Saturday, August 31, 2013

Merdeka! Merdeka!

merdeka!!!! merdeka!! merdeka!!!

salam merdeka semua

......................................

at last
hari terakhir bulan august 2013
dan ulang tahun kemerdekaan malaysia

sekarang...
tengah duduk di tepi pantai
menikmati angin bayu yang bertiup lembut
menyegarkan
mendamaikan
matahari baru bermula terbenam
kuning keemasan
seketika terpegun
melihat indahnya ciptaan tuhan

ava tengah excited main pasir
sesekali bergaduh dengan adik
sebab orang dah buat pasir bulat2
dia ambik n pecahkan
hahahaaa
aku tak masuk campur




zzzyy

Friday, August 30, 2013

Gerah


Gerah

Gerah tancut aku

=

longgar

Seluar saya longgar

=

loose

My pant is loose


zzzyy


Wednesday, August 28, 2013

Lauk Raya


cerita basi
tapi since aku dah draft
dan upload pic masa raya aritu
baik aku teruskan niat
update tentang raya ku yang simple

hari pertama
as ever mentioned before
aku masak tuk adik dan sil
keluarga terdekat je pun




menu:

rendang daging(1st time masak)
turn up sedap
(fuhh! lega!)
nasi pulut putih
n mak sil sponsor nasi pulut hitam
asalnya nak buat lemang
tapi bapa demam, takda tkg bakar
so cancel
n masak pulut dlm periuk je
which turn up to be
sangat2 sedap!!
dan kari ayam!!
favourite sepanjang zaman!
iskk terliur tgk pic ni





dan ni pasangan ideal!!!
idea mak sil
beria-ria nak buat acar timun
soo as aku
memang peminat acar
tapi taktau camna buat
memang all out lah makan

sebelum balik ke kuching
mak n mak sil
buat acar lagi
nikmat!!

pastu duduk rumah je
takda jejalan
tambah cuaca yang mendung nak hujan
sooo
asal ada je rasa ruang
tuk di isi, makan n makan n makan

k
begitulah cerita raya pertama aku


zzzyy





Tuesday, August 27, 2013

Idea kering

angin takda idea datang
taktau nak tulis tentang apa
lately, again life mendatar

i feels so tired
mental dan fizikal
letih dengan masalah2 sekeliling
baik kat office
or rumah

kerja byk yang tak mulus
tak balance sana sini
n amat lah letih and annoying
bila kena buat pembetulan
and yang boringnya
tak dapat nak dapat
result immediately
kena tunggu overnite
pembetulan yang dibuat
seumpama satu percaturan
taktau betul ke salah
pembetulan yang dibuat

oklah
nak sleep
nite2




zzzyy

Friday, August 23, 2013

Anang Beduan Aku

Anang Beduan Aku

=

Jangan mempermainkan aku

=

Don't playful on me


zzzyy


Thursday, August 22, 2013

Keletihan

minggu ni
badan adalah super tired
mungkin kerna kerja
banyak guna akal fikiran

dan lebih2 lagi
aku umpama ikan sampah dlm aquarium
kerja misc banyak kena buat
tolong sana sini
kerja account banyak terbangkalai
dan ada2 je yang tak balance
letih membelek2 figure

dan tadi banyak dah settled
sebab esok nak masukkan ke store
dan esok juga
kena kemas store
susun bekas siasatan orang kastam aritu
dan readykan mana2
benda yang dah berumur 8 tahun
tuk dispose
kena buat dalam bulan ni juga
mungkin next month auditor datang
so sebelum diorang datang
baik kemas dulu
nanti if disuruh cari
senang lah sikit nak ambik

k lah
dah ngantuk
nite2



zzzyy

Tuesday, August 20, 2013

Red Velvet Cake


















*Bahan-bahan*
* *2 cawan tepung kek/superfine
* *2 sudu besar serbuk koko
* *1 sudu kecil baking powder
* *1 sudu kecil soda bicarbonat
* *1 sudu kecil garam
* 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
* 1 cawan gula halus
* 1 sudu besar pewarna merah
* 1 cawan minyak masak
* 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
* 2 biji telur A
* esen vanila

*Cara-cara*
* Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair
dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih.
Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.
Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

* Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
* Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur.
Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
 Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi
sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
 Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

* Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan
bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.

Selamat Mencuba :)

zzzyy


Monday, August 19, 2013

Meter Blackie


setelah 7 tahun berkhidmat
to be exactly
6.10.2007
blackie menjadi milik aku

friday, 16-8-2013 @ 7.51am
(of course at parking lot)
meter perjalanannya menjangkau 100k meter



perjalanan terjauh dia buat
ialah ke Seratok
about 9 jam dari Miri


ketika membelinya
terpaksa menunggu 3 minggu
sebab model blackie masih baru di pasaran
dan warna hitam baru 1st batch dikeluarkan

pernah mengalami 3 kali accident
pertama dilanggar tepi ketika parking
baiki dalam rm650

kedua digesel dari tepi
ketika berjalan lurus
tak teruk n tak dibawa ke bengkel
which a few weeks later
kena accident ke 3

yang ni hebat
mata kanan blackie terkeluar
self accident menuruni bukit
ketika hujan renyai2

scenerio nya
bukit menurun melengkung
kereta telah self accident dari sebelah
memasuki sedikit ruang jalan sebelah ni
tiba2 muncung kereta tepi jalan
aku mengelak
dan melanggar kereta proton lama
yang berhenti tengah2 jalan
sebab mengalami accident
kerana keadaan yang sama

sebulan masuk hospital
claim insurance
kena saman rm300
sebab melanggar orang dari belakang
sebenar tak salah pun
sebab kereta tu berhenti tgh jalan

blackie adalah sebuah kereta yang tough
aku anggap dia lelaki perkasa
pernah mengangkut 8 orang sekali
meskipun kecil
dia tetap kuat

dalam usia 7 tahun ni
dia agak uzur
aku dah tak memperdulikan sangat kebersihab dia
dalam, kerana adanya ava
susah nak bersih sangat
sering kena tumpahan makanan
luar pun jarang dah cuci
lebih2 dalam keadaan tak menentu ni
kejap hujan kejap panas

apa2 pun
sepanjang 100k km perjalanan
blackie adalah kereta yang banyak berjasa
dari dulu hingga sekarang

terima kasih keretaku tersayang
selamat menempuh beribu2 km lagi



zzzyy


Friday, August 16, 2013

Bajik enggau Sigat

bajik enggau sigat

=

cantik dan tampan

=

pretty and handsome





zzzyy

Wednesday, August 14, 2013

hmmmm

dah 2 hari masuk kerja
after 4 days holiday
malas tu memanglah malas
tapi dah kewajipan kan
kena laksanakan juga
and surprisingly aku takda monday blues
smooth je
cuma mata asyik mengantuk

nothing much happening
keja tak busy tak juga free

aku sekarang cek in kat rmh sil

n3 mlm tadi
tak sempat sambung
sebab ava terbangun nangis
nasib baik skjp je
nk
ni n3 pagi ni
aku malas nak separate
jadi lah 1 n3
with 2 masa berlainan

mungkin factor usia kot
kadang2 sering tak dapat tidur malam
terkebil2 je mata
pastu dah nak pagi baru ngantuk
tidur sekejap
then kena bangun
kepala on the air!!


dah kat opis
baru dah beli panty hose
aku tiap2 hari mesti guna
if tak confirm tak selesa
sebab kaki berpeluh
and......
sebelum raya rega stokin tu rm3
and today rm3.99!!
naik rm1!!! fuyioooo!!
kaya tokey stokin

k nak keja
papai




zzzyy

Monday, August 12, 2013

Moviee Day

fuhhh!!!
akhiri holiday
dengan hari yang santai

5 movies on the row!!!

mula2 layan cerita indon
'masih adakah cinta antara kita'
kisah isteri yang bergelut dengan cancer
at the same time
suami curang
tapi masih amat mencintai isterinya
amat berjaya
menyelami perasaan pesakit cancer
dan stress2 yang dilalui keluarganya

then tengok cerita philipines
tak sure tajuknya
sebab masa tengok dah start
kisah seram n pembunuhan
not bad juga
both kat channel 952

then sambung channel 953
lupa tajuk juga
cerita korea
family story
gadis remaja n wolf jadian
yang merupai budak lelaki
attracted to each other
tapi demi keselamatan wolf tu
yang nak dibunuh setelah dia membunuh
penjahat yang menyakiti gadis itu
gadis terpaksa berpindah ke dearah lain
tapi sempat meninggalkan nota
agar wolf tu tetap menunggu
so sweet nya
bila gadis tu balik kembali ke desa
setelah dia tua
wolf tu masih menunggu dia

then aku tidur
bangun je
terus layan cerita hindustan, mohabbatein
of course cerita cinta
again, cerita hindustan
if pelakonnya shah rukh khan
never fail membawa watak cintanya

abis tu
aku layan cerita omputih pula
snow white and the huntmens
suka pelakonnya
kristen entah lah sapa
watak bella dalam ceruta twilight tu
and now 12.24 am
time to sleep
esok kerja
aarrgghh!!!





zzzyy

Sunday, August 11, 2013

Hari Raya ku

4th hari raya
dan hari terakhir cuti
can i turn back time
so boleh cuti lagi
hahaaa
ngarut tak sudah2

ok
raya aku sederhana saja
1st day
masak tuk family saja
jemput juga 4 family
2 kawan rapat
2 colleagues yang juga jiran
menu simple
rendang daging(1st time buat)
kari ayam
nasi pulut putih(mak masak)
nasi pulut hitam(mak sil masak)
sambal bedal n hati ayam
meehoon goreng
hari berakhir dengan tenang
tak begitu meletihkan
it just aku memang dah sedia kala letih
makin nak raya
makin banyak kerja

2nd day
masak biasa je tuk family
sup tulang
ikan sultan stim
rendang ayam(1st try juga)
hari raya kan
harus makan sesaja :-)

petang dlm kul 4
pi jln rumah colleague
tu pun 1 je
then bawa ava beraya di rmh datuk darnish
lepak hingga kul 10pm
memacam budak berdua tu buat
main bunga api
main kejar mengejar lah
bagi chance merasa suasana hari raya
oh yea
darnish ialah anak Ani
3 bulan tua dari Ava

3rd day open house tuk kawan sekerja
tapi aku tak jemput ramai
yang dijemput pula
ramai tak datang
2 pi oversea
ada yang balik kpg
yang lelain sebab factor cuaca
dah 3 hari hujan mendung hujan mendung saja
ada ketika hujan maha lebat esp pagi td
dan pagi semalam
banjir jalan depan rumah aku
nasib tak terus menerus hujan
malam kerabat family lak datang

suka camni
aku dapat melayan semua
dapat beramah mesra
tak cam last year aku buat semua sekali
2pm je
semua serbu
kelam kabut aku
tak larat melayan

hari ni
nak relax saja
tengah tgk charity concert
dari my favourite singer
anuar zain n dayang nurfaizah
sambil menunggu cerita
masihkah ada cinta antara kita
bestfriend kata
ceritanya very da sedih
menangis tersedu2 dia tengok
oh oh :O

k lah ek
selamat hari raya
ampun maaf jika ada salah silap
terkasar bahasa
dalam penulisan blog aku ini





zzzyy





Friday, August 9, 2013

Labuh

labuh

=

jatuh

=

falling to the ground





zzzyy

Tuesday, August 6, 2013

makin nak raya
makin sibuk pula kerja
semalam balik 6.30
hari ni 9.30!

gara2 semua tak baca emel
(kata hq ada emel lah)
tapi takda yang baca
tanya bila emel tu
sombong lak org hq tu
suruh cari sendiri

ada procedure uruskan BR1M
yang tak complete
terpaksa pi selongkar store
ambik semua voucher BR1M tu
dari bulan feb-jul

tadi dari 5.30-9.15
aku n seorg colleague
larat buat tuk 3 bulan je
fuh! kerja yang remeh!
esok another group buat

asalnya suruh aku buat
masa office hours esok
tapi nasib cepat2 terfikir tadi
elok buat after office hrs
claim OT!
tu pun sebab
ada kwn volunteer nak tolong
if tak
tak koser seorang2 kat store memalam
dahlah kat tgkt 3
......!!!

esok dah taknak buat
bayar OT pun taknak
aku belum buat kek lagi
ni tengah tunggu red velvet cake masak
harapnya kali ni menjadi
kek bakar ok skit
lebih cepat
if kukus meskipun sedap
tapi kena tunggu berjam2!

yang cake ni aku masak bake stim
baking tray
simpan kat dulang yang berisi air
hasilnya...
next entry aku reveal kan

k lah
nak layan game lak
lately
gila main spongebob dinner dash
gian!!!





zzzyy

Monday, August 5, 2013

monday, last 3 days before raya
takda persediaan sangat
rumah dah bersihkan gitu2 je
mostly mengemas mainan ava
yang berselerakan
sapu debu2 saja

cake n biskuit belum buat
this year semangat nak buat kek
semalam try buat red velvet cake
ikut resepi di internet
fail!!!
rasa dah ada tapi tak kembang
dan setelah dianalisi
ada yang tak betul
hari ni nak try lagi
if pass
baru berani show kat fb n sini
:-)

so far ada 4 kek dah in the list
tah rajin buat ke tak
bagi biscuit takda
remeh nak buat

this few days
busy kat rumah baru adik
dia baru pindah 1st aritu
tambah ada mami SIL
memang meriah
terutama bab makan2 :-)

hari ni kerja
dengan harapan
dapat mengekal semangat yang sedikit membara
bukan apa
kan minggu ni 3 hari je keja
selebihnya cuti

plan ari raya aku
1st day panggil kerabat keluarga terdekat je
3 rd day lak tuk kawan2 rapat
takda lah nak buat seperti tahun lepas
tak larat aku!
tambah dengan anak yang makin menyibuk
selalu bila aku nak buat kerja rumah
sibuklah dia tak suruh
nak duduk dengan dia tengok tv
or paling koman pun
nak minta dukung
makin besar makin pandai manja2

semalam masa bawa pi pasar ramadhan
tak sangka dia boleh kata
waa so many peoples
eh anak aku pandai speaking london!!
memang dia faham english
cuma...
tak sangka dia dah pandai
guna perkataan membentuk ayat

dahlah malam sebelum
mengingau nyanyi lagu raya
bukan sekali
berulang2
hahahaaa!!!
tu ler gara2 main bunga api
sambil terpekik terlolong nyanyi

k lah
nak masuk opis
masih dlm kereta parking depan opis ni
have a nice day




zzzyy

Friday, August 2, 2013

Anang irau ke aku

anang irau ke aku

=

jangan bimbangkan saya

=

don't worry about me



zzzyy