Sunday, April 29, 2012

Minggu yang memenatkan

Letih!
semingguan aku sibuk uruskan makan2 kat office
projek last minute celebrate birthday & celebration
branch dapat award early achievement

sebenar takda lah sibuk nak uruskan semua tu
tapi yang membuat aku sibuk kerenah 
orang2 yang nak diuruskan
bos nak menu yang ada sate sandwich
aku bentang budget rm15 per person tuk 30 orang
dia kata mahal
fine aku tukar rm12 per person
dia masih kata mahal
ahh malas nak layan
aku dah rasa tak over pun rega tu
aku go head je dengan menu simple

cake, agar2, meehoon goreng, ayam goreng, sirap oren campur
caterer sediakan pinggan sudu semua
so kira worth lah kan
takyah nak order banyak tempat
then order cake tuk orang2 yang lahir Jan-April
10 orang semuanya termasuk 2 managers

dalam rabu gitu semua dah set
makannya jumaat
ada lak yang cadangkan beli KFC
or rendang dan nasi pulut
dan memacam lagi lah
memula ingatkan nak gak memenuhi permintaan umum
kan aku guna duit syarikat so kena consider gak kan
but then dah terlalu banyak yang dipersoalkan
malas nak kisah
hentam je mana yang aku rasa sesuai dan tak remeh
kau nak makan ke taknak makan ke
lantaklah
(which aku agak pasti, if free apa2 je pun diorang lantak)

then rabu emel semua yang terlibat
(tak semua kat branch dijemput)
ada pula yang mempersolakan
duit apa aku nak guna tuk belanja makan
aiyaaakk!! makan free pun busybody!!!
if diorang tanya direct kat aku
aku bagitau dengan lantang
DUIT AKU!
geram dengan sikap orang2 yang sacastic ni
orang nak buat sesuatu sering dipandang sinis

tapi if suruh buat tau lak mengadu bukan senang
yang ni aku duk ke hulu ke hilir servay barang
diorang tak kira
nasib ada ani yang sentiasa menemani
masa lunch banyak dihabiskan dengan urusan ni

 

ok untuk yang birthday dibagi token
budget $50 seorang
bos suruh aku beli small gift
hilang akal apa
aku tanya dia apa barang boleh beli dengan $50??
if beli barang mainan kekanak sebaya ava adalah
ni tuk yang bergelar executive dan manager
aku tegaskan tak perlu susah2
aku beli voucher boulevard saja

then suruh beli barang tuk kawan yang beranak last year
dan yang nak beranak
aku bentangkan budget $200 seorang
bos potong budget $100
tak dapat nak beli baby walker
dan baby seat yang ada mainan
beli voucher boulevard juga

beli voucher pun satu perkara
punya lah lama dan banyak procedure
macam aku tak beli dengan duit lak
beli voucher 500 ambik masa setengah jam!!
dah lah aku mengejar masa
sangat2 tak efficent

endingnya makan sekejap je pun
meehoon portion sangat banyak
ramai yang tapau termasuk kek
aku hanya bawa sebotol sirap oren
tu pun sebab aku sayang tengok
masih sangat banyak 

iklan dalam minggu yang buat makin busy
selasa aku straighten rambut kat rumah ani
panggil hair dresser datang ke rumah
sebab time very limited
abis kul 1.30am!

khamis makan dengan bestfriend
tu pun aku ada intention tuk cancel
tapi memandangkan ni akan menjadi kali ke 2
aku cancel
maka baik layan dan teruskan saja
kan tak pasal2 aku jadi penyebab 
asyik cancel lak projek lepak2

Friday lak abis dari makan2
dan kemas barang semua kat office
rushing balik rumah and drive balik kampung
adik SIL dan mak apak ava semua dah disana
balik malam semalam
cadangnya balik hari ni
tapi ava rashes kat buntut sebab guna pampers baru
terus bawa balik semalam juga
takut melarat
sebab badan budak ni senang melarat
terutama if yang gatal2 ni

zzzyy
 

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)