Tuesday, February 26, 2013

Kenapa?

kadang2 masa driving
aku wonder
kenapa perlu
bila stop kat traffic light
kereta depan kau gerak sikit je
kau pun nak gerak sama
meskipun hanya beberapa inci

nak kata boleh terus jalan
tak juga
masih juga menunggu
if kau tak ikut kereta depan gerak
pun masih more or less kat kedudukan yg sama
takda bezanya pun
so kenapa perlu ikut bergerak juga??

hahahaaa!!!
persoalan yang senang
tapi rumit tuk dihuraikan
tepuk dada tanya selera



zzzyy

Sunday, February 24, 2013

kan biasanya after sesuatu movie tu abis
akan ditayang senarai nama2 yg terlibat

tadi
tengok movie 2012
masa tukar channel tu
dah abis pun
hanya keluar nama2 para production

mak : apu!!! ramainya pelakon

aku cam...ya tak ya juga kan

tapi hakikatnya aku tahu
senarai tu bukan pelakon semuanya
cuma malas nak terangkan pada mak

then terfikir

kalau ler tu semua pelakon
tak dpt nak imagine
berapa production kena byr
or pelakon tambahan free je ke
tah lerr





zzzyy

Saturday, February 23, 2013

ngah relax2 lepas heavy breakfast
masak meehoon goreng
makan dengan kopi bersama ava
blurp!!! kenyang!!!

stop.....

huh!
baru lepas jemur baju
ava sibuk sama
ke sana ke sini ikut aku
sampai terberak2

since tukar template baru ni
rasa kesal n sebal
sebab tak dapat upload pic dari hp
kan most if the time aku update dgn hp
tak seronok tgk n3 tak bgambar :-(

smlm pi rmh sil
godam2 taktau pula mana nak adjust
mana nak minta pertolongan
tambah...
aku mmg malas cari info
so for the time being
layan je n3 tak bgambar ek

ok
abis idea
ava dh start nak kacau
if
rajin update lg




zzzyy
mungkin gara2 emotional menguruskan br1m mak
hari sebelumnya
semalam aku exhausted n apply another day leave

bangun pagi je
terasa mata sakit n susah nak buka
(70% sakit 30% malas)
agak kembang sebab semalaman sakit kepala
apa taknya
1st day period
cuaca panas
tambah kerenah opis2 aku pergi
tuk uruskan br1m mak

hari ni ok
and glad it was Friday
nasib kat opis tadi tak busy
salah satu keja tak dpt nak buat
password kena revoked
rasanya betul tapi asyik invalid
tah part mana salahnya
apply baru je ler
alasan lupa


oklah ek
nak main candy crush
epi weekend




zzzyy

Friday, February 22, 2013

Beribun

Beribun

=

menjaga seseorang

=

taking care of someone




zzzyy

Thursday, February 21, 2013

hari ni cuti
hantar mak check up
then uruskan br1m dia

pergi lhdn cek status
mak dapat
tapi pengambilan voucher kat dearah marudi
marudi tu jauh dari miri
dulu hanya ada jalan air & udara
sekarang dah ada jalan raya
jalan ladang kelapa sawit
bukan yg bertar

ok back to kisah mak
so of course not worth pi marudi
for 500 kan
silap2 lebih dari tu kena spend

lhdn kata call marudi suruh htr voucher
dapat no n call masa msh kt lhdn
NO YG ANDA DAIL TIADA DLM PERKHIDMATAN
nonsense kan
rasanya tak mungkin diorang taktau
yang no tu takda lagi
and tak mungkin ni satu2 kes gitu kan

mak masuk lg lhdn
diorang bagi satu no. local
mak kata suruh call diorang (lhdn)
call berkali2 tak berjwp
kali ni aku msk
dah geram sgt

kata since ada kt ldhn ni
apasal kena call pula
kenapa tak uruskan sekali kan
dan rupa2nya mak salah faham
tu bukan no lhdn
tu no pejabat residen miri
mak aku ni pun selalu cmtu
sepuloh kali kau explained
duaploh kali tak fhm
sebab suka iya2 sebelum org abis cerita

since tghari
opis kerajaan pun sure tutup
lepak taman temankan ava main buaian
bila almost 2pm baru htr mak ke poliklinik
ingatkan lama
rupanya kurang dari 15mins

selama ni mak suka pi pagi
bjam2 kena tunggu
ni petang cepat pula
bukan apa
semua org yg dari kwsn pdalaman
pasti datang pagi
petang diorang dh balik

ok sambung
setel mak cek up
kita pi pjabat resident
lenggang
ramai staf dari org awam
tanya kt kaunter pertanyaan
ditunjuk ke hujung sana
sampai kat sana
di suruh pi lhdn pulak
diorang takda uruskan kes camni

aku kata sini suruh pi sana
sana suruh pi sini
mana yg betul?
dah semua taknak bertanggungjawab
akhirnya suruh pergi dewan suarah
(tempat org miri collect baucer br1m)

pi sana
semua org sibuk
tanya rela, mana kaunter pertanyaan
diorang cubalah nak tolong
again bila tau masalah aku
suruh pergi lhdn
aku kata sudah dan sudah
mungkim tgk aku dah hangin
diorang suruh jp seorg kakak ni
which akhirnya answer my ques
tau apa aku ambik????






























CONTOH SURAT REQUEST MARUDI HANTAR
VOUCHER $500 MAK AKU ITU KE MIRI!!!!!
















setengah hari aku ke sana kesini
hanya tuk dapatkan sample surat tu
kalau lah in first place
org kat lhdn tu tau advice kan
apa yg mak perlu buat kan senang
ckp je perlu tulis surat pun
aku ingatkan
ada form rasmi yg perlu di isi

bertapa tak efficient nya opis gomen
lack of communication among others dept
sangat menyebalkan!



zzzyy

Wednesday, February 20, 2013

Ava
makin hari makin petah berkata-kata
ada yang jelas, ada yg ngarut
kekadang ada cam bunyi bahasa cina pun ada

ni sebahagian darinya

sinake = snake
gigen = dragon
gege = burger
com may ek = come my hair

tu yg obvious
yg lelain aku tak ingat
tetiba ngtuk sgt niii




zzzyy

Monday, February 18, 2013

seperti yang dirancang
seawal 7am sil adik mak n apak
dah turun pi pasar
aku n ava masih bergulung
by the time diorang balik 9.15
aku n ava belum lama dah bangun
si ava sempat nangis kejap cari nyeknyek
tapi reda lepas disuruh tengok pingu kt youtube

lepas tu operasi masak memasak bermula
aku tak involved langsung
sebab comfirmed ava cemburu
dan asyik nak minta dukung
tugas aku hantar sil pi keja
pastu pi pasar soping kek
sampai rumah je
tau2 timi dah sampai
main dengan timi
peluk cium timi

menu as planned tema kampung

ayam tua pansuh bersama pucuk ubi kayu
(masak dalam buluh then buat cam bakar lemang)
sayur2, umbut kelapa rebus campur ikan bilis
sayur midin tumis
then BBQ
sausage
ikan keli
chicken wings
lamb
banyak makanan

tapi glad semua habis dengan baik
of course ada yang tapau
tapi tak banyak
yang makan 2 3 round yang banyak :-)
menu kampung mmg semua suka

so since tak involved dgn masak memasak
cuci mencuci kemas mengemas aku yang buat
lepas semua balik
adik vacuum rumah
aku lap lantai
mop lantai
cuci periuk
kemas pinggan mangkuk
lap2 kaki semua dimesin
n lepas tu
meskipun letih
tapi happy
sebab rumah lebih bersih dari sebelum

biasanya lepas adakan majlis camni
meskipun letih mengemas
tapi aku selalu extra happy
sebab since dah mengemas
baik aku kemas semua
mood pun extra rajin
and the end
the result
semua bersih
termasuk yg takda digunakan tuk majlis
lalalala....

k bai



zzzyy

Sunday, February 17, 2013

1.02am
fuh! sangat kenyang
plan yg tak dirancang
tadi adik & sil datang
rasa nak mkn lagi
sebab hakikatnya semua dh mkn

kebetulan ava pun terbangun dari tidur
(sekarang tengah tgk kartun)
so plan nak pi McD 24hrs
on the way, ada lalu satu bistro
tukar plan n pergi situ
mkn supper yg heavy
yg order
fish & chip
blackpepper lamb cube
mee goreng
chicken wings goreng
sweet & sour chicken rice
fuh aku tgh kekenyangan tahap max!
blum dpt tidur

esok ada bday celebration tuk SIL
plannya menu lauk kpg
camner le nak kurus gini
projek mkn saja

anyway,
happy bday SIL, Ranny
semoga sihat walafiat
murah rezeki sentiasa
sayang selalu ek




zzzyy

Saturday, February 16, 2013

bersiaran langsung dari sebalik selimut
sekarang 3.18pm
asalnya temankan ava tidur
tapi dia taknak pula
dah main kat luar
aku??
yang sudah start ngantuk
tapi sementara ada peluang ni
elok buat n3

tadi ambik adik kat airport
and since dah keluar
terus pergi cny visiting
2 buah rumah je pun
tu pun perut dah sangat padat

cadangnya lepas tu nak pergi melawat timi
tapi budak ava tu
dah bergulung cam beluncas dlm selimutnya
ingatkan dia nak tidur terus
sampai sekarang tak juga tidur2

k lah
just simple update
if rajin update lagi mlm nnt

Friday, February 15, 2013

Empungas

Empungas

=

mencuci muka dengan air

=

washing face with water




zzzyy

Thursday, February 14, 2013

makin hari makin kurang pula n3 ek
almaklumlah makcik busy
heheee
busy apanya
sekarang sedang gian main game
game candy crush
asal ada je masa terluang
terus rasa nak main
bila dah start tu
susah nak berhenti

routine harian, hari bekerja

6.55am alarm berbunyi
angkut bantal selimut ke bilik
(tidur kat ruang tamu sebab
taknak bangunkan ava
masa berkemas tuk pi kerja)
sambung baring2
setelkan games kat phone
bakery story, masak memasak
fashion world, membuat kain baju
dragon world, pelihara dragon
lepas layan candy crush
by 7.15am baru mandi

7.40am turun kerja
8.05 sampai office
after sign in
duduk kat gerai minum kopi
8.30 baru masuk office
gosok gigi
bau kopi, tak selesa
tacak sana sini
pasang lipstik
mengeratkan silaturahim sesama colleagues
blablablaa
sambil tu terus start keja

biasanya agak2 sejam dah keja
sure meronta nak lunch break
11.30 je terus bawa lunch box pi pantry
lunch box aku main charge
cucuk kat bontot then dia reheat the food
biasa aku charging dia
setengah jam sebelum makan
takda lah panas sangat cam dln microwave
tapi at least tak buang masa
yang most of the time terpaksa que
masa nak panaskan mknan dgn microwave

lepas makan layan ngantuk
terlentok2 esp if mkn kyg sangat
selalu wish
alangkah bagusnya
if boleh tidur menyorok bwh meja :-)

lepas makan tunggu operation hours abis lak 4pm
when the clock strike 5.30pm
angkat beg angkat kali, balik!!!!!

sampai rmh 6.05pm
sure ava jemputi
excited nak dapatkan hp aku
tuk tgk cartoon pingu kat youtube
masak cepat2
6.30 nak tengok sinetron, Cucu menantu
kdg2 tubggu crita tu abis 7.30
baru mkn
tapi kekdg if dh lapar sgt
mls peduli tv pu
terus melantak tanpa pandang belakang!

9.00pm selalu layan AXN. , cenel favorite

10.20 lak layan cetita korea
lepas tu baru ada
masa main hp
semua dh tidur
aku je ngah jdi burung hantu

k lah
dah berkulat mata




Tuesday, February 12, 2013

Masyarakat Dayak Sarawak, kaum iban khususnya
memang ramai yang masih berpegang teguh
kepada adat istiadat nenek moyang
meskipun ramai yang sudah beragama
tapi terutamanya if hidup di rumah panjang
perlu perihatin terhadap penduduk lain

so bila sesuatu perkara yang diraikan
yang nak di celebrate
adat Miring masih dilaksanakan

upacara Miring dibuat kerana banyak sebab:-

baru nak mula menanam padi
selesai menuai padi
meraikan suatu kejayaan
meraikan kepergian seseorang ke sesuatu tempat
(seperti anak mula belajar ke U)
membuang kuasa jahat
jika ada mimpi ngeri
jika ada perkara pelik berlaku sekeliling
(seperti ular masuk rumah then tuan
rumah ada mimpi berkenaannya)

 
antara bahan2 tuk Miring:-

ketupat mini
kelupis kecik (nasi pulut dibungkus daun pisang)
bertih jagung 
telur rebus, pisang, daun rokok
peganan (doh cair dibuat bulat)

















biasanya
akan dibuat ikut jumlah
if 7 semua bahagian mesti dibahagi 7
lepas tu simpan kat kaki atap
senang cerita
kat pintu depan & pintu belakang
ada yang tak juga buat camtu
tu yang selalunyalah



yang ni Pereng yang tuk dimakan
so bahannya adalah bahan yang boleh dimakan saja
if mendian datuk aku dulu
dia akan buat camni tuk aku
setiap kali sebelum aku start penggal persekolahan
sebagai doa selamat dalam persekolahan
jari akan dililit dengan benang merah
so bila makan semua benda kat tapak tangan tu
tangan adalah bersatu













yang ni Pereng yang dah sedia tuk disimpan di kaki atap

selepas pereng ni diletak kat pinggan or mangkuk
semua dah sedia mengikut hintungan
so pereng akan dikumpulkan di tengah2
bersama orang yang dipereng
then akan 'dibiau' dengan ayam
dibiau = ayam dipegang sambil dihayun2 atas kepala
dan kawasan pereng  tu
aiyaooo susah nak explained :)

oh yea sure ada yang confuse

Miring = Upacara
Pereng = Bahan dari upacara

Monday, February 11, 2013

cuti
agak busy
ada relative yang kawin

tengahari pi rumah diorang sekejap
ingatkan ada apa2 perlu tolong
takda pun sebab majlis kat rmh belah perempuan

balik rumah
tidur sekejap
letih
bangun tidur terus fikir
hari mendung
if hujan kan teruk
susah if bawa ava
especially kat khemah

lagipun sure budak tu dok
up mami up mami
aiyooo confirm
nak duduk dengan orang pun x selesa
elok lagi x yah ikut
biar mak n adik je pergi
n ava kena dihiburkan
sebab sure cari nenek if duk rumah je

next 2 days holiday
aku nak duduk rmh je
makan tidur
nak rehatkan badan cukup2
tahlah
rasa cam lama dah aku x rehat

k dh 12.39am
nak layan tv
mata blum nak tido




zzzyy

Friday, February 8, 2013

manjung

manjung

=

teriak

=

shouting




zzzyy

Thursday, February 7, 2013

sibuk mengantuk

tengah bekerja tapi tak busy
perut dah kenyang n mata pun mengantuk
dept aku ni sekjp2 ramai org datang
then jarang2
susah nak predict
usually bfore CNY
selalunya busy sesangat
tapi this year
takda pun

area sekeliling pun tak busy
meskipun ada bazaar CNY
aku semalam pergi setengah jalan je
pastu patah balik sebab hari hujan
cadangnya nak tengok bunga
tak jadi2

last year
aku beli 3 pots morning glory
semua mati!
beli 1 pot cactus kembar 3
satu beri kawan
yang 2 lagi aku pelihara
tu pun mati

bukan salah aku k
simpan atas meja
tau2 one of the day
tengok akar dah tercabut semua
suspected di korek mickey mouse!
azam takmau tanam lagi

yang kawan punya pun mati
sebab tak disiram tinggal dia pi makan angin
tah...
kan cactus harusnya tahan tanpa air
tak faham aku cactus modern
macam2 kacukan dah

ooooh tiiiiidakkkkk!!
menaip ni buat aku makin ngantuk
rasa nak pejam je
lenguh dah mulut nguap

k nak buat kopi
tata



zzzyy

Tuesday, February 5, 2013

semalam semangat kerja
takda monday blues langsung
tapi hari ni rasa flat je
ni tengah terbaring
badan kurang selesa
seluruh kaki lenguh2
pusing kanan kiri serba tak kena
sungguh tak best

tambah lagi gusi gigi paling belakang
kembang and pedih2
nak makan pun perit
lagi, sangat tak best
kan sekarang nak CNY
banyak limau mandarin
nak makan tak begitu selesa
perit semacam je

k tu je laporan hari ini




zzzyy


Monday, February 4, 2013

Antara Gambar Keluarga Kegemaran





Gambar masa kat beach
petang2 dulu memang selalu lepak sini
dekat je dengan rumah aku
tapi sekarang dah jarang
satu, orang ramai sangat
susah nak parking
dua, memasing sibuk
terutama dah ada tim2
susah nak bawa sana sini sangat
nantilah tunggu dia dah besar
boleh sambung aktiviti lepak pantai kembali



ni pun gambar kat beach
selain dari tengok pantai yang cantik
main pasir, main air
kita suka pergi beach juga sebab
banyak makanan!!!!
banyak panggang2, buntut, bedal, jantung, sate ayam
begitu juga ada cucur pisang, cucur ubi
ada jagung, buah jeruk dan memacam lagi
99% orang yang pergi beach tu
confirm akan terkunyah2



ni gambar lama
masa ni mak and apak masih kat kampung
weekend if malas nak drive melalui jalan batu
selalu lepak kat sini jumpa mak and apak
tempatnya macam R & R gitu
tempat orang yang drive jarak jauh berhenti rehatkan diri
setakat tempat ni
jalannya masih bertar
so tak tensen lah drive jalan banyak lobang2







suka tengok gambar ni
ni para auntie2 dan mak2
gambar ketika meraikan harijadi SIL 2 or 3 years back
semua looks happy
and yet it was
masih ingat
malam tu siap ada tarian poco poco
sesekali gathering camni memang menyeronokkan
disamping menyeratkan silaturahim



ni gambar dalam perjalanan dari Miri ke Saratok or Saratok ke Miri
tak pasti yang mana satu
tapi yang pasti that trip
first time aku drive jauh about 8 hours
masa tu ava if tak silap baru 5 6 bulan
fuh! jenuh drive Miri Kuching road weh
nasib jalan sekarang dah elok compare to dulu
cuma ada gak segelintir tempat tu
masih jalan batu besar
yang bestnya
ava tidur je sepanjang perjalanan
so good girl



kecik2 dah belajar merempit
happy time ava with aki & uncle Jang
tambah jakun tak pernah naik motor
tak pergi mana pun
just action je tuk snap picture
takda lah aku nak suruh dia merempit kecik2 tu
terutama tanpa safety helmet semua



apak bersama menantu
occassion, makan sushi kat sushi king
tah apak bukan reti sangat pun makan pelik2 ni
tapi dok kerana anak menantu dia pi je
nasib ada mee
so yang tu no problem lah
dia belasah je



apak dengan anak2
salah satu aktiviti keluarga dulu2
pergi taman jalan2
pernah celebrate simple birthday tuk aku
even simple tapi semua pakat guna topi n tiup wisel
masih ingat, my birthday cake so cute
cheese cake berbentuk spongebob!!
cam tak sampai hati nak potong
so cute

tu antara yang sempat aku cari
sebenar lama tak godam pc aku
so tadi godam tengok banyak gambar lama
n3 ni ditaip 2/2/13 @ 4.45pm)
terasa nak buat n3
buat watermark dah sekian
dahlah buat cepat2
since ava tidur nun
if dia ada sure kacau
orang nak naip dia pun naip
sibuk sentiasa

nanti if rajin2 aku godam lagi
banyak gambar boleh buat topic n3
so for now...
tata titi titu



zzzyy




































Sunday, February 3, 2013

Happy 4th Birthday Blog





tengok kat right bar tu
baru perasaan 
hari ini
Birthday Blog aku yang ke 4 Tahun!!!!


Happy 4th Birthday dear Blog


sangat sesuai
yang tadi tu aku tukar template
memang tak perasaan langsung tadi
ni bila belek balik
ehhh
birthday blog

zzzyy


Template baru

wahh!!
tak sangka begitu senang dah sekarang ni tukar template blog
dulu tension
sebab terpaksa adjust banyak benda
silap2 adjust terus hilang
ni
pilih je template
terus apa yang ada kat template lama
convert ke template baru
hanya dengan satu klik je

banyak juga yang cantik2 template
tapi aku berkenan dua je 
yang fancy2 of course not in the list
aku suka simple
yang ni dengan yang satu lagi tu
jenis template sama tapi warna berbeza
warna yang satu tu lebih kurang dengan warna blog lama
tu yang pilih ni
hijau mata memandang.... :)

k aku nak buat n3 lain
since tengah bersemangat ni
ava pun tengah tidur
nak buat a few auto post n3
:)))




Sunday yang malas.....

sunday...
selalu fikir
can i turn back time to yesterday
kecuali if esok gaji
baru semangat
dasar!!!

bangun lambat
lewat dari ava
yang yang dah bangun
dok baring2 kat kaki tilam
tengok aku angkat kepala je
terus menerpa memeluk
heaven...........
what a great feeling
buka je mata ada angel peluk sayang

pastu
gulung2 dengan ava balik
peluk memeluk
seronok peluk anak :)
dia layan youtube
aku layan tidur
sesekali kena ganggu
minta dicarikan pingu

super addicted to pingu
if aku balik kerja
memang semangat dia menyambut
salam peluk cium
lepas tu...
epon mami! epon mami!!
tingu! tingu! tingu!!!
$%^^*()(*@2



zzzyy

Saturday, February 2, 2013

bangun2 je tadi
mak bagitau adik tipon dari offshore
suruh melawat tim2, anak buah
dia tengah flu

memang plan nak jenguk pun weekend ni
so terus mandi
lepas semua bersedia terus zoom ke sana
rumah tak jauh pun
before tu
singgah kedai beli lauk lunch
taugeh & tauhu, ayam, lamb

datang2 je tengok tim2 monyok
mata ada taik mata
dia cam takut2
taknak kacau
aku terus masak sebab breakfast pun belum
perut lapar tahap maksima

masak lamb black pepper
ayam deep fry
tauhun garingkan dulu then tumis dengan taugeh
berselera makan

lepas tu baru main dengan tim2
tu pun dia dah agak ngantuk
tapi memandangkan orang ramai
dia biasanya super excited
nak tidur pun dia tahan

then masa aku nunup n adik pi kedai
dia tidur pun
takda orang bercakap dengan dia lagi

balik dari belikan tim2 cool fever terus nak balik
nunup2 pun dah ngantuk
lagipun kesian nenek n mami tim nak tidur
taknak kacau
dan sebenarnya aku pun ngantuk juga
nak tidur!
dan malas nak stay sebab takmau tidur alang2
nak tidur all out!!!
:p



zzzyy


yeah!
akhirnya jumaat kembali
suka! suka! suka!
esok n lusa boleh bangun lewat

lately mata aku selera bebenar tidur
pagi selalu berkulat mata nak buka
then if weekend pula suka tidur siang
if sekejap takpa
ni 2 3 jam!
lebih lama dari ava

harapnya badan takkan bakal cam ditiup-tiup
tapi tadi timbang
turun 1kg!
lebar senyum :-)
mungkin lately letih sangat
tah pa penyebabnya aku tak pasti
sebab keja pun tak busy
cuma otak lah
mmg betul2 letih fikir memacam hal
tu kot penyebabnya
otak letih, malas nak hantar msg
agar badan cergas kot
tah lah
teori kartun aku aje



budak ni pula semakin petah berkata kata
not to mention makin noty juga
tak dapat tengok tv3
sebab banyak ikran (iklan)
dia yang kata ikran
keluar iklan milo
dia nak milo
keluar iklan mee sedap
terus minta mee lak
tarik tangan nenek ajak pi dapur
sebelum tidur
mesti makan kudap2an
most of the time
bangun je tidur pagi
terus tengok kartun
dan cari makanan
nasib badan jenis yang tak mudah naik
if tak, kontot pendek lah anak ku itu



gigi cam ikan jerung!!
lagu favourite,
burung kakak tua
dah boleh dibawa bergaduh
dah petah berkata kata
if dah nak benda yang dia suka
mesti nak sampai dapat
manja dengan aku
tapi aku juga yang paling garang ngan dia

k
nak tidur
nite2



zzzyy

Friday, February 1, 2013

merening mua anak ea

merening mua anak ea

=

melihat wajah anaknya

=

looking at her/his son/daughter




zzzyy