Sunday, July 31, 2011

hari ni menahan rasa keletihan
disebabkan aktiviti semalam
tapi tetap gak tak selesa duk rumah
kebetulan auntie datang rumah
pastu terus lepak kat rumah SIL bersama2

balik dari situ pergi pasar
marketing ayam dan daging
tuk bubur si Ava
stok totally habis

pergi boulevard
pergghhh everywhere ramai orang
stok2 makanan basah seperti ikan dan udang
pun dah takda
yang tinggal cam tak best je
tak jadi beli stok ikan udang
mungkin esok on da way balik rumah
singgah tempat jual ikan segar kejap

ingatkan nak makan luar
tapi ava mengamuk lak
nak tidur, on the way dia tidur
tapi syik terkejut2 pastu nangis jerit2
kebetulan dia berhingus
dan kebetulan belum makan gak
sedangkan masa dah cukup
tu lagi memparahkan mood dia

well, esok puasa kan
selamat berpuasa bagi yang berpuasa
dan selamat sama2 menjamu selera bagi yang tidak
... pasar ramadhan kan banyak
pilih je mana suka

tapi aku rasa tahun ni cam takkan meriah sangat
sebab barang2 semakin mahal
orang semakin berjimat or
semakin berkurangan duit dari tahun2 lepas
yess...
barang semakin hari semakin naik
gaji???
lambat mengalahkan kura2 nak naik
mana kan dapat bersaing dengan keadaan semasa
yang semakin mahal cost of living
sangat tidak memberangsangkan

k lah semua
nak tidur
good nite ek

zzzyy

Saturday, July 30, 2011

hari berurut sedunia
hari ni aku pergi 3 sesi
ke rumah tukang urut

memula pagi hantar mami SIL
then petang lak hantar mak
last sekali malam hantar sendiri

ringan rasa badan pas berurut
berurut traditional 2 jam
dari hujung kaki ke hujung rambut
bahagian2 badan di repair
yang mana banyak angin dibuang
peranakan pun diangkat
worth to pay RM70

ni best if tidur
dan flat ke sana ke sini
tapi masih nak tengok cerekarama tv3

zzzyy

Friday, July 29, 2011

Meragau

Meragau

=

Merangka

=

Crawling

zzzyy

Wednesday, July 27, 2011

aduhaiii letihnya
letih badan letih minda
kerja tak banyak
tapi office banyak sengketa
asyik nak bertekak je sesama sendiri
sampai dengar pun naik tension

sorg cakap ini salah
sorg cakap itu salah
tanya skit melenting
tak tanya lagi ler melenting

sebab hari panas kot
semua memasing pakat panas
kekadang yang tak tau apa2
jadi mangsa keadaan
semalam dua kali jadi mangsa keadaan
kena fire dek naga

just tanya and nak tolong diorang buat KIV case
tak pasal2 jadi mangsa
hari ni seorang minta sorry
sebab semalam marah2
and form yang dicari tu sebenarnya ada kat dia

nasib semalam mood aku elok
malas nak bertekak
cukup lah dengar diorang bertekak je
aku ambik sikap tak kisah
if ada aku buat
if takda peduli kan saja
bukan kes aku pun
kes diorang
kang ada yang pending tu diorang tanggung lah
biar case diorang tak setel2 pun
aku tak rugi apa2
buat apa aku nak kisah kan

tadi manager kerja setengah hari je
sebab lepas tu dia pergi course
department yang dekat bilik
terus berkicau bak burung
kucing takda tikus berkeliaran
sesuai sangat lah tu
sebab department tu memang ada tikus
yang menganggu malam2

tikus yang pintar
camna tak kata pintar
dipasang jerat
umpannya abis pintu jerat tertutup
tapi tikusnya enggak ada sii
mungkin mickey mouse kot
hehehee

k2 nak menjemput anak dara
yang masih bermalam di rumah SIL

zzzyy

Tuesday, July 26, 2011

bangun tidur
tengok tilam bawah
ehh ava takda
macam separuh mengigau
mana dia?!!! mana dia?!!

takkanlah dia bangun awal dari aku
kepala mamai, blurr blurr again
refresh memory
ooohh...
ava semalam check in kat rumah SIL
patutlah takda
wat nervous dan suspen je

tapi tu ler
rasa weird lah ava takda
rasa bangun terus nak tengok dia
pastu baru keluar masak bubur dia
arini bangun je terus mandi
takda kiss2 ava

semalam masa aku pergi rumah SIL
ava dah tidur
kiss2 skit kat tangan dia
takut lah bangunkan dia
if mata dia buka dan tengok aku
confirm susah nak tidur balik

aku kebetulan meronggeng dulu
sebelum pergi rumah SIL
which dah agak lewat
dah melepasi masa tidur ava

so how's your 2nd day of the week?
aku dah recover ni
tapi masih kena telan vitamin
vitamin pharmaton
supaya kaki boleh keluar fire2
macam iklan kat tv tu

k lah
nak turun kerja dah
have a nice day everybody!!

zzzyy

Monday, July 25, 2011

Selamat pagi Malaysia!!!
pergghh!!!
bangun dalam keadaan kurang upaya
opss!! dalam keadaan mamai
blurr blurr

rasa nak tidur lagi tapi alarm dah berbunyi
tu pun berbunyi tuk kali yang kedua
perlu masak bubur ava
perlu sediakan air panas semua

pagi tadi ava buat hal
bangun seawal kul 2am!!!
nak tidur tapi taknak dibaringkan
nak didukung
mana lak tahan begitu

seawal 3.15am on PC
tengok clip orang nyanyi happy bday
ngantuk dan elok2 tidur
tapi bila letak atas tilam terus merengek
fuuyiioooo!!!

walaupun mengantuk masih gak nak merajuk
lenkali mummy taknak bawa pergi taman lagi ler ava
kot2 ni merengek malam lak pas ronda2

ajak pergi keluar bilik
on aircond
on tv
naaahhh!! siap kau!!!!
anak aku tengok babyTV kul 3.30am!!!!
terbaring2 leka lah dia tengok tv
mak take over baring sebelah
aku ambik chance bergulung balik!!

ni dah nak mandi ni
memang kena telan vitamin
ikutkan rasa nak MC (alasan hari isnin)
tapi bersemangat sebab
hari ni GAJI MASUK!!!!!
lalalallaaaaalalalaaaa............

opss!! jangan minta belanja tau
aku pokai ni
sebenarnya.......
hari membayar hutang piutang :(

zzzyy

Robot Detector

A man buys a lie detector robot which slaps people
who lie. He decides to test it at dinner.

Dad: Son, where were u today during school hours?
Son: at school. {Robot slaps son!} Ok, i lied, i went to the
movies.
Dad: Which one?
Son: Toy story. {Robot slaps son again!} Ok, it was a day
with porn star.
Dad: What?! When i was your age, i didn't even know what
porn was.. {Robot slaps dad!}
Mom: Ha ha! After all he's your son. {ROBOT SLAPS MOM..!}


zzzyy

Sunday, July 24, 2011

baru je mak complain
suruh on kipas instate of aircond
tadi masa balik dari taman
masuk je rumah cam dipanggang
tu ler yang on aircond
ni dah off dah
tapi at least dah selesa
seluruh bilik dah sejuk

lately cuaca tak menentu
sekejap panas then tetiba ribut kuat
hujan lebat then panas lagi
cuma hari ni cuaca sangat2 elok
panas sepanjang hari

takda buat apa2 yang interesting
minggu ni
life mendatar je
buat perkara yang biasa dibuat
tengok wayang cerita Harry Porter

HP yang last ni memang worth to watch
ending yang memuaskan hati semua pihak
tumb up for JK Rowling
aku salute akak ni
banyak nooo idea dia buat cerita fantasy
ni baru lah dikatakan
angan2 yang menjadi kenyataan
dari sebuah imaginasi
diolah menjadi cerita
yang famous seluruh dunia
camna ek nak dapat otak camtu???

eh dah kul 11pm
baik aku tidur
kang esok susah nak bangun
biasalah monday
memang selalu disaster monday

choww dulu
goodnite, sweet dream


zzzyy

Friday, July 22, 2011

Beguai

Beguai

=

Nak cepat

=

Rushing

zzzyy

Thursday, July 21, 2011

huahuahuaa!!!
kelucuan dengar mak merepak
tengok bola Chelsea vs Malaysia
dah tu baring kat tepi tilam
cam penyu bertelur!
nasib ava dah tidur
so semua enjoy concentrate tengok bola lah
aku pun enjoy gak ngetop sambil tengok tv :)

nothing much happen today
kat office seharian terpaksa behave
pagi ada Managers meeting
petang lak orang2 sale meeting
dah ler kat floor aku
terpaksa lah acting banyak kerja
banyak benda kena buat
if tidak, sure Regional Manager (RM) complain

sepatutnya diorang meeting kat another branch
branch baru
ada bilik meeting khas tuk diorang
floor khas tuk diorang, sunyi dan takda menganggu
pernah meeting sekali je
masa branch tu baru buka
then balik lagi meeting kat branch kitaorang
meeting room yang kecik
hampir nak bercium hidung tu juga
yang menjadi idaman hati RM

alaaa bukan apa
kat sini ada kami
sambil dia meeting tu
sambil2 tu gak dia busy body
cari kesalahan orang kat luar meeting room tu
kang nanti ada lah issue yang dia nak bentangkan

staff tak productive lah
staff ramai kerja takda lah
branch mgr tak reti fully utilised staff lah
so ada lah alasan tuk dia
suruh branch staff marketing
tak koserr

bukannya dia kat branch pun
memang lah kekadang free
kerja tak banyak
hah tu dia nampak
tapi if busy
kerja sungkur badan kaki tangan kepala semua
ada dia tau??
gerenti dia taktau
if tau pun buat2 taktau
lumrah orang atasan lah tu

motto aku
buat apa yang seharusnya kau buat
if dapat kerja lebih kau buat
if tidak just make sure
apa yang patut kau buat
kau dah buat sebaik-baiknya
so orang nak marah pun no point
kau dah buat apa yang tertulis kat JD kau
yang lelain tu.......... piiiirahh!!!!

opsss!!!
terlebih emo lak
so far 1st half
Chelsea Vs Malaysia masih O-O
penyu masih maintain bersadai
selepas menidurkan kembali
kawan dia yang merengek sekejap tadi
k............
selamat malam semua

zzzyy

Wednesday, July 20, 2011

We only live once, but if we do it right, once is more than enough

morning ppls!!
third day of the week
camne? get your working mood back?
aku dah ok dah
if tak gak ada mood taktau lah nak kata apa
even kekadang susah nak tanam minda positive
tuk bekerja sebab malas lebih menguasai
tapi bila fikir2
tu punca rezeki
u want it or not
u still have to do it
so why not most of the time
try to think positive
agar semua menjadi mudah kan :)

tu bak kata lah
tapi most of the time too
perlaksanaannya adalah amat susah
tuk dilakukan
as a normal person
kita intend to do something
that shouldn't be done :)

kita ni even dah dewasa, umur dah berusia
but most of the time
masih berperangai kebudak2an
minta perhatian
orang kata tak boleh buat
tapi selalunya pasti seronok tuk dibuat
dan nak buat juga
walaupun hakikatnya
tahu lah perkara tu tak boleh buat
or tak elok tuk dibuat pun

but berbekalkan semangat
nak cabaran lah kunun
nak matured
nak ladies
nak gentlement
dibuatlah....... juga

itulah hakikatnya kehidupan
memacam ragam memacam sikap
putaran dunia takkan seimbang
jika semua berbuat baik
or jika semua berbuat jahat
jawatan2 yang digubal hanya sia2
polis takda kerja
if takda pejahat
doktor, nurses goyang kaki
if takda pesakit
tu hanya sebahagian
sebab tak larat nak bagi contoh lain
aku dah nak turun kerja!!!!!!!!!!!!!!

apa2 pun
lakukan sesuatu perkara
sesuatu niat tu dengan berpada-pada
honestly takda yang dapat menghalang
apa jua yang kita nak laku kan
selain diri kita sendiri
so tepuk dada tanya selera
kita hanya hidup sekali
tapi jika kita mempergunakan dengan sebaiknya
sekali itu lebih dari mencukupi...

zzzyy

Tuesday, July 19, 2011



yeaaahhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
do you want rock!!!!!
common!!! kita rock dulu!!!

tengok gambar tikus ni kat computer
mungkin adik yang save
sangat comel n rock
sekali tengok macam adam lambert ada gak
dok gantung ini kat sini
gantung ini kat situ
hehehee :)

2nd day bekerja of the week
well, semalam monday
actually not too bad
sebab busy so tak terasa masa berlalu
nak cepat2kan minggu ni
sebab next week dapat gaji
hari2 menghitung hari gaji :)
korang tak??
eehh aku dengan 100% nya
kitaaaaa serupaaa................. :)
sapa taknak gaji kan
if dapat, hari2 nak

nothing to looking forward tuk minggu ni
belum ada plan apa2
just lalui hari bekerja cam biasa
if possible cepat2 putarkan masa

lately sangat takda idea tuk buat n3 blog
if masa ada tu
tak dapat buat on the spot plak
melayan dear ava dulu
by the time duk depan PC dah ngantuk
idea semua tah ke mana
tu ler pasal aku dok buat n3 merapu
cam takda arah tujuan
maceh lah ya
kepada sesapa yang sudi melayan :)

diakhiri dengan ucapan
KERJA!! OII KERJA!!!!

zzzyy

Monday, July 18, 2011

oooooo..... oooooOOooo......
meh nyanyi cam lagu lady gaga, bad romance
yang ni bukan romance
yang ni bad monday!!

huhhuhuhuu..
monday memang slalu menjengkelkan
memang sah akan malas bangun
memang sah akan rasa cam sakit
then fikir nak ambik MC ke tak ni
which macam sah je
yang sakitnya bukan badan tapi minda....

satu lagi aku tak suka monday ni
sebab semalam terpaksa iron baju tuk 5 hari bekerja



baju aku tuk minggu ni
memang diakui
ironing baju antara perkara yang aku benci!
tak pernah suka tapi terpaksa
sebab meskipun malas iron
tapi aku memang fanatik dengan baju iron
garis2 tepi mesti sentiasa tajam
bak kata if terkena kulit, boleh luka dibuatnya :)
terutama lately suka pakai baju kurung cotton
kain dibeli kat Bandung last year lah tu

kain cotton memang payah nak iron
kau guna iron berwap sekali pun
masih susah gak nak membuatnya sentiasa licin
tambah lagi kain baju kurung aku
fesyen yang lipat2 tepi tu
adooiii haiii benci nak iron ah
menyesal buat camtu pun ada
tapi cantik ah :)

biasa nya aku iron pagi sebelum kerja
tapi lately since ava fanatik aku
terpaksa iron awal2
sebab nanti if dia terbangun
dan tengok aku tengah iron baju
sure meraung, minta dukung
dulu masa dia kecik
ok no problem

walaupun bangun dan tengok aku
baik iron baju or iron rambut
dia akan senyap je tengok
dah masa tu dia belum noty
belum tau nak noty2

cuba try sekarang
jenuh melayan kerenahnya
tiap2 hari ada2 je perkara baru dia pelajari

k kena pergi kerja dah
have a nice day
and happy new week :)


zzzyy

Sunday, July 17, 2011

huh....
taktau camna nak describe rasa ni
makan sudah
mandi sudah
kemas rumah sudah
malah minggu ni rajin dari biasa

sarung kusyen di basuh
sofa dijemur
rumah di mop
di vacuum dua kali
stor di kemas
verandah diluar dah diberus
garaj pun turut diberus

so kenapa masih rasa kurang selesa hah??
could it be sebab letih
or ni hah...
even dah kemas
masih gak banyak barang yang berterabur
actually takda ler berterabur sangat
cuma tak sedap mata memandang

sini mainan ava
situ katil dan mainan
aiyooyoyoyooo
taubat takmau beli mainan besar2 lagi

and satu lagi yang buat amat tension
celcom broadband suck!!!!!!!
asyik putus2 dan extra ordinary damn slow!!!!!
berjam jam duduk depan PC
takda apa dapat
asyik mloading saja

dah tu buka site heavy skit terus slow nak mampus
or terus putus
sangat bongok!!!

eeehh dah start bad mood
elok aku stop dulu
sebelum lebih bad mood

n3 yang tah apa2
:)

zzzyy

Saturday, July 16, 2011

apa ya nak aku buat tuk topic n hari ni??
belum ada specific idea ni
saja menaip ikut apa yang ada dlm fikiran

lagipun takda yang excited minggu ni
takda aktiviti besar2an bersama family
cuma yang makan sama2 tu
memang tak boleh miss lah

cuaca pun sejak semalam mendung je
awal pagi je panas cerah
then after 11am dah mendung n hujan renyai2
menghampakan sebab dah cuci baju banyak
nasib baik guna ahso so
no problem gak sebab pasti akan kering juga
cuma keringnya dengan bau yang tak best
bau lembab!!!

bangun awal gak dalam 8am gitu
awal lah tu
sebab masa aku bangun yang lelain belum bangun
terus masak bubur ava
hari ni menu dia lain dari biasa
nasi campur carrot campur ayam n daging
and campur tulang lembu seketul!!!!
hahahaaa!!! menu instant
sebab kebetulan nak masak sup tulang
so taruhlah seketul kat nasi ava
which turn amat menyelerakan!!!
yummy!! yummy!!!

tapi tengah masak sup tulang..........
ohhh tidakkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
gas abis.......
kuang! kuang! kuang!
dahlah blekie dipinjam adik
call adik handphone tutup
suruh adik jadi badang ke kedai berdekatan
tapi beratlah tong gas tu
biar je lah
malas nak fikir, makan je apa yang dah ada
or minum kopi je ler

pastu mak call Sil
tak lama pastu gaban penyelamat datang
beli gas n sambung masak sup tulang
dan having a nice lunch

tu lah aktiviti aku setakat ni
kang ada yang interesting
malam nanti aku update

zzzyy

Friday, July 15, 2011

begulai

Begulai

=

Bersama

=

Together


zzzyy

Thursday, July 14, 2011

musim menunggu performance bonus dah tiba
semua kat office tertunggu2
which by now
executives2 semua dah tahu brapa diorang dapat
non executives cam aku lak masih menunggu
sedangkan branch2 lain semua dah tahu
hairan gak
what happen elephant to branch aku

manager pun tak ceria
bila berjalan tunduk je muka
bila masuk branch pun
sebab nak sign documents2 je
pastu keluar balik
in my mind
in our minds
mungkin ke sebab dia tak berpuas hati
dengan brapa bulan dia dapat
or taktau camna nak explain dengan kami
mungkin apa yang kami dapat tak memberangsangkan
biasanya kami akan diberitahu sama dengan executives sekali
dan biasanya dia lah orang yang akan over excited
nak annouce kat each n everyone brapa dapat
tapi kenapa tahun ni tidak??

nak kepoh tanya dia tapi malas lak rasa
mana tahu kan memang berita tak baik
buat jantungan je tahu lebih awal dari yang lain
apa yang kita buat
tunggu dan menunggu je lah
biarpun menunggu itu satu seksaan

dengar khabar some islamic sales staff
dapat kosong, takda PB!!!
imagine that,
orang bermati2an kerja tuk achieved target
which mostly result pun memberangsangkan
tapi tak dihargai langsung!!!
bila call HO kenapa takda?
selamba je jawab sebab gaji u besar!!!!
what!!!! what!!!!!
diaorang kata lagi gaji si anu ni 2 kali ganda
barulah jadi gaji u
yang si anu ni masih baru!!! dia top saler
tapi baru 4 5 tahun!!!!
yang dia ni bukan top saler tapi doing well juga
kerja dah 25 tahun, another 5 yrs lagi nak retired
mana boleh compare dengan si anu tu!!!!!!!!!!!!

bengap!!! banggang!!!
tu ler dia marah, orang HQ ni apa kes ya
kata performance bonus
if buat baik, baik lah dapat
takda lah harap banyak 2 3 bulan pun ok
at least terasa lah diri di appreciated
ni tidak
kau kerja bermati2an panas hujan
dan menarik nafas lega bila month end
adalah figure yang nak disubmit ke HQ
bila come to appreciation, zero!!!!

since result kitaorang belum diberitahu
mungkin juga camni kes nya
majority orang kat branch aku gaji agak besar
sebab mostly kerja lebih dari 15 tahun
eemm... ramai lah yang bakal mengamuk nanti
unless mostly dapat average ok lah

k nak ready to work
tata titi titu

zzzyy

Tuesday, July 12, 2011

Mari Menyamu Mata



Laksa Sarawak @ Palma Cafe.
Sedap lemak berkrim
makan semangkuk, nak lagi :)



Ni Siam meet western
captured while @ Ken's Place, Lutong
Kuehtiaw goreng was super yummy!!!
penang laksa not bad too
roasted chicken with mushroom sauce
and not to mention lamb cube
recommended place
lupa captured the surrounding embien




my favourite
udang masak 75% dalam non stick pan
only with butter
without aji no moto
without salt
not too overcooked
it'll be very juicy
and yummy!!!!
bagus tuk ternak lemak :p

time's up!!
kerja!!! kerja!!!
hv a nice day everyone

zzzyy

Monday, July 11, 2011

Video Favourite Ava



lagu yang
melekakan
menghiburkan
menindurkan
my lil ava

tiap hari mesti tengok lagu ni
tak pernah dia jemu
makin besar dia makin excited
siap nyanyi2
which looks so cute :)

tadi dia marah dengan aku
duduk depan PC
tapi boring tengok aku main games
dia menangis
mengeliat-liatkan badan
tarik cermin mata aku
worst lagi
tarik rambut aku

mulanya tak faham apa dia nak
aku pukul manja jari dia
kecik2 lagi dah pandai mendera aku
bila main je video ni
melompat1 menyanyi2 dia
sebenar salah satu
dari 3 video clip favourite dia
semuanya lagu happy bday!!!


zzzyy
weekend yang penuh dengan aktiviti
last nite ada family n friends gathering
kat a small resort called Indin Resort
hanya ada sebuah rumah
4 bilik yang boleh dihuni 4 orang sebilik
ada tempat BBQ
tepi beach
kebetulan cuaca baik
dan angin pun sentiasa bertiup
suasana yang sangat nyaman

memang happening
siap ada karaoke dengan live band
but not me
aku part karaoke ni slow sikit
ikut mood je

kali ni mostly bagi kaum ibu dan bapa
sampai band boy terpaksa main tanpa henti
banyak lagu permintaan
tak cukup dengan buku karaoke 4 buah
siap tulis lirik sendiri
hahahaaa!!

lepak kat situ dari tengahari
tapi aku ada balik sekejap about 4pm
beri ava makan dan mandi
the resort just a few minutes dari rumah
plan asal nak pergi rumah kawan baik
sebab dia ada house warming
tapi cancel last minutes
ani tak dapat pergi
tak larat bawa darnish yang very naughty
aku pun since ada family gathering
yang dirancang adik and SIL
so ikut aja lah

tadi lak tengok 2 wayang sekali gus
memula tengok Green Lantern
then tengok Transformer
Green Lantern sangat mengujakan
love the hero!!!
sebab handsome :)
Transformer ok gak
cuma bila part yang robot banyak2 tu
aku jadi confius
tak pasti mana yang baik
mana penjahat
yang aku kenal Bubblebee dan Prime
tu pun sebab Bee kuning
dan Prime merah biru

tak suka heroin dia
tah sapa nama aku tak kisah
tak cantik pun just
mulut perasaan seksi cam angeline jolie ler tu
thanks so much SIL for the spons
i really need entertainment
after a harsh weeks

sampai rumah terus makan
supper @ 12.45am!!!
tak sempat makan
sebab before green lantern
perut masih kenyang
bila dia abis kedai dah tutup lak
so kebetulan ada tapau ayam goreng
pekenalah dengan nasi panas
jilat2 sambal belacan kat tunjuk
perrgghh!!!! menyelerakan

esok start another weeks
hopely semuanya mulus molek cantek
by 1.25am now
i should be on the bed

goodnite semua
semoga minggu anda nanti
akan menceriakan :)

zzzyy

Friday, July 8, 2011

kin kiak

kin kiak

=

sana sini

=

here and there

zzzyy

Wednesday, July 6, 2011

kerja!! kerja!! kerja!!
3rd day of the week kerja
mood dah okay
semakin menaik tuk kerja
lagipun disebabkan
kerja kat office adalah tidak banyak
lalalalalalaaaaaa......

eemm semalam pergi rumah kawan
rumah baru, show house
rumah yang dibeli siap ada perabot segala tu
cantik!! cantik!!
deco pun cantik
even rumah single storey terrace corner
tapi cam besar je
bila ler nak rumah camtu kan
semua nya guna duit,, duit.. money money
tunggu duit jatuh dari langit ek :p

k lah weh
takda masa lagi ni
tah apa2 aku bebelkan
belum mandi semua ni
jam dah 7.20am
kul 8am dah nak turun kerja

zzzyy