Tuesday, July 29, 2014

Raya

dah raya kedua
tak terasa kan masa berlalu
esok lak dah start kerja
cuma aku masih cuti
sehari je pun
pastu masuk opis balik
confirm mood cuti masih menebal

raya cam biasa je
first day open house
ramai gak kekawan 
dan saudara mara datang
lenguh kaki tangan
memasak & melayan
tapi happy lah
jumpa semua















sempat buat 4 jenis cake je
yang satu tak sempat ambik pic
cheese kukus, kek holiday inn, kek lumut, kek roti marie cheese
puas hati sebab hasilnya memuaskan




















biskut pun buat 3 jenis saja
chocolate chip, cornflake & london almond
oh yea ada lagi satu favourite
tu mak yang buat
acar timun!
dimakan dengan keropok ikan
fuhh!!! sedap!!























my simple menu
kari ayam, daging kurma
rebung masak lemak, 
umbut kelapa sawit soup
kelupis (nasi pulut dibungkus dalam daun)
mee hoon goreng, nasi putih
dan ulam-ulaman bersama sambal belacan

berpeluh juga memasak
start 7.30 siap dalam 11.30pm
thanks to family member yang turut membantu
aku tukang masak
ada yang jadi tukang cuci
tukang gaul lauk, sebab kudrat dah tak kuat sangat dah
tukang kemas rumah
tukang vacuum
tukang potong & susun kek, biskut
dan para waiter & waitress

by 12.30 tetamu start datang
meskipun disuruh 2pm onward
tapi takpa lah, kakak mak yang tua & cousin
so datang awal, lebih lama boleh sembang

pastu tetamu datang tak henti2
hingga ke 11pm baru semua balik
letih memang letih ah
tapi rumah tetap kena kemas
so bertugaslah 
aku mak adik & bapa
mak tukang cuci
aku tukang kemas
adik tukang sapu
bapa tukang kutip sampah
lepas tu baru tidur hingga ke 11.30pm

petang tadi sambung balik
tapi ni sesi relax2 je
masak meehon goreng je
rebung dan umbut semalam masih elok
buat sambal belacan
makan dengan timur
fuhh!! berdesing telinga kepedasan

k lah nak layan nunup dulu

 
 









zzzyy

Monday, July 28, 2014

Sunday, July 27, 2014

2 hari sebelum raya

dah 12.25am
busy! busy!
nasib esok belum raya
if tak, confirm kucar kacir

semalam
dahlah balik kerja lambat
sampai rumah 7pm++
then rush ke satu kedai kat town
nak tukar adjuster lampu raya yang loose

at the same time nak beli bahan buat kuih raya
seriously
aku satu benda pun belum buat
dah turun town memang ngam sangat lah
if terus pergi beli bahan tu

masalahnya
resepi2 yang aku nak buat tu
aku emel kat emel SIL
perlu ambik kat dia dulu after di print
and tempat dia kerja is
opposite town
pergi town centre n berpatah balik ke area rumah

nasib sempat tukar adjuster lampu
then rush ke merdeka mall
ambik resepi & beli bahan 
nasib kat situ ada supermarket
terus menyoping segala air raya semua

kebetulan SIL pula masih ada bahan2 buat kuih
so takda ler kena beli semua
and terus plan tidur rumah SIL
sebab semua peralatan 
membuat kuih aku ada disana
mixer, blender
and yang penting 
dia ada oven besar!!!

set dengan SIL 
akan buat biscuit after dia balik kerja nanti
which is after 12 midnite

lepas soping
balik rumah mandi
and worst is
tak sempat berhenti makan pun
perut adalah sangat lapar
minta tolong mak goreng telur
aku lak rushing mandi sebab nak pi rumah SIL
makan telur goreng dengan tempoyak!
huh! terangkat!!




















ni hasil buatan semalam
biskut chocolate cips & cornflake
aku tukang adun je
yang buatnya SIL
terima kasih SIL, ami Ndut <--- br="" nunup="" panggilan="">
sebab by 2.30am aku dah layu sesangat

nunup yang dah tidur awal malam
terbangun terus nak ikut buat biscuit
tapi nasib dapat di tipu
disuruh tengok kartun kat lappy adik
tu pun after beberapa argument

kesudahannya by 4.30am baru dia tidur
SIL pun siap buat biscuit masa tu
tidur sampai 10am

then misi membuat another round of 
biskuit chocolate chip & cornflake

tapi sebelum tu buat london almond dulu
first timer buat
ayooyoyoooo
biskuit adalah sangat gempal
tak cukup pembalut
tambah lagi cooking chocolate yang 
terlalu cair
susah nak lekat kat biskut tu

pastu pii kedai for lunch
tak larat masak memasak semua
mak and adik dah beria2 kata lapar

lepas tu shopping bahan buat biscuit n kek
another round of chocolate chip & cornflake & london almond
soo semua buat double portion
 this time london almond dibuat dengan jayanya
kebetulan tukar brand cooking chocolate
this time lebih pekat
then cam tak cukup lak
adik beli
and this want much better
lebih pekat senang lekat kat biskut
dan tidak menitis sangat
just perlu guna banyak lah
compare to the first cooking chocolate yang diguna

this time aku reti cairkan benda tu
still remember camna aku buat before?
rasanya pernah cerita kat sini
aku masak chocolate tu gitu saja
bukannya mencair
tapi mengeras jadinya
ngehngehngeh :p

then try buat kek lumut
buat semua ok
just kek aku hangus kat atasnya!!
uwaaa!!! but what can i do
balik rumah tadi aku stim dia lagi
sebab atas je yang hangus
rasanya bawah tu ok

apa tak hangus
instead of kukus aku steam bake cake tu
mana tak mengamuk ingredient dia
mungkin terlalu dekat dengan api atas oven kot
ah biarlah malas nak fikir
dah tak jadi biar ah
lagipun dah letih sangat ni

esok plan buat satu dua kek lagi
tapi dah plan turun town awal
tuk beli ayam daging semua
Isnin nak open house tuk kerabat keluarga n kawan sekerja

k lah weh
nak tidur dulu

nite2



 






zzzyy

 

Wednesday, July 23, 2014

a few days tak update
sibuk melayan diri sendiri
lepas kerja if online
main game je
badan sering 
sangat lah letih
so takda idea
(mcm alasan semata-mata)

sambil tu melayan karenah si Ava
selalu nya lambat tidur
esoknya merengek taknak pi sekolah
pujuk2
mostly berjaya
tapi since minggu depan
tak pakai seragam sekolah
asyik nak pakai baju princess saja

peminat fanatik Frozen
ada gaun picha Anna & Elsa
satu hari tu dia guna
cikgu kata ada kawan
yang cium2 gambar princess tu kat baju dia
erkk tak tanya lak
samada lelaki ke perempuan
if lelaki
naya je perut buncit anak aku kena cium

cikgu pun turut cari tuk anak dia
tapi takda size
sebab size ava paling kecik pun
pastu adalah baju yang ada lebar kat belakang
macam ketika Elsa nyanyi lagu let it go tu

aritu pi emart
terjumpa lah satu macam tu
dress ada layer jarang
sangat comel
dia akan guna after sekolah
sambil layan lagu let it go
and mesti berdiri atas kerusi

satu lagi
rambut pun mesti plead cam princess tu
nasib aku reti plead
then taruhlah klip yang shinning2
mostly rerama lah
sangat comel






















ni dia baju frozen tu
menjadi kesayangan ava
plan nak beli another baju
tapi minggu ni dah busy
aku belum ada masa berjalan

kerja balik lambat
sampai rumah dah flat
mana nak persiapan hari raya lagi
ni satu kek or biscuit pun belum buat
tah mana hilangnya semangat
masa mula2 puasa dulu

tengoklah weekend ni
buat semua sekali
lepak rumah SIL
dia ada big oven
lagipun semua peralatan buat kuih aku
masih kat sana

oklah nak tidur dulu
nite2 sweet dream yea










zzzyy

Friday, July 18, 2014

Anang beduan

anang beduan

=

jangan mempermainkan

=

don't play fool on (her/him)










zzzyy

Tuesday, July 15, 2014

We Have No Close Friend Because of The Technology

caitt!!!
tajuk bukan main sempoi
terbaca tu kat FB tadi
which fikir2
yes! it's absolutely true


kebelakangan ni

dengan berleluasannya technology
kita semakin seolah2 
tidak memerlukan seseorang
tuk menemani or
tuk berkomunikasi

ambik je smartphone
berjam2 pun leka
im talking of myself
tak bersosial pun takpa
pastu boleh gelak sorang2
stress sorang2
geram sorang2

cuba tengok kat kedai makan
family dinner
selalu nya memasing pegang hp 
dah jarang berkomunikasi
makan ambik gambar
upload letak kat FB
kekawan tengok
waaahh keluarga bahagia
pii dinner reramai
hakikatnya
semua sibuk pegang hp or tab

eh kenyataan tau
doesn't mean tak talk to each other at all
tapi most of time camtu
contohnya aku
















balik kerja
makan mandi
pastu ngadap PC
anak neglected

sering rasa bersalah 
tak main dengan dia
tak sentiasa bersama dia 
layan dia

but i got a reason
mungkin ada yang benci dengarnya
which is
seharian kerja bertungkus lumus
perah otak kejar deadline
bila dah sampai rumah
need to rest the mind
tu ler prefer duk depan pc
sambil tengok tv
sambil layan ava
so ringan skit minda

melayari internet
tak perlu fikir
klik sana klik sini
baca info
baca hiburan
sesekali menyampuk kat FB
then 3 hours gone!

time to sleep
hah ni memang aku tidurkan ava
sediakan dia tuk tidur
bagi dia kencing dulu
baca kan doa
pastu tutup lampu 
peluk dia hingga dia tidur

pastu aku keluar lagi
tengok tv sambil ngetop
by 12 baru masuk bilik tidur

but bagi aku lah
walau pun sering bergayut dengan internet
i'll always try very hard
not to attached to much on them
luangkan masa bersama family
especially weekend

jalan2 kat taman
watch movie
family gathering
kat rumah aku
or rumah adik2

terpulanglah pada sendiri kan
kekadang dapat control
kekadang terlanjur juga
khusyuk sangat
sampai tak ingat dunia
tau2 bila dah insaf sekejap
wonder why should i waste 
so much time in internet

tiap kali duduk depan pc
selalu kata
sekejap je ah
jenguk2 FB
jenguk blog
ending
berhenti 3 hours later
tu pun sebab badan dah lenguh duduk

tepuk dada 

tanya selera lah


bai!!


 



zzzyy

Monday, July 14, 2014

Yes Germany menang!!!














ternyata team yang bermain 
dengan semangat kerjasama menang
takda depend too much on star status

aku takda ler mengikuti 100% world cup ni
tapi since dulu aku memang minat Germany
kalah menang diorang 
tetap sokong

stop tentang bola
kang boring lak
cos sana sini 
verbal, on net, newspaper
confirm talk about world cup today

ni dah bangun
tak mungkin tidur lagi
kang nanti terlanjur tido lak

tengah fikir
camna nak mandi 
without membangunkan anak bujang aku
(anak adik, semalam check in sebab
area rumah dia takda elektrik)
tapi anak dara memang perlu dibangunkan
sebab pergi school
and..............
baru kedengaran hujan lebat

fuhh kenapa mesti hari ni??
time ni??
harap tak berlanjutan

eemm monday again
harap aku tak rasa mengantuk
takda ler aku bangun awal sangat
tengok bola pun dah minit ke 80 tadi
bangun sahur
terus tengok bola
 pastu online sambil tengok bola lerr

eh 
n3 tanpa tujuan
nak curi2 mandi ah
kang lambat lak

k papaiii
epi monday



 







zzzyy

Saturday, July 12, 2014

Kaki 3






hari ni  nak mengenang lagi permainan
masa aku kecik2 dulu
tu zaman 80an
tah sekarang masih ada ke tak 
bebudak main ni

















kitaorang panggil
main kaki 3
3 selipar diletak cam kat atas tu
so sesapa yang ada selipar jepun sesuai
memang jadi bahan mainan lerr

perlu ada 2 kumpulan
memasing bersaing tuk tegakkan balik selipar tu
but at the same time
pihak yang membaling
boleh baling selipar tu
kat memana ahli opposite group
if dah kena out
takleh main lagi

part ni yang paling sadis
selalu kita dulu
akan tetapkan peraturan
hanya boleh baling kena lutut ke bawah
bahagian atas badan tak boleh
sebab if budak lelaki yang baling
sakit oooooo

kekadang boleh bergaduh ah
sebab bagi yang hot temper
memang dia belasah berabis-abisan kau
kekadang nak marah pun tak boleh
dah tu main ke
depend lah on kekuatan seseorang 
yang membaling tu

teringat masa kecik2 dulu
main ni kat rumah jiran
well kan tinggal kat quarters
so rumah setingkat berkembar dua
dalam satu2 lorong tu sepanjang
lebih kurang 400 meter
ada lah 5 or 6 pasang buah rumah
yang bestnya
takda gate semua
senang berlari2 depan belakang 
memana rumah kat lorong tu
tu ler if yang corner
adalah sangat besar compound nya
selalu main kat rumah kawan yang corner
ada 2 budak lelaki
satu lemah lembut cam maknyah
satu lagi kasar 
(dengar kabar a few years back
dia dah meninggal)
yang another lagi taktau
sebab diorang pindah ke kuching

kesimpulannya
if main kaki 3 ni
memang boleh lebam2 lah badan kesakitan

oklah
nunup dah sibuk aja tidur ni
dia belum tidur siang pun











zzzyy


Friday, July 11, 2014

Pampang



Pampang (Miri)

=

Bahagian (Miri)

=

Division (Miri)










zzzyy

Tuesday, July 8, 2014

Buah-buahan tempatan

Buah Engkabang


tadi bercerita dengan kawan2
berkenaan makanan tempatan 
yang jarang jumpa dah sekarang ni
salah satu ialah




















buah engkabang
seriusly aku tak pernah tengok real
tapi aku tahu
buah ni senonim dengan masyarakat Iban
terutama minyaknya yang telah diproses

















ni dia hasil dari buah engkabang
seakan2 mentega
hasil dari minyak buah engkabang
menurut kawan
tuk membuatnya
buah engkabang yang telah dikopek
disalai dan minyak yang keluar
akan disalurkan ke dalam batang buluh
maka terhasil lah bentuk camni

kegunaan??
aku masih ingat keharuman nya
disapu atas nasi panas
lebih2 lagi if beras baru dari ladang pagi
fuhhh!!!! berlaukan ikan masin dan
sapu minyak ni kat nasi pun
boleh makan berpinggan2

...........................................................................................................................................



Asam Paya





















yeah!
buah kegemaran salah seorang dari SIL
masam!!!!
buah asam paya




















ni isi didalamnya
camna nak makan?
hiris2 isinya
pastu makan dengan sambal belacan
sluurrrpp!!
kembang pipi imagine rasanya yang masam

pas hiris2
simpan belacan/air belacan
simpan ikan bilis
cili
fuhhh!!!!

...........................................................................................................................................

Buah Dabai


















sekarang almost musim buah dabai
sedap!!
manis2 lemak
cara masakannya:

rendam dalam air panas hingga lembut isinya
pastu makan begitu saja
nak lebih rasa
taburkan sedikit garam 
kicap
terliur imagine


















yang ini bijinya yang keras
isi dalamnya pun boleh dimakan
belah biji
then makan isinya 
sekali tengok seperti sayur cabbage
lemak2 

masa kecik2 bila makan isi biji ni
akan guna safety pin tuk mengeluarkan isi tengah tu
leceh juga
sebab isi tak banyak kan
tapi sebab sedap
worth the hardwork :)

..........................................................................................................................................

Buah Kepayang


sayang2 buah kepayang
yerr ni lah dia buah kepayang


















tapi ni belum boleh makan tau
jangan pula pepandai terus terkam gigit
masak
buka kulitnya




















ni dia yang telah dikopek kulitnya
eh jangan makan dulu tau
beracun
buah ni kena rendam berhari2
kena pastikan airnya sentiasa bertukar
biasanya if kat kampung
akan disimpan dalam raga
pastu ikat rendam dalam sungai

or if cam zaman moden sekarang ni
hari tu mak aku buat
dia rendam dalam besen
ikat kat pili
dan biarkan air mengalir sepanjang masa
agar air rendamannya sentiasa bertukar

buah ni pun sedap dimakan begitu saja
campur garam
or tuk lebih unik bagi masyarakat iban
kita akan masukkan bersama dengan perkasam ikan
fuhh sedap juga ah
sebenarnya bagi aku
takda rasa pun
selain lemak2
tapi tu ler keunikan rasanya
menjadikannya makanan favourite

pic credit to google











zzzyy