Sunday, April 29, 2012

Minggu yang memenatkan

Letih!
semingguan aku sibuk uruskan makan2 kat office
projek last minute celebrate birthday & celebration
branch dapat award early achievement

sebenar takda lah sibuk nak uruskan semua tu
tapi yang membuat aku sibuk kerenah 
orang2 yang nak diuruskan
bos nak menu yang ada sate sandwich
aku bentang budget rm15 per person tuk 30 orang
dia kata mahal
fine aku tukar rm12 per person
dia masih kata mahal
ahh malas nak layan
aku dah rasa tak over pun rega tu
aku go head je dengan menu simple

cake, agar2, meehoon goreng, ayam goreng, sirap oren campur
caterer sediakan pinggan sudu semua
so kira worth lah kan
takyah nak order banyak tempat
then order cake tuk orang2 yang lahir Jan-April
10 orang semuanya termasuk 2 managers

dalam rabu gitu semua dah set
makannya jumaat
ada lak yang cadangkan beli KFC
or rendang dan nasi pulut
dan memacam lagi lah
memula ingatkan nak gak memenuhi permintaan umum
kan aku guna duit syarikat so kena consider gak kan
but then dah terlalu banyak yang dipersoalkan
malas nak kisah
hentam je mana yang aku rasa sesuai dan tak remeh
kau nak makan ke taknak makan ke
lantaklah
(which aku agak pasti, if free apa2 je pun diorang lantak)

then rabu emel semua yang terlibat
(tak semua kat branch dijemput)
ada pula yang mempersolakan
duit apa aku nak guna tuk belanja makan
aiyaaakk!! makan free pun busybody!!!
if diorang tanya direct kat aku
aku bagitau dengan lantang
DUIT AKU!
geram dengan sikap orang2 yang sacastic ni
orang nak buat sesuatu sering dipandang sinis

tapi if suruh buat tau lak mengadu bukan senang
yang ni aku duk ke hulu ke hilir servay barang
diorang tak kira
nasib ada ani yang sentiasa menemani
masa lunch banyak dihabiskan dengan urusan ni

 

ok untuk yang birthday dibagi token
budget $50 seorang
bos suruh aku beli small gift
hilang akal apa
aku tanya dia apa barang boleh beli dengan $50??
if beli barang mainan kekanak sebaya ava adalah
ni tuk yang bergelar executive dan manager
aku tegaskan tak perlu susah2
aku beli voucher boulevard saja

then suruh beli barang tuk kawan yang beranak last year
dan yang nak beranak
aku bentangkan budget $200 seorang
bos potong budget $100
tak dapat nak beli baby walker
dan baby seat yang ada mainan
beli voucher boulevard juga

beli voucher pun satu perkara
punya lah lama dan banyak procedure
macam aku tak beli dengan duit lak
beli voucher 500 ambik masa setengah jam!!
dah lah aku mengejar masa
sangat2 tak efficent

endingnya makan sekejap je pun
meehoon portion sangat banyak
ramai yang tapau termasuk kek
aku hanya bawa sebotol sirap oren
tu pun sebab aku sayang tengok
masih sangat banyak 

iklan dalam minggu yang buat makin busy
selasa aku straighten rambut kat rumah ani
panggil hair dresser datang ke rumah
sebab time very limited
abis kul 1.30am!

khamis makan dengan bestfriend
tu pun aku ada intention tuk cancel
tapi memandangkan ni akan menjadi kali ke 2
aku cancel
maka baik layan dan teruskan saja
kan tak pasal2 aku jadi penyebab 
asyik cancel lak projek lepak2

Friday lak abis dari makan2
dan kemas barang semua kat office
rushing balik rumah and drive balik kampung
adik SIL dan mak apak ava semua dah disana
balik malam semalam
cadangnya balik hari ni
tapi ava rashes kat buntut sebab guna pampers baru
terus bawa balik semalam juga
takut melarat
sebab badan budak ni senang melarat
terutama if yang gatal2 ni

zzzyy
 

Friday, April 27, 2012

Ngetu

Ngetu

=

Berhenti

=

Stop





Wednesday, April 25, 2012

eh baru 10.30 tapi dah ngantuk
semalam tidur selewat 2.30 pagi
projek straigthen rambut abis 1.30am
perggghh lama bebenar
start kul 8pm

nasib buat kat rumah ani
at least banyak perkara boleh buat
if kat salon 
confirm boring gilerrr

minggu ni agak busy juga
busy prepare tuk makan2 kat office this friday
celebrate orang2 yang birthday dari Jan-April
sambil celebrate sebab dapat achieved business target awal

just a simple occasion
tapi boleh tahan teruk juga buat preparation nya
kena buat budget then bentangkan kat bos
and most of the thing budget dipotong
dapat 20K nak dapatkan budget RM1K plus
tu pun teruk
sini cut sana cut
tak sedar ke dia sekarang barang semua mahal
dah tu ada hati nak minta makanan mahal 
dengan budget ciput
eeeehhh....... kena lecture ngan aku

nak sayap ayam, which was Rm2 seketul
dah tu nak sandwich
paling simple pun dalam RM2 juga
nak sate nak cake
amboiii.... sate tu mahal weehh
secucuk dalam 40/50 sen
bukan besar pun
sekali ngap dah abis
tambah lagi orang kat office
ramai yang gelojoh dan pasti makan all out
nak mee goreng nak meehoon goreng
budget dalam Rm10 seorang!!!
piiiirahhh!!!!! kau masak sendiri pun
aku confirm kau mengeringai

aku bukan minta banyak pun
rm15 each tuk 30 orang
tu pun kena potong Rm12
budget dipotong
so aku order cater pun kurang

k lah weh
dah membebel pun tetap ngantuk truk ni
nak tidur!







zzzyy

Monday, April 23, 2012

Happy Birthday to Me

hari ni ulang tahun kelahiran aku
seawal 7am dah ada call
wish happy birthday
begitu juga ada 2 sms masuk
aku yang sedang bersiap ke office
agak tergendala dan sikit kelewatan

tapi takpa
yang lebih mengharukan ingatan kekawan
dekat FB lebih 100 wishes dari kekawan
baik yang kenal di luar
maupun yang hanya di FB
semua aku reply manualy
even just a wish
it's really make my day 

kat office
aku di surprise dek kekawan dengan birthday cake
orea cheese cake yang sangat rich and delicious
i didn't expect it
nak nangis pun ada, sangat terharu :)



and not to forget 
i got a few presents
eh... seronok2!!


















 perfume Flora by Gucci dari Ani
love the smell...
orang yang pertama guna.... Ava and mak!
jahat tau mak yang busybody buka bday present aku
dahtu boleh lak dia tanya kenapa ada ni
aik.. birthday aku pun dia tak sedar
alahaiii mak aku ni 

yang poka dot tu kain cotton
hadiah dari adik Sue, adik Ani
sangat2 cantik
and nak buat baju raya tahun ni :)














hadiah dari Pris & Arina
3 pek cokelat
yang pasti menambahkan lemak
which aku memang tak kisah pun
sebab cokelet tu sedap
yang lemak lak esok2 fikirkan

dan dari Union pekerja
a nite treat at resort centre
which most probably tak dapat pergi
sebab tempat tu kat kuching
and valid hanya 3 bulan
tak worth if ke kuching 
gara2 hanya nak ke sana
lagipun agak jauh dari bandar kuching







 zzzyy

last friday
berebut dengan colleague nak pergi toilet
well, meskipun dah dewasa
sometimes we need to act like kid
saja release tension and need some fun
berkejar-kejaran ke toilet
which at the end bukan apa sangat pun
toilet ada 3 watpa nak berebut kan
saja buat lawak sesama sendiri

then kita teringat masa kecik2 dulu
zaman persekolahan
most of the time if pergi toilet masa rehat
memang toilet pack kan
and if pergi dengan bestfriend
don't mind at all masuk berduaan
bila kau kencing aku ngadap pintu
then turn aku kencing kawan lak ngadap pintu
selesai.......... lagi cepat
if menunggu turn
memang poyo lah hah

sekolah aku lah
dah lah toilet kotor
most of the time takda air
lepas tu khazanah yang dibuang
melambak2 disana sini
masa tu, if boleh
pergi toilet memang nak dielakkan
tak sanggup tengok harta karun
tambah lagi toilet yang jauh
nun kat hujung sudut sekolah sana tu
so if pergi sorang2 agak ngeri
dahlah banyak cerita yang pelik2
dah hanya cerita or memang ada pun
dah tempat kotor kan
setan iblis memang suka

sekarang ni rasanya sekolah aku dah canggih
meskipun tak pernah masuk 
sejak dah renovate semua ni
tapi aku rasa memang canggih lah
rasanya takda lagi kes2 takda air kat toilet
kan sekarang semua serba maju
takkanlah benda asas camtu masih cam dulu
bangunan dah tinggi2
gate dah bertutup
semua serba serbi cantik lah





 zzzyy

Sunday, April 22, 2012

Mimpi di siang hari

tidur siang mimpi ngeri!!!

mimpi melakukan a journey
bila almost sampai destination
sedar ava tertinggal keseorangan kat rumah
panic!!!
blame mak kenapa tak bawa dia
mak ingatkan ani yang bawa
sebab dimas ikut kitaorang
then ingatkan bertukar
ava ikut ani

call ani takda lak dia bawa ava
so confirm ava tertinggal seorang kat rumah
aku rushing ambik dia
tak guna kereta
sebab cadangnya nak cepat guna jalan shortcut
which guna jalan hutan
berlari2

tempuhi salji.... (tah mana tempat aku pergi)
then lalu hutan kayu tinggi2
naik bukit
which at the end tersesat
hati nervous
bimbangkan ava yang tertinggal di rumah
bimbangkan sendiri yang dah sesat
taktau mana arah nak dituju

ada sorang perempuan yang nak tolong
tapi kena tunggu dia selesaikan kerja dia dulu
aku dah tak boleh nak tunggu
teruskan juga journey sambil tanya orang arah jalan

tiba2 ada orang tepuk bahu
fuhh!! lega bila buka mata tengok 
muka comot ava
syukurlah tu hanya mimpi
terus cium2 ava yang ngah guna dress seksi
tak peduli muka yang ngah comot 
gara2 makan kropok cheese ball

berkali2 urut dada kelegaan
nasib hanya mimpi :)







zzzyy
masih terkial2 guna setting baru blogspot
semalam masa wat n3 ingatkan salah klik
rupanya memang dah berubah rupa
tu pun lepas kllik2 sebarangan
then termasuk site pemberitahuan tentang new template
baru puas hati
sebelum asyik refresh and refresh :)

tak plan
tetiba jadi ahso lak
mop bilik makan dan dapur
cuci toilet luar
endingnya, basah dan berpeluh2
kunci pintu ke dapur
sebab if ava tengok aku sure nak bermanja

ni aku kerja kat dapur
mak mandikan dia
bila aku dah selesai semua
aku keluar tengok dia dah nak tidur 
baring2 depan tv
tapi tengok aku je terus nak bermanja
meskipun mata dah terlentok2

dudukan atas perut
sambil dia peluk selimut
a few minutes later terlentok atas perut aku
dengar aku nyanyi lagu burung kakak tua
sangat comel...
bila letak atas tilam dia nangis
masih nak berpeluk dengan aku
ooohhh soo sweet....
dia memang camni
if aku kat rumah, extra manja
nak ikut aku sesaja

kekadang rimas juga ah
yalah dah asyik nak menempek minta peluk je
nak berak kencing pun tak dapat
terus meraung!

eh baru je lepas makan semangkuk sedang kacang merah
apasal takda rasa kenyang pun??
dalam hati masih nak makan nasi goreng juga
aahh........ nak makan! nak makan!







 zzzyy

Saturday, April 21, 2012

eh a few day tak update
actually sangat malas
tambah kerja yang amat meletihkan
niat tu ada
tapi bila dah depan pc
semua ilham hilang
especially if ada ava menempek tepi
semuanya hilang serta merta
tambah gaduh2
kita tekan keyboards
dia pun tekan juga
especially if button shut down dia tekan
tension...........
tiba2 lappy shutting down
potong stim nak berilham sokmo

kerja minggu ni cam biasa
busy tak busy tak
tapi yang pasti 
office politic getting worst
ada kala tension juga menghadapinya
boom sana boom sini
at last takda yang menang pun
yang letih otak fikiran adalah
aiyoo....sangat2 tak best

despite of so busy
ada keseronokan yang mengatasi semua
kerenah ava yang tiap2 hari pelbagai
sekarang gigi dah banyak
season dia terliur liur
mungkin sebab gigi yang belum tumbuh sepenuhnya
even tak pandai cakap
tapi dia faham apa kita kata or suruh
once in a while reti bagitau dia nak berak, ooh oohh
and dah nak mandi
dah suka gosok gigi
bangun pagi tadi terus ajak mak mandi
then gosok gigi

and tambah excited lagi
tadi temankan SIL pergi dentist
tengok brochure camna gosok gigi semua
dia seronok, siap show teeth
very the cumel

nak tidur pun senang
cuma bangun nangis malam 
tu dah perkara biasa
semalam seawal kul 4am dah bangun
kul 6 dia tidur lagi
badan dah sedia kata letih
makin lah letih 
tapi what to do dah memang ava ni conggek
dari baby lagi hobbynya menangis :)

k lah
nak layan konsert mania
favourite of course sudah semestinya hafiz







 zzzyy





Friday, April 20, 2012

Beguai

Beguai

=

Nak Cepat

=

Rushing

zzzyy

Wednesday, April 18, 2012

such a stressful day
so tired mind and soul
masuk je office terus somebody trigger
urat 'bad mood' aku
minta aku relief another dept
which memang suppose to be my turn
tapi kan last monday aku dah relief
ganti somebody else
so why not when come my turn
skip lah go to next person

alasan dia
my name was stated there for today duty
can't be change
wth!!!! monday bukan nama aku
tapi boleh lak aku yang buat
oohhh if not my turn diorang suruh
i've to go lah ek
lepas tu my turn kena gak buat lagi
because..........their reason
what is past doesn't count!
bloody hell stupid!!!!

dah ketara
langsung tak appreciate org2
yang datang menolong dept diorang
so fine....
they set the fired
i'll played it for them
in two hours
aku serve 5 orang saja!!!
hahahahaaaa <--gelak penjahat

kau kena aku
aku kenakan kau balik
baru adil kan
api kena lawan dengan bebola api
biar lebih meriah

lepas tu bila balik dept aku
eh dah ada customer tunggu
tah berapa lama dah dia tunggu tah
yang lelain sepatutnya tolong jaga
semua buat2 tak tengok dan busy

akhirnya aku yang taktau apa
kena hentam muka hitam customer
nasib dia tak spray

sangat2 blood go upstair
all my effort sana sini menolong
tak dihargai langsung
malah menyusahkan aku
if lah customer tu boom aku tadi
(dia tunjuk muka tak happy saja)
siap ground floor first floor tu aku boom
dah lama aku tak meletup ni

dulu aku memang terkenal gak dengan jenis hardcore
only recently aku cool down
bukan apa, aku dah tak kisah
aku belajar jadi selfish
buat yang patut je
dah kurang commited
mgmt yang buat begitu
tak kira commited mana pun kau
takkan ada habuan pun
meskipun janji berkoyan koyan
so buat apa nak susahkan sendiri
buat yang patut je lah kan

recently juga
banyak tawaran tuk upgraded bagi yang senior
termasuk aku
tapi mostly yang sebatch dengan aku tolak
bukan tak berwawasan
just in this kind of management
elok lagi stay where we are
berlindung under kesatuan kerja
so mgmt tak boleh buat sebarangan
semua ada garis2 panduan yang perlu dipatuhi

k lah nak tidur
badan sangat letih ni
biasanya sukar gak nak tidur if terlalu letih
hopely dapatlah ek
and harapnya anak tersayang tak menangis malam
which sekejap tadi dia baru je wat iklan 2 mins
menangis then tidur kemballi


zzzyy

Tuesday, April 17, 2012

wacehh!!!!
balik je kerja tadi
aku terus dalam mood snap pic ava
dan hasilnya





itu pun after a few shoot
susah nak mengambar dia sekarang
lagipun dia cam camera shy
if dia tau kau nak gambar dia
sengaja dia akan pusingkan muka
taknak pandang camera



ni pula gambar last last sunday
aku letak kat FB
SIL dan adik comment
dia posing senget
tapi eeek.... bukan dia senget lah
tapi seluar dia yang senget
hahahaaa...!!!!



yang ni sangat seronok tengok
gigi ava kelihatan sangat lucu
apa taknya
kat bawah tumbuh dua biji berdekatan
then sebiji sebelah kanan dan kiri yang dua tu
tapi jarang
yang atas ok rapat2
tapi tak rata sebab hisap soother



ni tengah tengok upin ipin
sekarang dah reti tengok tv
favourite upin & ipin ataupun babytv



yang ni semasa menghantar SIL ke airport last saturday
lama tak timbang dia, tengok2 tak banyak perubahan
baru je 9kg rasanya tak jauh beza dari previous check up
next month baru dia check up lagi

ni dia tengah meraung
sebelum tidur merajuk
ni dah tidur sekejap, terbangun
terus melalak
tah pa sebab tah
dia if bab nangis menangis ni memang no. 1
if ada pertandingan nangis
mesti enroll dia
sangat2 suka menangis
walau tanpa sebab

makin dipujuk makin nyaring tangisannya
almost 2 bulan dah asyik nangis malam
baru last 2 nite takda
ni dah nangis balik
aku pun hairan
kenapa suka sangat menangis
kekadang dalam sibuk menangis
if kau suruh bye bye pun dia buat
sangat menghairankan

zzzyy

Sunday, April 15, 2012

sheessshhh!!!!!!!!!!!!
tekak masih sakit2 sesikit
especialy time menelan
sangat tak selesa
dah lah badan a bit flat
lately active beraktiviti

semalam bangun awal
balik kampung n petang balik sini lagi
paling lucu ava
paginya, berkali kali mak bangunkan dia
makin dibangun makin berselimut
ceehh... if orang suruh bangun camtu lah dia
if tak disuruh, cepat je dia bangun

malamnya lak shopping groceries
and lamb tuk mummy SIL
SIL balik ke saratok tadi
kat sana takda jual lamb
sedangkan tu favourite mummy dia

sebenar SIL tut dah belikan
and masalahnya dah 48 kali makan
50 kali juga dia tak perasaan camna lamb tu look like
adakah dia beli sirlion steak
muahahahaaa..
aku and mak belasah!!!
tu yang walau bagaimana pun
kena belikan lamb tuk mummy dia
lepas tu panggang dalam oven
seluruh bilik bau kambing!!!
bapak tension sebab dia tak suka kambing
hahahhaaaa....

pagi tadi SIL tu tertipu dek aku
semalam aku kata esok kena pergi epot awal
so seawal kul 6 dia dah mandi ready semua
sedangkan aku masih bergulung dalam selimut
flight kul 9am
lagipun guna MAS
setengah jam sebelum berangkat pun boleh
lagipun rumah ke epot
dalam 5 mins pun dh sampai
bukan dia taktau boleh gak lewat sikit
tapi aku kan driver
so sukati drive lah bila nak hantar kan

pastu tension
dia dah ready semua
aku masih sedap2 bergulung dalam selimut
muahahahhahaaaa!!!
lalalallaaaallallaaaaa.....
aku kata sengaja suruh dia awal
kang if ngam2 jam
nanti terlambat lak
tengok cermin je dia dah 48 kali
if cermin tu pandai berkata2
memang dah menyumpah keboringan
ehehheee

balik dari airport terus ke tempat cuci kereta
blackie berdebu dek balik kampung semalam
sambil tunggu blackie dimandikan
breakfast dulu
then since dah dekat dengan imperial mall
lepak situ kejap
takda apa pun sebab baru 9 am lebih
kedai2 belum buka pun
just tengok ava berlari2
happy2 tengok poster kat speedy
terutama poster happy feet 2
berlari2 sambil seolah2 terbang je dia

pastu ke ta kiong lak
task mencari susu anmum stage 3 flavour plain
semalam 2 hypermart pergi semua takda stok
nasib ada kat ta kiong ni
ni mesti diorang memang nak naikkan harga
semua stok disembunyikan dulu
ta kiong dah naik harga pun
dulu yang 1.2kg dalam RM55-rm58
sekarang dah RM60.20!

tak lama lepak sana
sangat letih
lagipun ava pun dah flat
dalam perjalanan pulang dia tidur
sampai rumah sambung
what a hectic weekend kan nup kan
petang if rajin nak ke taman
suka tengok ava berlari2 anak
sambil gelak2 gumbira
since sakit 2 3 minggu ni
takda keluar taman pun

k lah
nak layan CSI super sunday

zzzyy

Friday, April 13, 2012

Kendang

Kendang

=

Ketika

=

Since

zzzyy

Wednesday, April 11, 2012

Jum tengok Wrath of the Titans





lama tidak nonton movie
last nite aku pergi nonton
tengok wrath of the titan
sinambungan dari clash of the titan
pelakon lelaki dan wanita yang sama

aku memang suka cerita camni
lelebih lagi yang ada magic2 dewa
cerita ni amat mengagumkan dan menghiburkan aku
tak terasa masa berlalu




terutama ketika part kemuncak ni
seluruh panggung concentrate
takda yang buat kerja lain
sengih2 aku ketika try scan muka2 kat panggung tu
semua tunggu bila perseus nak bunuh api ni

and tengok cerita ni buat aku rasa takut lak
teringat akan neraka
terfikir itu hanya api neraka kecil saja kot
waalla wallam
nobody know how neraka look like
terfikir akan kiamat
huh! berdiri bulu roma!

secara keseluruhannya
cerita ni berbaloi tuk ditonton
and ada satu part tu
aku bisik kat SIL
hah ni baru lah jin mata tonceng!
yang adik2 selalu kata tu
hahahhaaaaa!!!

zzzyy