Friday, May 31, 2013

Berberap

Berberap

=

Berpelukan

=

Hugging




zzzyy

Bye HK hello Shenzhen

Sambung cerita tentang trip

Balik dari Weng Chai
Singgah kat hotel ambik bag
Perjalanan seterusnya ke shenzhen

Plan asal nak usung bag naik mtr
Pekerja hotel cadangkan naik teksi
Yalah mungkin dia kesian kan
Tengok kita bawa bag yang besar2

After bincang dengan kawan2
Then semua setuju dgn tambang hkd40
Sebenar tak terfikir pun tentang teksi
Sebab pengangkutan kat HK ni mahal
Tu yang tak berani even tuk bertanya harga
Nasib ada pekerja hotel yg perihatin tu

Perjalanan HK-Shenzhen dalam 1 jam
Tambang dalam hkd39++
Kat stesen terakhir ni, Luohua
Kami return octopus card n dpt refund
Service charge hanya hkd9
Apa2 baki yang ada dia kembalikan

Luohua ni adalah border antara HK-Shenzhen
Dari sini ambik teksi tuk ke hotel
Jangan terpedaya dengan teksi sapu
Drivernya akan berkeliaran mencari customer
Sebaik2nya elakkan berkomunikasi dengan mereka
Berbaris di tempat khas menunggu teksi

Begitu juga dengan tukang bawa bag
Saja2 diorang nak letak bag kau & angkut
Mesti cepat bertindak kata tidak
Aku tak tanya berapa kena bayar
Yang aku risau kang dibawa lari bag kita
Naya saja

Ok, sampai kat Shenzhen Islamic Hotel
Dgn kadar tambang hanya cny11-13
Tak pasti sb kawan yg bayarkan dulu
Bilik hotel besar tapi lama
Agak berbau hapak

Aktiviti seterusnya nanti sambung
Mengantuk ni




zzzyy

Monday, May 27, 2013

Anakku AhLong

If dah anak perempuan
Tetap act macam perempuan juga
Ava, 2 tahun 6 bulan
Dah minat bermake up sokmo
Semua bermula masa aku melancong
Adik kat rumah melapor
Cakap dia asyik berhias 4 5 kali sehari
Malah ada bag khas simpan make up dia
Bag merah kepala kucing

Semalam pi breakfast
Sibuk nak usung bag tu
Complain lipstik dh abis
So pas hantar sil keja
Nak belikan lipstik n perfume

So aku cek bag dia
Wondering apa dalam
Shower n shampoo botol kecil dari otel
Lipstik yang dh abis
Compact powder, aku belikan
Cermin mata plastik pink without glass
Dompet ada rm2
And last sekali.....
Mini calculator!!!!!

Oohhhyoooooo!!!
AhLong rupanya anak aku ni!!!





zzzyy

Saturday, May 25, 2013

Dimsum @ Weng Chai HK

Setelah selesai disneyland
Balik ke hotel dengan senang hati
Mission HK disneyland selesai
Begitu juga first timer
Pi disneyland tercapai

Esoknya checkout hotel dalam kul 11
Misi harini mencari dimsum halal
Kat Weng Chai yg terletak kt islamic centre
Weng chai ni cam satu area
Walaupun jalannya semua weng chai road
Tapi ada beza mengikut lot kedai
Weng chai ni dari 1-60 gitu
Weng chai tu 60-10 gitu
Bukan no sebenar k
Just contoh saja

Mula kita pun tak faham
Tangok je tulis weng chai terus ikut
End up salah lorong
Tips if jalan2 ni
Kena rajin bertanya
Dalam situasi camni
Memang betul
Bak kata perpatah
Malu bertanya sesat jalan

Setelah melalui lorong weng chai kira2 15mins
Tak jumpa gak tempat yang nak dituju
Terpinga2 sekejap
Then tanya kat orang kedai situ
Diberitahu ada 3 lorong weng chai
Ermmmm gulp!
Terpaksa berjalan balik ke pangkal jalan

Kat pangkal jalan tu
Tarik nafas jap
Then teliti address nak dituju
Waduh eh..
Tengok no trus tau mana lorong nak dituju
Jalan ikut arahan than sampai
Senang je pun kantin tu
Kat tepi jalan
Dimsum so2 aja
Sama cam kat sini
Not much variety
Mungkin sekelilingnya ada ler
Yang lebih pelbagai
Tapi malas nak jelajah
Dah letih plus lapar sebab takda breakfast

Then
Pakai mtr ke luohua, shenzhen, border china-HK
Perjalanan sejam tambang hkd 40
Lepas check in di shenzhen muslim hotel
Relax2 sekejap then ke misi seterusnya


Tunggu.....



zzzyy

Thursday, May 23, 2013

Disneyland Hongkong


Hari ke 3 di hongkong
Dengan menaiki mtr
Dari stesen tshim sha tshui
Berhenti kat stesen sunny bay
Untuk tukar train ke disneyland

Tenang je suasana
Orang pun tak ramai
Senang gak sikit hati
At least takda lah bersesak2 kan
Lagipun mungkin sebab weekday kot
Dah bukan school holiday



Tapi bila dah que tuk masuk
Dugaan meleset sama sekali
Ramai orang!!
Yang tak ramai naik train tadi
Sebab diorang datang awal dari kita!!
Tipah tertipu
Oh yea tiket masuk disneyland
Kami beli online dgn harga RM180
If not mistaken
Harga ialah hkd450
Korang hitunglah sendiri
hkd100=rm40

Bila masuk ke disneyland
Beg kena cek
Sebab tak boleh bawa makanan dan minuman
Tapi takda ler strict sgt
Masih gak boleh bawa sikit
Terutama yg ada budak kecik kan

Perkara pertama buat bila dah masuk dalam tu
Cari map dan time table
Lepas saja naik train ke fantasyland

Hk disneyland
Bila nampak kat map
Macam besar je
Tapi bila dah dijajahi
Dan faham selok belok
Takda ler jauh sangat


Fantasyland
- terletaknya castle2 para princess













- ada corousel, kita naik

- jumbo elephant, malas nak beratur lama
So kita skip, tak naik




 - ada teater 3D Mickey Mouse kat philhar magic, kita tengok 





Tempat pertama yang dimasuki
Naik train sambil menikmati
Permandangan dan lifestyle si winnie pooh bear
seronok terasa cam kanak2 riang :)




kat depan castle tah sapa karaetor punya, aku tak pasti
sori tak berapa layan sangat cerita2 disney ni
Lepas Fantasyland,
kita headed for Adventureland



ada macam2 kat sini
yang ni masa kat river cruise
sepanjang jalan macam2 ada
yang ni kepala ular keluar dari gua
pastu gua ni akan mengeluarkan api
suspen juga




Rumah Tarzan






dalam rumah tarzan
this is the history 
how tarzan was abandon
then taken care by gorilla

masa melawat rumah tarzan ni
yang diorang letak cam kat pulau
yang tengah2 sungai
masa tu hujan renyai
kena berhati2 takut tergelincir
tak pasal2 jatuh dari pokok

kat adventureland ni
ada satu persembahan yang sangat hebat
Rise of the Lion King!
fuhh hebat sekali
tapi sayang 
aku takda ambik gambar langsung
sebab tak reti guna camera adik tu
kat sini tak boleh guna camera yang ada flash
kebetulan seluruh panggung digelapkan
tapi it was soooo amazing
persembahan teater yang amat hebat

Lepas tu





untuk.................



naik grizzly ride ni
yang maha hebat juga
especially saat2 terakhir
di ride gostan
fuhhhh!!!!!!!!!
terasa tinggal didepan jantung

grizzly gulch ni seperti pekan koboi
penuh dengan pondok2 yang kayu yang rugged
kat sini ada jumpa kareator chip & dale
tapi tak sempat tangkap gambar

lepas tu rushing ke main street
tuk tengok perarakan kul 4pm
takda ler banyak sangat
tapi cukup lah buat senyum2 gembira
again, cam kanak2 riang




nanti aku update picha2 parade ni

then tengok another pertunjukan teater
kali ni mickey & minnie mouse


ada kekecewaan sikit
sebab tak suka tengok baju mickey & minnie
aku expect baju cam yang kat tv tu
colourful


then headed ke tempat yang bersebelahan


menyusuri sungai dengan perahu
tengok patung2 riang menari menyanyi
lagi it a small world
sungguh asyik
first ride aku tangkap pic
then pergi another ride 
kali ni menikmati hiburan
sangat2 happy
why i said happy
dengar lagu je kau akan
rasa tenang je

yang ni kat toystory



tak besar sangat pun
hanya ada tiga permainan
somemore to come middle of this year
tah apa
aku tak pasti

then another tempat ialah tomorrowland
kat sini again naik rollercoster
yang juga buat jantung cam tercabut
dahler dalam kegelapan
tak dapat nak predict 
apa yang bakal berlaku didepan

seharian di Disneyland Hongkong
diakhiri dengan



persembahan firework
adalah dalam 15 mins
then semua beredar pulang
tika ini
aku menyedari
bertapa ramainya orang...
oooooyaaaaaa

will come back someday
this time will bring ava along

zzzyy












Wednesday, May 22, 2013

morning
tengah breakfast
layan kopi n kuih je
badan masih rasa mamai
malam susah tul nak tidur

belum ada idea tuk sambung n3 vacation
banyak kerja kat opis n rumah
kat opis,
balik2 terus ada contravesi
dept yg aku handle selama ni
telah bertukar guna system lain
dan aku tak boleh
hold passwd to that system
sebab aku buat account

kecoh ler
suruh aku buat and yet no access to the sys
how am i going to do
buat kerja yang remeh2
handle customer fussy2
then another person get the credit
aku takmau!!!
cukuplah yang sudah2
aku tolong buat
orang lain di recognise
aku dh bosan!! aku dah bosan!!!

k ler
kawan dah sampai join aku minum
have a nice day



zzzyy

Sunday, May 19, 2013

Hongkong Day 2 part 2

syukur alhamdulilah
percutian shenzhen-macau-hongkong
semua berjalan dengan lancar & selamat
aku dah pun sampai rumah kul 7pm tadi
and now on my bed next to darling ava
yang tengah berdengkur
eehhh anak aku berdengkur

back to cerita cuti ya



selepas ke the peak, sky terrace
meneruskan perjalanan ke ngong ping 360
untuk menaiki crystal cable car
dan melihat big buddha

as usual kita guna mtr
yang ni tak jauh dari stesen mtr
thou dah beli tiket
tapi masih lagi kena beratur
dan que nya adalah panjang
membebel juga ngapa dh beli tiket online
and yet still have to que
tak rasional langsung kan
then for info semua
tiket yang beli online tu
macam resit saja
then kat sana masih perlu tukar
menjadi tiket
begitu lah ceritanya

ok dh dpt tiket
naik cable car yang berlantaikan cermin
gulp!!! mula2 gayat ler juga
meremang bulu roma
tengok lautan dan hutan kat bawah nun
tapi lama2 setelah ditanam kepercayaan
insyaallah pasti selamat
baru dapat menikmati permandangan dengan relax
panjang juga route ni
mcm lebih je 5km




dari sana dapat kelihatan permandangan
kawasan persisiran pantai hongkong
lapangan terbang
dan most of all big buddha
tapi aku tak pergi tempat tu
dari pitstop tuk ke big buddha
kena naik bus
and tuk ke patung tu pula
kena menaiki tangga

aku n kwn2 mostly dah flaT
tak larat dah nak jalan jauh2
kita hanya menikmati pemandangan
sekeliling pitstop tu
terdapat deretan kedai mkn & souvenir
didlm kedai2 yang berbentuk
perkampungan cina dengan design2 unik
aku tak beli apa2
hanya bergambar & mkn nasi beriani
yang terletak kt kedai arab





after berlegar legar
kita balik dgn mtr
ke stesen tshim sha tshui
lepas tu berjalan kaki
ke exit yang mengadap star avenue




star avenue ni
tempat dimana didapati bekas tapak2 tangan
pelakon & penyanyi HK
ada juga replika2 patung seperti bruce lee
then cerita bergambar
tentang perkembangan fesyen dunia




tarikan utama pelancong ialah
tarian lampu dari bangunan2 tinggi sekeliling
ianya dimainkan pukul 8 tiap mlm
which aku rasa tak berbaloi tengok
sebab...
takda grand mana pun
hanya sekejap kelipan dr building ni
sekejap dari bangunan tu
yang tak berapa kelihatan
which end up yang aku tengok
salah satu bangunan yang menyerlahkan
cahaya samar2 dan diliputi kabus
tambah awan hitam malam
mengingatkan cerita2 alien dari langit
imaginasi bukan2 keluar
ngeri tengok

balik dari sana we heading for temple street
yang terletak kat jordan road
ianya more or less macam ladies market
cuma kat sini more variety
aku hanya beli tshirt budak
kan souvenir
banyak dh beli kat ladies market
so kwn yang byk memborong

balik hotel
kaki rasa cam taknak melangkah lagi
sangat2 penat
esok journey continue....




zzzyy

Saturday, May 18, 2013

Hongkong Day 2 part 1

fuhh!! 2.45am
baru lepas mandi
cek in kt tune hotel lcct
flight dari shenzhen landed lcct 1am
pastu berani venture lagi aku n sil
berjalan kaki dari lcct ke tune hotel
if jalan lenggang2 takpa ler
ni heret bag yg nak dkt 20kg!
parah2!!

update tergendala sebab pas HK
kita travel n stay kat shenzhen 2 mlm
china as we understand
tak boleh guna internet sebarangan
tu tak boleh msk
ni tak boleh
so tak dapat ler den nak update

sambung.....

day 2 di hongkong
plan asalnya nak pergi disneyland
but then rasa letih je
so ganti dengan plan ari ke 3

dimulakan dengan naik keretapi
dari tshim sha shui
ke stesen central
kiranya stesen tgh2 ler tu
sebab dimana terletaknya
lorong2 pertukaran line mtr

harini pergi the peak
and kat situ terletaknya muzium mdm tussauds
seronok bergambar dengan patung org2 terkenal
kat entrance digambar bersama jacky chan
tak boleh guna camera kita
diorang yang gambarkan
nanti develop n kita byr
tah brapa tak pasti aku
tapi ikut size
if tak silap cny100 ke atas
eh tak koser nak beli
bergambar dengan patung je pun
lagipun tak minat sangat dgn jacky chan tu

pastu baru bergambar ambik suka kau ler
tunggang terbalik pun boleh
antara yang buat excited
patung pelakon cerita winter sonata
yow jin & jung hsang

macam2 patung ada
antaranya...
mr & mrs smith
madonna, andy lau, hitler
mohamad ali, david beckam
kawan siap bergambar cium beckam tu
fuyiooo!!! nangis victoria if tgk
william & kate
princess diana, astro boy
dan banyak lagi
nanti aku buat n3 khas gambar saja

oh yea the peak ni
adalah antara kawasan tinggi di HK
untuk ke atas tu
terpaksa guna keretapi
yang boleh nembuat darah berderau juga
sebab ketika turun
keretapi tu gostan
mula ler terbayang
if ler terlepas dari gerabak
confirm msti tunggang terbalik!

kat puncak dia
kita boleh tengok sebahagian bandar HK
tangkap2 picha
n ada satu tempat khas
rasanya ada special campaign
tulis poskad tuk sapa2
or diri sendiri
setahun kemudian baru diorang pos kan
aku tulis tuk diri sendiri je pun

turun dari the peak
naik bas 2 tingkat ke stesen central
dgn tingkat atas tak berbumbung
excited cam kanak2 riang pula

masa datang tadi
kita orang berjalan kaki
lama juga dln 15 mins
tambah dengan keadaan menaiki
semput akak
:-P




zzzyy

Friday, May 17, 2013

Irau

Irau

=

Risau

=

Worry

zzzyy

Wednesday, May 15, 2013

Hongkong Day 1 part 2

dah cek in semua
relax sekejap
then
aku n sil keluar hotel
tuk tengok keadaan sekeliling

mula2 berdekatan hotel je
than terfikir nak pi ladies market
camner pi sana?
of course naik mtr
metro train railway=mtr

bukan biasa pun
naik pengangkutan train camne
sebab kat sarawak mana ada
so dari info yang dah google sebelum
faham yang
untuk memudahkan
kita naik kenderaan awan di HK
elok if beli octupus card HKD150
yang 100 kita guna 50 deposit
nanti if tak guna lagi
kita dapat refund
dan HKD8 sebagai service charge
so far aku dah top up HKD100
nanti dah aku cerita tentang kos pengangkutan

ok back to cerita jejalan
tengok peta camna nak pi ladies market
dan after tanya org keliling
we managed to reached ladies market

tempat tu macam petaling street di KL
menjual macam2 souvenir
aku as usual
beli tshirt yang tulis HK tu
keychains & fridge magnet
hasil tangkapan yang baik
HKD100 tuk 6 helai tshirt tulis HK
HKD100 tuk 5 helai baju babymilo
HKD100 tuk 6 helai tshirt budak
HKD10 each tuk 5 fridge magnet
and 6 keychain

ladies market ni lebih kurang 1km
tak ramai sangat pengunjung
tu yang senang nak jalan
sini boleh tawar menawar
dan penjual lebih ramah dari PS kt KL tu
memang adalah yang marah2
if ada yang tanya tapi tak beli
tapi dari pengalaman aku
takler sampai sumpah seranah
macam yang kat PS tu

bagi aku
tah kenapa perlu rude
tu kan periuk nasi diorang
if rude sesaja
sapa nak beli kan
tah ler labu
tiap orang ada masalah.tersendiri kan

balik hotel dgn senang hati
malam tido lena
esoknya ada plan lagi



zzzyy

Tuesday, May 14, 2013

Hongkong Day 1 part 1

dari macau
kita menaiki ferry ke hongkong
kadar tambang adalah mop163
perjalanannya dalam 1 jam
terminal ferry kat sini amat cantik
ianya berterusan
dengan deretan kedai2

kebetulan ketika kami sampai
ada perarakan
pembenterasan percurian organ manusia
so since perarakan menuju jln ke hotel
kita sama2 ler mengheret kopor
mencari hotel

signboard kat hongkong terbaik
sangat clear n information everywhere
tanpa susah kita jumpa hotel
yang bakal diduduk 3 malam kat HK
terletak di tempat yang amat strategik
kat kwsan yang terkenal, Tsim Sha Tshui!

k nanti aku sambung lagi
nak mandi n ready for next plan

papaiii




zzzyy


Monday, May 13, 2013

Macau part 2

percutian di teruskan

check out kul 9am
bag tinggal kat hotel
n nak ke venetian

bila kwn ajak pi sana
aku taktau nak expect apa
lepas dok mundur mandir around
baru teringat
boleh guna shuttle free
camne cara n kat mana tunggu
itupun taktau
again mundur mandir lagi
at last tertengok bas
colour dia lain
dari yg jalan2 angkut penumpang tu

pergi tpt bas tu berhenti
takda org, pintunya bertutup
kwn kata, menurut sumber 10.30 baru jalan
so ada stgh jam lagi
aku ajak tgk2 hotel ponti 16

sekali tgk ada bas warna tu
tengah mengangkut penumpang
so kwn ty org hotel tu
terus dia suruh naik

dari ponti 16 ke stesen gongbei border
kat sana guna bas lain ke venetian
jauh juga venetian ni
kat another part of macau
kena guna jambatan
yang menyeberangi laut
tempat yg dikenali sebagai taipa

taipa ni cam bandar baru macau
building dia tinggi2 n cantik
berbeza sgt dgn macau yg seberang sana tu
perjalanan dalam setengah jam

memang terpegun abis ler
tengok building structure yang cantik
tak dapat nak gambarkan
pic ada tapi dalam camera
since update dengan handphone
nanti back home aku share picha yea

main attraction kat venetian tu
replica venice yang betul2 real
didalam bangunan tersergam indah
bandar venice yang dengan kedai2
yea.... venice sepanjang sungai tu
taktau camna nak gambarkan

yang unik nya juga
langit yang dibuat kat siling bangunan tu
betul2 menghidupkan suasana
disitu juga terdapat deretan kedai2
menjual makanan minuman
kain baju dan yang menarik perhatian aku
kedai pasukan bola Machester United
aku tak masuk just bergambar kat entrance

and for the first time
aku masuk casino!!!!
walau eh yang ni sangat2 cantik
surrounding seolah2 disaluti emas
boleh tengok tapi
segan le nak pi tengah2
aku tengok tepi2 laluan je
yang tu hanya mesin2
yang seperti kat game arcade tu
kau masuk cip then tekan tepi
if gambar sama kau menang
kat sini tak boleh ambik gambar

keseluruhannya venetian ni
a big building
dengan interior rome/venice
bergermelapan dengan candlier
dalamnya ada kedai2
(aku masuk satu kedai souvenir je tapi
tak beli apa2 sebab mahal)
ada hotel
one big sparkling casino

then pergi hard rock cafe hotel building
hunting for hard rock cafe & boutique dia
another splendid decos!
again tak beli apa2
im not the fan of hard rock merchandise
so temankan kawan beli collection dia je

kat sini juga sempat
bergambar dengan duyung!!!!
dalam tangki besar!
camner rupanya
nanti back home
aku letak picha :-)

dari situ kita naik shuttle bas ke border gate
dari border gate balik ke ponti 16
ambik bag yang tinggal kat hotel
then tunggu lagi kat ponti 16
ambik shuttle bas ke terminal ferry
untuk ke destinasi seterusnya....
Hongkong here we come!!!

keseluruhannya
percutian ke macau for leisure recommended!!!!
tuk cheap shopping takda
yang branded metchandise @ taipa
shuttle bus adalah free
dari town @ hotel ponte 16
akan ke terminal border gate
situ tukar ke venetian or dream city
dari venetian/dream city
akan balik ke border gate
dan seterusnya ke ponti 16 lagi
dari mana2 pitstop tu
kau boleh ke terminal ferry or airport
dan semuanya free!!!
tak perlu spend apa2 for transportation

orang2 awam macau tak begitu mesra alam
susah nak berkomunikasi
ramai yang geleng2 saja
taktau either
ramai no english speaking
or mengamalkan sikap
don't speak to stranger
if nak tanya sesuatu dicadangkan
tanya kat counter hotel

ok nanti update lagi

tunggu.......




zzzyy




Sunday, May 12, 2013

Macau part 1

masih lagi kat macau
awal pulak mata bangun
seawal 5.45am tadi dah terkebil2
apa taknya semalam tido awal
yalor dah letih sangat
hari sebelumnya 24hrs aku tak tidur

macau memang banyak juga
tempat2 nak dilawati
tapi semalam aku jalan2 kat kedai je
tak larat nak jauh
lengguh kaki
tambah lagi first day period
cis!!! dengki tau badan ni
mendarat je kat shenzhen semalam
mula ler badan mengeluarkan unwanted blood
nasib takda period pain semua
cuma kepala agak berat ler
tambah badan pun rasa malas gak bergerak

ni badan dah charging
nanti sebelum ke hongkong
nak jejalan sekitar macau dulu
cadangnya nak ke hard rock cafe

so far yang suka kat macau ni:-

ole london hotel
tempat aku bermalam sangat selesa
kat town area
rate aku tak pasti
tapi dalam hkd150++ juga kot
nak tau juga
tengok blog makcikbidah
nanti pasti dia ada update

so far harga barang2
tak banyak beza dari miri
harga pun boleh tahan juga
tapi aku rasa
(rasa ler sebab takda tanya)
harga emas kat macau mungkin lebih murah
berderet2 barisan kedai emas
dan ramai2 juga pelanggannya
budget traveller like me
jangankan nak tanya harga
nak masuk pun segan

so far semalam aku beli
2 botol 75ml 25th avenue perfume
satu pc143 satu pc189
dan sebotol 30ml elizabeth arden pc59
murahkan sebab ada discount kat sasa
EDP ok bukan EDT
kat sini matawang adalah pacata
tapi hkd diterima juga
kadarnya
HKD50=PC54
HKD100=MYR40

makan more or less sama
semalam tapau kat MCD
dan dalam perjalanan balik ke hotel
perkena pure oren juice
kaw ok
dia blend oren tu saja
takda campur apa2
segelas paper cup tu
dalam 2 biji oren
suka tengok sebab tak kedekut oren
harga HKD14

oklah yea
nanti aku update perjalanan hari ini
nak mandi dan kemas2




zzzyy

Saturday, May 11, 2013

Day1 - a nite in macau

dah selamat sampai di shenzhen, ROC
flight landed exactly 10.30am
lenguh duduk

first 1 hr memang belasah tidur
nasib tak berdengkur
if berdengkur pun lantaklah
bukan orang kenal pun :-P



berlegar2 sekejap
kt boa'an airport shenzhen
lepas tu naik bas
tuk ke terminal ferry shekou
malam pertama ni
nak tidur kat macau




wajah2 excited naik bas di Shenzhen


if guna bas
korang tunggu kat pitstop no. 5
bas no M371
tambang cny6 je compare to
teksi cny300
jauh bezakan
tak perlu beli tiket sebab bus ada conductor
dan dengan pertolongan
amoi cina jadi perantaraan
selamat sampai kat terminal ferry sejam kemudian

dari shenzhen tuk ke macau
naik ferry
perjalanan sejam
dengan tambang cny180

macau sebuah tempat yang warna warni
ramai orang, banyak kedai emas, kedai jam
sekali lagi naik bus tuk ke hotel
dengan kadar tambang flat hkd3.20

kat sini masyarakatnya tak friendly
mula2 bas driver cam garang je bila ditanya
(sebab dinasihati tuk ke hotel tempat
kami tinggal sekarang ni, harus tanya bas
driver, bila dh sampai satu hotel berdekatan u,
suruh dia berhenti)
mula2'gelabah juga
taktau nak fikir apa
bus driver tak layan
orang dlm bas ditanya juga taktau
then kawan tanya bas driver lagi
kali ni dia tak garang
hahaaa kena betul-betul
perlu kenyit2 mata dulu, kata kwn :-)




akhirnya sampai
hotel ni not bad juga
kemas dan baru
yang penting ada wifi :-)
dapat aku update blog
nanti nak jejalan
tapi nak rehatkan badan dulu
letih seharian duduk
tambah lagi aku
landed je kat shenzen
keluar juga period
aaarrghghhhhh



zzzyy
kat lcct
tunggu flight 6.30am ke shenzhen
hari ni bermula lah cuti2 china
yg dirancang since 7 8 bulan yg lalu
perjalanan kali ni......
shenzhen-macau-hongkong

first time pi sini
perasaan aku??
nak kata excited sgt tak juga
tapi if nak kata tak excited
berkobar2 juga
pa punya raser lerr

bukan apa
aku taktau apa nak expect trip ni
yang pasti pi disneyland hongkong!!
yea yea
ava, mami jumpa eki maus ler
nanti mami ambik pic byk2 ek

dah rindu ava pun
smlm aku pi kl dia balik kpg
so takda ler meraung tgk aku pergi
if tak, luluh hati
lebih2 lagi seminggu tinggal dia

k lah
nak msk boarding room
mengantuk sangat2
tak tidur 24hrs!
smlm sampai kl 10pm
then sampai rumah kwn 12pm
jauh juga bangi dari lcct
n of course tambah masa mkn2
then 3am dah gersk lak pi airport
n here im.....

posted 11.5.13 @ lcct




zzzyy