Saturday, October 17, 2015

lama dah nak update
tapi asyik malas
cerita masa course hujung bulan lepas
takda apa sangat pun
tapi kisahnya 
tentang 
semua apa pun kurang menjadi

kali ni aku pergi course alone
takda kawan temankan
asalnya memang nak berdua
tapi bos secretary kata
bos tak suruh berdua
then bila bos tanya
ngapa tak berdua
aku kata kan kau tak suruh
dia kata takda pun
isskk
taktau sapa yang salah
yang pasti course dah book pun
berasingan dengan kawan
yang dah jadi partner course
since 3 tahun lepas

ok cerita tentang course
course microsoft window je pun
dah memang kat office
takda guna pun
of course jadilah subject baru
mungkin in future guna programme tu kot
diorang suruh course pergi je lah
sekadar ISO requirement

datang kl ahad
last minit juga aku beli tiket flight
tak pasti nak datang pagi ke petang
sebab aku datang hari ahad

mula plan nak guna flight 6++ pagi
then jejalan midvalley dulu
petang skit baru cek in kat hostel
tapi since aku masih kurang sihat
pergi lah kul 11++pagi je
so plan cek in dulu
malam karang baru berplan dengan kawan

dipendekkan cerita
sampai klia
tipon tak dapat on langsung
so sepanjang lebih kurang 45mins
dalam teksi
perjalanan ke hostel
aku dok buka pasang bateri tipon
masih juga taknak on
hati dah nervous
camna ahh takda tipon ni
tak boleh nak contact sesapa pun

so masih ada harapan
kat hostel kan ada public phone
so nanti boleh kol family 
n kol Ani minta no tipon 
kawan yang aku janji nak jalan sama tu

sampai hostel
ada lah dalam 5mins tengah panas tu
aku duk ketuk2 main gate
tah mana security guard tak buka2
aku dah agak panic
yalah dah bawa bag semua
takda tipon, mana nak pergi hah
cam orang pelarian saja

pas cek in terus tuju one and only public phone
ssshhhhh***T!!!
not funtioning
receiptionist kata 
memang lama dah tak function pun
gggrrrhhh!!!
pastu tanya dia senang ke nak dapat teksi sini
dia kata susah ahh
kawasan agak terpencil
so tak banyak teksi lalu
tho jalanraya dia memang sibuk 
panic bertambah

ok sabar2 masih ada ithiar
cek in dulu
bilik kat tingkat dua
roomate dah datang
pastu keluar muka amoi
minta tukar bilik dengan kawan dia
kawan dia duk bilik aku
aku duk bilik kawan dia
yea yea saja lah
malas nak argue

turun lagi ke tingkat 1 bilik hujung
roomate belum ada pun
tenangkan fikiran yang panic sekejap
jam dah kul 3pm
so lepas minum skit bagi tenang
keluar lagi cari public phone or
worst to worst pergi kedai tipon
beli henpon baru

tanya kat security guard
mana terdapat public pon 
or kedai tipon terdekat
dia kata kat The Mines
uittt jauh tu hah!!
minta tolong panggilkan teksi
tapi kebetulan sorang dari mereka 
setengah jam gik abis shift
so dia kata boleh tumpangkan aku
suruh tunggu kat lobby je
ok no problem
if tunggu teksi pun lama juga

tunggu juga dalam sejam
dia kena buat hand over semua dulu
sampai je the mines
terus tuju kedai henpon
risau juga kena tipu
so aku pergi lah kedai yang ramai org
biasanya if ramai orang
kira ok lah reputation kedai tu

beli tipon pun takda apa dalam mine
asal ada henpon yang boleh aku main COC
dah ok
and at least canggih lagi dari lenovo A899 aku tu
so rembat lah lenovo A5000

first thing dapat phone
terus tipon kawan 
yang janji nak berjalan sama tu
sementara tunggu dia jemput 
baru lah aku tipon rumah

and masa tunggu kawan tu
jadi masalah pula
sebab aku mana tau tempat besar tu
dia kata tunggu kat secret receipe
aku tak jumpa2 tempat tu pula
kebetulan monitor yang tunjuk arah tu
tak functioning lah pulak
aduh,,,,
nak tanya orang semua macam nak laju2
at last jumpa security guard
aku tanya
adeh deh deh macam ayam dan itik pula
dia tu china man
taktau english or melayu
nasib aku kat floor yang betul
so dia tunjuk isyarat tangan lurus angguk2
aku ikut and jumpa kawan

sian makcik bidah tunggu aku lama
sebab asalnya
ada plan nak jalan pi midvalley
sampai dia tunggu aku lama kat lrt
but somehow aku lupa confirmkan
at least call dia sebelum aku datang
malam kita dinner stimboat
huh kenyang sangat!!!
lenkali datang nak buat lagi :)

sempat juak melawat anak buah baru dia
cumel gegurl tu
around 10pm aku balik hostel
nasib ada roomate
kang sorang2
confirm aku membebel kat bos aku

ngapa tak suruh aku course
berdua dengan kawan lagi
next year kita pergi berdua
dia dah kata boleh
harap takda lah peraturan baru

course quite interesting
dah subject baru
seronok juga dan tak boring
walau ada kala blur
tah apa yang trainer tu kata
dia pun orang baru juga
kurang experience tuk wake ppls up
tambah kelas aku ada 12 orang je pun
so duduk jauh2
kena fokus
segan gak nak jejalan ke meja kawan
if ada yang nak tanya
and seriously
aku memang sangat cuai
adakah course tak bawa pen!!!!??
wat de fish betul

malam kedua
dinner sate dan otak2
aktiviti yang tak boleh tinggal
tiap kali aku mai course
mesti nak perkena sate yang sedap





















balik miri flight 9.10pm malam selasa
hanya beli 4 loaf of butterscotch bread
sebagai buah tangan
dalam flight sangat best
sebab duduk sorang2 je

tapi tak best
rasanya aku terkoyak muscle lengan
kerana berusaha tuk simpan bag
dalam compartment atas dalam flight tu
terus rasa sakit kat lengan kanan
ingatkan sekejap
the next day
even nak angkat mangkuk sup kecil tu pun
aku tak larat
tambah lagi period yang tiba2 kuat lagi
kerna stop makan pil hormon
nasib 2 hari je
and now syukur alhamdulilah
aku dah sembuh dari period berpanjangan

just lengan kanan aku masih sakit
now trying to recover
semalam aku dah ambik ubat kat doc
perlu sembuh dalam 2 minggu ni
aku nak ikut tournament bowling
another 2 weeks lagi
moga cepat sembuh lah ek



 







zzzyy