Sunday, March 30, 2014

Ava-1st KL trip





Malam ke 3 di kl

Masa belum kat sini
Macam2 plan nak pi sana sini
Dah kat sini
Masa tak mencukupi

Datang malam jumaat
Dibawa ke hotel yang salah
Oleh teksi driver
Sebab hotel nama hampir sama
Novatel or Nova hotel
Kan book thru internet
Aku jadi confius

Tiba kat Novatel
Cek booking tapi takda
Aik! Booking kan dah bayar semua
Bukan murah pun
Rm1k++ tuk 4 malam
Adakah Agoda menipu aku??
Jahat kan
Terus fikir bukan2
Sebab panic lor

Tanya Novatel sama tak dgn Nova hotel
Ohh tak sama rupanya
Nasib ada seorang mamat yg maha friendly
Tah hotel exe ke or just service boy kat sana
Tapi yang pasti service dia bagus
Entertain kitorang
Dan carikan teksi

Cerita punya cerita
Dia habaq
Dulu awek dia orang iban gak
Siap tunjuk gambar
Awat tak kahwin
Takda jodoh katanya
Takda gak kepo tanya kenapa
Cuma suka lah cara dia bagitau
Kata awek tu baik sangat
Pandai masak masakan malaysia
Berkali2 dia puji awek tu baik
Cuma takda jodoh
She not bad
Good looking
Tah pa jadi pada cinta mereka berdua
Taktau lah aku
Cuma awek tu dah kahwin sekarang

Next day pas breakfast kat hotel
Seawal kul 9am dah keluar
Semangat ooohh nak pi ikea
Guna monarail pi kl sentral
Siap guna salah lane
Instead nak ke depan
Naik train yang opposite way pula
Terlalu excited
Lupa tentang arah bertentangan tu
Kesudahannya
Dari tengah ke hujung A
Dari A ke hujung B
Sedangkan if guna lane betul
Boleh dari tengah ke B terus

Dari kl sentral
Ambik budget teksi pi ikea
Rambang mata tengok
Terutama tengok cupboard n katil budak
If dekat
Dah aku angkut
Jauh murah dari Miri
Dahlah comel2
Uwaaaa!! Sungguh geram

Kesudahannya
Beli mangkuk/pinggan/cup yang colourful
Beli table lamp
Kuali
N beberapa deco lain
Baru sampai section barang2
(Sebelum tu leka kat section pameran)
Ava meroyan nak makan nasi kicap!
Cepat2 tengok barang
Belum sempat turn bayar
Ava dah tidur pun
Lepak duduk sampai dia bangun
Lega urat2 kaki

Pastu pi sogo
Mak aiii banyaknya orang
Dahler terpasang bawa bag berat
Usung kesana kemari
Usually sogo is my favourite
Kali ni tak beli pa2 tuk sendiri
Beli baju budak2 je

Takda tengok perfume
Takda tengok bedsheet
Takda tengok handbag n kasut
Takda stop tengok apa2 kat ground flo
Sedangkan tu
my a must visit if pi kl
Kali ni no no no
Busy sekejap bawa bag
Sekejap dukung ava
Aduhaiiii
Anakku itu memang malas berjalan!

Hari ni menyukat midvalley saja
Dari 11am ke 8.30pm
Sungguh2 letih
Tak larat nak berjalan ke mana2 lagi
Tapi now 11.48pm
Mata belum ngantuk lagi

Esok nak pi KLCC & TAR
hopely masa mencukupi
If sempat nak pi aquaria
Tengoklah camne

Baik aku tidur
Esok nak awal pi klcc
Nak enjoy the taman



zzzyy



Friday, March 28, 2014

Ngerami

Ngerami

=

Meraikan

=

Celebration




zzzyy

Thursday, March 27, 2014

Course lagi

Kat training centre Bangi
Attending 2 days compulsory course
Nasib stay kat hotel
Senang skit if nak jejalan
Tapi kali ni tak pi Mines
Partner kata malas nak jalan
Aku ok je
Lagipun
Nanti aku stayback for 4 nites
Boleh ronda KL puas2

Just ni kawan akan jemput
Tuk pi beli serunding
And
Seterusnya mkn2
Satu kemestian! :-)

Course cam biasa
Kali ni yang main2 je
Motivation
Bukan educational
Tak perlu ada test
Relax je

Yang menexcitedkan aku
Esok ava menyusul
Lalalaaa....
First time
Ava n mak naik flight
Cfrm excited
(hopely ava gitulah)
Budak tu susah nak duga
Hari tu main merry goes round
Ingatkan dia takut
Takda feeling lak
Malah boring
Nak turun cepat

K lah
Kwn yang nak jemput dh call
Nak get ready






zzzyy

Friday, March 21, 2014

Rengaa'

Rengaa'

=

Deman

=

Flu/fever




zzzyy

Wednesday, March 19, 2014

Makin malas update
Makin kurang idea
Seakan kering idea
Lebih2 lagi since phone aku problem

Skrin luar pecah
Hingga kini belum berganti
Sebab cam tak worth lak
Kena ganti dalam $180
Dahtu camera scratch
Kat bahagian atas blur
Bila capture picha
Tambah kagi bateri makin stress
Akan auto padam bila 50%
Pendek kata
Nak kena beli phone baru lah tu

So far belum dalam budget
Kena fokus kat projek melancong dulu
Next week ada 2 course kena hadiri

Sehari kat miri ni je
Pastu next day pi kl
For another 2 days course
Yang interesting nya
Aku stay back
And ava akan menyusul
Cuti2 msia 4 hari

Pastu baru resume to work
After quarter year abis
Another agenda kena atur
Yang pastinya
Kerja aku makin banyak
Tambah another dept soon

Confirm makin busy
Tah kenapa aku yang kena relieve sana sini
Worst part kena belajar express banyak perkara
Positive nya pula
Aku tahu banyak perkara
Orang cmpak memana pun
Aku dapat buat

Tah tu banyak kebaikannya ke
Or bakal membebankan
Aku belum pasti

Tapi yang pasti
Ram kat kepala aku
MAKIN LOADED!!!!




zzzyy

Sunday, March 16, 2014

Lama tak update
If ada kesempatan tengok internet
Tu pun baca berita tentang MH370
Baca update sana sini
Tau2'mata dah ngantuk
Niat nak update blog
Jadi niat dalam mimpi je

Memang turut terkejut dengan kehilangan MH370
Tah apa terjadi
Hingga kini, 4.59pm, 16/03/14
Masih belum ditemui
Apapun terjadi
Sama2 lah mendoakan
Semua orang dalam mh370 tu selamat

Ok
Aktiviti lately cam biasa
Minggu ni dada rasa lapang
Ava nak turun ke sekolah
Tanpa perlu menangiams terlebih dahulu

Tapi yang tak bestnya
Dalam usia dah mencecah 3 thn 4 bulan tu
Masih juga kalut menangis malam
Aduhaiii stress minda
Bukan nangis je tau
Jenis yang menjerit2 mengaduh kita
Takmau kwn mami
Tapi if tak diambik diperduli
Nak kwn mami nak kwn mami
Dah kau nak ambik
Takmau kwn mami lagi
Eeeeeee geram nyerr!!
Ditambah lagi
Dengan badan yang sakit2 nak period
Swing mood nak period
Lagi stress
If ada ketika boleh baring
Memang malas nak buat apa2
Baring saja
Macam ikan kena tuba

Semalam ke kampung
N balik nya tengahari tadi
Takda apa sangat pun
Cuma tu lah
Lama tak balik
Tahun ni
Ni yang pertama kali
Lama kan

K lah
Mengantuk sudah
Epi weekend



zzzyy


Friday, March 14, 2014

Bersampi

Bersampi

=

Berdoa

=

Pray







zzzyy

Monday, March 10, 2014

Last weekend
Pi kenduri kahwin kawan
Pi bersama mak n ava

Kenduri kat kawasan kampung
Of course orang ramai
Despite ava yang tengah demam
Tetap gigih pergi
Sebab adik bestfriend
Which dah rasa cam adik beradik
Tambah aku memang close dengan family tu

Dalam perjalanan balik
Borak2 dengan mak

Mak: rasanya tua ler suami dari isteri
Aku: a'ah tapi 2 3 tahun je rasanya
Mak: oooo. Yang suami tu memang bujanglah kan
Aku: penting ke tu? Kenapa nak dipersoalkan?
Mak terdiam
Aku tetiba blood go upstair

Yaler
Orang baru mendirikan rumahtangga
Kemapa nak risaukan pasal tu semua
Mak aku ni
Or orang2 tua khususnya
Suka bangkit hal camni
Which bagi aku
Tak penting pun
Bujang ke
Duda ke
Even laki orang pun
Bukan kahwin dengan aku pun
Aku tak luak apa2 pun

Cara pemikiran orang dulu & sekarang
Even dalam situasi yang sama
Tetap berbeza penyelesaiannya
Ada yang dulu berguna
Tapi tak kurang logiknya juga
Dengan pemikiran org sekarang

So tepuk dada tanya selera





zzzyy

Saturday, March 8, 2014

Coretan bangun pagi

Huh lega...
Semua back to normal
Aku dah start kerja
Ava pun dah sihat

Cuma cuaca kat miri ni
Baru start jerebu
Elok kat dalam rumah je
Pengalaman masa ava sakit
Agak men'torture'kan
Tidur tak tentu
Siang cam malam
Malam cam siang
Badan pun lemah
So sebolehnya
Hujung minggu ni
Nak rehat kat rumah je

Kerja pula
3 hari aku cuti
Balik office je
Cam longgokan sampah
Kat tempat kitar semula
Why i said that?
File tu banyak yang dah usang
Tapi masih digunakan
Some files customer tu
Dah wujud sebelum aku lahir pun

Tambah office yang tengah di renovate
Meski tak sama floor
Tapi debu
Alahai azabnya
Yalah beberapa jendela kat pantry je
Yang boleh dibuka
Kat bahagian office
Semua window mati
Berpusar2 kat sana saja le debu tu

Oklah
Rasa cam nak sambung tidur
(now 8.21am)
Ava masih tidur nyenyak sebelah tu
Bapa saja yang dah cam tin kosong kat dapur
Kung!! Kung!! Kung!!
Batuk yang tak sudah2

Orang tua tu susah nak sembuh
Merokok bertali arus
Minum kopi confirm lebih dari 5 gelas seharu
Aku beli 3 IN 1, 100 sachet tu
2 or 3 weeks je dia habiskan
Kau larang kata dia over sangat
N slow down skit
Naik marah lak dia
So sukati dia ler
Sebab yang menanggung sakit
Bukan kita pun

Harap aku dah tua nanti
Tak macam tu ler
Makin tua makin tak mendengar kata
Makin berfikiran cam budak kecik
Confuse membezakan mana yang harus dan tak
Orang nasihat tuk kebaikan
Buat dimarahi pula
Fuhhhh!!!





zzzyy

Friday, March 7, 2014

Angat enggau celap

Angat enggau celap

=

Panas dan sejuk

=

Hot and cool





zzzyy

Tuesday, March 4, 2014

Ava vs Herpangina

3.30am!
Routine 2 3 malam ni
Ava yang masih tak sihat
Bangun malam

Siang bawa pi clinic
Mkn ubat semua
Tapi masih tak memberangsangkan
Masih complain tekak sakit
N taknak minum air
Jauh sekali mkn apa2
The latest dia mkn kul 11pm mlm ahad

Petang masih menangis kesakitan
Yalah dah telan airliur pun sakit
Around 10.30pm
Bawa pi clinic lagi
Dah takda daya nak buat apa
Takut dia hyderation

Didapati kena herpangina
Similar to HFM
Tapi dari virus coxsaxie
Tekak dia banyak ulser
Tu ler yang sakit
Bagi ubat brufen (fungsi cam panadol)
Tapi effective then parathamol tu
Lebih senang bagi ava sebab orange flavor
Then ubat spray

Actually almost admitted
Tapi aku choose to try brufen n spray dulu
If masih tak dapat minum esok
Aku hantar dia for admitted

Sampai rmh memang tidur
Then terbangun kul 12.15am
Mendodoi sakit
Hanya dengan 2 kali spray
Dia nak minum air
Malah tengok tv sambil botol air ditangan
Syukur no more mendengus sakit

Tadi 3am bagi brufen n antibiotik
Badan panas
Tuam dengan kain basah
Half hour later dia tidur
Hopely sampai pagi
Kesian dia kurang tidur 2 3 mlm ni

Bila budak sakit camni
Memang sentiasa berdebar2
Just compare to mak
Aku lebih rasional
Mak terus panic
Buat kita yang tak panic
Boleh jadi panic
Macam2 prediction dia buat
Bla bla bla
Aduhaiiii






zzzyy

Monday, March 3, 2014

Emergency leave
Since malam sabtu
Ava on n off high fever
Eemalaman tak tidur
Aku adalah maha flat
Mendodoi je dia nangis

Tadi bawa pi clinic
Troat infection
Ada ulser sikit kat lidah
Tangan ada 2 bintik
Syukur it's wasn't HFM

Tapi sungguh kasihan tengok
Hati nak makan
Tapi takut sakit menelan
Sungguh kasihan

Sekarang tengah tidur
Dalam perjalanan pulang tadi
Mendayu2 nak duduk dengan aku
Mula malas nak layan
Pastu bawa juga
Tidur dalam dakapan aku yg tgh drive

Esok if masih tak ok
Akan cuti lagi




zzzyy