Thursday, March 24, 2016
My darling, u............
duduk kat katil dengan ava
dia main tab dia
aku main tipon dia
disebabkan dia duduk atas bantal
dan tak rata
so senget2 lah duduk
so aku menjauhlah sikit
2 3 mins pastu
dia mendekat lagi
aku: eh kenapa dekat2 ni
ava: nak kawan mami
aku: eh kang mami kentut senyap2
marah mami lak kata bau
ava: (senyum) takda lah mami
hari ni mami takda kentut kan
aku: camna kalau kentut?
ava: takda lah, aku nak kawan mami bah
aku: dah besar nanti jangan takmau kawan mami yea
(sambil cium2 pala dia usap2 bahu dia)
ava: tak lah mami, (merengek)
tengok mata dia ada genangan air mata
cium dia lagi
ava: mami buat aku keluar air mata lah
mami buat aku nangis
aku: (lagi hebat nak menangis) tapi control
takmau dia tengok aku menangis, terharu
aku just usap2 bahu dia, hug dia
ava ni sensitiviti dia kuat
dia mudah faham perasaan walaupun dia manja
if aku marahkan dia
dan tak mau bercakap
lama2 dia sendiri yang menangis, ralat
dia jenis yang cepat memahami soal perasaan
dalam usia yang baru 5 tahun
dia dah pandai fikir nak belikan aku baju
nak belikan aku barang
if dia dah besar dan bekerja nanti
harapnya dia akan terus begitu, memahami
and no matter bagaimana pun dia
aku tetap sayang dia seluruh jiwa raga
dia satu2nya harta aku yang paling berharga
aku sanggup buat apa saja untuk dia
i wooooooff u so much
zzzyy
Tuesday, March 22, 2016
Perfume
last saturday
pergi lah berjalan dengan ava n uncle dia
kat department store, boulevard
diorang pergi section toys
aku pergi section perkakas rumah
nak beli hanger baju
orang memang tak ramai
tengah bulan kot
lagipun sekarang
kedai2 memang selalu lenggang
kat section yang aku pergi
dua tiga orang je pun
selain 2 3 pekerja dia
so tiba2 dengar lah anak aku panggil
mami!!! mami!!!
jenguk kat celah row barang
tengok dia berlari2 ke arah aku
sambil mendepa tangan
aku pun tunggu juga mendepa tangan
dah dalam pelukan cium2 lagi
macam lah lama tak jumpa
dah ava memang manja
suka camtu
so tanya dia
aku : eh senang je sayang cari mami yea?
ava : yea mami, ava cium bau perfume mami
aku : ???!!!!!!
eh kuat sangat ke perfume aku??
sampai anak aku senang je hidu
muahahahhaaa!!!
zzzyy
Saturday, March 19, 2016
2nd Trip To Ho Chin Min City, Vietnam
last 2 weeks
aku and kawan buat short trip to ho Chih Min City, Vietnam
trip yang dah dirancang since last year
yang paling sempoi and simple
paling singkat, hanya semalam
ktiviti membeli baju kurung dan kain
kan last year dah pergi
so this time dah tau mana nak pergi pun
flight dari kl kul 12.00 gituT
sampai HCM dalam kul 1 time mereka
(lewat sejam)
pas check in aku terus rembat baju kurung
9 pasang dan jubah ava 2 pasang
lepas tu pergi Ben Thah Market
membeli lah kain
baju anak2
HCM takda tempat tumpuan
membeli baju budak2 yang murah
more or less je ngan rega kat sini
so aku beli sebagai buah tangan je
kain bercorak2 berkilat2
favourite mak
aku beli 4 pasang je
rega pun ratus2 arrr
tak mampu beli banyak2
yang ni kain tuk buat baju
tuk SIL dan mak SIL
beli pun tak banyak
kebanyakkan kita dah ada banyak kain ni
mostly buat hantar pergi tailor pun
duk berhabuk dalam cupboard
yang ni baju kurung siap aku
9 pasang tuk stok setahun
guna tuk kerja hari2
suka sangat dengan kain cotton nya
murah je rm100 tuk 3 pasang
kali ni sempat pergi Russian market
sebab kawan nak beli baju sejuk
baju yang orang guna tuk pergi tempat sejuk tu hah
cantik2 with very reasonable price
size pun senang cari
termasuk big size
masa kat HCM sempat makan 2 kali je
dinner
unique kan
telur goreng tauhu
suka sesangat
rasa cam telur kat butter prawn tu
dinner nasi ayam je pun
kali ni perut tak banyak songeh
masa pun limited
so makan tuk dinner je
pastu balik hotel tidur
keesokkan pagi nya
flight kan kul 10.55am
so haruslah awal pergi airport kan
so sebelum pergi kena breakfast dulu
tanya kedai yang pergi dinner tu
diorang buka 5.30am
ngam!!!!
so aku set lah jam 5.30am
lepas mandi semua
turun lah ke lobi tapi masih gelap
ehhh cam takda orang kat otel tu
pintu pun berkunci
tengok2 lagi
rupa2 ada 2 receiptionist and roomboy tidur
kat kat katil lobby tu
aku ngan kawan sempat gak menjenguk keluar hotel
masih gelap and kedai yang kunun buka 5.30am tu
belum buka pun
isskk
balik dalam hotel lagi
sekali dah sedar
isskkk!!! baru pukul 4.30am pagi waktu HCM lah
waktu kita 5.30am
patutlah takda orang
siut tul
sempat tidur kembali sekejap
jangan mare
aku breakfast dengan kopi tongkat ali!!
nasib 'tut' tak hilang
hahahhaaaa!!!!
takda apa pun, hentam je, shld be no problem pun
ni breakfast aku n kawan
aku dah lupa mana satu aku punya
(banyak makan semut!)
no doubt memang sedap
selera aku
lepas berkemas semua
pergi lah ke epot
reached lcct2 about 2++pm masa kita
kawan pii lepak kfc sekejap
aku masih kenyang makan kat plane tadi
so tengok je
pas makan kawan balik umah dia
aku masih banyak masa tuk menerokai lcct2
mula nak jejalan bawa bag cam kayu golf aku
tapi susah lah sebab tak boleh bawa masuk kedai2
so aku plan drop bag earlier
lama juga nak drop bag
adalah dalam sejam
sebab system airport masa tu sangat2 slow
nasib aku drop awal
pastu baru selesa berjalan ke sana sini
bawa bag pack je
perut lapar lak
so aku layan je lah
lama dah tak layan nando's
so sesorang makan kat situ
sambil layan COC
dah lah flight delay about 40mins
adeehaiii
setengah hari aku kat airport
tapi nasib baik tak kea tidur situ
cam my previous trip to HCM
hehehe
zzzyy
BerZumba
setelah berkali2 tertangguh kerana aku menangguhnya
akhirnya projek ikut zumba aku n kawan2 menjadi
hari jumaat yang bersejarah
hahahaa
bersemangat semua
adalah lompat2 non stop dalam setengah jam
fuhhh.. aku tunggu2 je masa abis
kang nak berhenti tengah jalan
tengok orang semua gohead je pun
sesekali jeling kawan
macam ok je
so takmau kalah arrr
aku pun duk lompat2 gak hingga 1st session habis
fuhh lega bila music berhenti
and ingatkan aku seorang yang lega
yang lelain pun sama!
hahahaa!!
see bertapa takda exercise nya kita
aku dah lupa
bila last aku berzumba ikut cd di rumah
tu pun hangat2 taik hayam
mula je cadang nak tiap2 hari
bila dah berhenti sekali
terus berhenti
semoga semangat tuk exercise aku ni berterusan
asyik projek makan je kan
mana badan tahan
tambah berat yang makin menambah
lagi tak best
zzzyy
Tuesday, March 1, 2016
Hari bercuti
hari ni aku cuti sehari
tapi cuti pun lagi busy dari kerja
sana sini ku berjalan
awal pagi hantar ava pergi sekolah
pastu terus pecut ke sekolah
yang aku nak daftar ava darjah 1 next year
ambik borang semua
diberitahu yang akan ada exam nanti
exam tuk menentukan
dia dapat ke tak masuk sekolah tu
emm sekolah biasa pun
tapi tahun ni berlainan sikit
mungkin nak jaga standard kot
sekolah tu memang jauh dari rumah
tapi dekat tempat aku kerja
tu ler yang nak masukkan dia sana
so nanti apa2 urusan senang buat
boleh jalan kaki saja
(next cuti aku uruskan penghantaran)
lepas tu nak pergi astro
cek package dan bil
serta nak potong channel baby tv & sports
cam tak tengok sangat pun
astro buka kul 9.30am pula
so aku yang datang sejam awal
menikmati lah mee jawa special dulu
kedai sebelah office astro je pun
uruskan hal astro
hanya potong baby tv rm5 sebulan tu je
yang sports tak dapat nak potong
sebab dia attached dengan package lain
if aku cancel terpaksa repackage
n harga lebih mahal dari yang sekarang ni
terus bayar bil sebulan setengah
nasib baik bulan ni setengah je reganya
sebab ada credit bal setengah bulan
all this while aku main bayar je guna ebanking
takda nak tengok bills semua
and salah satu sebab aku nak cek astro
sebab kawan aku semalam dapat bills
dia ada kena charged dalam rm35 gitu
tuk package tempoh sebulan je
sedangkan dia takda minta pun
dah abis sebulan siap ada reconnection fee RM20 pula
eehh... hairan dia kenapa pula ada reconnect
takda pun dia bayar lambat
malah aku sendiri tengok dia bayar guna kiosk
malah bayar lebih dari bill pula
tu le aku suruh dia tanya astro sendiri
minta clarify apa yang di charged tu
ni pun aku ada terbaca
tentang seorang tu dia nak terminate astro
end up kena bayar banyak
sebab brench the contract
which dia sendiri pun dont even aware of it
guna astro memang dah lama
tapi kan ada orang promo tukar dekoder dia
tanpa bagitu
diorang ikat dia dengan contract 2 tahun
tak pernah bagitau dia pun tentang T & C
nasib baik aku tanya tadi
aku ada terikat dengan apa2 contract ke
diorang kata takda
lepas astro aku drive ke Digi pula
nak tanya tentang bill
kan dulu aku package under company
5G tuk RM68 saja
contract 2 tahun
dah abis 2 tahun aku continue lagi tuk setahun
masa tu rm78
sebab asalnya Digi 4G saja dah rm88
dan takda yang 5G pun
sekarang ni contract 2nd time pun dah abis
so aku nak clarification camna bills sekarang
sebab as usual all this while
aku memang main bayar je bill guna ebanking
ni since ada masa
aku nak bertanya dan perjelasan
and semua ok
takda contract tapi monthly rm88 tuk 5G
the most matter is 5G tu
aku ni guna internet banyak tuk main COC
if abis quota memang gelabah
stress tak boleh war :)
lepas settle digi dan bayar bill
rush balik rumah
sejam lagi tuk ava balik dari sekolah
sampai di rumah terus buat e-filling
buat cepat2 arr
excited nak tau ada refund ek tidak
and syukur alhamdulilah ada refund
boleh lah
melegakan hati yang panas
bulan2 yang lalu
sebab bayar pcb banyak
rasa cam setiap sen di tax
sangat tak seronok
12 noon ambik ava
terus bawa mak apak pergi makan
sign buku account & voucher kat sekolah ava dulu
sebab aku kan puan pengerusi
hahahaa!!!
takda buat apa sangat pun
just protokol
hantar ava main jump2 kat mall
dia kawan favourite uncle dia
aku mak n apak berjalan2
lepas tu pergi kedai
makan tengahari!!!
hahahhaa
kul 4pm hoh!!!
balik dari ambik ava tadi
aku tak makan sebab dah pekena mee jawa
tumpang makan sikit2 je :)
pekena dimsum 3 biji
dan lebihan mee tikus ava
masih kenyang pun
ni lega
banyak dah settle
saman tak letak kupon parking pun dah bayar
tuk bulan ni ada sikit lagi bil yang belum bayar
nanti2 aarr tunggu pas aku balik dari HCM
zzzyy
Subscribe to:
Posts (Atom)