya sure dia gigit tangan

k lah nak pergi berbuka di luar
ada orang nak sponsor
eeerrkkk...........
makan lagi, mana aku ni tak tembam
aiyoooo..........
lalalalallalalalaaaa...............

zzzyy
minggu ni Dimas berhari minggu di Miri
yea yea yea yea
dah 2 minggu tak jumpa dia
hmm... dah bukan anak kucing lagi lah dimas ni
dah besar tapi maintain naughty
asyik nak bermain saja
dahlah gigitan dan cakaran dia takda control
gatal-gatal pedih-pedih kat tangan kerana dia
dah tu asyik nak makan je mereka berdua mak
ni dua-dua dah tidur "_"



Tengok, Dimas dah besar kan
dah tak begitu comel lagi
meskipun masih manja dan masih nak 'mepet'

minggu ni adalah minggu tuk makan-makan
meskipun puasa, berat tak juga turun-turun
kawan cakap aku takda kurus langsung
kecuali siku je mengecil
errrkk............... :o



Dua hari dinner dengan nasi lelapan
sekali kat muara cafe
sambal dia sedap dan kaw
sekali kat chillipepper
sambal tak kaw tapi
ikan keli dan bawalnya
murah compare tu muara

yang makan seafood tu adalah rabu
treat by Ani
kenyang sekenyangnya
makan sotong, ikan stim, ikan bakar
nasi goreng special, chicken chop
ayam goreng, sayur.
price, very reasonable

yang stimboat tu pula adalah last nite
seperti biasa ah, memang hentam daging je
my favourite kat sini
mini lamb chop (hiris kecil-kecil)
dan black pepper beef
dan udang dan ayam dan bla bla bla
semua aku suka lah!!!!
i can't resist daging dan ayam!!!
sayurnya??
aha!! adalah aku makan beberapa helai
just tuk mencukupkan korum "_"

malam ni ada dinner lagi
kali ni bersama bestfriend-bestfriend
upacara sering dibuat tiap bulan
the spot is seafood lagi
kali ni aku nak makan ketam!!
ketam!!! ketam!!! ketam!!!
lalalalalalaaaaa........

aha!!! ni cerita tentang blackie membodek aku
semalam kan nak tukar tayar blackie
so pergi lah kedai tayar
tukar tayar sepasang je
sebab sepasang lagi aku dah tukar awal tahun
tak larat ah if kena tukar dua pasang sekali
bankrup tahap cipan!!!
tukar tayar dan tukar guna nitrogen
baru je aritu aku bangga
sebab dah pandai pam tayar
ni dah guna nitrogen lah
tapi takpa ah, ni lebih convenience
tak perlu selalu pam
ikutkan service tag dia
next pam ialah january tahun depan
lama kan...



Tu process penukaran tayar blackie
mula-mula tayar belakang pergi tayar depan
tayar belakang aku pasang baru
sebab from the experience,
tayar belakang tu lebih cepat botak.
past tayar dipasang, kena buat allignment
pasang benda kat kaki tu
pastu ditembak dengan 'hawk eye'
mesin tuk allignment tayar

selain dari tukar tayar aku tukar spring gak
which buat aku melopong masa membayarnya
RM930!!!!! what??!!! apahal mahal sangat ni ek
tayar aku tau RM320, Spring RM530???
ehh tadi kan mechanic tu cakap 53 je
adik siap kata semua dalam rm400+ je ek
dia kata ya ya
tapi bila bayar........... what!!!!!
aku blurr lagipun aku mana tahu pasal
spring tu semua berapa harga
adik sebenarnya terkejut gak bila dia kata
spring 53.
ingatkan RM53 takda lak dia kata ratus pung
tapi since dah pasang bayar je lah
takda lah aku terkilan sangat cuma tak cukup
bawa duit je, terpaksa Cr card dikorbankan
lagipun blackie dah 3 tahun
memang harus tukar spring pun
all this while, orang yang naik blackie
mostly besar-besar, berat-berat belaka
apa tak spring dia kojol..
and gladly beli spring yang elok qualitynya

since dah plan nak tukar sound system blackie
go head aja dengan plan nak hias dalamnya juga
pasang lampu liplap kat depan dan belakang bumper
pasang speaker kat belakang
and now blackie ada 6 speaker 2 mixer!!!!
player lak aku guna player hyppo
lebih canggih bunyinya
kebetulan lampu dalam adik dah tukar
jadi lampu liplap yang detect bunyi
so on je cd lagu dup dap dup dap
terasa cam dalam night club!!!!!!

all an all cost blackie semalam dalam RM1,600!
fuhh!!! berpeluh ketiak tengok duit terbang begitu saja
tapi bila fikir in a long run takpa lah
lagipun tiap-tiap hari blackie berkhidmat tuk aku
it's worth to maintain him sekali sekala
oct nanti birthday dia gak a few hundreds terbang lagi
that was the price for having car...

zzzyy

Friday, August 27, 2010



tak tidur-tidur since sahur tadi
sibuk memesin kain baju
pastu dah berjalan sana sini
segar bugar mata
tambah lagi bila dah duduk depan PC
banyak games yang nak dimain

seawal 6.30am aku dah jemur baju
ops, for information,
aku cuti today and monday
saja perabiskan cuti
yang memang nak abis pun "_"

emm kat luar panas terik
kat dalam pun panas ni
hanya guna stand fan
kipas siling taknak berpusing
sejak malam tadi
adalah yang diroyan nya tu

plannya ari ni nak tukar kasut blackie
tapi cam malas je rasa nak keluar rumah
tengoklah sejam dua lagi nanti
kebetulan adik nak datang rumah
tunggu dia dulu lah

yang seorang tu masih tidur
hairan tul aku
dah siang-siang pun masih mengigau
suruh another adik simpan sesuatu
mostly adik aku tidur mengigau
yang satu tu lagi canggih
masa tidur boleh gelak-gelak
ingatkan dia gelak tengok tv
rupa-rupanya gelak masa tidur

sebelum tu bercakap tentang reload tipon
aiyak!!! banyak sangat aktiviti
masuk dalam minda ketika tidur lah tu

k lah adik dah datang
nak tukar tayar, nak buat speaker
lekat LCD dalam kereta
semua belas ikhsan adik...

zzzyy

Thursday, August 26, 2010



Dua hari lepas, kat office
adalah makcik tu dok bercakap
tak henti-henti dari 9.30-5.30!!!
rasa nak muntah darah mendengar
dah lah suara dia tu very iritating
sekejap-sekejap bercakap
sekejap-sekejap ketawa mengilai
cam orang gila
pitching dia macam tu je
takda merendah langsung
tah apa bateri dia guna
bercakap kat telephone semua floor
boleh dengar
pas cakap di telephone
ulang lagi perkara yang sama
dia cakap kat telephone tadi
kepada anak-anak buah dia
sangat menyampahkan!!!!



semalam dia MC
hah!!! sebab terlalu banyak angin
keluar sebab terlalu banyak cakap lah tu
or bateri dia flat teruk
or karat bateri dia dah keluar
hari ni masih MC...
heheheeee "_"

semalam,
meskipun puasa
aku tetap menyumpah
how i wish if i can do magic
hilangkan suara dia sehari
bagi dia panic kan best
yalahlah orang busy-busy kerja
perlukan konsentrasi
dia memekak je pot pet pot pet
buat darah naik ke atas saja
memanglah dia cakap tentang kerja
tapi tak perlu lah nak begitu nyaring
buat orang benci saja...

malamnya buka puasa kat sea horse bistro
Ani belanja, terima kasih ani
semoga murah rezeki
boleh belanja lagi :)
lepas makan pergi merayau-rayau di boulevard
tetiba dalam perjalanan nak pulang tu
dengar orang panggil
bila pusing je tengok..............
oh dear
my long lost friend, ex colleague!!!!!
lama tak jumpa dia
dulu masa dia masih kerja sama
antara kawan rapat
if ada dinner or organise outdoor activities
dia antara yang akan sibuk uruskan semua

lepak minum kat chillipepper
dia kerja kat MIDA
mengenang kenangan silam
aku sampai lenguh rahang ketawa
dia selamba je bila bercerita
tapi cerita-cerita dia sangat lucu

bila jumpa kawan lama
24 jam bercerita pun takkan abis
tapi masa tak mengizinkan
keesokkan dia ada appointment
schedule dia very tight
aku pun kena kerja

klah nak tidur
yang peliknya
bila hari bekerja mata susah nak tidur
bila cuti awal lak mengantuk
tak sporting langsung!!!

zzzyy

Tuesday, August 24, 2010



Hari -hari yang tak menghairahkan
semalam seperti biasa
penyakit 'M' monday melanda
meskipun demikian terpaksa kerja keras
siapkan apa-apa yang patut
sebelum aku cuti friday & monday nanti

hari ini pun masih sibuk
terlalu banyak paperwork yang kena disiapkan
tah dapat ke tak aku habiskan esok
dah lah bulan puasa ni
memang tak larat lah nak stay back



sejak puasa ni mata sering ngantuk
mungkin sebab tidur yang tak menentu
nasib baik sejak hari pertama
aku ada idea
tidur berdiri 3-5mins dalam toilet
lepas tu, so far cure gak rasa mengantuk tu
bila dah layan busy terus hilang
so far 2 3 kali dah buat camtu
it's worked.

hari ni berbuka kat luar
mood rajin memasak aku dah hilang
sekarang ni dalam lazy mode
makan nasi lelapan
pastu kurang dari sejam
makan lagi kat pizza hut
huh!!!! nafsu makan berkobar-kobar
puasanya 13 jam tapi makan tuk berbuka
mengalahkan makan 2 hari dinner!!!!
sooo scary!!!! "o"

k, abis idea. Semua idea
abis sebab asyik fikirkan
tentang makanan :)


zzzyy

Sunday, August 22, 2010


Baru balik dari pasar ramadhan
lepak quarters SIL
hasil tangkapan kurang lumayan
tak banyak kedai yang buka
or dah tutup sebab hasil jualan dah abis
or tak ramai yang buka sebab hujan
tak pasti aku
tapi yang pasti,
this is the first time
aku pergi pasar ramadhan tahun ni
boleh pecah rekod ek
biasanya aku lah
yang sering pertama-tama
sibuk nak pergi beli makanan
kat pasar ramadhan
which kekadang
beli mengikut nafsu
banyak-banyak, at the end
tak larat makan

tahun ni aku buka puasa kat rumah
sebab if pergi kedai......
pertama, banyak kedai halal
tutup waktu ramadhan
aku tak faham kenapa
kedua if ada yang buka pun
sure sesak dan ramai orang
silap-silap boleh berbuka
dengan air sejuk saja

so aku prefer tuk masak di rumah
masak yang simple
disamping dijamin kesedapannya
disamping boleh jimat belanja
lagipun tahun ni
selera berbuka aku kurang
tak mengebu-gebu sangat
makan sekadar mengalas perut je

k lah beberapa minute lagi nak berbuka
adik-adik dan SIL dah berlayar jauh nun
'chap! chap! chap!'
kedengaran bunyi kunyahan
hahahahaaaa........!!!!!

zzzyy


A wet weekend! semalam whole day hujan.
hari ni pun masih mendung
which i hope the sun will come out soon
banyak laundries yang half way dry
kena simpan atas panas sekejap
baru bau harum seperti dicuci
even tak bau if tak kena panas
can't smell the freshness



tengok cuaca cam dah terang
so angkut lah kain jemuran ke luar
mak aiii!! banyaknya nyamuk!!!!
tu lah yang aku tension
if keluar belakang rumah tu
rumah neighbour rumput panjang
dan agak berselerakkan
tambah musim hujan
tu lah yang nyamuk aktif sangat hidup

ambik bekas letak telur
bakar letak kat open store
pastu spray-spray dengan racun nyamuk gak
tak boleh biar nyamuk ni hidup berkeliaran
silap-silap boleh membawa penyakit!

hari ni plan nak berbuka puasa di luar saja
boring lah masak-masak
dah takda idea apa menu nak dimasak
tengok kat FB tu
SIL teringin nak pergi bazaar ramadhan
tapi malas nak jalan
nanti aku plan nak jemput dia
pergi bazaar ramadhan for the first time
tuk puasa tahun ni
harapnya aku tak rambang mata membeli
hehehehee...


zzzyy

Saturday, August 21, 2010



hari yang mendung sangat seronok tuk rehat-rehat baring-baring tidur tidur meskipun kegeraman sebab tak boleh nak jemur laundries mak dan apak datang semalam dengan rasminya dan takkan bertukar lagi Dimas adalah Jantan!!!!!! He is Male!!!! Lelaki!!! Terungkailah segala teka teki selama ni yang sekejap-sekejap mengatakan Dimas jantan sekejap-sekejap mengatakan Dimas betina Sekarang dah confirm dah dia dah ada 'telo' "_" Life ok and yet nothing much happening doing the daily job wake up, office, lunch break, going back home, dinner, sleep tiap-tiap hari sama kecuali weekend and tambah aktiviti sikit kemas rumah, cuci laundries



haaa... dah start hujan dah ni bestnya... terasa sangat selesa kat rumah mak dah lama sweet dream kata best sangat cuaca ni tuk tidur ala mak aku tu hujan ke panas ke tetap maintain sentiasa nak tidur hairan aku even dah tidur lama siang malam pun tidur awal juga nak kata lelah hari ni takda pa gak dia buat jemur baju, siang ikan dan potong sotong je mata dia tu berselera sokmo je tidur. aku tak boleh unless tersangat ngantuk tu pun sangat jarang berlaku sebab kan hari bekerja, kerja mana boleh layan tidur kang nanti tertidur kat office "_" baru keluar tengok hujan tengok si hitam sejak pagi tadi tidur je cuma berhenti tuk makan perut besar! eemmm takda dimas, bapak manjakan dia awal-awal pagi lagi dah makan dulu hitam kurap bapak bagi minyak diesel kat tubuh dia pastu terus baik meskipun hitam dah tua dan buta sebelah dia tetap gebu!!! hahahaa!!!

zzzyy

Friday, August 20, 2010



last 2 days aku busy
busy layan bestfriend dari kecil
yang datang on business trip kat sini
temankan dia makan-makan
car drive tengok Miri
aku kenal dia sejak aku darjah 1 lagi
membesar bersama menjadi bestfriend
hingga lah ke form 5
which sepanjang masa tu
dari sekolah rendah ke sekolah menengah
kita tetap di kelas yang sama



Lepas tu dia belajar di Uitm
which was ITM masa tu
then family dia pun pindah ke Kuching
dia settle down bekeluarga kat sana
Dah belasan tahun
dia bekerja di bidang perhotelan
kalau datang kesini
mesti kerana kes marketing
so sepanjang 2 malam dia di sini
memang tak akan melepaskan peluang
tuk bersama-sama
cerita tentang masa kecil-kecil dulu
pergi tengok sekolah lama
pergi tengok tempat-tempat
yang sering kita bermain dulu
sangat melucukan :)

balik dari berjalan singgah shell station
tuk pam tayar sebab lain rasa je
mungkin kurang angin
atau terlebih angin
tahlah
sebenarnya aku never know exactly
camna nak pam tyre kereta tu
how is actually ngam-ngam tuk diguna
main hentam je
lelebih lagi dengan jenis pam yang baru tu
lagi aku kalut guna

so semalam masa pam tayar tu
first pam terkial-kial
sebab tak dapat nak set angin yang diperlukan
bagi kereta aku, dia guna 29
tah 29 apa jangan tanya aku
aku tatau cuma kat pintu tu dia ada tulis
29 tuk tayar depan



pindah to another pam
ni pun tah ok ke tak
main hentam je
dia tunjuk 32 aku hentam pam je
then datang pekerja dia cakap
belum ok lagi tu sebab pam belum berbunyi
dia tolong buatkan
tengok 32, aha, terlebih angin ni
kena buang angin tu tapi.....
camna buang ek angin kan dah masuk
dia ajar tekan ada jarum kat tiub tayar tu
angin keluar cam sssssssssssshhhhhhhh........
aku cam jakun gak
tanya dia camna buat ek
dia ajar
dia kata if pam taknak di set
kena release angin dia dulu kat pam tu
buat perkara yang sama gak
tekan jarum kat pam tu
rupa-rupanya tayar aku terlebih angin
tu yang berat je rasa
next time aku tau buat camna
so far layanan pekerja kat station shell ni ok
dulu pekerja dia pun layan bagus
cuma masalahnya sejak dulu
aku guna minyak petronas
tu yang malas nak tukar
lagipun kat miri ni
stesen petronas lebih banyak dari shell

aku bersyukur sesangat
kerana dikurniakan orang-orang baik sekeliling

zzzyy

Wednesday, August 18, 2010



lagi-lagi isu xtra bonus
which was base on performance
semalam slow talk dengan seorang colleague
yang masih tak puas hati dengan payment
she is fast, accurate, consistence
very indenpendence and can work
with less supervising
cuma she is so naive
bila marah it showed
kat body language kat face
but that wasn't the problem
sebab bukan selalu pun dia marah
if tak kacau dia, dia takkan marah sebarangan

and she get........

another colleague
selalu MC hari isnin
selalu emergency leave
buat orang kelam kabut
kerja slow, meskipun dah senior
masih banyak yang dia taktau

Ironic nya..........
they got the same payment
so what is appraisal system for??
you work good
you work bad
tetap dapat ganjaran yang sama banyak

aku sebenar malas nak fikir sangat
sebab aku bersyukur dengan apa yang dapat
apa yang ada, seadanya
nak bising pun nothing can be done
menghabiskan tenaga saja argue
paling-paling pun if ngadap boss
dia kata next year he'll take note
which always..
janji tinggal janji!



branch staff, kena handle branch works
at the same time kena buat marketing juga
siap ada KPI semua bagai
supervisor ranking if figure kosong
kena ngadap Regional Manager (RM)
which was no mercy!
gerenti kena berus
no matter what your reason is
all he care is figure! figure! figure!!

sale staff memang tugas cari customer
bring over to the branch
branch process, branch close the deal
tak perlu diorang nak fikir-fikir
tentang perkara remeh temeh
yang perlu di follow up
ada yang kejam,
lepas sale and close the deal
customer tak di service

payment they get....

yang branch staff tu if dapat 2 mths
dah boleh senyum dari telinga ke telinga
orang sale dapat.....
8-22 months!!!
dimana kah keadilan open appraisal system????
tepuk dada tanya selera

kekadang dinilai...
if kerja OT maknanya committed
balik on time tu kurang rajin
but ever management really study
apakah OT tu genuine OT??
if sesekali sebab perkara yang perlu dihabiskan
memang tak menjadi masalahlah ya
tapi if yang hari-hari OT and yet
quality, quantity kerja tetap sama
seperti hari sebelumnya
what is the point kan

ramai yang berlaku kekunun rajin
balik lambat kekunun OT
tapi... if orang yang dah balik tu
dapat buat 5 cases sehari
and orang yang OT pun begitu juga
sooo...apa bezanya kan?

tapi biasalah management ni
if OT dia kata committed, rajin
tapi bagi aku
you don't know how to manage your time
time management fail!!
tu lah yang hari-hari OT

Watak di dunia ni bermacam-macam
tepuk dada tanya selera
watak mana yang harus kita pilih
tak perlu hypocrite
terima keadaan, kemampuan sendiri seadanya..........

zzzyy