Friday, September 30, 2011

Ngintik

Ngintik

=

Memancing

=

Fishing using Fishing rod

zzzyy

Thursday, September 29, 2011

salah satu perkara yang aku tak suka
packing for travelling
walau sebesar mana pun bag
tetap rasa tak cukup
itu ini semua nak bawa
which biasanya
banyak juga yang tak guna pun

this time share dengan ava
tak larat nak angkut banyak bag
aku dan dia satu bag
try bawa sesikit yang mungkin
travelling pun tuk 3 malam je

lagipun menumpang kereta adik
kang tak cukup buntut kereta tu
if bawa banyak2
bukannya bawa lorry pun
hanya sedan car :)

oh yea
awal pagi esok kita driving ke Kuching
more then 12 hours drive dari Miri
tuk menghadiri
perkahwinan cara kampung
adik and SIL di Sebuyau
dearah kecil dalam bahagian Kuching
about 1-2 hrs drive dari bandar Kuching

sambil2 tu boleh ler layan durian
sekarang Kuching sedang musim durian

k lah nak tidur awal
dengar plan seawal 6am dah berangkat
takpa2 aku bukan main driver
hanya spare
so boleh layan tidur if ngantuk
lalallaaaa......
tapi if aku drive
paling benci if penumpang tidur
hahahahaa

zzzyy

Wednesday, September 28, 2011

Thanks Adik



yeah!!!
at last aku boleh guna phone canggih
meskipun tak secanggih iphone 4
or bakal di pasaran, iphone 5
tapi bagi aku xperia X10i ni
dah cukup canggih

aku sebenar bukannya gadget freak
so i don't much
about all those gadget
phone E75 yang aku pakai
selama ni pun
hasil ehsan 2 orang adik
tu pun aku dah rasa seronok giler2

ni adik celum yang bagi
orang dah ada iphone
mana ler nak sony2 ni lagi
so...
aku yang tak canggih ni
masih terkapa2 guna

semalam tukar plan
dari maxis prepaid
ke digi postpaid
agar senang nak online
which hari ni
masih blur2 guna

apa2 pun mula dari hari ni
aku dah boleh lah online guna henpon
cam yang majority buat tu
nyeh! nyeh! nyeh!!
FB! FB!!
meskipun sebenar tak penting sangat pun
sebab kat rumah boleh online
tapi dah tepon canggih
haruslah berlagak canggih kan kan :p
rasa nak tampar2 pala sendiri



ni pun adik yang belikan
terima kasih banyak2 lah ya
sebab if aku tah bila nak ganti wallet lama tu
meskipun dah pudar
susah nak cari yang benar2 aku suka
memang ada yang comel2
tapi bahagian bawah dia kecik je
tak lebar
tu ler yang aku tak suka
tak boleh simpan banyak kad
KAD tau
bukan DUIT :)

k lah nak tidur dah
good nite
dan jangan lupa doa sebelum tidur

zzzyy

Tuesday, September 27, 2011





sambungan n3 bunga raya
yang ni wajah2 budak excited pergi taman
ketika didudukan kat batu halus tu
nak pegang pun dia tak berani
sekali dia dah pandai
nak merangka berdiri berpegang kat pokok bunga
lepas tu naik stroller
nak style yang lain dari lain
membahayakan sendiri
tapi adventurious

perkembangan terkini ava,
dah reti melangkah  4 5 langkah
lepas tu duduk balik
sangat naughty at the same time
very active and fast learner
everyday ada saja benda baru dipelajari

by this time every detail kita buat
kena berhati2 
sebab if dia tertengok dan it was bad thing
adalah amat tidak elok tuk perkembangan dia
tadi sebelum tidur
bila mak bersin dia ikut bersin
suka ikut apa orang buat


zzzyy

Monday, September 26, 2011

Bunga Raya

Petang ahad
jalan2 kat city fan
tanpa di plan saja2 ambik pic bunga raya
makin lama makin banyak lak jenis
cantik2 
hasil dari kacukan i guess
sesetengah aku tak pernah tengok pun

ambik pic satu persatu
dalam time admired bunga2 tu
seorang perempuan cina cakap
eh if tanam cantik hah
mak kat tak boleh ambik ke
aku kata ambik je 
tapi jangan bagi guard nampak

dan bermula lah misi 
mematah dahan bunga2 raya tu
letak sembunyi kat stroller ava
hahaaa... 
nasib stroller jenis yang baby pakai
banyak compartment banyak kocek
dah nasib baik kawasan tu besar
tak kan larat guard 
nak tengok gelagat para pengunjung
tu kata aku lah
if nampak pun
takpa 
sebab
bunga2 tu dah selamat sampai rumah :)

sebelum jejalan kat taman
pekena roti telur n kopi tarik
ni selepas balik dari taman
terus makan nasi lelapan
bukan aku lah
aku makan mee goreng
tapi for sure 
ada makan ulam2annya
cuma tak nasi nya saja







zzzyy

Sunday, September 25, 2011
















sebelum meneruskan n3
diucapkan Selamat Hari Jadi 
buat SIL tersayang
yang menyambut hari jadinya semalam
semoga dia sihat walafiat 
murah rezeki sentiasa 
   
mungkin sebab letih 
aku terpaksa jadi badang si Ava tu

    kan paginya kita shopping
    akulah yang tukang angkut si Ava tu
    bukannya takda adik2 nak tolong pun
    cuma dia yang nak aku sesaja
    akibatnya seluruh badan aku lenguh2

    hari ni relax je kat rumah
    taktau lah camna petang nanti
    mana ah tahu nak lepak2 taman ke
    lepak2 beach ke
    belum plan apa2
    if rasa bosan sure berjalan

   k lah ek
   takda idea ni   

zzzyy

My Beautiful Ava









                                       

Friday, September 23, 2011

ngasuh

Ngasuh

=

Suruh

=

Asking For

zzzyy

Wednesday, September 21, 2011




Terkedu sekejap
account blog kena block!!
tah pa penyebab aku pun tak pasti
cuma dia kata ada unusual traffic
pa binatang tu pun aku tak faham
nasib tak lama 
tu pun dah buat aku gelabah
mati kutu, first time boleh jadi camni

dahlah setting tuk buat n3 dah bertukar
semalam tah pa menda aku tekan
lepas tu tak reti nak setting back to normal
terpaksa terkial2 guna ni juga

seharian Miri hujan
meskipun tak berterusan tapi hari tetap lembab
hujan sekejap lebat sekejap renyai2
cuaca yang boleh menyebabkan sakit
semalam dah perit rasa tekak
cepat2 beli dan minum air cap badak
tak koser nak demam2 batuk2
nasib tak berterusan

lately minda tuk berblog sangat2 berkurangan
asyik takda idea je
mungkin sebab sering keletihan
bila badan letih otak lagi lah letih
bila tak ngadap blog
rasa macam2 nak tulis nak cerita
tapi bila tengah compose n3
sering kehabisan idea

hah sekarang ni
aku dah abis idea......

zzzyy











Monday, September 19, 2011



tiap kali after holiday
badan memang malas semalas malas nyer
seksa tul rasa tuk kerja
seawal 10am mata dah pun mengantuk

dahlah kerja pun tak busy
makin bersemangat lah menguap
sampaikan time in my mind
cepat sejam!

tengok jam dinding cam time for lunch break
tapi kenapa ani tak ambik2 aku lagi ek?
ah... buat kerja remeh2 dulu
mana ah tau ani on the way

tengok lagi jam
ehh pasal dah nak 12, ani belum datang2
tensen2, seksa tau menahan ngantuk ni

then tipon berdering, ani call 
ekk.... baru lunch break time ke
hahahaa!!! tah camner aku boleh salah tengok jam
sejam cepat...

balik makan makin lah mengantuk
macam ular sawa
perut kenyang mata pun kenyang dan mengantuk
terpaksa membedal segelas kopi
oooo...... patut ngantuk
sebab hari ni belum pekena kopi

pagi tak sempat nak breakfast
sebab overslept, bangun kul 7am
lepas tu emergency masak bubur ava
dah lah baju kerja belum iron
lagi lah kucar kacir
ooohhh..... i hate this situation


k lah
dah ngantuk ni
good nite alls

zzzyy

Sunday, September 18, 2011

week-n yang busy
asyik berjalan sesaja
semalam sepanjang hari tak duk rumah
merayau2 di pasar
hari ni sambung lagi
sebenarnya mencari
tempat simpan sireh pinang
yang ciplak
yang ori tu punya lah mahal
lagipun asal usulnya disangsikan
kot2 orang dapat dari kubur

kat sini dulu2
kaum native terutama kaum iban
bila mati akan dibekalkan dengan bermacam2
lagipun dulu kan banyak barang2 tembaga
seperti gong dan peralatan music traditional
tapak sireh, even talam pun diperbuat dari tembaga

so since orang awam tahu tembaga tu mahal
ada lah segelintir orang tu
sanggup mengorek kubur lama
demi mendapat benda2 tembaga
issk tak dapat aku nak bayangkan
bila membeli tapak sireh pinang
yang asalnya dari kubur!!!!

ooooo...................
nak tidur dah
good nite

zzzyy

Friday, September 16, 2011

happy holiday semua!!
bagi yang bekerja public holiday ni
selamat bekerja yaa
takpa2, akan dibayar tripple kan

setelah sekian lama
im alone with Ava now!!
tapi sekarang dia tengah tidur
mak ada urusan dengan SIL
takut juga kang dia mencari mak
dia kan hari2 dengan mak
so far so good

sebelum tidur tadi
sempat bergurau senda sampai dia terngantuk2
masih kena dodoi dengan lagu
cuma sekarang ni
hanya peluk dan tepuk2 muntut dia
terus terlalok
rahsianya, kena tunggu
sampai dia sendiri baring ke bantal
setelah puas bermain berjuntaian di kaki katil

hari lak mendung semacam
harapnya tak hujan sebab banyak kain jemuran
makan, harapnya mak n SIL dah makan nanti
sebab aku malas nak masak
nak relax kawan ava je

-zzzyy

Begagai

Begagai

=

Kejar Mengejar

=

Chasing each other

zzzyy

Thursday, September 15, 2011

Holiday Mood

good morning alls!!
yea... hari ni bangun dengan good mood
sebabnya..........
esok holiday!!!!!
lalalalalaa *epi mode*
tapi apasal lagu basikal tua yang terngiang2 dihati
sebab rentak dia catchy kot
aku pun tak faham

ada sekali tu kat office
aku tengok email sambil nyanyi2 kecil
sedar2 je aku rasa nak gelak besar2
nak tau aku nyanyi lagu apa!!???
....................................................
!if you happy and u know clap yr hand'
lagu yang hari2 aku nyanyikan tuk Ava
alahaiiii.... nasib takda yang dengar

dah berumur sikit ni
selalu gak ada masalah
lain di minda lain di mulut
dalam fikiran nak kata ni
tapi bila terkeluar dari mulut lain lak
adakah itu sintom2 kenyanyukkan?? :O

mengingati nombor juga dah bukannya task yang senang
if no tepon tu aku boleh ingat no. Ani, mak dan office
yang lelain family lain aku tak ingat dah
if nak call, main tekan button je kat henpon tu
if sim or pon tu rosak/hilang siaplah
gerenti mati kutu aku
ehh... kutu if dah mati boleh buat apa2 ke?
apasal orang sering buat perumpamaan camtu?
*blur*

esok cuti sebab Malaysia Day
sebenar what the ghapo actually hari tu ek??
orang kata Malaysia Day aku kata gak hah
tapi meaning sebenar tak pasti lak
yang pasti aku suka hari tu
sebab public holiday!!! :)

esok gak aku dengar ada street party
kat one of the street kat Miri ni
last year aku ada gak pergi
bukan sengaja tau
sebenar aku pergi tuk makan
tau2 banyak kereta kat town
excited gak nak tau what happen elepen
sekali tengok ada perarakan yang sangat tak happening
hanya dalam 5 groups pun berarak

ramai yang terpinga pinga wondering
street party tuk sambutan apa ek ni?
yang attract most is stage orang nyanyi2
tah apa band masa tu aku pun tak pasti
yang pasti ada lampu liplap2 music besar2
yang mengalahkan suara penyanyi
lepas makan, tengok dari meja makan jap
pastu balik
tak larat aku nak bersesak2
memendekkan umur je, kekurangan oksigen

this year mungkin lebih organised
sebab dah ramai yang aware adanya Malaysia Day
dan kat Miri,
bermakna adanya street party ala2 orang putih
sebab kat sini lah bakal kau tengok
ramai mat2 salleh celup
yang if cakap, omputih pun tak faham!!!

dah2 weh
dah nak kul 7.30am ni
aku belum mandi, bersedia semua
kerja!!! kerja!!! kerja rerajin!!
papaiii titi titu

zzzyy

Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

at last!!!
at last dapat juga basuh rambut
since saturday kena elakkan dari cuci rambut
gara2 demi menguatkan ubat pelurus rambut
puas hati dah shampoo rambut tadi
sib baik 3 hari
if lebih lama lagi, boleh gila aku
rambut flat berminyak semacam
tambah dengan bau ketika memasak
(sebenar takda lah sangat)
cuma aku yang perasaan sangat bau

time kerja tadi
sering elak dekat2 dengan colleagues
takut diorang cium rambut berbau tak best
again, disebabkan terlebih perasaan
rasanya takda bau pun
sebab takda pun besfriend2 complain
biasanya diorang mesti ada yang sound
if ada benda yang lain dari biasa berlaku amongst us
aku je yang terlebih sudah :p

monday yang not bad
takda bad2 mood bergelumang dengan monday blues
kerja ada lah juga busy dari biasa
tapi masih gak dalam kategori lex2 sap gam

dah nak tidur
kat luar kedengaran guntur berdetak detum
sekejapt tadi tetiba hujan lebat
menghilangkan siaran astro
dimana aku tengah concentrate tengok drama
sangat2 geram, rasa nak je bakar opis astro
nasib tang bab akhir, siaran elok
at least cerita yang aku tengok dari mula tu
dapat gak tengok endingnya
meskipun kat tengah2 langsung tatau pa cerita
so since cerita cinta, aku agak2 je lah sinopsis nya

zzzyy

Sunday, September 11, 2011

yeah!!! 9.15pm!!!
at last dapat gak upload pic!!
hhoooooooohhaaaaa!!!!!!!!!!!!
line internet extra ordinary slow
tapi bukan itu penyebabnya
since pagi tadi try upload
asyik2 error asyik2 error
naik fed up dibuatnya

mood excited nak update pun menurun
dah tak se excited pagi tadi

since raya asyik makan daging je
so hari ni jadi rabbit, makan sayur2an
pepagi lagi dah shopping kat pasar minggu
memacam ada terutama sayur2 kampung
beli agak banyak gak sayur



umbut kelapa sawit direbus dengan bawang dan halia saja
love the taste of the soup
tauhu ditumis dengan taugeh
ikan toman rebus dengan pucuk bunga kantan
love the taste of the soup too
tapi aku tengok ikan tu dipotong2
terimagine sesuatu yang sangat2 tak best, ular sawa!!!!!!!
arrgghhh!!!!!!!!! cam tengok badan ular tu :O

satu lagi, my favourite, jagung!!!
tah berapa banyak dah aku makan
sampaikan lunch pun sikit je tadi
yang putih tu lebih sedap dari yang kuning
lebih lemak2
kat sini kata tu jagung pulut
sebab dia agak berlemak cam beras pulut
Ava pun minat
sekali berak, keluar biji2 jagung gak
hahahhaaaaa!!!!!

k, abis idea
good nite semua :)

zzzyy

Saturday, September 10, 2011

sekejap gik nak pergi saloon cousin
nak luruskan rambut
yang SIL tu tah pa fesyen dia nak buat
yang pasti my another half day
will be at saloon
uuhhggg......... boring nyerr
sure tngantuk2
tapi demi nak memuaskan nafsu
nak bergaya, lantak saja lah labuuu

ava baru je tidur
terngantuk2 ketika menghitung jari
sambil aku nyanyi lagu little fingers
nak menidurkannya memang susah
sebab asyik nak bermain je
tapi bila dah dibaring
kekadang less than a min dah pun tidur

nothing much happening kat life lately
mendatar je
kerja pun tak sibuk
current market global issue pun agak menurun
effect banyak sector
termasuk sector hartanah
rumah semakin mahal
and yet gaji para pekerja tak berganjak
camna nak beli rumah kan

lagipun developer sekarang
go for middle to high cost residential sector
meskipun units yang bakal di construction limited
tapi senang nak jual sebab sikit
bagi yang low cost lak
for sure units berjela2
memang ramai bakal pembeli
tapi susah tuk dapatkan bank loan
sebab para pembeli tu gajinya roughly RM1K to RM1,5K

most of the time susah nak approved
bukan taknak tolong tapi margin against income
tak mencukupi, mostly is over committed
takkanlah nak membunuh customer kan
gara2 nak tolong dapatkan loan
kebajikan mereka terabai
tak boleh juga begitu

kesian tau sebab tau mereka genuinely nak beli rumah
tuk keluarga berteduh
bukannya rumah mahal pun just the cheapest in the market
tapi sebab insufficent income, loan takleh approved
runtuh rasa dada tau tengok muka2 yang kecewa
bila dikhabarkan loan rejected

k lah dah nak berangkat ke saloon
to know more about housing loan
refer my previous n3 on HL1 & HL2


zzzyy

Friday, September 9, 2011

Hempedu Itik tuk Hilangkan Panas Badan

yea yea friday again
i always envy friday
sebab......
esok tak kerja
walaupun kekadang kena bangun awal dari biasa
tapi nikmatnya cuti tetap terasa

tak perlu rushing buat itu ini
takda jam yang perlu dikejari
tak perlu ada peraturan
tak perlu ada perlumbaan (ketika drive turun kerja)

tadi sempat beraya ke 2 buah rumah
satu rumah adik Ani
satu rumah kawan sekerja
sangat2 kenyang!!
sebabnya aku memang dah makan
sebelum turun beraya tadi

tak tahan tengok keli pansuh (keli masak dalam buluh)
perut ayam tumis
dan itik masak kicap

sebenarnya beli itik tu
sebab nak bagi hempedu kat Ava
sound scary rite
yeah... if aku pun tak dapat nak imagine rasanya

bukan saja2 bagi Ava makan
sebab nak hilangkan panas dia
yang lately cam membara-bara dalam dia
petuanya
hempedu tu hendaklah direndam
dalam air panas dalam 2mins
tuk membunuh kumannya
then pecahkan hempedu dari sarungnya
campur sesudu air dan sedikit gula
pastu suapkan kat budak kecil

ianya berkesan menghilangkan panas badan
juga boleh melegakan
biasanyakan budak suka nangis2
terutama jika aura panas membara di badan
tu ler yang nak dihilangkan

cam ava, ni first time aku bagi
since kena flu + ulser hari tu
panasnya belum sepenuhnya hilang
lagipun sejak kecil
kepalanya sering panas2 ketika tidur malam
bila kepala tu panas
mula lah dia tak nyenyak tidur
tergaru sana sini
sehingga kena simpan kain suam kat kepala
baru lah dia boleh nyenyak kembali

menurut kawan yang introduce
ni adalah perawatan tradisi masyarakat cina
selalu buat kat anak2 dia
dia kata sangat berkesan
budak selagi aura panasnya tak hilang
selagi tu lah dia masih merengek
insyalah semoga effective kat Ava

zzzyy

Ka

Ka

=

Mahu

=

Want

zzzyy

Thursday, September 8, 2011

on leave again
sebab hantar Ava injection 2nd JE
bila sampai clinic punya lah ramai
clinic government weh
of course lah ramai
tapi so far sebab ada appointment
memang tak lama lah
servis diorang dah much2 better

rasa cam lama je tunggu
tapi bila tengok jam adalah dalam 45mins
cuma yang terasa lama tu
sebab aku datang awal
appointment kul 9am
aku datang dalam 8.45am

gladly today
smooth je kerja2 menguruskan ava
sebelum dia bangun mak dan mandi
bila dia bangun, bubur dah masak
relax2 baring2 tengok baby tv
pastu baru makan
dah makan mandi
dan lepas tu terus pergi clinic

since lately despite of flu, ulser
aku rasa ava cam meninggi
sebab bila dukung dia, kaki cam dah panjang
bila timbang
berat dia hanya 7kg!!!!
last month 6.95Kg!
hanya naik 0.05kg!!!!!!!!
kena consult tentang pemakanan ngan misi

by this age, if makan bubur sikit2
kena bagi 4 5 times a day
perbanyakan makan sayur hijau
which aku jarang bagi
asyik carrot je :O

another appointment is on her 1st birthday 1-11-2011!!!
actually misi baik juga bagi aku option
nak datang 1st tu ke atau 3rd
sebab mana ah tau nak celebrate bday dia kan
taknak lagi bagi dia sesuatu yang dia tak suka
cam injection tu
aku kata ok je, tak pa
alang2 aku on leave tuk hantar dia ke clinic
boleh gak on leave terus tuk celebrate bday dia
which aku belum plan apa2 lagi pun
taktau nak celebrate ke tidak
mungkin kecil2an je kot
tengok keadaan lah

balik dari clinic
bapak dah nak start BBQ ikan keli
yummy!! yummy!!!1
special request by SIL yang suruh bapak pergi beli
ada ayam tua tuk masak sup halia
dan juga bahagian organ dalaman ayam
perut, gizzard, telur dan hati
masak tumis, sedap!!!!!!

jemput another SIL tuk makan di rumah
lepas makan, baring2 terus tertidur
tapi siot je kepala aku ni
mungkin oversleep ataupun
sebab jarang tidur siang
aku masih sakit kepala hingga sekarang!!!!

zzzyy
ni berlaku last selasa
bukan kat aku tapi kat bestfriend, Arina

kan office kita dealing dengan orang awam
so maklumat seseorang customer tu
disimpan dalam system
dan under certain2 rule and regulation
maklumat tu akan just hilang begitu saja
after lama inactive

so adalah seorang orang tua ni
suruh kemas kini kan maklumat data dia
since data tu dah lama tak aktif dan
apa yang didalam data tu amat sedikit
kurang dari RM10
automatic lah data tu ditutup dan hilang

bila si Arina kata data dia dah takda
dia marah
dia kata bukan suruh tutup
Arina kata bukan dia yang tutup
tapi system
sebab tak memenuhi syarat2 tertentu

terus orang tu bising
cakap company kita tipu dia lah
itu lah ini lah
dengan suara lantang dan semua orang
yang berada di ground floor tu dapat dengar
dia kata nak lapor polis
Arina kata terpulanglah
if nak lapor silakanlah

tak lama pastu
2 orang polis datang
serba sedikit nervous gak Arina
manalah tau kot2 polis bertindak atas arahan
ataupun tuk soal siasat dia
sempat gak pucat gigi sekejap
meskipun dia tak salah
tapi nervous gak weh
bila tetiba kena berurusan dengan polis
macam ada buat salah je

tapi polis tu bukan apa2 pun
sekadar buat routine spot check!!!!
hahahaa!!! aku gelak besarkan Arina
tu ler suka je layan orang tak faham2
pepandai je ia2 kan orang nak lapor polis

zzzyy

Wednesday, September 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

minggu yang amat melegakan
sebab kerja tak banyak
banyak relax dari kerja
sebab boss tengah cuti
bila kucing takda
tikus pun bergumbira

but most of all
sebab ava dah fully recover
dah nak makan
dah nak menyusu
which makin berselera
balas dendam kot
lepas beberapa hari tak makan

eh, abis idea dah
sebab dah ngantuk
g00dnite yaa..

zzzyy