Sunday, November 30, 2014

Jalan-jalan Hari Ahad



brunch dengan keluarga adik
and another SIL
brunch sempena birthday bapak
actually just simple brunch
sebabnya taktau mana nak pergi makan lagi
mostly tempat dah pergi
lagipun lately selalu makan heavy2
so plan simple je
takda birthday kek
takda upacara apa semua
just makan, order apa nak

















wefie dulu sebelum makan
selepas tu bila makanan dah terhidang
takda masanya lagi nak snap2
perut yang bernyanyi
harus segera di isi

aku makan lau su fan or mee tikus kering
favourite!
mostly makan nasi ayam stim
adik makan kuehtiaw goreng and
SIL makan nasi goreng kampung
plus with assorted dimsum
fuhh!!! kenyang sesangat

pastu hantar SIL yang sorang tu balik tempat kerja dia
sebelum meneruskan perjalanan rambu ramba hujung minggu
pergi permymall
tengok autoshow sekejap
well aku kan mana faham tu semua
so takda ler minat sangat pun
just ikut orang tengok2

masa aku datang
pertandingan sapa paling lowered
camna diorang sukat?
letak besi cam orang nari limbo rock tu
pastu suruh kereta lalu
sapa menang tah aku tak pasti
tapi bila aku pulang
aku tengok kereta yang dapat award rim paling cantik
bila aku tengok takda apa sangat pun
biasa je
hahahaaa... aku kan buta auto tu semua

tapi yang sound system tu aku faham lah
ada sebuah myvi 





















cantik kan
tapi disebabkan space yang kecik
sound system tak boleh nak berkembang sangat
so bergetar sesama sendiri
menyebabkan tak berapa best didengar

and compare to another car
aku takda ambik pic (lupa)
sound system dia enak didengar
denguman yang selari
tak bergetar sesama sendiri

seriously if banyak duit
memang aku nak sebuah kereta full dengan sound system camni
tapi bukan tuk diguna hari2 lah yea
tuk auto show saja
hahahaaa...
aku berangan lalalallalaaaa

oh yea
tujuan sebenar pergi permymall
adalah hantar ava main kat indoor amusement park dia
kecik je pun
tapi ada tempat jump2 rumah cam dalam kotak tu
despite of giving her trampoline as birthday gift
ingatkan dah taknak main kat sana
rupanya masih nak juga
tambah sekarang dia dah pandai berkawan
everywhere she go
mesti akan ada kawan

and balik dari permymall
singgah kat town tuk makan cum dinner
jam dah kul 6++ pm pun
kebetulan kedai makan depan permaisuri mall
so pergi ke situ juga
sebab ava nak juga main jump2 kat sana
alahaiii 
if tak dibawa semingguan dia menagih
sampai naik kesian dengar
sedangkan if time kerja
memang letihlah nak berjalan kesana
dia of course excited
setelah seharian di rumah

mak tengokan dia
aku dan bapa jalan2 akat shopping mall

lepas tu merengek nak beli toy  pula
aduhaiii
tadi kan dah beli 2 CD barbie
dan 2 helai tshirt little pony
ni nak beli toy little pony pula
dah a few times dia survey kat speedy tu
all this while dapat disuruh tengok saja
kali ni dia meroyan nak beli














yang besar tu yang dia rengekkan tadi
yang kecik tu adik belikan a few weeks back















yang kat tangan tu adalah favourite
namanya rainbow dash
rambut adalah colourful
sampai dia kata
dah besar nanti dia nak rambut camtu
aduhaiii anak2
harapnya tu angan2 masa kecil saja
tak sanggup ku tengok
if betul2 berambut begitu

so far collection dia:-

1 set pony besar
1 set pony kecil
3 CDs
Seorang pony manusia bernama rainbow dash
2 helai tshirt

so far merchandise little pony masih rare
tak banyak di pasaran
tah esok lusa
kang seperti dia gila kan frozen lak nanti
ni frozen so far masih ada 5 baju belum sampai
order online
tah dia masih ke nak guna nanti
if taknak aku plan nak jual balik
dapat balik model pun ok lah

oklah eh
begitulah kisah hujung minggu ni
memang tak sah if tak berjalan2
cuma semalam memang relax kat rumah saja
dah tak ingat bila dapat camtu
selalu busy saja tiap weekend
tapi tu lah quality time dengan family
melawat adik Sil2 dan anak buah

if hari bekerja
confirm letih dan malas nak jejalan

anyway
have a great week ahead

bye










zzzyy


Saturday, November 29, 2014

Terima Kasih



setelah berkhidmat tuk aku selama 2 tahun 2 bulan
akhirnya dia terpaksa mengundurkan diri
sebenarnya
secara dalaman takda cacat cela nya
dia sentiasa berkhidmat sebaik mungkin
sekuat mungkin
tapi luarannya
memang teruk!
hampir tak dapat diselamatkan





















terpaksa mengucapkan selamat tinggal 
kepada samsung ace
cerminnya hampir retak seribu
bila tengok aku pakai since bebulan yang lalu
ramai yang ingatkan
yang calar2 kat depan tu 
ialah fashinonable screen protector

bukan wehh
No! No! No!
itulah solatape!!! 
muahahahaaa
solatape tuk menampal bahagian 
yang pecah cerminnya
nasib pecah cermin luarnya
if yang dalam
confirm dah lama aku ucap goodbye

actually aku ni
bukan jenis yang sukar tukar2 phone
aku akan guna until the last hope
sebab tu lah
semua phone aku bertukar
sebab tak boleh nak guna lagi
bukan kerana nafsu 
ikut perkembangan semasa
nak yang canggih2 sajok

dan pilihan aku tuk penganti nya...............



eh bukan iphone 6 
tu aku tak mampu
terlalu mahal & tak worth
tuk orang seperti aku

demand aku tak tinggi
asal boleh call, msg
internet dan main online game
tu jee
and tuk anak aku
asal boleh tengok youtube
sudah


phone baru ni pula
sudah nak jadi hak milik ava
tu pun dia sering merengek
kenapa aku bawa phone tu kerja
dia kata tu phone dia
sebab tab dia dah rosak
so dia ingat aku beli ganti tu
kesian juga tengok
nanti ah 
ada rezeki mami belikan tab tuk nunup















tara.......................
lenovo A889!
beli dalam RM420
oklah boleh buat macam pun
boleh 
selfie
groufie
wefie
fie fie fie
dan yang sewaktu dengannya

actually tak berkenan sangat bila dah pakai
terlalu besar tuk digengam
tapi still get use to it
nanti2 ok le tu kan

or if ada rezeki 
nak beli yang lebih kecik
yang ni bagi kat ava
tengoklah 
camna keadaan ekonomi rumahtangga bulan2 mendatang

k ah dah kul 1.36pm
nak pii mandi
tadi lepak bilik tidur til 12pm
pastu brunch dan ni ngah relax2

have  a great weekend











zzzyy

Friday, November 28, 2014

Nadai Ari

nadai ari

=

takda masa / sibuk

=

no time/ busy












zzzyy

Thursday, November 27, 2014

Mengimbas Persekolahan Ava Tahun 2014





tup tap tup tap
dah nak abis tahun 2014
seperti belum lama dah
aku mula ambik cuti awal tahun
hantar anak ke sekolah

masih ingat hari tu
ava dibangunkan awal
dimandikan
disuruh guna baju panjang
seluar panjang
and kerana risau dia sejuk
aku kenakan dia dengan jaket jean
bawa bekal seperti tuk 2 hari
sedangkan sekolah hanya 4 jam!!!





















hari pertama

hantar dia
good news is semua takda orang jaga
so semua belajar sendiri from the first day
sementara tunggu dia balik sekolah
aku pula yang tak sabar
berdebar2
risau amat sangat
yalah dia bukan pernah bersendirian dengan stranger pun
15mins sebelum waktu pulang
aku dah tunggu luar gate
sedangkan rumah if guna kereta
tak sampai 2 mins pun :)























oh yea
luckly ada yang dia kenal
bestfriend, Darnish


setelah mengharungi persekolahan  
dalam more or less sepuluh bulan
tak terasa masa berlalu 
akhirnya minggu lepas
adalah minggu terakhir persekolahan tuk tahun 2014

dan ada majlis perpisahan dibuat
tuk yang bakal masuk darjah 1
dan yang bakal berpindah sekolah
sadly aku tak dapat attend
sebab diadakan ketika time bekerja
lagipun cikgu inform last minit
so just beli some food and drink
and let ava enjoy herself dengan kawan2





















dapat award best dress
dapatlah set pencil dan teddy bear

















nyanyi lagu do you want to build a snowman
tak dapat aku bayangkan camne ava nyanyi
dengan pelat yang tak fluent
cuma tune confirm ngam





















perbarisan terakhir sesi persekolahan 2014
ava memang selalu depan sebab 
ingatkan dia besar
rupanya masih yang terkecil disekolah

































diakhiri dengan group photos


dan hasil dari sesi persekolahan 2014
and here she is
gambar graduation!!!






















untungkan sekarang
baru kenal alam persekolahan
dah berpeluang guna topi segi 4 tu

zaman aku dulu mana ada tu semua
kurus kering belajar pun
belum tentu dapat masuk U
if masuk U pun
belum confirm dapat topi 4 segi tu

anyway, congratulation my princess
after all the susah payah
berjaya complete sesi persekolahan 2014 
semoga tahun2 akan datang
akan membawa lebih keberkatan
amin











zzzyy

Sunday, November 23, 2014

Company Dinner

last nite
48th company anniversary dinner
kat meritz hotel
kali ni our branch organised

im not involved directly
just ambik attending yang datang

dinner kali ni selamba je
takda yang excited sangat

dimulai dengan grand entrance tuk 
Regional Mgr & Brch Mgr
pastu speech
pemberian long service award
bagi yang dah bekerja 10, 15,20,25,30 & 35 tahun

pastu food presentation
fuhh!! lega
perut dah berkeroncong
the only food i take aritu, mee goreng @ 2pm
mana tak lapar
dah ler keadaan hotel yang humid, ekon ada masalah
tambah lagi hanya ada satu lif yang berfungsi
memang berpeluh2 dan stress lah menunggu 
tuk naik ke tingkat 7, venue dinner


lepas tu lucky draw
seperti biasa aku memang jarang lucky
nasib dapat table draw

















dapat bakul ni
so cute 
boleh lipat2
and dah pun jadi hak milik Ava
tempat dia bawa anak2 patung dia


lepas lucky draw
ada nyanyian dari trio
seorang perempuan 2 lelaki
nyanyi lagu2 zaman 80an
not really interesting sebab bukan zaman aku
but enjoy some of it yang aku tahu
and 2 of my colleague umur dalam akhir 40an
they really can dance with the music
tak rancak tau
but really nice to see they dance

selebihnya
as usual ada panggil kumpulan penari, perempuan
i guess semua pun dah boring tengok meskipun seksi
which aku rasa (bukan riak le ya)
if aku menari mungkin ramai yang berminat
sebab tau aku memang tak pandai
so tentu ramai yang nak gelak
tapi if
dancer2 ni memang penari pun
so apa diaorang buat ok je
dah tak hairan if diorang menari
lain lah if ada something extra dibuat
yang jarang dibuat orang
then baru menarik

seterusnya just enjoy myself
lepaking dengan kawan2
ada yang lama dah tak jumpa
then bila berjumpa
confirm banyak cerita 
banyak ketawa
keseluruhannya
meskipun tak semeriah biasa
but aku suka juga dinner ni
lain dari yang sudah2:-


takda persembahan dari branches
takda games tuk manager
protokol kurang but tetap ada

and by 10pm dah selesai pun
macam dinner orang kahwin!
aku lepas tu lepak minum ice lemon tea
sambil bercerita with another 3 friends
almost 1am baru sampai di rumah

sampai rumah terus mandi habis2an
sebab rambut adalah extra keras
penuh dengan klip hitam
penuh dengan sparkling dust
penuh dengan spray
nasib make up & hairdo kat salon cousin
so dapatlah murah sikit
if kedai lain
ada yang mencecah rm100
rm100 just for a few hours???!!!!
ooohhhhhh pembaziran yang ketara
but berbekalkan slogan
setahun sekali
so seratus pun seratus lah!!!!
hahahahaa

begitu lah cerita malam tadi
anniversary dinner










zzzyy



Friday, November 21, 2014

Reranggap



reranggap

=

mula terngangga

=

open wide mouth













zzzyy

Sunday, November 16, 2014

happy Sunday

well nothing much happen weekend ni
just ordinary lazy weekend
bangun lewat sikit dari biasa
why i said sikit
cos Ava memang jarang dah bangun lewat
paling lewat pun 7++

if ada bapa so she won't disturb me and mak
she will disturb bapa
so me and mak boleh enjoy tidur

problem kenapa aku kata kacau
cos budak tu
celik je mata
mesti nak makan sesuatu
tak kira lah apa2
asal mengunyah

if aku bangun awal
selalu goreng french fries or sosej
tapi aku biasa bangun lewat
so if dengan bapa
menu selalu megi
or roti rendam kopi

semalam masa adik sponsor shopping groceries
dalam kami dua tunggu orang buat bayaran
dia kan tengah makan kropok yang ada bungkusan
tiba2 dia jumpa something kat mulut dia
so aku suruh dia buang 
tanpa check apa benda tu
so dia tanya apa tu mami
aku kata sisa makanan dalam mulut
terus bagi dia air bunga

but then dia masih tak puas hati
tanya aku lagi
masih kata sisa makanan
so dia suruh aku gambar gigi dia
(memang dah jadi kebiasaan,
akan suruh part yang dia tak dapat tengok)
so aku gambarkanlah
nasib hp 'canggih' aku masih kuat baterinya

then show gambar kat dia
aku gelak2 tengok gigi dia yang ada dah rosak
dia tanya aku kenapa mami gelak
aku kata takda lah apa sangat
saja gelak tengok gigi ikan Nunup
then dia tengok gambar kat hp

tiba2 meraung!!!!!
aku panik! kenapa pula
adik yang tengah bayar pun cakap kat bapa
ni mesti aku marahkan dia lagi
cos earlier aku marahkan dia
mana taknya
berjalan berlari2 nak main sembunyi2 lak
dahlah aku bawa trolley
bawa lagi stroller dia
pastu kena kejar dia
mana tak blood go upstair
aku tangkap dia aku picit cuping telinga

marahlah dia cari nenek yang tah ke mana
pastu taknak kawan aku
tapi aku juga yang dokong dia
dalam didokong tu membebel lah dia

jumpa nenek terus lari ke nenek kawan nenek
pastu aku bebas lah cari barang
dengar lak suara dia
nak kawan aku
hah!! tak kemana pun
ava ni jenis yang 
sapa marah dia
orang tu lah yang kena pujuk dia
huh!!! dah lah pitch dia nyaring
berdengung supermarket
macam dunia milik kami :)
nasib baik juga timi tidur
if tak bertambah lagi budak meraung
tu baru 2 if ramai??
fuhhh!! boleh fengsan!

ok berbalik kepada dia tengok gambar kat hp tadi
terus meraung
tanya dia kenapa
dalam tangisan kata, Gigi Nyupnyup!!!!
ops!!!
aku bertambahlah gelak
tak peduli orang sekeliling
adik tanya kenapa
gigi dia patah lekat kat pembungkus kropok!!!!!
muahahahaaa!!! semua gelak
termasuk orang sekeliling yang dengar

hari ni tanya dia sakit ke gigi patah
tak!
malah makin selesa
sebab gigi yang patah tu pun memang dah patah tepi
so hujung dia adalah sangat tajam
tu ler yang aku selalu kata
cam gigi ikan shark
ni yang hujung tu dah patah
pangkal masih ada 
gigi tu pun masih ada setengah
so takdalah yang menganggu sangat if makan
cuma gigi tu agak pendek sikit je
if yang sebelum 
gigi tu paling panjang
dahlah tajam
tak dapat meratah sangat pun
ni dah selesai masalah :


sekarang ni kegilaan baru dia
adalah siri My little pony
semalam adik belikan toys
watak rainbow dash
dan pony masih kecil
as a birthday present


















ni ah little pony yang sangat comel
terutama colour rambut diorang
and this is Ava's favourite



















watak yang bernama Rainbow Dash
kenapa dia suka??
sebab rambut colourful
bila tengok cd ni
dia kata
dah besar nanti dia nak rambut camni
erkkkk!!!! 


pic credit to google











zzzyy