Saturday, September 26, 2015

























lama dah beli tepung custard
tapi tak juga buat apa2
so semalam tiba2 mood rajin datang
dah ini hasilnya
custard jagung

resepi google je
ngam sangat terkena yang sedap
buat dan menjadi
ni tengah buat n3 ni
sambil makan tu




















tengah makan juga
jagung manis taiwan
ok ok je rasa pun
takda ler manis sangat
layan je lah
since rasa nak sangat makan

























ni pun beli otw balik tadi
manis dan juicy
dah murah sikit ni
rm2 seikat
biasanya rm5 sekilo












zzzyy

haiii
happy weekend

tah rasa malas betul hari ni
tapi jauh juga dah perjalanan tadi
turun to town for lunch
then jalan kat parkson
(3 kali masuk bahagian handbag!)
kali pertama masuk, tengok2
ava nak terkuncil
so hantar pergi toilet

on the way masuk kali ke 2
melintas famos amos
beli cokelat jap
so masuk parkson
ava tak kacau sebab busy makan cokelet
aku n mak tengok2 hangbag
dia dengan aki

pastu kecoh lagi
dia nak minum air
keluar lagi dari parkson beli mineral water
dah dapat masuk sekali lagi

kali ke tiga ni dia dah boring
aku belum lagi dapat bag yang diingini
dia dah merengek
suruh aku beli bag colour pink!
eeeyuuuu!!!! taknak aku

puas merengek, pusing2
dia ngantuk dah
suruh aku beli cepat2
aduhaiii nak
if rega seringit dua 
banyak dah mami rembat
takyah nak fikir panjang
nii rega ratus2 takkanlah nak rembat je
40 kali kena fikir mana nak beli

lastly dia minta bawa
hah!! abis lah cerita
aku nak melangkah pun berat rasa kaki
apatah nak soping sambil bawa dia

jalan slow2 balik ke kereta
sebelum tu singgah big apple beli donut dia
kesudahannya
sampai je kereta terus dia 
baring atas bantal dan berselimut
terus tidur,,,

bukan pa aku dah beri dia ubat demam & selsema
sebelum turun tadi pun
biasa takda effect sangat kat dia pun
tapi sebab berjalan kot
tu yang dia letih dan mengantuk
bangun tadi dia complain sakit tekak
tu yang bagi

dah sekarang ni musim jerebu
penyakit memang suka sangat datang
kena minum banyak air











zzzyy



Sunday, September 20, 2015

Aktiviti Week-end


haiii 
salam hari ahad
hopely masih ada lah seorang dua 
yang sudi baca blog aku ni
if takda, 
kenalah aku syok2 sorang2
hehehehee


cuti weekend dipenuhi 
dengan aktiviti jalan2 kat shopping mall
semalam ke parkson
hari ni ke parkson lagi

takda beli apa pun
selain dari makanan
kan semalam tu beli donut
kat big apple
hari ni ava masih nak makan pula

so seawal 10am dah drive ke parkson
orang baru nak datang ramai2
nasib masih senang cari parking

datang je terus pergi big apple
tapau
























yang tak berlubang tu je aku punya
(tapi mak yang rembat)
yang selebihnya lima tu
nunup yang pilih























pic hari ni
























pic semalam


semalam beli kat big apple
tapi makan kat marry brown
hari ni beli kat big apple juga
makan kat secret receipe















sebab budak tu kata dia nak makan ni juga
marbel cheese cake
favourite dia sebenarnya new york cheese
tapi takda stok
so ambik je yang look almost similar






















aku pun taknak lepas peluang
makan beef lasagna
dan minum 7 up
nunup lak maintain
dengan air sejuk tapau dia


dasar perut rosak!!
pas minum 7 up
aku rasa cam semacam je sengugut
ehh... tak berhenti lagi ke period niii
2 3 ari kebelakangan ni takda pun
just titisan2 kecil

dalam sakit2
lepak juga kat permaisuri mall
hantar nunup main kat amusement place tu

aku yang jalan2 
tetiba rasa cam lebat semacam je period
nasib guna sanitary pad yang tebal
tapi tetap tak senang hati
pergi beli pad kat watson
pastu pergi toilet
hmmmm....
memang penyakit betul lah aku ni
berdarah tak henti2
memang lebat pun
buat rasa tak selesa je

tapi surprisingly
bila keluar dari building 
cuaca panas kat luar
ok pula perut aku, hilang sengugut
ehhh sejuk ke?
sudah pula aku minum sup earlier
uisskkkkkkkkkk!!
sesuka je nak sakit
benci aku!!!!!










zzzyy

Wednesday, September 16, 2015


cuti malaysia day
aku duk rumah berdua je dengan ava
mak and bapak ikut uncle balik kampung
so berdua lah kami beranak
ehh ada uncle jang dia
tapi budak tu bangun je tidur terus merayau
takda melekat kat rumah tu


lepas mandikan ava
terus cari makanan
teringat paha ayam dibeli semalam
plan nak masak chicken mushroom
tapi mushroomnya takda
so deepfried je lah


























taraaa......
nasi ada dua version
kicap dan tak berkicap
yang kicap ava punya
yang tak berkicap aku punya
tauhu pula tauhu semalam
panaskan je, keras! :p



lately malas sangat nak masak
biasa makan je apa yang mak dah sediakan
takda layan selera sendiri
lagipun selera aku dan mak agak sama
cuma aku selalu complain
if mak masak, makanan memang amat berminyak
tapi if sayur kampung tu
dia goreng tumis 
memang masuk juga banyak minyak
if tak banyak kurang sedap
tapi seriously
mak masak memang guna banyak minyak
dalam semua jenis makanan
so aku prefer soup


























yang ni menu last sunday
kan aku malas masak
tapi nak makan banyak bahan sekali
so aku buat wantan soup

cincang isi ayam
bagi perasa
pastu gulung dalam kulit wantan
(banyak jual kat pasaraya)
masak air soup
campur cincangan halia dan bawang putih
bila dah mendidih
slowkan api
masukan wantan
bila dah nak masak, masuk telur
dan sayur
tutup api tutup tudung
biar bertenang seketika

so satu hidangan
ada ...................
ayam, wantan, telur dan sayur
takkan dapat dalam satu hidangan
if makan kat kedai
























ni kegemaran ava lately
pretzel kering yang sedap
meskipun sedikit over masin
tapi tetap sedap dikunyah ditelan
nak lagi dan lagi























aku pula gian makan seaweed ni
dulu aku memang tak suka makan seaweed
sebab sejenis yang selalu ada tu
memang bau hanyir sesangat

tapi lately
kawan2 yang baru balik dari thailand and korea
bawa seaweed sebagai ole2
and yang dibeli straight from kilang dari korea
amat sedap, ranggup
buat aku gian 

then tak lama pastu
seorang lagi bawa seaweed dari thailand
pun sedap
and kebetulan hari tu pergi boulevard supermarket
tengok pelbagai seaweed
dan aku pilih yang ni
terus gian
nak lagi dan lagi





 







zzzyy

Monday, September 14, 2015



kekadang memang seronok 
bila bercerita tentang benda2 
yang kita lakukan ketika kecik dulu
makanan yang kita makan 
permainan yang kita main

aku time kecik memang dibesarkan
kat rumah kebun
yang takda jiran
if ada pun agak jauh antara satu sama lain















lebih kurang camni lah bentuk rumah aku dulu
tapi of course 
sebab tanah sendiri
dan sumber tuk buat rumah, kayu kayan banyak
rumah2 kebun aku dulu 
besar dan luas

suasananya aman, sejuk, damai
kicauan burung2
and aku paling suka
bila hari hujan
sebab masa tu tak boleh buat apa2
so family semua berkumpul kat rumah
buat aktiviti dalam rumah

menganyam tikar
buat bubu, peralatan menangkap ikan
sambil tu mak atau nenek
akan masak ubi kayu, jagung
makan ramai2 sambil tengok titisan hujan
yang jatuh dari kaki atap

rumah aku dulu
dikeliling ladang koko 
ladang buah2an
and most of all
pokok getah
sebab selain dari bersawah padi
keluarga aku menoreh getah
padi adalah untuk makanan harian
getah pula dijual tuk keperluan 
yang tak didapati di hutan

bila  hidup kat kebun camni
sayur2an hutan sentiasa ada
umbut rotan antara yang sedap di bakar
dan of course ada kebun sayur sendiri

daun pokok ubi kayu
ubi kayu antara yang sedap juga
rebus makan dengan gula

one in a while
aku akan ikut atuk or bapak
pergi menjual getah kat kantin 
tu pun jaraknya lebih kurang sejam  setengah jalan kaki

and aku sebagai seorang yang mencintai makanan
confirm akan bawa bekalan
tuk dimakan dalam perjalanan

bila dah jual getah
dapatlah beli barangan dapur
kopi, gula, ikan masih, dan lelain lagi

kemestian aku beli

soya bean
sardin kacang hitam
sardin cookles/ kerang kecik
biskut yang dibungkus dengan kertas warna warni tu
dalamnya
yang warna putih segi empat, manis
yang kacang dan bijan
bila kau makan kena tarik tuk pisahkannya
gula2 kelapa

yalah dah duit pun ciput kan
so beli bukan banyak pun
cukup2 satu portion je
ada yang dibeli tu
tak sampai dirumah pun
habis dimakan dipertengahan jalan :)

hidup kat kebun dulu
if duit memang lah tak banyak
tapi if rajin, menoreh so adalah

but bab makan memang tak pernah kurang
ayam, babi banyak pelihara
cakap je bila nak
memang ada yang jadi mangsa
ikan pun sentiasa ada
sekali tahan pukat
boleh makan berhari2
boleh buat perkasam
boleh buat salai
yalah dulu mana ada aisbox kan
so tu je lah cara tuk preserved makanan
beras pun tiap season menuai
memang mencukupi lebih dari setahun

banyak makanan sekeliling
yang penting rajin 
rajin bercucuk tanam

sekarang bila ingat masa lalu 
sangat rindu saat2 dulu
tak payah nak fikir bil2 
tak payah nak bertungkus lumus cari duit
banyak makanan sekeliling

tulah kat sini
orang yang bercucuk tanam
menghasilkan tanaman sendiri
takda yang merempat

nak padi, bersawah, tanam padi
sayur2 semua ada kat hutan
pelihara ayam itik babi
jaga pun senang
beri makan dengan padi
dan biar berkeliaran
boleh dikatakan tak memerlukan duit pun

memang tak maju 
dah memang kehidupan di kampung kan
tak perlu nak fikirankan ekonomi kemajuan semua
yang penting surviving
tapi otak tenang
takda hutang

internet, kemajuan sekeliling
bangunan mencakar langit
politik semasa
bayar itu ini
tak perlu nak fikirkan

aku rindu suasana itu..............










zzzyy


pic credit to google


Friday, September 11, 2015

Kena Tipu Penarik Beca Di Ho Chin Min City, Vietnam




baru ada idea nak buat entry tentang
kes kena tipu dengan penarik beca
di ho chin Min city (HCMC) aritu

mulanya aku dengan makcik bidah
cadang lah nak jalan kaki 
enjoy scenery HCMC
sambil tu ada lah juga guna GPS
cadangnya nak pergi muzium

dah memang tak biasa guna GPS
kalut lah jadinya
tanya orang pun ok tak ok je
ada yang bagi direction berbeza
blurr jadinya
lagipun kat HCMC ada 4 muzium
if tak silap aku lah

so dalam dok kalut tu
jumpa lah pakcik penarik beca ni
dah tua arr dalam 60-70 tahun
dia tunjuk kat mana muzium tu
rupanya dah kita lepasi pun
masa jalan kaki tadi
hanya perlu berjalan less than 5 mins je

so kita enjoy lah muzium
tah yang mana satu
lupa aku
malas nak ingat
tapi bukan muzim perang arr
muzium ni ada tunjuk tentang
kebudayaan vietnam

bila kita keluar dari situ
penarik beca tadi masih kat sana
biasa ahh diorang lepak2 cari pelanggan

dalam aku dan kawan beli air tu
dia offer lah tuk 2 orang
ke another 2 muzium dan china town
VID50,000-00 (lima puluh ribu Dong)
berkali2 aku tanya
dia kata ya2
bukan apa aku tak berapa percaya 
yalah kurang RM20 pun
tapi dalam fikiran tu kata 
ok takpa, nanti bagi diorang tips

so bermula lah journey naik beca
merempuh bandar HCMC yang sesak
rasa cam bertarung dengan maut
kiri kanan depan belakang 
semua kereta dan motosikal
dah lah tengah2 panas tengahari

dalam fikiran 
memang dah berbunga2 ayat aku susun
tuk buat entry kat blog
bangga lah tu naik beca 
meredah kesibukan kota

so dipendekan cerita
pergi lah ke tempat2 yang nak dituju tu
then diorang dua bawa aku dan kawan
duk lepak minum kopi
tempat rumah orang tinggal
tapi kat depan rumah dia buat kedai kopi

so kat sini
mula lah dia tunjuk rega
VID500,000-00 (lima ratus ribu dong)/ jam!!!
aku dan kawan guna dalam 4 jam
2 juta dong x 2!!!!!!!!
1 juta dong dalam RM200!!!
naik beca tuk RM400 ringgit!!!/ pax
aku pergi balik HCMC plus hotel tak semahal tu

aku sesangat geram
rasa cam kuat
rasa nak tumbuk orang tua
walaupun aku perempuan tapi rasanya
if aku belasah orang tua tu
boleh tahan juga peganan nya
tua arr penarik beca tu

aku siap sumpah dia depan2
aku kata dia takkan berkat duit tu
sebab menipu
no wonder seumur hidup menarik beca
walaupun menipu & dpt duit banyak
tak juga kaya2

no wonder tak suruh ambik gambar
kekunun bahaya lah pegang phone
ketika sedang naik beca
nanti orang rampas
emm masuk akal juga

after some arguement
(nothing much can do pun)
nak belasah dia
kang aku masuk lokap kat negara orang
tak berbaloi RM200 tu
aku dan kawan end up
bayar sejuta dong each

buat seketika lepas penarik beca tu pergi
aku memang panas betul
kawan aku masih agi relax
dalam fikiran aku
1 juta dong tu banyak barang aku boleh beli
bermeter meter kain

buat seketika
aku dan kawan berjalan kaki  
dalam panas terik, berpeluh-peluh
indirectly menghukum diri sendiri
kerana jadi tipah tertipu

but end up tak larat
jumpa teksi balik hotel
hanya perlu bayar dalam rm3-4 saja
rasa nak hentak kepala
huhuhuhuuu

balik je miri sini
aku terus post kat page Miri Community
bagi warning kat sesapa yang nak pergi HCMC
supaya jangan sesekali guna beca kat sana
kang nanti ada lagi mangsa tipu

menyesal sebab tak google 
tentang perkhidmatan beca di HCMC
banyak yang laporkan kes tipu 
pengalaman dan pengajaran
yang pahit 
so next time haruslah berhati2 lagi kan

btw, next march
aku pergi HCMC lagi
kali ni tak plan jejalan pun
hanya pergi semalam
dan pergi memborong kain!!!
(dlm process kumpul budget)












zzzyy














Wednesday, September 9, 2015

Masa Tuk Mengalah, Demi Anak




isnin
aku dapat parcel dari makcik Bidah
ole2 dari bangkok
terima kasih makcik
terharu aku
kau tetap ingat kat aku :)

satu sling bag
satu bag tuk simpan perkakas mandian/make up
dan satu gelang tangan








kebetulan bag aku pun dah expired
sok esok kerja
cadang nak guna lah yang sling bag tu

pindah semua barang dari bag lama
simpan dalam bag yang bunga2 tu
dah redi semua
sekali ava kata tu dia punya
dia nak simpan barang dia
errrkk!!
bukan tadi cakap if dah besar
dia nak guna ke?

















balik je aku dari mandi
hah!!! dah jadi hak milik
tengok tu duit syiling dan a few notes
dan tab dia
masa aku ambik pic ni
dia tengah main tab


















ni pula bag yang satu lagi tu
dia dah simpan make up dia pun
dah tu masih merengek kat aku
suruh belikan wangi
dan lipstik lagi
aduhaiii anak anak
perempuan tetap perempuan


















Fuh  aku sempat sembunyi yang ni
tu pun dia dok tagih aku 
mana gelang tadi mummy?
mana?
aku kata tahhh...
kan mummy tadi mandi
mana ler mummy tau kan
nasib dia tak banyak soalan lagi


so sekarang if ada barang tu
if aku tak bebetul pertahankan
confirm jadi hak milik dia
or dia buat mainan

memang tak lama pun dia suka
tapi bila turn aku boleh pakai
perasaan excited pakai benda baru tu 
dah takda
tapi apa boleh buat
demi anak
takkanlah nak bertekak kan
hehehehee















zzzyy

Tuesday, September 8, 2015

Sakit, Daging, Ayam



tukar template blog baru
harapnya lepas ni aku rajin lah updet
dah cam berdebu je blog ni
gara2 kemalasan asyik melanda

hari ni masih lagi MC
semalam juga
balik to my previous entry
about kondisi badan yang tak stabil tu

actually period aku tu masih tak stabil
malam khamis yang lalu
aku bleeding sangat heavy
5 6 kali terpaksa tukar pad
boleh dikatakan 
dari pinggang ke bawah dilumuri darah
tak pernah aku bleeding truk camni
pakaian je  3 kali aku bertukar
gara2 kebocoran

terpaksa minta emergency leave jumaat tu
tak larat lah asyik bertukar ganti di tempat kerja
tambah lagi badan pun lemah
tapi tah somehow
manage to drive balik kampung
kebetulan sil dan adik ada
so excited menguasai badan yang lemah

dan disebabkan kat kampung ada durian
dan aku langsung tak makan ubat
maka bleeding lah dia sesuka hatinya
ingatkan nak berhenti
sampai ahad pun masih juga maha hebat bleeded

so semalam aku jumpa lagi doc pendek aku
(ahahahaaa doc company tu pendek  orang nya
dah almost 23 tahun aku dia yang rawat)
dia bagi aku pil hormon lagi
vitamin and pain killer
and top of all
pill darah tinggi!!!
fuyioooo!! dapat pen merah dah
so terpaksa lah on medication now
esok aku cek lagi tekanan darah
harapnya ok and stabil lah

ok 
kan katanya dah dapat pen merah
dan harus jaga makanan
terutama salty food
tapi selera ni pelik lah pulak
bangun tidur rasa nak makan daging masak hitam

dipendekkan cerita
dalam kul 9am aku dah kruk krik krok kat dapur
masak bubur tuk ava
masak daging masak hitam
dan masak sup ayam cendawan
and at the same time
mesin kain baju, jemur
bercucuran peluh mengalir
sekarang badan aku memang senang berpeluh
siap menitis2
pertukaran hormon kot
or could it be pra monopos??

























daging masak hitam







sup ayam cendawan


makan dengan nasi panas
perrgg!!!! sedap
sebenar lama dah mengidam nak masak daging tu
aku malas
sebab process masaknya lama
tapi hari ni dah tak tertanggung lagi











zzzyy






Wednesday, September 2, 2015

Tubuh Dulu Dan Sekarang



tah ada ke tak dah orang tengok blog aku ni kan
lama bebenar dah tak update
bukan takda yang menarik tuk dicerita pun
just aku super super malas nak mengarang cerita
otak dah sunset ni
dah semakin malas buat segala2

tambah lagi lately aku asyik rasa lemah2 je
moody tak tentu pasal kekadang tu
then bestfriend aku cerita dengan seorang colleague
yang aku ni dah sebulan setengah tak berhenti2 period
and kawan tu cakap lah dengan aku
dia pun camtu dulu
sebab period tu ler aku dok lemah je
mana taknya berdarah sesaja
emosi pun tak stabil
tambah muka asyik tumbuh jerawat

jumpa doctor 
scan semua perut, alhamdulilah takda pa2
dia bagi ubat hormon dan vitamin
and seolah badan aku tau je
belum sempat makan ubat
next day period berhenti
aku tunggu lagi next day
takda juga
seminggu takda

then period kembali
tapi kali ni aku rasa memang period betul
tunggu seminggu lagi
masih gak keluar
aku mula risau
start makan ubat hormon tu
3 days later, stop
hingga lah ke hari ni

harapnya lepas ni period akan back to normal
yalah perempuan ni
bila umur dah cecah 40
memacam penyakit dah nak menjadi penghuni badan
lebih2 lagi dengan routine yang cam aku ni
takda exercise
takda diet/ takda pilih makan
hentam semua
lagi lah penyakit nak datang








zzzyy