Thursday, January 31, 2013

takda cerita nak buat n3
otak makin malas bekerja
tambah sekarang dah terjebak
tengok sinetron indon, cucu menantu 6.30pm
dan drama korea
welcome rain to my life 10.20-11.45pm
yang korea ni best tengok
sebab 2 episode sekali
puas hati
tak terlalu singkat
tak juga terlalu panjang

kerja...
semua ok
tak busy sangat
dah dalam CNY holiday mood
walau tak celebrate
tetap menunggu public holidaynya :-)

semalam ada meeting besar2an persatuan pekerja
syukur semua usaha rundingan
berkenaan collective agrmt 2012-2014 dah settle
menunggu tuk ditanda tangani je lagi

good news is kenaikan gaji 10%
bad news is retirement age is 60!
aduhaiiiii... ramai yang mengeluh
tapi bagi aku
mungkin elok juga
masih kuat tuk bekerja
bukan kerja berat pun
just kerja berat kat otak je
tengok bekas2 colleague yg dh retired
mostly semua masih sihat2 belaka pun
so rasanya should be no prob
tuk stay bekerja kan




zzzyy

Monday, January 28, 2013

lunch lambat 15mins dari biasa
takda bawa bekal
hati nak makan pulut panggang kosong
bersama kopiko panas
mesti sedap
tapi kaki membelok ke gerai sebelah opis
oklah, tapau nasi campur je lah
makan kat pantry dgn sis

tengah kauk nasi ke dlm tapau
bluuuummmmm........
ujan lebat yang maha lebat!!!
tadi aku kluar opis titis2 saja
dan takda tanda2 akan begini lebat
nw almost sejam dah
masih maintain lebat

ermmm
nasib stranded kat kedai makan
banyak feadah nya :-)
if kat bus stop ke
kat kedai takda mknan ke
konpom berkeroncong perut

eh cakap tentang keroncong
teringat kat lagu keroncong jawa
dan semalam tengok
indonesia mencari bakat (imb)
dua dari peserta bawa lagu jawa
which very catchy
terus aku rasa nak jadi peminat lagu jawa
terutamanya mas didi komplot!!!!
hahahaaaa

k lah
masa lunch dah abis ni
kena pretend2 rajin
RM around for mgrs meeting
which again
menyampah!!!!
kenapa mesti kat brch kitaorg
conference kat brch baru nun kan lagi canggih
nak tengok kemalasan aku kot
O:-)


zzzyy
pejam celik depan blkg
dah abis weekend
seperti tak pernah cukup
macam2 aktiviti buat

sekilas rasa mmg tak pernah cukup
hari2 tak bekerja
hakikatnya harus sangat2 bersyukur
kerna kerja hanya 5 hari seminggu
dan ada 2 hari penuh bersama keluarga

aku biasa weekend sering ada acara jalan
samada jalan ke shopping mall, taman
or rumah SIL

biasa pagi mmg bangun lewat
paling awal pun 8.30am
kemas2 cuci baju masak2
lepas masak2,
kadang2 makan terus
walaupun belum lapar sangat
kadang2 relax dulu
makan bila dah sangat lapar

masak adalah agenda terakhir
so lepas tu relax
biasanya
aku akan baring2 lagi dgn ava
aku tengok tv
dia tengok pingu
aku tukang pegang hp
dia tengok pingu kat hp

sering ada gaduh2
dia tiba2 minta dukung
kata pingu tak seronok
or paling kronik
lontar hp aku sampai keluar perut!

if mood bagus dia akan tidur
if tak, terpaksa nenek yg tidurkan
aku...?
lama dah layan sendiri tidur

aha, lepas ava tidur
baru aktiviti berjalan
biasa simple je
sebab samada ke taman or ke mall

aha...
if berjalan
selepas siap dari bangun tidur tu
barulah kena bawa byk baju ava
termasuk baju tidur
yang tu pergi banyak tempat
reserved 2-3 hrs
masa untuk menunggu ava tidur dlm kereta
samada kat parking lot mall
atau kat parking lot
dalam kawasan dewan suarah (dewan serbaguana)

hakikatnya
aku memang kaki jalan
aku memang rajin berjalan sana sini
weekend memang masa yang ditungu2

begitu juga ava
seawal 2 bulan aku dah bawa dia berjalan
taknak bosankan mak duduk rumah je jaga dia
lagipun nak kuatkan badan dia
agar inmune dengan apa keadaan pun
baik panas or hujan

dan til now
she such a good girl
tak akan mengamuk ajak pulang
meskipun dia ngantuk sesangat
kan ramai budak akan menangis
bila dia ngantuk
taknak berjalan lagi
ava tak...

tapi.....
2 3 minggu kebelakangan ni
suka membelek2 barang
lepas tu minta dibelikan!!
if nak beli sesuatu barang tu
kena tanya dia berkali2
betul ke nak beli?
sebab dia mudah rambang mata
tapi if dia dah buat keputusan
kau introduce yg lebih cantik pun
dia tak layan
dia akan beli yang dia nak
walaupun jenis yang sama

hobi masih sama, nangis
(aku yg kata camtu)
sebab dia sangat cenggeng & manja
terutama if dengan aku
weekend memang bergayut sesaja dgn aku
tapi if tidur
mesti nenek yang tidurkan,pelukkan

k lah nak tidur
sok msk opis lik
nite2



zzzyy



Friday, January 25, 2013

Pengawa

Pengawa

=

Kerja

=

Job


........................................................

Nama pengawa nuan?

=

Apa pekerjaan awak?

=

What is your occupation?




zzzyy


last Tuesday
terkejut sebab dapat parcel
takda expect anything

bila buka
tara..........
gift from thailand
terima kasih makcik
sebab ingat kat aku

but no doubt
makcik (we call each others makcik)
tiap kali pergi jejalan
pasti beli sesuatu kat aku
terharu akak :-)

tak sabar tunggu next trip
yang kita dah plan berbulan2
didoakan semua berjalan lancar



zzzyy

Thursday, January 24, 2013

hari cuti
hanya bersantai di rumah
lagipun lately aku rasa letih sangat
badan sakit2
semalam tampal koyok sampai 4
berangin seluruh badan
lega rasanya

hari ni bangun lambat
breakfast junkfood depan tv dgn ava
tengok kartun
lepas tu mandikan dia
aku pula masak
lepas masak baring2 skjp dgn ava
then mandi
lepas mandi
baring2 lagi tgk youtube
ingatkan ava mengantuk
akhirnya aku yang tidur 3 jam!!

bangun almost 4pm
masa tu ava baru tidur
terus panaskan lauk tuk lunch
lepas tu relax2
then baru ingat susu ava nak abis
pergi area morsjaya
nasib senang dapat parking
beli susu, milo dlm kotak kecil
tu favourite dia
beli buah2an

since dah kat kedai
terasa nak minum kopi pula
ajak kawan, on
ada yang nak belanja
kat merdeka mall depan tu
lalalaa

tah apa pyebab
nak kata ramai org
takda pula
masih banyak parking
tapi adalah dlm setengah jam stranded, jammed
leceh... lebih2 lagi takda apa2 pun berlaku
mungkin org pakat ramai sekali pulang
system parking yang teruk!


ingatkan nak bawa ava
tapi sekarang ni macam2 penyakit melanda
ada h1n1, coaxaki, hfm
so buat sementara baik duk rumah saja

btw,
salam malidur rasul
n selamat bercuti



zzzyy

Monday, January 21, 2013

Tgh masa kerja
Tapi agak free skit
Biasalah before CNY
Ramai yang tangguh projek baru
Tuk dilaksanakan selepas CNY
Masing2 nak settle hutang lama
Sebelum buat hutang baru

Tu le yang aku tengok since 20 yrs ago
Yea, tahun ni tahun ke 20 aku bekerja
Kat syarikat yang sama
Setia? Haha yes i am
Mesti sykt aku mula2 keja dulu
Dah tak wujud lagi
Bukan tutup ek
Tapi melalui proses alih kuasa 12 tahun lalu
Management n boss bertukar
Tapi masih jenis business yang sama

Ok back to culture before CNY
Belasan tahun lalu
Tiap kali if CNY eve
Aku selalu kena stay back sampai kul 6pm
Tunggu memana customer
Yang nak buat transcation last minit

And before CNY tu juga
Confirmed sangat busy
Ramai yang awal dapat gaji
Dan setelkan hutang2 tertunggak
Sebolehnya tahun baru nanti
Takda hutang lama

Tapi lately
Culture dah tak begitu lagi
Sebab ekonomi yang tak menentu
Hutang pun majority dari rakyat Msia
Harus membayar hutang lebih 50% dari gaji tp bulan
So camna nak setel semua kan
Dulu brg murah
If kau kaya makin kaya
Sekarang semua mahal
Susah nak betul2 cash rich
If kaya dengan hutang adalah :-)



zzzyy

Azam 2013, Menangis......???

Lately takda idea nak update blog
Sebab mungkin azam tahun baru ava
Tuk 2013 ni ialah menangis sesaja

Bermula new year eve
Dia kena demam
Yang tu aku fahamlah
Budak2 memang suka nangis time ni

Bila demam dah kebah
Pun masih menangis malam
If senang pujuk takpa juga
Yang ni jenis yang amat2 sukar
Bangun je terus menangis merajuk
Semua dia takmau
Makin dipujuk
Makin besar suaranya

1 2 3 malam okay lah
Tapi if dah bermalam2
Terasa cam ahmad abab pulak
Kekadang siang pun camtu
Tak pasal2 merajuk terus menangis

Ni 2 3 mlm lalu ok juga
Bila nak start terus pujuk peluk cium
Dia tidur balik
Tu pun mungkin aritu
Ajak pergi bekas guru ngaji ani
Dia pandai buang angin
Dan dibagi air sebotol

Siang semalam merajuk lagi
Semua serba tak kena
Aku dah rasa stress sesangat
Sampai ada ketika
Malas nak layan dia
Biar nangis saja sampai berhenti sendiri
Tapi bila fikir balik
Mana boleh camtu kan
Dia bukan faham apa lagi pun
Perlu perhatian lasih sayang pujuk rayu

Waktu dia nangis tak tentu pasal mmg geram tau
Tapi ketika dia peluk erat
Ketika tengok masa dia tidur
Tak terasa mengalir airmata
Bertapa bersyukurnya aku
Kerana dikurniakan dia
Minta dikuatkan imam menghadapi kerenah dia

Ni dah 12.10am
Dia baru tidur
Tadi dibawa shopping
Bad mood menahan ngantuk
Masuk je kereta dlm perjalanan pulang
Mata terus pejam
Tidur dari kul 4-6pm

Pas bangun dibawa jalan lagi
Meskipun dah lambat
Janji mesti ditepati
Dia dah bersemangat
Nak bagi ikan makan
Kat kolam di city fan
Lepas tu play car
Sebelum diakhiri
Mengambil nyeknyek kat rmh SIL



Ni dia wajah budak cenggeng
Azam tahu baru....
Marilah menangis tuk semua!
Hahaaahaaa!!!
Apapun yarying (darling)
Mami will always love you forever
You're my previous pretty lil angel
Nothing will change my love for you




zzzyy

















Friday, January 18, 2013

Kerin'g

=

Kuat/perkasa

=

Strong person




zzzyy

Wednesday, January 16, 2013

Ava day out

Semalam sepatutnya dah masuk office
Tapi paginya
Dalam nak bersiap
Ava menangis merajuk
Tah apa mau tah taktau
Since new year eve
Yang dia kena demam selsema tu
Tiap malam mesti terbangun
Terus menangis merajuk
Jerit2 kata enggai! Enggai!!
Which mean takmau
Susah nak pujuk
Kekadang sampai sejam
Suara pun dah serak

So semalam aku cuti lagi
Temankan dia jalan
Pergi amusement place
Beli toys
Makan ice cream & french fries di mcdonnald




This is a must!
If dapat tiap kereta tu dia main
Nasib kat area ni ada 3 je
N paling murah in town
Sekali main 50¢ je

Sebenar ada main yang lain
Tapi takda snap
Aku busy makan



Posing di tengah2 cityfan kul 3.45pm!
Tu ler gara2 nak main ayun (buaian)
Which akhirnya terberak2
Kecoh sekejap kita dua masa bersihkab dia
Sibuk dicuci sibuk nak bagi ikan makan
Last2 aku siram badan dia sekali
Terpaksa dia berkemban balik ke kereta



Picha berkemban
N tak sempat2 berpakaian
Busy pulak nak makan bread

Buwet (bread) ni dia sendiri yg nak beli
Masa passby bakery dia tarik tangan aku
Ajak tengok cake yang ada kartun2
Nasib dia tak minta dibelikan
Lepas bye2 cake n kartun semua
Dia tanya ada apa2 dia nak
Terus kata buwet

Yang buwet ni
Dia suka makan tepi je
Yang tengah2 dia suruh kau makan
Tu aku suka beli wholemeal bread
Memang tepi dia yang sedap di makan



Main ayun
N dah pandai main masak2
Dapur oven garam pepper
Pinggan mangkuk sudip sudu garpu
Pisau papan pemotong
Dah macam2 lagi
Yang dah boleh buat aku tension tahap gaban
Bila berjalan tertiba kau terpijak sudu garpu
Merata2
Tu yang aku dah start bebel dia
Ni sekejap tadi
Aku almost baring atas peralatan memasak dia
Main atas tilam aku
Then dia tidur kat tilam dia
Tinggal barang berselerakan
Bila kau marah
Dah pandai kata sowi mami
Or if dia terkena terpukul kau ke
Mesti kata sowi mami
If kau yang tersentuh dia pun
Dia yang minta sowi mami
So cute




Bersambung crita jejalan semalam
Lepas letih play car
Main ayun
Berak terus disiram tubuh je
Tukar baju bersih
Unloaded syiling dari tempat dia
Ke poket pintu kereta
Pastu.....
Ambik pua (selimut)
Makan pepet
Terus tidur....

Nasib ada tempat redang tuk parking
Tertidur selama sejam setengah
After bangun ajak pi McD
Dlm perjalanan tidur lagi
Lepak dalam kereta depan mcD
Lepas bangun whichb about an hour later
Baru pergi mcD

Sekarang dah banyak perkataan
Yang dia dah pandai, faham
Dah start banyak soalan
Ayoyoyo...



zzzyy















Monday, January 14, 2013

Syukur alhamdulilah
Upacara pengemenan kubur mendiang nenek
Semua berjalan dengan lancar and as planned
Ni aku masih cuti
Hilangkan penat lelah
Setelah berbulab-bulan merancang
Esok msk keja balik

Malam ada gathering kt rmh uncle
Masih byk lebihan makanan aritu
Tambah akan ada masak lemang
My favourite!

Cuaca pula tengah hujan
Sekejap lebat sekejap renyai2
Yang lelain tidur
Aku je yang terkebil2 tak mengantuk

K lah
Tu je update terkini
If rajin kang nanti tulis lagi



zzzyy

Friday, January 11, 2013

Awak ke

awak ke

=

biarkan

=

let it be




zzzyy

Thursday, January 10, 2013

Nenek dalam kenangan

Tengah cuti since semalam hingga isnin
Ada family occassion
Menyemen kubur mendiang nenek
Semalam dah balik kampung
Tapi sekarang ni aku kat rumah di miru
Ada barang masih perlu dibeli dibuat

Tadi ketika tengah masukkan ke dlm kereta
Gambar batu marble tuk kubur nenek
I was drop n cry
Thought i was strong enough
Dengan pemergian nenek 3 tahun lepas
Ternyata i still miss her so much
Even now im crying...

Nenek
Pergi setelah more than 10 years atuk pergi
Tau dia memang amat sedih dgn pemergian atuk
Tapi dia tetap bertahan
Bersama dengan kasih sayang anak2
Dan cucu2
Kebetulan aku cucu pertama sebilik dengan nenek
So all my life
Mengulit kehidupan bersama nenek
Cucu yang rapat dan disayangi
Hinggalah saat2 terakhir dia
Aku menjaga dia
Cuma ketika dia menghembuskan nafas terakhir
I wasn't there
But i know she'll go soon
Ketika aku melawat dia tengahari tu
Dia genggam erat tangan aku
Dengan sinaran mata yang kabur
Sinar yang sama
Ketika saat2 terakhir atuk

Tapi aku redha
Dia pergi kerana usia
Dan saat2 terakhir dia
Dia sesak bernafas
Dan dari dia terseksa
Lebih baik redhakan dia pergi

Aku puas hati
Kerana tahun2 terakhir dia
Aku sentiasa uruskan dia bersama dia
Lebih2 lagi dah ada blackie
Every friday aku balik kampung
Or bawa dia ke rumah
Ajak dia jalan2 tengok pantai
Tempat2 cantik di miri

Kan dia dah agak nyanyuk
Lupa apa dia dah buat
So keimanan dan kesabaran tuk jaga dia
Adalah perlu ditahap yang amat2 tinggi
Aku salute dengan mak
Yang menjaga dia sepenuh masa
Meskipun adakala kalut juga
Tapi itulah dah namanya orang tua kan

K lah nak beli barang
Pastu balik kampung lagi
Mungkin hanya akan balik miri Sunday
Have a great day semua




zzzyy

Friday, January 4, 2013

Tancang


tancang

=

ikat

=

tied up




zzzyy

Wednesday, January 2, 2013

tengah lunch sorang2
my two friend in crime
sedang cuti uruskan anak2 sekolah



my lunch
for the first working day of 2013
peanut butter wholemeal bread
n a mug of 3 in 1 nescafe regular
which aku tak brapa suka
preffer Kopiko brand
tapi aku abis stok
dan nak keluar beli
adalah malas



n sedang rasa sangat bergaya
dengan spec baru!!!
piew! piew! piew!

baru tapi degree lama
cuma lebih mahal sebab
1. usia meningkat
2. lens khas tuk yg slalu guna computer

walaupun degree sama dgn yg lama
aku complain kenapa bila tgk epon
if guna spec kabur
if buka baru clear
hoh!
tah mmg dah lama ada
aku yang taktau
or memang ni style baru
sekarang dah ada lens khas tuk tgk pc
terpaksalah beli yang tu
and now....
naaa... tak perlu buka spec pun ms type this

k lah nak sambung main game pula
wish everyone of you
have a great day & happy new year





zzzyy
happy new year 2013!!!!!

fuh!
tak terasa masa berlalu
begitu cepatkan
terasa belum lama sudah
mengucapkan happy new year 2012
tau2 tahun dah berganti ke 2013

bila tahun baru ni
ramai yang memasang azam kan
bagi aku
takda particular azam
dah jemu dengan azam masa muda2 dulu
yang sering tak tercapai pun

cuma aku harap tahun ni
aku sihat walafiat
agar dapat menjaga keluarga
dan
semoga hutang2 berkurangan
terutamanya hutang credit card

ok..
my new year celebration biasa je
balik kampung
bersama ava on the bed
sebab new year eve dia demam
badan panas
so from time to time
aku kena sentiasa
mengawasi temparature dia
dan gara2 takut kena injection
dia nak makan ubat
meskipun perlu berdrama
sebelum dapat suapkan

hanya hari ni cuti
esok kena masuk opis lik
tu lah tadi awal balik dari kampung
badan sengal2 keletihan driving

k lah nak charging badan
nite2