Friday, April 29, 2011

Ring'at

Ring'at

=

Marah @ Merajuk

=

Angry

zzzyy

Thursday, April 28, 2011

time table life yang sangat padat
balik kerja terus jemput mak n ava
kat rumah SIL
lepas tu pergi rumah sewa baru SIL
sesi mengangkut barang2
aku dan ava, sesi menengok saja :)

balik rumah sekejap
Ava tidur pastu mandi pastu makan
bila dah settle semua
baru pergi rumah sewa SIL lagi
nasiblah tak jauh dari rumah

kerja kat office very da busy!
dah lah system satu persatu
komplot nak hang or down
nothing much can be done
bertapa menyedari bahawasanya
zaman sekarang tanpa computer
nothing much can be done

semalam almost berperang lidah
dengan one of 'rude' sale person
sesuka je marah dan nak layanan cam queen
dia cari lah satu kes tu
aku cakap kat dia ni (OIC)
if takda kat dia ni (Biz Mgr)
or.. takda gak kau cari kat Brch Manager
adakah dia act sangat2 bongok
sibuk cari kat dalam cabinet
lepas tu tak jumpa
cam anjing menyalak panggil suruh cari
dahlah tengah busy
mana de masa layan dia sangat
dah aku bagitau mana nak cari
sudahlah tu kan
tolonglah diri sendiri mencarinya
ni tidak, dok barking je
rasa nak pijak2 kepala!!!

pastu masuk campur tentang aku lak
dengan sinis tanya brapa kes leh buat sehari
SATU?? or SEPULUH?? Wtf!!!!!!
dengan masih bersabar aku bagitau
if application tu seorang je memang lah senang
if ramai2 lama oooiii lama cari info
masih lagi dia bersikap sinis
marah2 tak tentu pasal

memang dia sellau camtu
most of the time
kami watde je
biar dia marah then pujuk sendiri

hari ni dia datang dengan membawa pelbagai kuih
bila tengok je kuih tu kawan tanya aku
sapa dia marah semalam?
aku lah sapa lagi!!!!
dah faham sangat dengan sikap dia
bila dah marah kitaorang
mesti dia beli kuih tuk memujuk
colleague lain cakap makan lah
if tak sia2 aku kena marah semalam
ala tak lut pun, malas nak terhutang budi

aku ni jenis yang
if kau suruh aku buat
kau suruh buat banyak2 pun aku tak kisah
cuma jangan marah aku tak tentu pasal
ni cam semalam
yang dia cari pasal dengan aku apasal
gara2 sebab tak tunjuk (suap) dia
bila dia minta file kes tu
aku tak tunjuk depan mata dia
suruh dia cari sendiri
tu yang buat dia tak happen
tapi common lah
aku masa tu bukannya duduk goyang kaki pun
banyak kerja dibuat hah
kan dah elok aku direct dia mana nak cari
yang dia bongok2 cari kat dalam cabinet tu buat pa
buat geram sendiri sebab takda
then cari mangsa tuk dimarah
which was this time, happen to be me

semalam aku tak menjawab sangat
sebab:-

1) orang ramai sekeliling
2) masih mood baik sebab baru 2 hari kerja
3) sebab i don't want to be like her
marah2 sebab kes kecik of takda kes langsung!

buang air liur je
baik gik air liur tu ku simpan
pakai masa makan
berbaloi gak kan kan kan
perut pun kenyang
hati pun senang

zzzyy

Wednesday, April 27, 2011



yesshhh!!!
akhirnya misi terlaksana juga
all this while asyik tangguh2 je
dan semalam balik je office
terus speeding ke LHDN
buat e-Filling.... :)



selama ni diorang buka sampai 5.30pm je
mana sempat sebab abis kerja pun 5.30pm
nak tunggu weekend
asyik terlupa sebab banyak kerja kena buat
or dilanda penyakit M.A.L.A.S driving

buat punya buat
nasib lah terlebih bayar
if kena bayar sudah semestinya aku menyumpah
dahlah last year beberapa kali
dikejutkan dengan PCB yang banyak
sampai ada sebulan tu
terpaksa mengorbankan instalment kereta
semata-mata tuk bayar tax

ni if semua ok adalah refund
banyak lah juga dalam 1K plus
sepanjang tahun 2010 memang
ada ketika rasa sangat tak patut lah
gaji ciput tapi income tax
macam gaji bos!!

zzzyy

Sunday, April 24, 2011

cuaca hari minggu yang pelbagai
mulanya hujan renyai2
ohh spoilt lah jemuran ku yang banyak itu
jemuran semalam pun belum kering lagi
hari dah start berangin-angin
even siaran astro pun terganggu
tersekat-sekat macam CD rosak
aku dah cam ooohhh........
dahlah baju banyak mesti dijemur

but gladly cuaca berangin tu hanya amaran palsu
lepas tu panas terik yang menyeronokkan
bersemangat aku mencuci baju
even yang tak dalam perancangan pun aku cuci
jemur sekejap je dah kering
enjoy the smell of the sun

lunch, just cook a simple dish
sup ayam, sayur tumis dan ikan masin
plus pizza dan KFC semalam yang dipanaskan

lepas semua dah kekenyangan
kita layan cerita Hantu Kak Limah
which at the end, hanya Jang yang tengok
yang lelain semua tv yang tengok
lebih kronik lagi aku tidur cam tidur malam
siap guna lampu malam :)
bangun je terus rasa nak makan
apa lagi...
berlakon drama cina lah gamaknya

ava pun dah merengek2 nak makan
mak dah sediakan
lately dia tak suka menyusu
last nite langsung tak mau menyusu
tapi asyik merengek
guess mesti dia lapar dan nak makan
hoh! apa kehal makan memalam buta
awal2 pagi lagi aku dah masakkan dia bubur
by 7.30am dia dah mandi dan makan



yang ni picha pagi tadi
ava ni cam tak berminat nak meniarap
lebih berminat tuk melangkah
tapi ni saja test try dia
pandai ke tidak meniarap
hmm.. pandai gak malah siap posing
cuma dia tak suka
kepenatan!!!
lepas je meniarap terus menyusu
lepas tu tidur.....

malam tadi aku try lagi
baru je aku letak
dia dah merengek tak mau
dibagi makan pun agak lewat 6pm
takut malam dia merengek kelaparan
tapi ni at least ok dah
sebab dia dah sekali menyusu

zzzyy

Saturday, April 23, 2011

syukur alhamdulilah
perjalanan pulang balik
Miri-Saratok 591KM
Saratok-Miri 564KM
berakhir dengan selamatnya

early monday morning 6.00am
menuju ke destinasi, Saratok
dan sampai di destinasi 6.30pm
perjalanan yang panjang
melalui Bintulu, Sibu, Sarikei
first time driving blackie
ke destinasi yang amat jauh
syukur semuanya berjalan lancar

of course lah bukan perjalanan
yang terus menerus
berhenti 4 kali
pertama kat simpang Batu Niah
about 1 hrs from Miri
tuk breakfast, tuk ava breakfast gak

then berhenti lunch kat Selangau
lunch for ava too
dia lunch baring atas meja makan
as long ada tempat
bantai je lah

pastu banyak gak sesi sesat2
kita guna 2 kereta
of course tak boleh sepanjang masa
satu depan satu belakang kan
kadang2 kena potong
kadang2 memotong
yang lecehnya banyak lorry besar ooiii
letih menahan kenervousan ketika memotong
if tak memotong,
perjalanan akan menjadi sangat slow
sebab lorry2 tu mostly berisi dan berat
jalan raya pula most of the time tak rata
doa banyak2 lah ketika memotong tu

masa stop kat sarikei lak
lepak kat waterfront dia
macam picnic
ava baring2 atas meja sambil mamam
kami lak makan KFC
lepak dalam sejam setengah
lagipun dah dekat saratok
about 45mins

aktiviti kat saratok adalah sangat padat
takda masa tuk berehat langsung
rehat ketika tidur je
melawat saudara mara
tu pun sempat melawat segelintir je
masa terhad

k lah stop dulu
since balik dari saratok
ava suka nangis2
mungkin letih tapi bersemangat je melompat
tahlah tak faham bahasa dia
tapi rasanya ada lah yang dia rasa tu

zzzyy

Friday, April 22, 2011

Labuh

Labuh

=

Jatuh

=

Falling Down

zzzyy

Wednesday, April 20, 2011

Phrases Than Can Never Please You

I always arrive late at the office
but i make up for it by leaving early

If your father is a poor man,
it is your fate but,
if your father-in-law is a poor man
it's your stupidity

Women will never be as successful
as men because they have no wives
to advise them

Practice makes perfect....
but nobody's perfect...
so why practice??

Home is where you scratch
where it really itchy

If it's true that we are here to help others,
then what exactly are the others here for??

A hospital bed is a parked tax with
the meter running

Since light travels faster than sound,
people appear bright until you hear them speak.

One should love animals.
They are so tasty.

Behind every successful man,
there is a woman
and behind every unsuccessful man
there are two

Life is like an hourglass

eventually
everything hits
the bottom

and all you have
to do is wait it out
until someone
comes along and
turns it around.

The wise never marry and when they
marry they become otherwise

A bank is a place where they lend
you an umbrella in fair weather and
ask for it back when it begins to rain

Your future depends on your dreams,
so go to sleep

Too many people buy things
they don't need, with money
they don't have, trying to
impress people they don't even like...

There should be a better way to start a
day than waking up every morning

The more you learn, the more you know
the more you know the more you forget
the more you forget
the less you know so..
why learn??

Husband and wife are like a pair
of scissors
Joint together, often moving in opposite
directions yet punishing whoever comes
between them.

zzzyy

Friday, April 15, 2011

Rindang

Rindang

=

Terhibur

=

Entertain


zzzyy

Thursday, April 14, 2011

My lil Ava is growing up



this is my little princess on the first day
she arrive to this world
i just get this picture from Ani a few days back
small, fragile, so sweet



this is her
picture taken_ pink shirt_last saturday
sleeping time, last nite
happy time with cartoon world, a few hours ago

tak terasa kan masa berlalu
now she is 5 month 14 days
dah faham sikit2 what are we saying
if dimarah dia faham terus nangis
semalam aku buat sound macam errrrggghh!!!
marah sebab dia susah nak tidur
seharian ni dia buat sound camtu
kekunun geram
kecik2 lagi dah noty



ni semalam
saja test try nak ke tak dia duduk dalam stroller
mula2 duduk ok
then merengek-rengek sikit
bawa dia sambil nyanyi epi bday
aku sekarang dah tak segan silu
menyanyi lagu epi bday di khalayak ramai
lantak lah pa orang nak kata/fikir
yang penting Ava tak nangis

ok berbalik kepada kisah semalam
lepas dodoi kat bahu
then baringkan dia dalam stroller
bagi handkecif kecik dia
sorong2 stroller
terus tidur
yes!! yes!! misi berjaya
boleh lah membawa stroller
if berjalan kat shopping mall ni
tak payah lagi lah aku jadi badang
tukang angkut dia yang semakin memberat

sekarang dah kurang menyusu
siang hari ni saja hanya 2 kali
sebab dia dah makan bubur nasi
yang tu berselera sesangat
3 kali sehari makan!!!
if tak dibagi, merungut dan merengek

tadi balik dari kerja
dia tengah makan
baju yang khas tuk 6-12mths
cukup2 saja kat badan dia
then seluar size yang sama
pun camtu
hampir sendat kat perut!!!!
bila dibaringkan
perut tinggi dari dada!!!!!!!


zzzyy

Pelik tapi Benar

kekadang kita sering disajikan
dengan cerita-cerita yang pelik
tapi benar

mak baru je cerita
auntie (sekarang dah meninggal)
dulu masa training jadi nurse
seorang patient tu sering gatal2
kat belakang bahagian dekat bahu

bila diorang check,
terdapat sebesar tapak tangan
gumpalan kutu kelambu
(kutu yang selalu lekat kat kelambu)
hidup dalam bahagian dekat bahu tu
tu yang sering menyebabkan
bahagian badan tu selalu gatal
eeehhh... tak dapat aku bayangkan
berdiri bulu roma bila bayangkan

ada satu cerita pulak
ni orang sama rumah panjang
dengan another auntie
rambut dia tak boleh tumbuh
asal tumbuh je sikit
mesti penuh dengan kutu!!
bersisik telur kutu
lekat kat kepala dia walaupun
rambut sangat pendek
tapi kutu2 tu tak juga berjangkit
kat orang lain

semua kedua-dua kes kat atas
adalah kerana perasaan hasad dengki
buatan orang

aku lak pernah alami perkara pelik
ketika umur 7 tahun, datang haid!!!
pergi clinic,
disuruh 2 kali sehari rendam pepek
dalam air garam!!!!!
adalah dalam seminggu camtu
tensionnn ooooiii!!!!!!!
orang tengah seronok2 main
aku lak merendam pepek
Cissshhh!!!!

bila mendian atuk datang dari kampung
dia baca2 sikit terus hilang
takda haid lagi
menurut dia kena ngan pontianak
sebab selalu kencing sebarangan

tu lah petua orang tua
if kita kencing tempat asing
sila ludahi bekas kita kencing tu
sebab syaitan takut dengan air ludah kita
tah benar ke tak
tapi no harm if buat kan

if berjalan dalam hutan pula
bolehlah meludah tapak kaki
sebelum memulai perjalanan
kekunun agar jejak kita
tak dapat dijejaki syaitan
again no harm if buat kan

zzzyy

Monday, April 11, 2011

monday again....
jap2!! jap!!!
nak lari setempat panaskan badan
biar tak malas sangat..
..........

hmm... ok
emm ok
i feels a bit ok
MUST OK!!!!!

ngah bincang dengan kekawan di FB
plan buat reunion next year sempena 20 tahun
dah meninggalkan zaman sekolah menengah
huh!! tak terasa kan
rasa cam sekejap je
some of the memories
masih terpahat kemas di ingatan

kenapa ambik masa yang lama tuk buat?
sebab kekawan semua berkeliaran
some out of Miri... most of them
some out of Sarawak.. segelintir
some out of Malaysia... 7 8 orang
memasing banyak commitment
so bagilah masa lebih dari setahun
tuk diorang arrange kan time
so kita boleh berjumpa even
just for a few hours

emm bertapa masa telah berlalu
treasure all those school memories
bak kata rindu..
no... aku tak rindu kat zaman persekolahan
itu masa lalu
but doesn't mean aku suka masa sekolah
tapi takda lah aku wish i can turn back time
i more treasure what i've now
tak boleh pandang belakang
just yang happy buat sebagai kenangan
yang pahit, buang jauh2!

eemm.... this week
everywhere in Sarawak
orang tengah berkempen tuk pilihanraya
this weekend
tengok lah apa yang terjadi nanti
masihkan BN mengungguli Miri
ataupun sebaliknya..
tunggu.....................

zzzyy

Saturday, April 9, 2011

Ava & Spongebob

Selamat pagi!!!!
hari ni Miri hujan
kekadang lebat kekadang hanya mendung
sangat seronok tuk tidur
tapi mana lah mata yang biasa
bangun awal ni nak tidur
biasanya time2 camni
dah sibuk turun naik tangga kat office

cuma tu lah
bagi ava, this moment is heaven
time dia tidur
dah kenyang makan trus tidur



picha awal pagi tadi
tengah gusti dengan spongebob
dan muka bersiram
semalam about 1am dia bangun
kaki naik tinggi
minta angkat
orang dah tidur kecuali aku
mak marah dia
kata if taknak tidur, pi dengan mummy kat luar nun
terus pretend2 panggil aku (which aku tak dgr)

dia terus membelakangkan mak
ambik handkecif letak kat telinga
terus tidur!!!
hahahaaa!!! pepagi subuh bergaduh

pagi tadi lak sengaja semua bangun lewat
hari hujan so makin lah best bergulung kan
dia dah tarik2 selimut mak
suruh bangun
rupa2nya dia dah berak!!!!
pastu semua terbangun

jangan kita kata baby tak faham cakap
aku dah kaji kat ava ni
if dia suka merengek
aku selalu kata nak hantar sekolah
nenek tak jaga
next fews day dia behave

if marah kat dia
kata dia jahat lah
dia not good girl lah
dia suka buat hal lah
confirm menangis!

haritu lepas injection
jaja dia kat office
surprisingly dia langsung tak takut
not even make a single sound
orang bertukar ganti dukung dia
kekunun nak ambik berkat baby girl
dia rela saja



this is flower of the week!!!!!
carnation (eh betul ke)
kali ni 5 jenis
lalalaaaaa sangat gembira tengok
berseri2 rasa rumah
(atau perasaan aku je)


zzzyy

Friday, April 8, 2011

huh, at last friday again
suka! suka!! suka!!!
nak lompat2 kesukaan boleh??
ceh... macam lah ada orang kisah kan
lompat je if melompat tu menyeronokkan
seperti ava
makin seronok makin rancak lompatannya
even kul 3.10am pun sempat melompat
senam subuh!!!!

lately ni aku amat lah kurang idea
kurang idea tuk buat n3 blog
cam dah taktau apa nak cerita
bila sesuatu berlaku tu
memang terus fikir nak buat n3 blog
tapi bila dah depan pc lak
semua idea hilang tah kemana

see see
aku dah abis idea
mata dah ngantuk

zzzyy

Umai


Umai

=

Ladang Padi

=

Paddy Field




*Umai juga adalah sejenis makanan popular
di Sarawak, diperbuat daripada ikan mentah
yang diperap dengan cili, limau, cuka.

zzzyy

Wednesday, April 6, 2011




this few days
agak banyak perkara yang berlaku
bukanlah yang teruk ah
cuma berlaku kepada ava
memacam cerita lucu dibuatnya

kan sejak ahad bersambung ke isnin
dia asyik merengek saja
sikit2 nak merajuk
sikit2 nangis sepenuh jiwa raga
so by tuesday sebelum turun kerja
aku pesan kat dia
if nangis lagi dan not become good girl
mummy hantar pergi school
have to wake up 5.30am, mamam
then mandi and by 6.30am kena turun dah
nenek balik kampung tak jaga lagi
by 6.30pm baru mummy jemput
senyap, mata je terkebil2
jahatkan aku
takutkan anak tuk pergi sekolah

tapi dua hari ni
ava such a good girl
bergelak sakan dengan mak
tidur pun nyenyak2
mak kata tu lah
dia taknak kena hantar pergi school :)

dulu beri dia makan
makan bubur nasi dilencekkan
hanya 2 kali sehari, pagi dan petang
sekarang, dah 3 kali
kekadang 4 kali!!!
if tak dibagi makan tengahari
dia mencari
dibagi susu pun
dia pretend2 nak muntah

dan semalam
mak campur bubur dia
dengan carrot dan potato je
takda campur ayam or daging seperti biasa
sebab dia berak agak keras
so kiranya nak bagi sayur je lah

guess what???
dia tak nak makan!!!!!
makan sikit2 then pretend2 nak muntah
fuyiooo!!! anak aku ni
kecik2 lagi dah 'allergic' dengan sayur
dan petangnya mak campur dengan ayam
hoh! berselera je dia
alahaaiiii....

mak aku ni juga
sering buat sesuatu yang diluar jangkaan
nak adventure lah kunun
which kekadang memudaratkan sendiri
hari tu guna mesin ogawa tuk tapak kaki
tah mana dia belajar dohh
dia simpan tapak tangan
kat tempat tapak kaki tu
end up, urat tangan dia sakit

tu lah dah cakap
jangan monyet jangan monyet
degil juga
dah sakit baru tau
dan tadi guna gik mesin tu
tapi kali ni guna yang tepek2 kat badan
sesuai lah tepek kat tangan tu
so since takda rasa sangat gegarannya
ada ke dia tepek kat dahi!!!
aduhaii.. kang sot kang
otak bergegar naya je
truk lah mak aku ni

dah tu hari ni asyik berkentut
sebab dia makan telur sup
dicampur dengan garlic sebiji!!
bukan satu ulas tau
sebijik!!!!
dan hari ni gak
dua kali ava reti nak muntah
sebab cium bau kentut dia!!!!!



yang ni tadi aku try makan kat kedai sushi
tah pa nama tah
yang pastinya kat Merdeka Mall
not bad juga ek
aku makan bento tah pa special
takda lah special sangat
ada seketul sayap ayam
seketul udang bread crumb
seketul lagi udang tepung tepayaki
nom!! nom!! mostly rasa tepung
tapi tiramitsu coffee dia sedap
kurang manis

ehh dah 1.07am
nak tidur
esok hantar ava check up
berapa lah berat anak dara aku ek??

zzzyy

Monday, April 4, 2011

?Duit ku duit kau, Duit kau bukan duit ku?

aiyaaaa monday ekk
memang memboringkan
sebab kena bangun awal
kena start kerja after weekend
malas!! malas!! malas!!!
baru je jam 10am dah pun mengantuk
terpaksa sumbat mulut dengan kopi
lagipun pagi tak sempat breakfast
just makan pisang which
at the end buat perut aku gastrik je

and ada satu perkara lagi
yang betul2 buat mood aku tersasar
last saturday check account
aiiikk kenapa tetiba ada duit lebih
bukan sikit tau 1K plus
takkanlah claim masa course aritu
musykil gak ah

tanya kekawan
semua takda pun
aku je yang ada
well nak kata seronok
siapa tak seronok dapat extra $
what i expect is
tentu arrears sebab tu lah
yang terhangat kita expecting kat office
so far yang gaji dah barred
dah dapat pun bersama payday aritu
yang lelain tu semua menunggu

aku ingatkan orang bayar batch by batch
increment aku kan on january
so kekawan yang aku tanya tu
semua on July
lagipun next year gaji aku
dah sampai max
lepas tu barred

so back to cerita tentang $ extra tu tadi
seharian aku masih gak
separuh percaya
sebab takda pun orang heboh2
takkanlah dalam reramai orang kat office tu
takda yang dapat serentak dengan aku

so aku tunggu lah payslip
if memang ada $ extra
HQ pasti bagi payslip
dah kul 4pm masih gak takda
cam tak mungkin
biasanya sehari je dah sampai pun

so dapat satu idea
call arina suruh dia checkkan
last friday ada tak orang
masukkan duit sebanyak tu dari office
arina check, then...
ehh apasal aku yang buat ek
aku cam dah...
ohh tidak!!!! mati!! mati!!!
ni mesti satu kesilapan

cepat2 check voucher
sekali..........
hah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
duit manager!!!!!!
account nya tersalah tulis dek secretary
nama manager tapi account aku
kebetulan hari yang sama
kita sama2 ada claim

siap!!! siap!!!! sie loorr!!! sie lorrr!!!
$ tu dah aku spend!!!!
$ tu dah aku guna shopping!!!
300 dari $ tu aku dah guna
esok kena ganti balik
dan yang pastinya...
budget dah lariiii!!!!!!!!!!!!!!
uuwwaaaaaa!!!!!!!!
uuggghhhh!!!!!!!!!!!
rasa sangat2 nak marah
tapi marah sapa hah???

kepada secretary yang taip acc salah
tapi kenapa orang yang posting tak check
tak detect, acc and name differ
nak marah sendiri sebab dah spend $
of course lah spend kan
ingatkan $ arrears yang ditunggu2
@#$%&*&(*))_+)_)*&!!!!!!!!!!!

zzzyy

Sunday, April 3, 2011

masa lahir tak boleh melihat
masih taktau apa2
yang tahu hanya menyusu
perut kenyang terus tidur
makin membesar..
mula meniarap duduk berjalan

by 3 4 years ada yang dah start sekolah
by 7 years dah masuk darjah 1
by 13 years dah masuk tingkatan 1
by 17 ada yang dah selesai sekolah
ataupun masih meneruskan pelajaran
di peringkat yang lebih tinggi

by 18 dah dapat kunci kebebasan
meskipun bukan bermakna
boleh sebebas-bebasnya
by 21st dah kira dewasa
boleh buat apa saja tanpa persetujuan ayah ibu
sekali lagi bukan bermakna
boleh buat sesuka sukanya

bila dah dewasa
kita bermula dengan alam pekerjaan
rumah tangga
bila dalam umur akhir 30an
penyakit mula menyerang
sebab sistem antibodi makin berkurangan
atau makin lemah

bila tua mendatang
keadaan fizikal dan mental pun
semakin kurang cergas
atau semakin tersalah function
menyebabkan kita diserang nyanyuk

nyanyuk berakhir sebagai permulaan
what i mean is
bila kita nyanyuk kita berperangai
seperti anak2 kembali, kembali pekung

dulu mendian nenek
dia mula nyanyuk
dengan bersikap sering lupa ingatan
nasi dimasak lepas tu lupa dipadam
ataupun dah masak nasi
then masak lagi

worst to worst
dia boleh lupa dia dah makan ataupun belum
kekadang merokok
sebelah sebatang rokok sebelah lagi sebatang
tak sedar yang dia tengah merokok pun

akhir2nya dia dah cam budak2
main pondok2 dengan makanan
sikit simpan kat mangkuk ni
lepas tu sekejap simpan kat mangkuk lain
air jeruk cili pun dia minum
dia kata takda rasa pedas pun
tapi akhirnya dia kencingkan darah

makan serbuk teh begitu saja
buka dari bungkusan
terus tuang ke dalam mulut
kopi dicampur dengan garam
ditegur kenapa camtu
dia marah
kata kan camtu lah dia selalu buat
isi ayam di hiris kecil2
pastu makan mentah
oh dear

baru2 ni dengar lak ayah saudara
dah nyanyuk juga
duk rumah cucu dia
dengar tik tok tik tok
berjalan kat rumah
rupa2nya datuk dia guna
kasut tumit tinggi cucu dia!!!

ada ketika tu datuk dia tiba2 menjerit
cakap ada dua ekor ular!
semua bergegas tengok
guess what???
yang dia katakan ular tu
ialah tali pinggang dia!!!!!
hahahaaaa!!!

sekali lagi tu
dia pergi lah check up kat poliklinik
dia kata, eehh meriahnya pasar saratok sekarang
ramai nya orang yaaa...
(pasar saratok tu ialah pekan kecil
kat 2nd division of sarawak)
kat klinik kerajaan kan
of course orang berpusu-pusu!!

zzzyy