Showing posts with label SBEU. Show all posts
Showing posts with label SBEU. Show all posts

Tuesday, April 14, 2026

SBEU Management Workshop @ Sarikei

 lama tak update
schedule post pun tak sempat buat

2nd april
seawal 5am 
start journey to Sarikei
about more or less 400km dari miri

miri yg lama tak hujan
berlalu je kita dari miri
terus hujan lebat 
dan sepanjang perjalanan 
 memang ditemani hujan
kdg lebat kdg renyai2
tapi memang tak boleh nak laju
sebab jalan dipenuhi air

by 11.30am sampai di sarikei
kita pii lunch dulu
perkena ikan talapia set dari SugarBun
org cakap SB kat sarikei ni sedap
tak sure menu mana yg sedap
tapi yg set ni
aku rasa sama je dgn yg kat miri
cuma ikan nya agak besar lah
kebetulan kot
or memang SB branch ni
dia pilih yg besar je





selepas makan kita terus pergi Union office
ready tuk workshop kul 3pm
kebetulan exco2 dari kuching pun 
ada yg dah sampai
ada yg masih OTW

ada yg dah nak check in
tapi tu lah  
kan dah dipesan check in kul 2pm
pastu masa dorang nak cek in tu
carik lak mana team northern region
eh kita dah ready tuk workshop 
kat office union

setting memula
past CEO sampai
semua kena pindah
dia bawa sound system dia sendiri
tuk buat presentation
semua kena guna cordless mic
loud and clear
and semua expect
kena tebalkan telinga
dan kentalkan jiwa
kena marah dgn CEO
dia kan terkenal 
dgn sikap nak semua benda
dibuat sebaik mungkin









hari pertama
start 3pm
sok sek sok sek
simple je
semua sedia tuk pembentangan esok
tau2 dah kul 5pm
bos cakap boleh balik awal
sebab kesian dgn yg drive jauh2
especially grup aku

check in 
hotel oklah
selesa, bersih

roomate dgn camelia
sama dari northern region
so extra selesa lah
sebab dh sama region
sama2 dah faham memasing





dinner kat kedai sebelah je
which esoknya
restaurant tu lah 
tempat breakfast 
yang hotel sediakan

antara tempat beli belah popular kat sarikei
DoreMart
depan dia ada figura 
doremon dan kawan2
sempat juga jejalan sini sekejap
beli buah limau 
dan berus gigi









beli berus gigi
bukan sebab lupa bawa
tapi tengok ni comel tul 
warnanya pun cantik
dan yg penting murah!
rm2 je each
aku dan kawan sama2 beli
past show dgn dak ava
comel kan
dia kata dia pun nak
aku mmg dah beli tuk dia sekali







hari ke 2 workshop
memasing dibahagia kepada
beberapa section

insurance
management
education
social







insurance
tuk menampung operation
kita kena jual insurance juga
especially tuk ins kereta
memasing ada target
berapa total premium kena buat dalam setahun
sebab tu lah haritu kan aku ada cerita
kena ambik exam PCEIA
nasib baik lulus kat 2nd attempt


management 
uruskan timetable 
tuk melawat bank ke bank
tiap tahun ada list
harus melawat 
dari branch ke branch bank
kita panggil 
Trade Union Present At Workplace (TUPAW)
tengok perkembangan members
ada masalah dgn management
or management 
ada masalah ke dgn members
selalu if kat region
aku yg uruskan
beri surat kan bank
pasangkan sapa dgn sapa
yang harus pergi bersama
usually 2 org tuk setiap branch
aku suka buat serentak
2 pergi sini
2 lagi pergi sana


education
group ni kena uruskan kursus2
sekurangnya 2 or 3 kali
dalam setahun
so masa workshop ni
kita buat proposal lah
berserta budget sekali
mostly kalau reasonable
mmg approve lah


sosial

tahun ni group ni paling byk kena buat
sebab september nanti
kita ada 60th SBEU annivesary dinner
dan aku masuk group ni
tiap region
Southern, Central & Nortern
kena purpose 2 @ 3 activities
satu dari activity
kena bertemakan 60th anniversary
kena buat social activity

region aku buat Zumba ramai2
kat open space
pastu bagi food basket
ok je kan
aku buat proposal sejam je
hahahaaaa
compare to sebelum pergi
meeting demi meeting
plan buat bowling di bintulu
derma darah
then sampai kat workshop ni

boss cakap
derma darah dah biasa
yg bowling pula
tak membabitkan org awam
hanya members je
dia nak babitkan org awam
so keluarlah idea zumba dari secretary 
malam tu juga buat proposal
accepted!


ni antara group social
boss kita lelaki
masa ni dia belum sampai dari kuching
masih otw





usually masa workshop tahun2 lepas
semua behave
tapi vibes tahun ni ok je
boss tak marah2
dia tak kisah sangat
sebab mengantuk kan
masa pembentangan yearly report
(boss tak join-dia ada hal)






tempe goreng cheese yg sedap
asalnya nak beli
tapi tak sempat lak




asalnya ingatkan boss 
nak suruh stayback sampai ke malam
sebab dia dah suruh secretary
pii order sugar bun
(kan dorg cakap SB sedap kat Sarikei ni)
pas makan nasi dgn 2 piece chicken
(biasa je bagi aku)
kita balik hotel
esok last day workshop
so hari ni balik dalam 5pm
asal nak jejalan
tapi sebab dah makan awal
agak kenyang
but then panggil abg baju pink
order bubur dari marry brown
kwn order fish bege

pastu layan games
kawan lak tido awal
aku ni if tak kul 12 am
mmg blm tido
lebih2 lagi kat tempat baru



hari ke 3
sesi pengulungan 
pas lunch EXCO meeting pulak
aku bukan exco 
tapi sebab dh ada kat situ
semua kena hadir

yg masa menyusun meja tuk exco meeting
tiap tahun 
tak sah tak kalut
usually susun meja 4 segi
tiap sudut kena ngam
dgn protokol 
sapa duduk sini
sapa duduk situ
aku kena baca report branch
nasib baik yg terakhir
senang je
baca yg lite2
then self explanatory semua
hahaaaa!!
dah semua nak balik kan
takda yg kisah sgt 
kan dah ada report disediakan
baca sendiri 

then major issue
tentang 60th anniversary dinner
memasing diberi tugas
kita yg jauh ni
keja yg simple2 je lah
aku group usherettes

sebab issue penting satu je
lelain tu biasa je
so meeting tak lama
kita balik awal dlm 4pm
otw ke hotel
singgah kedai ubat cina
beli herb tuk masak
especially chicken soup
sebab kat sarikei
herb dia murah
and much2 cheaper dari kita di miri

sampai hotel relax
kwn sempat jalan sekejap
aku taknak ikut
sebab cuaca sgt panas
6.30pm kita ada dinner

tempat makan tu dekat dgn hotel
so kita jalan kaki je
aku taknak mandi dulu
lagipun meeting tadi
bukannya ada peluh pun
ekon kat opis union tu
fuh!! sejuk beribut!!!!
if aku dh rasa sejuk
jgn cerita lah org lain


sebelum dinner kita snap2 dulu
tu pun tak sempat snap byk
lepas tu gago makan
tak koser bergambar








antara makanan


talapia kari




kerabu midin




ayam panggang




sup




linut @ ambuyat




ulaman




ambuyat dimakan bersama sambal belacan+ ikan bilis
boleh lah
aku lebih suka if dimakan dgn sup





brokoli + cauliflower





tumpik
yang ni sedap!!
tepung sago + kelapa



lepas makan 
ada sesi berkaraoke
layan je lah
nyanyi???
aku memang tak lah
nyanyi reramai, ok

lepas tu dalam 10pm
aku dah roomate balik terus
yg lelain ada yg sambung berkaraoke
kat tempat lain
ada yg lepak2 borak
ada yg pergi makan ice cream

esoknya pas breakfast 7am
by 8am kita start drive balik miri
berhenti 2 kali tuk isi minyak je
pergi 8.00am
sampai miri 12.30 tghari!
4 jam setengah!!!!
laju weehhhh


 lega dah sampai rumah
next day aku cuti
expect  akan letih
tapi sebenar ok je
alhamdulilah



Monday, September 15, 2025

Aktiviti SBEU_Welfare

 
lately aktiviti SBEU
(Sarawak Bank Employee's Union)
dalam keadaan aman damai
takda banyak trip outstation
lagipun dah settle 
most of Collective Agreement (CA)


Tuk Welfare activity
last month kita buat dua lawatan
satu tuk mangsa kebakaran





rumah mangsa 100% hangus
sehelai sepinggang
kita cari sponsor keperluan asas
keperluan anak2 sekolah
dan cash RM1K
at least boleh bantu sedikit beban

kita pergi bersama Mayor Miri
dan org dari SUPP



dan hujung minggu nya pula
kita perlu melawat staff Maybank
yg dah lama terlantar sakit
mungkin OTW tuk MOB




kita bantu tuk carikan dia bantuan
selain buat rundingan dgn mangament dia
camna nak cover medical dia
didoakan semoga dia 
kembali sembuh seperti biasa




Saturday, February 22, 2025

Fail PCEIA Test



asssalamualaikum

sekejap tadi baru je abis exam
PCEIA ni
and the result is aku fail!!
ambik kau!!!!





ni sebenar bukan requirement tuk keja aku
requirement tuk 
aku sebagai committee 
Sarawak Bank Employee Union (SBEU)

aku memang tak terkilan langsung fail
sebab aku langsung takda belajar
dlm tempoh sebulan sebelum exam

cuma last week ada lah dgr
talk ttg insurance bout  3 jam
via zoom
sib baik tak sempat berdengkur
terkebil2 je mata ngadap laptop tuk zoom
pastu 2 kali try soalan thn2 lepas
tu pun sebelum abis
aku dah ngantuk
hahahaaa


tengoklah camna nanti
if rajin aku ambik lagi


no worries
afterall aku bukan nak jadi insurance agent pun
or nak buat keja berkenaan dgn ins



oh yea if ada yg nak tau
camna process exam PCEIA online
agak ketat tau
takda dapatnya nak google2



kena guna 2 application
aku guna laptop tuk exam
dan phone sebagai cctv

mula kena zoom meet dgn org exam
diorang ajar kita setting tuk exam
sebab ada a fews system requirement khas
kena set sebelum exam
kalau tak
nanti tak dapat masuk exam tu

so pass settled page setting
zoom kena letak kat tempat
yang boleh mengawasi pergerakkan kita 
masa exam tu
tak boleh ada orang surrounding

camera pun kena focus kepada screen laptop
masa exam 2 jam
aku abis dlm sejam setgh je
malas nak baca lagi dan lagi
sebab aku confident bakal fail
hahahahaaa

Friday, February 21, 2025

SBEU Education_ Effective Essential Communication Skills

alhamdulilah

13 feb 2025 yang lalu
selesailah program 
yang kita rancang tuk tempoh
april 24 ke april 25

sebenar ni adalah program 
Sarawak Bank Employee Union (SBEU)
setiap tahun kita akan buat management workshop

plan aktiviti2 tuk setahun
education program 
social program

tuk northern region
sekarang aku yg incharge education program
dan last kita buat
khamis lepas

Effective Comunication Skills
dihadiri 25 orang members








tuk bagi seronok sikit
kan esoknya valentine's day
so kita bagi tiap sorg
sekuntum mawar merah

 


course ni more to ajar
camna kita nak sebut english words

memang tak kering gusi lah
berbelit2 lidah nak sebut







untuk next education course
kita purpose
tuk combine 3 region sekali
diadakan kat office baru SBEU di Sibu
hopely approved

antara cabaran buat course ni
cari material yg sesuai dgn budget
kita tak boleh over approved budget
at the same time

kena puaskan members
sebab tiap bulan kita contribute 1% ke union
so bila buat sesuatu aktiviti
kena war2 kan kepada semua

so far bagi northern region
kita selalu buat dgn sebaik mungkin
dan antara region yg perform well
dalam apa juak aktiviti yg dilakukan
despite kita antara region 
committee paling sikit
5 di miri
2 di bintulu 
1 di limbang

kalau region southern, kuching
senang semua boleh berkumpul
di central region, sibu pun begitu
cuma sorg yg kat mukah
2 hour dari sibu

tapi tuk northern ni
bintulu ni 3 hour
if dari limbang yg masalah
if driving kena melalui Brunei
if sangkut kat boarder
nak 5 6 jam baru sampai
meeting mingguan kita guna Whatsapp saja

tapi itulah
orang2 yg sering berkorban time
tuk uruskan members
so far kat sarawak 
roughly dalam 1000 members
Union Yes!!!!!



Friday, October 4, 2024

Sexual Harrassment Awareness & Perkeso Acts and Benefit Course

 

assalamualaikum

agenda terakhir tuk bulan september
yang sesungguhnya bulan yg sangat sibuk
SBEU Miri branch
organised course sexual harrassment
dan update on Perkeso acts & benefit

semingguan juga sibuk sediakan semua
confirm kan semua participate
edarkan surat Trade Union Leave(TUL)
kalau ambik TUL ni
annual leave tak berkurang
and mostly bank aku benarkan
unless branch operation seriously constraints


dengan orang2 Perkeso sekali join
dengar talk on Sexual Harrassment
by YB Alan Ling
experienced lawyer



ni pula wakil dari perkeso
actually 3 orang yg bagi talk
banyak benefit2 perkeso yang kita taktau

antara yang famous since Covid  -
EIS - Employee Insurance Scheme
2018 kita start contribute kan

jika kita diberhentikan
kerana masalah company ke
boleh apply EIS ke perkeso
ianya adalah allowance up to 6 month
sehingga kita mendapat kerja lain







kita juga boleh mendaftar
di laman job future dgn Perkeso
job future ni adalah platform
tuk perkeso carikan kerja yg
sesuai dengan kelayakan kita
nanti dia akan rekemen 
dan aturkan interview
tuk tau detail boleh layaran laman perkeso



tanpa makan2 memang tak sah kan
so kita makan reramai
nasi lemak
ayam masak merah
mee hoon goreng
dan banyak lagi

ni sekejap tadi
baru je ambis hantar report ke HQ
lega
tunggu claim je ni
yeah!!!!
September yang busy
dilalui dengan jayanya
alhamdulilah
alhamdulilah







Sunday, September 22, 2024

SCBA-SBEU Collective Agreement Signing Ceremony

kejadian khamis lalu
semua committee berkumpul di kuching
dari miri guna flight terawal 8am
kul 2pm harus dah ada kat venue
stay kat apartment 2 bilik
nasib baik kul 12 dapat cek in
mandi, bersihkan diri semua
pastu terus ke Hotel




orang2 kuat Northern Region
kdg2 bersekang mata
sering almost habis tenaga di kuras
bila kena buat hal2
especially yg diassign last minit
demi union
demi union members




so 19th ni
termenteri lah CA 
bagi tempoh 2024-2026
kali ni tak byk perubahan
kenaikan gaji 9-13%
digital allowance 90 tiap bln
festive aid rm1800 
spec/dental boleh brought forward 
tuk 2 tahun
lelain benefit mostly naik 10%





kiri wakil SCBA
kanan wakil SBEU
tengah2 
Datuk Brian Jit Singh, boss HLBB
dan Datuk Steven Sim Chee Keong
Minister of Human Resource
👇👇👇






menu 1999 per table
bagi aku biasa saja
nama menu je gah
kena  beli nama sheraton juga kot
takda ambik pic juga
keletihan 
mood agak ke laut




sambil makan2
sesekali bergambar juga dgn boss2
dari bank2 yg datang
aku takda jumpa boss aku
layan boss bank lain lak ek
hehehee


boss RHB



boss CIMB & HLBB



bos MBB



bergambar ramai2




by 8pm majlis selesai
yeah!!
balik hotel
mandi and tido!!!!
esok awal pagi nak balik miri lagi