Wednesday, June 29, 2011

Kerja Dan Ava

aiyo...
kerja memang banyak tapi cam tak jalan je
sibuk melayan bos yang kejap2 panggil kejap2 panggil
nasib dia bukan jenis yang baran
so layan aja lah meskipun most of the time
aku lebih suka if dia pergi marketing or site inspection
tak perlu aku nak layan dia

tapi yang membengang dan men'tensen kan
dia sering tanya kes yang bukan aku handle
dah tu nak jawapan secepat mungkin
which kekadang, aku tak tahu menahu langsung
terpaksa kucar kacir cari sana sini
which make me looks so clumpsy
benci! benci! benci!

cuma yang best nya boss ni
dia tak cerewet dan sentiasa maintain cool
aku dan dia panggil dengan nama pendek je
takda ler aku nak ber bos2 or ber Mr2
buat terkelat lidah je :)

even camna busy pun kerja
tapi bila balik rumah
ni lah orang pertama yang aku cari



Ava!!!!!!!!!!!
dah masuk bulan ke 8
dah pandai duduk
dah ada 2 gigi
dah reti lambai tangan bye bye
dah reti tepuk tangan
dari bertepuk tangan dengan sebelah buka
dan sebelah lagi tergenggam
ahad lalu, tangan dia dah boleh berbunyi bila btepuk

tu pic kat atas tu
fesyen dia tidur last weekend
tidur dekat perut mak
kaki dalam tapak tangan mak
hari ni aku dengar
dia reti baring sambil kaki berlipat
camna nak explain ya
kaki yang angkat, letak kat lutut lagi satu tu hah
esok tah apa lagi yg dia akan adventure



pic bersama Darnish or kita suka panggil Dimas
bakal anak bujang Ani
exactly 3 month tua dari Ava
very naughty, tak reti duduk senyap
berbeza sangat dengan masa dia baby
dulu susah nak dengar dia menangis
tidur menyusu dan tidur lagi
sekarang.........
mengesot dan mengesot lagi dan lagi

sekian laporan hari ini
berjumpa lagi di lain hari
papaii...
goodnite...

zzzyy

Tuesday, June 28, 2011

10pm, luar tengah hujan
tadi seronok2 tengok CSI tup2 trus hilang!
astro takda service
geram nya...
astro ni makin hari makin mahal
tapi service dan isi kandungan makin teruk
banyak iklan dan promo
dah tu if movie asyik cerita 80an je
rambut yang masih sesuai dengan seluar bellbottom tu
boring.....

kan dah gaji
so adalah pergi soping sikit2
tapi adalah amat terasa
nilai duit semakin kecil
bayar barang dalam$100
hanya seplastik kecil
$100 bila dah dipecah
beli itu sikit ini sikit
habis begitu saja

gaji lak tak naik2
barang berkali2 dah naik
if keadaan terus begini
tatau camna lah kehidupan
semua serba serbi mahal

eh dah ngantuk lak
dalam hujan2 lebat ni
terbayang tilam bantal
mesti seronok tidur!!
goodnite....

zzzyy

Monday, June 27, 2011

hari2 on the road
memacam ragam pemandu dijumpai, dilihat
ada yang bersopan santun, sederhana
tapi kebanyakkannya careless
dan bersikap useless on the road

aku ni bukan lah a good driver tho
i'm a fast and furious driver
with motto....
as long as you follow every road law
jangan menyusahkan orang lain
jangan sebarangan memotong
jangan sebarangan keluar dari junction
always on your own track
cuma slack nya aku selalu on the faster lane :)

sering menaikkan darah bila
pemandu tu cepat2 keluar dari simpang
sampai kau kena tekan brek kuat2
then bila tengok belakang
takda pun kereta lain selain kereta kau
dah rush2 keluar,
tapi drive depan kau 20 30km sejam lak
if aku bawa bulldozer
nak je aku langgar dan buang tepi

jalan dari rumah aku ada 2 lanes
satu tuk kenderaan laju
satu lagi tuk kenderaan yang lenggang2 kangkung
paling lah geram
bila ada yang drive kurang dari 60km sejam
kat belah jalan yang laju
dahtu nak memotong dari lorong yang satu tu lak
memang dah sedia ada pemandu
yang memandu mengikut hadlaju yang sepatutnya
soooo.............. sekali lagi
if aku drive bulldozer
confirm aku sudip dan buang dalam parit!!

satu lagi pemandu kenderaan besar
seperti lori, bas
mak oiiii!!!
mentang2 lah besar sesuka je dia memandu
dahtu even berat
sesuka je guna jalan belah laju
at the end,
kereta que panjang di kedua2 lanes
kan menyusahkan semua
laju tidak slow pun tidak
sekali lagi...
ehhh.. lori tak dapat nak disudip dek bulldozer
i can't do anything.....

ada lak jenis pemandu yang taknak dipotong
kau potong dia
then dia potong kau balik
tapi masih gak slow buat kau rasa nak potong balik
dahtu asyik memandu kat sisi2 line tengah je
buat kau susah nak potong
ni some kind cam road bully kan
tapi common sense lah
buat apa kau kedekut dengan jalan tu?
dah kau slow buat pa dengki dgn orang memotong?
agak2nya ada yang kisah tak if dia datang ke destinasinya
dengan memandu di belakang kau??
akan menjatuhkan maruh dia ke?
sukar nak difahami

ni kes yang paling membangangkan
boleh buat rasa cam nak membunuh
kat U turn
tak sabar2 nak keluar gak sedangkan kereta banyak
at the end kau nak mengelak dia
emergency brake
silap2 boleh dilanggar orang dari belakang!!!

tapi aku nak membebel gak
kepada engineer2 jalan di Miri ni
suka buat jalan ditempat2 yang tak masuk akal
buat U turn selepas corner, gila!!!
suka buat traffic light
belum abis gik que kat traffic light ni
dah que kat traffic light depan tu
lepas tu terus ada roundabout
so ada dua traffic light yang berdekatan
diikuti roundabout
sudah semestinya jalan tu
jammed truk masa peak hours!!!!!

mungkin diorang ada plan tersendiri kot
tapi bagi aku sebagai orang awam ni
banyak plan jalan yang diorang buat tu
amat memerbahayakan
dah tak sesuai dengan keadaan traffic
yang makin banyak
dengan pemandu yang makin aggresif
dengan pemandu yang makin kurang tolenransi

zzzyy

Sunday, June 26, 2011

masih lagi serak suara
malah awal pagi tadi datang fever lak
cepat2 makan ubat then tidur pakai stokin
bila bangun kepala rasa berat sesangat
goleng2 sebelah ava
yang tengah makan
bila dia dah abis makan
bermesra dengan dia lak
nyanyi2 meskipun suara cam serigala
cium2 peluk2 dia
makin manja dan nakal sekarang
tapi semua terbantut
bila dia...............berak!!

aiya... mak mandikan dia
lepas tu aku lak mandi
kena mandi sebab badan meskipun rasa sejuk
tapi hakikatnya panas dalam
minum air suam banyak2
pastu segar lik
terus dapat cooking2
ala cooking simple je
sup ayam dan buat sambal kedondong

hari lak since early morning hujan lebat
tapi sekarang 1.41pm dah start panas
petang skit plan nak tengok wayang dengan adik n SIL
sementara tu sekejap gik
tunggu orang service aircond
aircond dah teramat kotor dan kurang kesejukkannya
berdebu tahap maksima!

k lah hah
epi weekend again ya

zzzyy

Saturday, June 25, 2011

a bit frustrated
bangun pagi terus susah nak bercakap
ni akibatnya batuk for the past few days
taktau lak jadi seteruk ini
smalam memang dah ada sintom2
tapi cepat2 makan ubat batuk
minum air suam banyak2
wish that it'll cure
sempat gak nyanyi lagu epi bday dodoikan ava
which most of the part
macam bunyi anjing menyalak!!!
seriously, it really sound terrible!

oh dear..
wish to share another moment of my baby ava life
yesterday morning, she got her first teeth!!!
and petangnya another teeth
so sekarang dah ada 2 tooth
dah ditest try dengan mengigit jari mak

ni sekejap tadi baru je lepas menganggu aku
excited kat belakang aku
tapi mata berminat tengok tv, cartoon
dah duduk atas perut adik
tengok kartun.
huh! selamat...
if tak, sure dia busy body kacau aku menaip
which aku rasa sekejap gik
memang dia akan merengek nak joined aku
baik aku tulis cepat

idea mencurah2 ni
banyak n3 aku nak buat
terutama n3 auto post iban languange
every friday tu
perlu disediakan
dah abis stock auto post aku

hari lak cam sangat best
tak panas tak juga hujan
tapi lebih menjumus kepada hujan lah
best tuk relax2
even sebenar aku plan nak kemas rumah
tapi since dah susah bercakap ni
malas lak nak buat
tangguh je lah
tunggu mood rajin mai

k, ava dah merengek nun
nanti2 je aku buat n3 autopost tu
banyak kerja rumah kena buat dulu ni
dapur bekas masak bubur ava belum berkemas
ava belum ditidurkan
papaii ek
epi weekend

zzzyy

Friday, June 24, 2011

Ee'juk


Ee'juk

=

Tolak

=

Push

zzzyy

Thursday, June 23, 2011

Huh! tiba2 petang tadi fever
asalnya nak ambik ubat batuk
sebab dah 2 ari batuk tapi tak teruk
then ambik ubat batuk terus minum
meskipun misi kata ianya akan mengantukkan
tapi tetap minum gak, sikit je
so kiranya takda lah hebat effectnya

lagipun aku takda kerja sangat
so boleh lah jejalan kesana sini
menghilangkan kengantukan
bukannya ngantuk tapi
lemah sendi2 tulang lak
terus badan pun terasa seram sejuk
oohhh tidak!!!!!!!!!
nasib dah kul 4, tak lama gik nak tunggu
time tuk pulang

bila sampai je kat gate rumah
mak msg suruh jemput kat umah SIL lak
alahaiii... kerja 2 kali
tapi dengan janji terus pulang
sebab nak tengok episode akhir Cinta Melody
which at the end bukan happy ending pun

ni tampal koyok kat dahi
koyok cool fever ava
dah nak kering pun
ditampal dari kul 6.50pm tadi
sekarang 8.36pm dah nak kering
begitu panas badan aku

eeh tak larat dah
nak menelan ubat batuk
sakit dada asyik batuk
batuk yang ada kahak
tapi susah nak keluar
cam sangkut2 kat tekak

ohh sudah aahh
lemah longlai dah ni
ava pun dah ditidurkan
goodnite

zzzyy

Wednesday, June 22, 2011

ngah masak bubur ava
sambil tu ngetop
menu hari kacang pea n ayam
makan beras hitam
confirm nanti bila berak
taik pun hitam :)

buka FB tengok anak cousin
membebel sebab awal2 lagi
dah disuruh vacuum rumah
hahahaa!!!
begitu lah anak dara kan
aku dapat imagine cousin tengah membebel
cousin yang membesar bersama aku
yang serumah since kecik
hinggalah dia kahwin dan duk rumah suami dia

umur setahun je tua dari aku
sekarang dah ada 2 anak bujang 2 anak dara
soon akan menyusul ada anak dara lagi
anak dia 2 lelaki 4/5 anak perempuan
huh, tak sure aku
dah jarang jumpa :)
kahwin umur 17tahun terus lahirkan anak pertama
semoga rumahtangga dia terus bahagia berkekalan
amin...

huh, pa motif pepagi cerita tentang orang?
sah2 takda idea nak buat n3 lah tu
otak kosong
apatak nya
asyik makan jeee
2 malam lepas makan besar2
semalam makan besar lagi
mana tak orang2 dalam family aku
makin membesar!!!
termasuk ava :)

eehh dah 7.12!!
nak mandi!!!
kang terkuncil lambat lak nanti
have a nice day semua yeeaa...
papaii..

zzzyy

Monday, June 20, 2011

huh dah monday ek
of course start of working week
perasa'an malas masih melanda
terutama dengan weekend yang busy

ni nak update pun tatau nak bantai cerita apa
so if sesapa yang baca
tengok n3 yang sekejap keluar sekejap masuk
macam orang gosok gigi
jangan betulkan screen anda ya
sememangnya memang betul
mata anda tidak menipu :)

aiyoo merapu-rapu dah
asalnya nak tidur tapi
adik2 n SIL menyerang berhenti makan
sebelum tengok wayang
buat mata jadi segar
diajak tengok wayang
oohh tak kuasa aku....

cuaca pun amat panas
bawah kipas cam takda rasa pa2 pun
nak on aircond malas lak
sekejap lagi nak masuk bilik
baringkan badan
which believe
belum sempat habis baca doa
dah pun berdengkur "_"

kuasa aircond kat rumah ni
dah kurang powernya
ingatkan nak suruh orang service
tapi asyik bertangguh je
weekend asyik balik kampung this lately
terpaksa tahan dulu lah
dalam aircond yang kekadang ok
kekadang panas tu

k lah nak tidur
nak set apa plan tuk esok dalam minda dulu
nak plan apa menu ava
camna nak cepat
perlukah mandi dulu then iron baju
or iron baju dulu then mandi
perlukan iron rambut gak
ataupun ikat saja so tak perlu buang masa
and dalam busy2 masak bubur ava
bila masa yang sesuai tuk on PC
so aku boleh kemaskini cafe2 kat FB
oohhh.........
busy ahh nii
busy plan tuk esok

goodnite.......

zzzyy

Saturday, June 18, 2011

meskipun weekend tapi kena gak bangun awal
terutamanya tuk masak bubur Ava
menu dia arini
bubur campur pumpkin campur kacang pea
campur daging dan campur dengan ikan bilis hancur
perrgghh sedap!!!
dah berkali kali aku test try :)
ni dia tengah makan
mula2 test kat mulut dia sikit
pastu.........
asyik memandang mangkuk nasi tu saja
mulut terkulap2 imagine tengah makan
oohh... kesiann :)

semalam shopping baju tuk dia lak
sekelip mata je dapat.........
3 pasang baju tidur
3 pasang baju guna hari2
sepasang kasut
sehelai seluar panjang tuk jalan2
shampoo rambut dan mandi
huh!! seronok beli baju baby girl ni
memacam fesyen comel2 yang ada
if tak fikirkan ava yang semakin hari membesar
nak je aku angkut banyak2

bukan tentang banyak duit ah
sebab harga baju2 tu mostly below RM20
just kekadang taktau nak pilih yang mana
semuanya nak dibeli
semuanya comel2 cantik2

tinggi hari skit nak balik kampung
ada upacara 'ngetas ulit'
upacara berakhirnya berkabung untuk si mati
sambungan dari last week

talk about kematian last week
dalam perjalanan menghantar si mati ke kubur
nephew dia (umur dalam 50an)
pengsan dan terus meninggalkan
kebetulan hujan lebat sepanjang malam
dengar kabar orang tu memang asma
dahtu dia dah berubat cara kampung
pantangnya tak boleh pergi kubur
but dia pergi gak
tahlah kebetulan kot
memang dah ajal dia tiba
hidup mati semua di tangan tuhan

k nak bersantai dulu
have a great weekend everyone


zzzyy

Friday, June 17, 2011

belandaa'

Belandaa'

=

Berlari

=

Running

zzzyy

Tuesday, June 14, 2011

1st Sit on her own!

Tarraaaa................
inilah wajah terkini
orang kesayangan hamba
mulut kecik mata bulat :)
my lil angel, AvaNov



gambar diambil semalam
keletihan selepas for the first time



Ava's 1st sit on her own!!!!
memang saat2 yang dinantikan
finally dia dah boleh duduk sendiri
meskipun ada kala kurang stabil
masih nak tumbang2
but after practice this week
i can guarantee by next week
dia dah expert :)

tengok perkembangan Ava dari hari ke hari
adalah amat menyeronokkan
dan melekakan
lately tunggu dia tumbuh gigi
sebab dalam masa terdekat
dah 3 kali dia demam

gigi memang cam dah mengandung
tapi tak gak beranak-ranak
last2
yang ditunggu tak kunjung
yang datang penuh kejutan
gigi belum tumbuh
tapi dah pandai duduk
yeaahh!!!!

ni malam ni she such a good girl
tak nak ditidurkan
tapi sekarang ngah terbaring kat tilam depan TV
tidur sendiri after bergolek2 sana sini
dah semakin banyak kerenah dia

aku selalu kata heeep!! heep!!
bila dia menganggu or nak pegang sesuatu
sekarang
bila kau ganggu dia
pegang hidung ke telinga ke
dia lak yang kata hhhhoooohh!! hooohh!!
ciri2 kenakalan dah terserlah

ni baru berlaku sepontan tadi
masa seronok2 tengok Glee
babak tengah menyanyi
abis je lagu terus iklan camera Canon
mak membebel
huh!!! jual kang perempuan tu baru tau
yang bapak pulak
huh!! badan kurus kering boleh msk TV gak ke
hahahaaa!!!!
bertapa bila orang tua tengok seseorang tu
cantik mana pun
tapi bila menganggu tumpuan
sure kena sumpah seranah!!!

perut terasa amat senak
overdose makan udang!!!
udang sebesar tunjuk
dibakar dalam pan 75% masak
isinya manis2 lemak
cukup rasa..
rasa taknak berhenti makan
tapi perut dah sangat kenyang....
lalalallaaaa.....

zzzyy

Monday, June 13, 2011

bersemangat kerja hari ni
bukan sebab rajin
tapi terpaksa merajinkan diri
hari ni kawan another partner
is coming back from leave
so bertiga adalah lebih baik
daripada berdua seperti minggu lepas :)

kerja2 urgent adalah sangat banyak
tak larat tangan dibuatnya
ni dengan bertambah seorang kakitangan
harap semuanya lebih pantas dan smooth

aku dan another colleague yang tinggal
sering wonder, kenapa lah masa another colleague takda
selalu memacam paperwork pelik dan complicated datang
this big company nak cepat lah
this person nak extra clause lah
nak itu lah
nak ini lah
dahlah tu nak cepat
kau ingat buat clause tu boleh sesuka hati
kena tengok sesuai ke tak dengan law term
apuuu..........!!!!!!!!!

opss!!! dengar cam alarm dan berdering nyaring tu
k, have a nice week semua

zzzyy

Sunday, June 12, 2011

legaaaa nyerrrr....
bleckie dah dicuci, berkilat dan handsome
nenen Ava dah beli
begitu juga ayam tuk campur bubur dia
lega!! lega!!
dapat juga melawan kemalasan

ni baru sampai di rumah
kengantukan sebab perut dah kenyang
tapi excited nak tulis blog dulu :)
Ava tengah tidur
Jang kata dah lebih sejam dia tidur
syukur alhamdulilah
harap2 malam nanti jangan lah dia buat hal
meraung2 merajuk ek

hari sangat panas
syukur juga
sebab baju aku memang banyak dijemur
by now rasanya semua dah kering
ni tengah konpius
nak membaringkan badan dulu ke
atau nak angkut baju??

kul 4pm nanti ada janji dengan SIL
hampir terlupa
hari ni aku aku wedding dinner
nasib tertengok one of kawan
congratulated yang si berkahwin
if tak, sure aku lenggang2 duk rumah
aku dah makin pelupa
banyak makan semut!!!
lately semut kat rumah makin banyak
tengah berpesta gawai juga kot

dah2
tak boleh nak tulis panjang lagi
sebenar banyak gak dalam minda ni
yang nak dijadikan cerita kat blog
tapi nanti2 lah ekk
my time is limited
and yet banyak gik kerja nak aku buat
sebelum kul 4pm!

nak tinggalkan mak dan ava sendirian
kena buat banyak persediaan
makanan ava mesti dah ready
begitu juga tuk mak
memana kain baju
harus dibasuh dan dijemur dahulu

kawan kat office pernah kata
aku beruntung ada orang uruskan rumah
helooooo...............
aku buat kerja rumah sebelum kerja tau
masak bubur ava
kekadang masak breakfast tuk mak
make sure air panas sentiasa ada
tuk diminum dan tuk ava mandi
sebab if ava buat hal
nak berkepit je
pasti mak takda masa uruskan hal lelain

balik kerja pun kena masak gak
which kekadang aku tak larat masak
aku ajak mak n ava makan diluar
senang cerita :)

k lah nak tidur sekejap
pastu angkut baju
pastu ready2 bawa SIL ke salon
pergi dinner (baju belum decide nak pakai apa)
kemungkinan simple je

dah dalam fikiran
balik dinner baru lipat kain baju tu
start basuh membasuh lagi
aiyoyoyoyoo...
kerja kat rumah tak pernah abis2!

zzzyy
aduhaiiiiiiiiii..........
sengal2 badan
semalam balik dari kampung
banyak benda kena kemas
rumah kena sapu
air2 kena diganti dan direfill
kain baju banyak kena di machine
bedsheet mak n ava dicuci
which pagi tadi
bedsheet yang baru dah dikencing ava :)

malam tadi lak
ava buat hal
asyik nangis2 dan merajuk
tah apa dia nak tah
nak kata taknak tidur
mata terpejam lak bila didukung
disuruh tidur taknak lak
letak je atas tilam terus meraung
huuu.... sakit jiwa kerna nya

ni tadi dibagi makan
memang berselera
suspect dia nangis sebab lapar
tapi ada nenen lak
tahlah..
sapa ler nak berhidang makan kul 2 3 pagi
a few minit after makan
tersembur dia muntah
tak pernah dia camni
mungkin perut dalam taknak terima
tu ler mandikan bagi minyak panas
bagi panadol dan
sekarang dia dah tidur
harapnya lama

bangun je pagi tadi terus jadi ahso
masak bubur ava
kemas pinggan mangkuk yang dah kering
masak air panas
masak pancake
jemur baju2 yang banyak, 3 baldi!
tambah baju yang tak sempat kering semalam

ni aku pun dah flat
ngantuk dan sakit pinggang
kepala pun sakit
plan nak hantar blackie tuk dicuci
tapi masih malas
harapnya nanti angin rajin mai
sebab bleckie sangat kotor
ataupun if malas gak
dera adik, Jang tolong cucikan

satu lagi masih tetap kena pergi town
susu ava tinggal sikit je
memang sah tak cukup tuk malam nanti
alahaiii malas nyerr.....

zzzyy

Friday, June 10, 2011

nyirup



Nyirup

=

Minum

=

Drink

zzzyy

Thursday, June 9, 2011

Hari yang Siut

hari ni memang siut tul
since semalam aku ingatkan
hari ni hari jumaat
berkobar2 nak balik kampung jumpa ava

masa gores parking kupon pagi tadi
eemm 9hb hari jumaat lah
(kupon tu takda hari, hanya haribulan)
petang ni balik awal kan
so boleh lah pecut kampung terus

bila dah duduk kat workstation
tengok calender
eehhh..... apasal 9hb hari khamis ek??
tengok jam, sama gak 9hb
terus terfikir, aku gores kupon parking betul ke tadi??
confius, aku letak ikut hari bulan ke ikut hari
ingat2 balik, betul lah tu
tadi kan sebelum gores aku refer jam
ngam!! ngam!! ngam!!

call mak cakap tak jadi lah balik kampung
esok kan kerja bukannya sabtu seperti yang difikiran
tanya khabar ava
alhamdulilah dia dah sihat
dah dengar suara dia aaahh.... aaahhhh...
rindu sangat kat dia

since takda ava kat rumah
apa lagi berambu ramba lah aku
tengok wayang for the 2nd time
kat venue baru dia
hanya 2 hall dah buka

hari ni manage dapat seat for cerita Thor
sumpah aku taktau pa cerita tu
zaman mana fesyen apa pun aku taktau
main redah je
sebab adik2 cakap cerita tu ok

so masuk bahagian hall
terus menuju hall ada lampu hijau
lerr cerita dah start rupanya
kenapa awal lak start
jam belum pun 8.45pm
mungkin nak cepat kot
layan je lah cerita tu

tapi 10mins kemudian
cerita habis!!!!!
hah!!! pasal cepat sangat ek??
aku blurr kawan pun blurr

keluar jumpa SIL tanya apasal cepat sangat abis
SIL kata Thor baru start 15mins lalu
hahahahahaa!!!!
rupa2nya masuk salah hall
Thor hall 2 instead of hall 1

aku mati2 ingat
hall yang berlampu hijau
ialah khas tuk wayang yang baru nak main
yang berlampu merah lak
tuk wayang yang tengah dimainkan

tu ler sapa suruh tak baca tiket
besar2 tulis Hall 2
apasal pergi Hall 1??
kebetulan tempat duduk yang sama
memang takda orang
hahahaaa!!!!!

pastinya ada orang menyumpah tadi
dah nak abis wayang baru datang
buang duit je beli tiket
muahahahaaa!!!
sengih memanjang aku
thanks SIL for the tiket spons
(memang selalu camtu pun.
tengok wayang free)


zzzyy

Wednesday, June 8, 2011

janggal rasanya takda ava kat rumah
dia balik kampung
ada orang meninggal

biasanya balik je dari kerja
mesti cari dia cium dia
ni tadi buka pintu ler takda ava lak
lain je rasa, rindu sangat kat dia :(
tambah lah sekarang ni dia fanatik aku
asal tengok je mesti nak minta dukung
so comel........

so tadi since takda org kat rumah
aku layan wayang tengok cerita pirate carribean
tak best sangat
tak happening
ada certain part memboringkan
aku cam eehh cepat lah abis
cepatlah abis
aku dah tak selesa duduk

nak tidur dah
goodnite semua



zzzyy

Tuesday, June 7, 2011

second day kerja of the week
masih very busy
this 2 days balik agak lewat dari biasa
tadi pun lambat
about 1 hr late
kehairanan manager tengok
biasa sharp je 5.30pm terus cabut

hoho!! bukan sengaja aah
ada assignment last minute kena buat
setengah jam sebelum balik
ada 3 kes kena buat working paper nya
kena siap hari ni gak
sebab esok nak suruh client tengok
nak terima ke tak offer tu
tu ler yang terpaksa stay a bit late

if ikut kan hati taknak buat
tapi kesian tengok kawan buat seorang2
haruslah bekerjasama kan
waseehh :p


zzzyy