Thursday, December 5, 2019

Hidup Seorang Ibu

Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.

Tapi mak saya cakap, "Biar anak yg sakit, jgn mak yg sakit". Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap mcm tu.

Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, baru saya faham apa yg mak saya cuba sampaikan.

BIAR ANAK SAKIT, JGN MAK YG SAKIT.

Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yg sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, segalanya jadi kucar kacir. Sesungguhnya benar sekali.

Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jgn risaukan anak belum makan. Sbb mak yg kena bertenaga. Jgn tunggu masa sesuai utk makan, sbb seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.

Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli utk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sgt nak makan aiskrim Connetto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jgn rasa bersalah. Jgn rasa pentingkan diri. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utk menikmatinya, mungkin lebih dari kita. Doakan rezeki anak² dimudahkan.

Sbg mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yg sama, tugas yg sama, rutin yg sama. Memasak, membasuh, mengemas, mencuci, mengajar, mendidik, membebel, semua tu tugas mak, tiada yg terkecuali. Carilah me time sendiri. Jgn tunggu me time itu datang, sbb ia takkan datang.

Tak perlu jadi sempurna utk segalanya. Hidup ini bukan utk jadi sempurna, tapi utk dinikmati & menyimpan bekalan utk hari kemudian. Jgn peduli kata orang sbb org bercakap takkan pernah berhenti. Puaskan hati sendiri, bukan utk org lain.

Hidup utk memberi, tapi simpan sikit utk diri sendiri. Bukan kerna pentingkan diri tapi kerana kita manusia, ada kelemahan, kita tahu penat. Berehatlah jika nafas dah makin laju, jgn paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yg diminta, tiada yg peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak utk membantu.

Moga mak² diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah swt & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sbg MAK.

credit to FB:  Farizal Radzali

3 comments:

  1. benar ya...sebagai mak, tanggungjawab ya besar alu...mesti mok jaga diri kedirik dolok supaya boleh jaga orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dolok kamek slalu mdh nyuruh trsf sakit ava ngan kamek, lelama baru sedar, mun kamek pun sakit, lumpuh sys perlembagaan kat rumah h

      Delete

tq, peace :)