Sunday, August 31, 2014

Salam Merdeka!

Salam Ahad!!

buat apa hari ni?

mungkin yang ada aktiviti

mungkin hanya duduk di rumah saja


bagi aku
how i wish aku boleh baring2
layan drama Korea
sekaran ni ngah nak mengabiskan
drama bersiri korea
Cool Guys Hot Ramen

tapi kul 3pm nanti ada makan2 kat rumah kawan
house warming cum friend gathering
one of best friend
of course akan pergi
lagipun lama tak jumpa kekawan rapat lain
almaklumlah memasing sibuk dengan hal memasing

lately rasa cam busy je
dah lama rasanya
tak jenuh kat rumah
rindu nak duduk rumah dari pagi ke petang
layan drama korea
meskipun if nak tengok korea tu
kekadang terpaksa berebut dengan ava
asyik nak tengok dibo the gifted dragon sesaja




























ni sekejap tadi
dia guna make up sendiri
nak ikut kartun barnietu
aku bagai nak rak gelak
dia marahkan aku
hahahahaaa!!!
apa2 ler nak

tu je saja dulu
aku nak ready tuk pi rumah kawan

happy weekend











zzzyy

Friday, August 29, 2014

Mang'ngah

Mang'ngah

=

Garang

=

Fierce










zzzyy

Tuesday, August 26, 2014

Lawatan Ke Ward Kanak2 Hospital Umum Bintulu



sambungan cerita masa course hari tu

sabtu, 
course dah abis
tapi kena buat satu perkara 
sebelum balik Miri

visit childrens ward at Bintulu General Hospital
and give away some goodies
bersama dengan SBEU Bintulu branch






























our first patient
goodies given by me
a baby girl 1 yrs 7 months
operation kat leher
2nd operation actually

bila aku tegur 
and kata be good girl
dia nak nangis dah
mak dia kata 
dia ingat aku doctor
oh oh
cepat2 tinggalkan dia
kang meraung budak tu kena aku :p

mostly dalam lingkungan baby-3 years
at the moments 
seramai 33 orang menghuni ward tu
jiwa keibuan meruntun2
if tengok yang sakit dipenuhi wayar2 tu semua
tak boleh lama nak tengok
kang tergenang airmata
time ni bersyukur sangat
kerana anak aku sihat walafiat


 
 
 











tak sah if takda group photo
part of aktiviti kemasyarakatan SBEU
im glad been involved
yalah sesekali buat kebajiakn camni
terasa gembira and bahagia
especially tahu ada yang gembira
even with just a small goodies

by 12.15pm selesai
bergegas ke bus station
sebab akan bertolak 1.45pm
tapi tengok tiket 2pm
masih banyak masa
lepak SCR makan2 jap
aku dah tak larat nak makan sangat
kongsi dengan kawan semangkuk sup je
sebab masa cek out dari hotel tadi
breakfast nya lambat 10am

dah tu makan banyak juga
sebab risau kang lama kat hospital
tak sempat nak makan2 sebelum naik bas
ketara sangat takut lapar kan
sedangkan bintulu-miri hanya 3 jam setengah je pun

sampai kat pekan batu niah
about 2 hours dari bintulu
sesi membeli buah2an tempatan
rambutan
rambutan kampung
langsat
tampoi
salak
dabai
best sebab murah2
cuma tak larat nak bawa 
lagipun naik bas kan
susah skit nak usung banyak2

sampai rumah 5.30pm
huh!! lega...........
no place like home


 
 





zzzyy

Sunday, August 24, 2014

Performance Course di SBEU Office, Bintulu




Fuh!!
lega dah kat rumah

last thursday
pergi Bintulu naik bas
ada kursus jumaat nya
3 jam setengah dalam bas
rasa nak kematu buntut
seriously ni kali pertama naik bas pergi Bintulu

asalnya nak drive
tapi then kekawan lain naik bas
lagipun tiket bas pun dah beli
malas nak cancel2 plan diorang kan
so layan naik bas je lah
8 of us dari Miri
bertolah 3.45pm
sampai Bintulu about 7.30pm

nasib ada yang jemput
terus check in kat Kemena Hotel
not bad, hotel 1 or 2 star kot
tapi masih baru

pastu pergi makan
nasib berdekatan je kedai dengan hotel
pas makan balik hotel
mandi kemas2 semua
tengok tv sekejap
then tidur
takda yang special
takda yang mengexcitedkan
sebab bukan first time pergi Bintulu
bukan first time juga cours Union di Bintulu
so takda lah berkobar2
just menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Union

ok Jumaat
hari berkabung Malaysia
seriously sangat sedih tengok kat berita2
berat mata memandang 
berat lagi bebanan keluarga yang menanggung
al fatihah buat yang beragama islam
n good blessed them tuk yang agama lain

hari course nya
Course Coodinator our own people dari UOB
tapi sangat berpengalaman
presentation is good and clear



 


















perkara yang sering menjadi issue setiap tahun
Performance Appraisal
yang sering diperdebatkan
kali ni belajar serba sedikit
macam mana nak handle ketidak puas hati
antara u and your bos
berkenaan penilaian pretasi kerja sepanjang tahun
great information juga
if rajin nanti aku elobrate detail in other n3





 













antara aktiviti
bina tower paling tinggi
tapi group aku tak menjadi lah
banyak ketawa and bercakap dari buat
yalah dah mostly ahli yang gila2
indah tak indah je buat
last2 tower tinggi tapi tak utuh
patah semua batang spagetti tu 
dek keberatan marshmallow kat atas nun
foundation tak kuat

sesi diakhiri dengan adegan roll play
antara bos dan pekerja
sesi yang ditunggu2
nervous + suka ketawakan orang
pastu ko buat
orang lak ketawakan ko
adil lah tu kan
cam cerita P.Ramlee, pendekar bujang lapok
adegan kat sekolah buta huruf tu
macam2 jin dan mambang keluar

abis course balik hotel
tak sabar nak mandi
badan melekit2 
banyak sangat gelak
sampai berpeluh2

malam kita pi satu shopping mall tuk makan
takda beli apa pun
aku je beli hand bag kecik tuk Nunup
sebab barang kat Miri
lebih advance dan canggih dari di Bintulu
so shopping memang not in the list lah


















sesi lepak tepi jalan
(pic duduk bertiga)
yang terang tu adalah entrance hotel
belakang kita adalah bistro hotel
tapi takda orang lah
tutup rasanya

melepakan diri sambil makan kuaci
siaplah main buang je kat tengah jalan tu
maafkan kami MPBintulu
pagi bila bangun buka tingkap
tengok pekerja MPBintulu tengah menyapu
gulpp!!! sure menyumpah orang tu





 






zzzyy

Friday, August 22, 2014

Berandau



Berandau






=

Berbual-bual

=

chit chatting











zzzyy

Monday, August 18, 2014

My Dear Ava






















baru je tidurkan budak ni
hari ni ponteng sekolah lagi
berhingus dan demam sikit3
lagipun semalam cikgu bagitau
hari ni balik awal 10.30 i/o 12.00
so alang2 kan
kesian juga bangunkan dia
yang selama tidur dalam keadaan lalok makan ubat

apa tak nya
sabtu kan ada gotong royong kat sekolah dia
bersihkan sekolah 
gantung bendera





 

 









dan budak2 semua..........




 













bersuka ria bermain
ni elok masih kat kawasan terlindung
yang selepas ni
berpeluh2 main jongkang jongkit kat atas panas
adehhaii

tu ler yang selepas tu ava flat
aku mandikan pastu terus dia tidur
malamnya pula pergi mall
bermain lagi kat indoor playground
over bermain lah budak tu
tu ler yang demam2

semalam lak
seharian aku bawa dia pergi dari mall ke mall
sebab kesian tengok mak
dia complain lama dah tak berjalan2
so bawakan sambil beli lah groceries sikit2



oh yea back to ava
dia dah pandai melaram sekarang ni
suka posing2
suka princess2
paling suka frozen
semalam tengok budak pakai baju gaun frozen
kagum sesangat dia
sedangkan dia dah ada 4 dress pun
dari yang biasa
sampai lah yang ada eko2 cam princess Elsa tu
ala yang macam ekor gaun orang kawin tu
 

 















ni aksi butterfly
lama dah belikan baju ni
costume actually
ada skirt
skarf rambut
dan sayap butterfly
dan ada kayu magic
tu yang dia selalu complain
kenapa dia tak boleh terbang
kayu dia tak boleh magic
alahaiii 
too much movie sesangat anak aku ni




 
















ni pun orang nak jadi princess
lately nak jadi princess sesaja
terpengaruh sangat dengan cerita frozen tu

tambahlah lately dia ada tengok cerita barbie
tengok princess sofia
makin berkobar2 lah rasa nak jadi princess

adalah last week tu
dah dalam dia sibuk2 berhias
bertukar baju
somehow mana dia dapat gunting
dia gunting rambut sendiri
nasib baik tak banyak dia gunting

pastu bila aku kata pasni
dah tak boleh lah dia nak ikat rambut cam princess
aku lak disalahkan
terus taknak kawan mummy
sepetang tu nak mengaduh aku sesaja
hahahahaaaa...

ni sebelum aku tidurkan dia tadi
dia complain susah nafas sebab berhingus
tergelak2 bila aku sapu tigerbam kat dada dan belakang dia
pastu sapu kat kaki sebelum pasangkan stokin
pun dia dok terkekeh3 ketawa
geli katanya

but lepas tu she act so sweet
dia bagitau aku
mummy do your flower ok (game kat PC)
nunup tidur ok (sambil terangguk2)
so cute
lepas baca doa, hug2 kiss2
dia terus tidur :)
dah lalok kerna ubat flu lah tu

k lah 
aku pun nak tidur
nite2










zzzyy

Friday, August 15, 2014

Muai Uras

Muai Uras

=

Buang Sampah

=

Throw the rubbish










zzzyy

Wednesday, August 13, 2014

Sikap Kebudak-budakan





kebanyakkan dari ktia
dalam umur yang dah setengah abad ni
most of the time
perangai tak berubah-ubah
masih lagi kebudak-budakan


















 tadi kat office 
aku dan colleague
ketawakan another colleague
dia berlakon cam letih sangat
sambil bernafas bising2 
cam anjing keletihan tu
hahahhaaaa!!!
umur dah 50 tahun
masih cam budak2!!!

and aku sendiri pun sering camtu
berperangai budak2
bukan dibuat2 pun
memang dah terbawa2

kekadang bila bergurau dengan kawan2
huh mengalahkan budak2
bila tersedar akan 'kedewasaan'
rasa lucu lak 
umur je tua 
perangai kebudak-budakan

aku rasa berlaku kepada semua orang kan
if tak selalu
sekali seminggu pun pasti ada

dulu bila aku baru menjejak dewasa
aku sering fikir
yang orang dewasa akan bersikap totally 
lain dari orang muda
takkan melakukan perkara2
yang orang muda or budak2 lakukan

bila dah makin meningkat dewasa
ternyata apa yang aku fikirkan tak betul
tak kira berapa umur pun
bila tertiba hormon bebudak tu datang
maka
bersikap kebudak-budakan lah kita
lompat sana-sini
overexcited over something
seperti budak dapat mainan


















tak percaya?
lepas baca ni
cuba korang perati perangai sendiri
tanpa sedar mesti ada
sikap kebudak-budakan tu
terutama if gembira
kecuali lah tidur
yang tu
baby ke
budak ke
remaja, dewasa, tua
tetap juga sama
pejam mata, tidur
bezanya
dengkuran nyaring ke tak :)

keinginan pun 
memang ada sesekali mai feeling bebudak
contoh simple
nak beli pencil/pen fancy2
ada kartun2
note book colourful
teringin nak main gelonsor/buaian di taman
teringin naik basikal roda 3 
teringin nak mandi kat swimming pool kecik anak
dan segala macam keinginan lagi

bila fikir2
or tersedar berkelakuan cam budak2
boleh sengih sendiri :)
tapi itulah kita,
tak pernah sepenuhnya dewasa



pic credit to Google


 






zzzyy