Monday, June 1, 2020

Upacara Miring





selamat hari gawai dayak 2020
seperti raya, gawai juga dirayakan 
dengan cara new norm
lagipun kita kan masih dalam pkpb
merentas negeri memang tak dibenarkan

tapi alhamdulilah
kampung aku masih dalam Miri juga
about 1 hr drive saja dari bandaraya miri

so last 30hb
aku dan keluarga adik2 balik ke kampung ramai2
just stay semalam
31st masing2 balik ke sini
sebab nak meraikan gawai kat rumah masing2

tujuan kita balik sebenarnya
sebab nak miring
sebab ada tanah tumbuh
kat bahagian rumah after bilik mandi
kiranya bilik stor cum entrance dari belakang

walaupun keluarga dah christian
tapi adat istiadat masyarakat iban
memang tak dibuang begitu saja
lagipun hidup bermasyarakat
harus menghormati kehormonian rumah panjang juga

menurut kepercayaan
jika tanah tumbuh masih dalam area rumah
ada pertanda yang nak diberitahu
jika dibiarkan saja
ataupun dibuang
ianya boleh mengakibat bad luck
bukan saja tuk tuan punya bilik
tetapi boleh kepada rumah panjang amnya

so cara sebaiknya mengikut adat istiadat
upacara miring diadakan
mohon dijauhkan dari kejahatan keburukan

sebelum tanah ni tumbuh
bilik kami sebab takda orang tinggal
jiran sebelah menyebelah
sering juga terdengar
ada aktiviti bunyi berlaku
ada yg bermimpi
banyak binatang bersukan kat situ πŸ˜‚

dua tiga bulan lalu
kita emergency balik kampung
sebab neighbour kata seakan
ada bunyi benda berat jatuh

bila  kita balik
nothing yang berubah
takda yang jatuh
tapi seriously waktu bersendirian kat bilik 
walaupun siang hari
aku terasa seakan diperhatikan
aku baca salawat dan al fatihah dalam air
 renjis2 seluruh bilik
aku pun bukannya tahu pun
hanya melakukan apa yg terdetik kat hati jea
selebihnya
aku hanya bertawakal
insyaallah

ok berbalik kepada tujuan kita balik kampung
kita sampai pagi
aku as usual jadi tukang masak
sil dan adik2 jadi helper or tukang cuci
selepas selesai makan tengahari
gotong royong buat preparation tuk miring
orang2 kampung pun ada yg datang tolong
aku tukang tengok je
biar orang2 tua uruskan
belajar lah sikit2 selok belok adat2





ni je pun yg dibuat
tapi ada hitungannya sendiri
di isi dengan berasa 3 jenis
pulut putih
pulut hitam
beras biasa


selebihnya diorang buat ketupat
tuk makan2




yang ni antara bahan penting
tumpik tepung beras




keesokkan pagi
baru upacara miring diadakan
kepala 3 wakil di ikat dengan kain putih
sebenar miring ni bukan sama yea
depend dengan apa perkara yg nak dimiringkan
lain perkara lain caranya
yang ni upacara miring
khas tuk tanah tumbuh




2 ekor ayam jantan kampung digunakan
akan dibunuh
dicabut bulu kepahnya 
dan disapu dengan darahnya 
serta disimpan didalam piring




πŸ‘‡πŸ‘‡
inilah yang dipanggil piring
dalamnya mengandungi
ketupat kecik2, pisang,
telur, sirih, pinang, tumpik
dan macam2 lagi
bulu ayam yg disalut darahnya
bertih padi
pastu ada lah mentera yang perlu dibacakan
takda lah yang khusus
just macam wish
semoga dijauhkan dari kejahatan
mohon kebaikan, keberkatan
dan ni special juga
minta dijauhi covid19





πŸ‘‡πŸ‘‡
ni tanah tumbuh tu
dia tumbuh dari bawah rumah
dari celah2 papan yang rapi





actually memang sering juga berlaku
kat rumah2 di rumah panjang
 kat rumah kita ni sendiri
adalah 2 3 kes pernah berlaku
sepanjang more than 30 thn dibina
memang akan ada upacara miring
tuk kesejahteraan semua
meskipun ramai yang dah christian
adat istiadat iban ni
masih juga diamalkan
demi menghormati orang2 sekampung
yang masih bepegang kepada adat istiadat ni

31st memasing balik ke town
kecuali mak dan bapa
aku dan dak ava pun balik
taknak bawa dia sana sangat
ramai kekawan, tak duk diam kat bilik
kan masih pkpb
baik bawa balik, duk rumah je
ni dia dah tengah tergolek terguling
tengok youtube



zzzyy








10 comments:

  1. first time saya tengok tanah tumbuh tu kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun 2 3 kali je dah tgk. mmg rare sebenarnya.

      Delete
  2. Replies
    1. ada, ketupat kecik tu antara bahan mesti ada tuk miring. yg ketupat besar tu, tuk sendiri makan πŸ˜€

      Delete
  3. First time juga saya tahu mengenai Upacara Miring ni even lama juga duduk di Borneo dulu. Dan saya setuju kita kena sentiasa menghormati adat istiadat masyarakat kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. miring tu biasanya tuk upacara berterima kasih, or memohom kesejahteraan tuk nenek moyang atas sesuatu perkara. adat istiadat yang sejak dulu dilakukan oleh kaum dayak

      Delete
  4. Satu upacara yang unik, rasanya ramai kot yang tak tahu tentang upacara nie, termasuklah saya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu shikin. slalu dilakukan tapi kurang di expose. salah satu dari adat istiada kaum dayak

      Delete
  5. wah
    unik lah
    menarik dan ngeri sedikit tengok
    hehehe

    ReplyDelete
  6. terima kasih kongsikan upacara miring. dapat tahu juga kisahnya. first time tengok tanah tumbuh tu.

    ReplyDelete

tq, peace :)