Saturday, August 15, 2020

Giveaway by ejulz & shirven



Ini Sticky Post. 
Sila Scroll Ke Bawah Untuk Entry Baru






assalamualaikum

semalam ejulz melancarkan Giveaway
collabration kita berdua

harapan nya kawan2 support yea







Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & shirven




1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;



2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & shirven". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;




3. Follow blog ejulz dan shirven;



4. Follow IG ejulz dan shirven;

5. Tinggalkan penyertaan korang dan nama IG di post ini;

6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.



Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020


Friday, August 7, 2020

Kisah 25 Nabi_Nabi Zulkifli




[16/25] - Nabi Zulkifli ‘Alaihissalam

Did you know?

1) Nabi Zulkifli merupakan anak kepada nabi Ayub dan Rahma. Nama sebenarnya ialah Basyar dan baginda digelar Zulkifli yang bermaksud ‘bertanggungjawab’ kerana sifatnya. Nabi Zulkifli merupakan seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan sering beribadat.

2) Nabi Zulkifli berasal dari Damaskus, Sham (Syria) dan hidup pada zaman pemerintahan seorang raja yang sangat alim. Raja tersebut amat disayangi rakyatnya. Ketika nabi Zulkifli masih muda, raja alim tersebut sudah sangat tua dan baginda tidak mempunyai waris. Pada satu hari, raja itu mengumpulkan rakyatnya untuk membuat pengumuman. Raja itu berkata, “Aku sudah tua, tidak lama lagi aku akan pergi. Dan aku tidak mempunyai waris untuk menurunkan takhta ku. Jadi aku akan pilih di antara kamu untuk menggantikan aku sebagai raja.”

3) Raja tersebut menetapkan syarat kepada sesiapa yang ingin mewarisi takhtanya. Syaratnya: orang itu perlu memiliki sifat yang sangat sabar, sanggup berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malam.

4) Sang raja meminta sesiapa yang sanggup menjalani hari-harinya sebegitu untuk mengangkat tangan. Diantara rakyat jelata yang datang berkumpul, tidak ada seorang pun yang mengangkat tangan kerana mereka merasakan syarat yang ditetapkan terlalu berat. Tiba-tiba seorang anak muda mengangkat tangan iaitu nabi Zulkifli, anak kepada nabi Ayub. Kemudian dengan suara yang lantang, nabi Zulkifli berkata, “Hamba sanggup berpuasa di siang hari dan beribadah sepanjang malam.” Raja itu melihat pemuda itu dan berkata, “Wahai anak muda, kamu jangan permainkan kata-kataku. Perkara ini penting untuk menentukan masa hadapan rakyat dan negeri ini.” Dengan tenang, nabi Zulkifli pergi ke hadapan sang raja dan berkata, “Wahai raja junjungan hamba, hamba bukan main-main. Hamba akan melakukan syarat-syarat tersebut.” Raja tadi mengulangi syaratnya sebanyak 3 kali dan pemuda yang sama berjanji akan mematuhi syarat-syarat tersebut. Sang raja pun bersetuju untuk mengambil nabi Zulkifli sebagai penggantinya.

5) Tidak lama kemudian, raja tua itu pun wafat dan seluruh rakyat bersedih. Nabi Zulkifli diangkat menjadi raja dan menjalani kehidupannya di dalam istana dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketaatan beribadah kepada Allah seperti yang disyaratkan kepadanya. Nabi Zulkifli berpuasa di siang hari sambil menguruskan pentadbiran negerinya dan waktu malamnya dihabiskan dengan beribadah kepada Allah sehingga tinggal hanya sedikit masa untuk tidur. Negerinya aman damai dan nabi Zulkifli disenangi rakyatnya kerana sifatnya yang tenang dan sabar.

6) Pada suatu malam, iblis menyamar sebagai seorang lelaki tua dan telah datang ke istana untuk berbuat onar. Dia mengadu bahawa dia mempunyai masalah di salah satu wilayah di bawah naungan negeri nabi Zulkifli. Dia sengaja berbuat kecoh, tidak mahu berjumpa dengan penasihat raja dan hanya mahu berjumpa dengan raja secara langsung. Ketika itu nabi Zulkifli sedang tidur. Nabi Zulkifli pun berjumpa dengan orang tua itu dan mendengar aduannya. Nabi Zulkifli berkata kepada orang tua itu untuk datang kembali keesokan malamnya, supaya nabi Zulkifli dapat menyelesaikan isu tersebut pada siang hari. Keesokannya, orang tua tersebut berdegil tidak mahu datang oada waktu malam dan datang pada waktu siang hari malah berbuat kecoh pada si raja. Nabi Zulkifli dengan tenang meminta orang tua itu untuk berjumpanya pada waktu malam setelah isu yang diadukan dapat diselesaikan. Namun pada malam itu dia tidak datang. Masuk hari ketiga, orang tua itu datang lagi untuk berbuat kecoh. Kali ini dia tidak dapat melepasi pengawal istana maka dia berubah ke bentuk asalnya dan menyelinap masuk menembusi pintu2 istana dan berdepan dengan raja Zulkifli. Raja Zulkifli terkejut melihat rupa asal orang tua tadi yang rupa-rupanya adalah Iblis. Iblis sebenarnya sedang berusaha untuk membangkitkan kemarahan nabi Zulkifli. Nabi Zulkifli berjaya menahan kesabarannya seperti janjinya kepada raja sebelumnya.

7) Ada suatu ketika, Allah menurunkan ujian kepada nabi Zulkifli. Ada sekumpulan pemberontak yang telah melanggar perintah Allah dan melakukan kerosakan di negeri nabi Zulkifli. Untuk melawan kumpulan ini, satu-satunya cara adalah dengan berperang. Nabi Zulkifli memerintahkan rakyat dan tenteranya untuk ke medan perang. Namun mereka semua takut mati dalam peperangan. Mereka akan menuju ke medan perang juka nabi Zulkifli dapat menjamin bahawa mereka tidak akan mati. Nabi Zulkifli sangat sabar dan tidak marah dengan kedegilan rakyatnya. Kemudian nabi Zulkifli berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan mereka ketika dalam peperangan. Allah menurunkan wahyu kepada nabi Zulkifli, “Aku telah mengetahui apa permintaan mereka dan aku telah mendengar akan doamu, maka semua itu akan Aku kabulkan.” Akhirnya peperangan itu dimenangi oleh nabi Zulkifli dan pengikutnya. Tiada seorang pun pengikutnya yang gugur dalam peperangan.

8 ) Nabi Zulkifli wafat pada usia 95 tahun di Damaskus, Syria. Namanya disebut beberapa kali di dalam Al Quran. Allah berfirman, “Dan (ingatlah kisah) nabi Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar.” - Rujuk al Quran (21:85). “Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” - Rujuk al Quran (38:48).

#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus

https://www.facebook.com/sharifahsyazreen.alidrus

Thursday, August 6, 2020

Cermin Mata Baru



assalamualaikum

time tuk tukar spec baru
last aku beli dec 2018
ni july 2020 baru beli baru

kalau fikirkan harga dia yang mahal
rasa nak nya 5 tahun sekali baru tukar
tapi tu lah spec lama ni
after 3 bulan segalanya berubah
especially tuk rabun dekat
terus tak terang
menyesal pergi ke optical yang kurang famous
terpengaruh dengan review
yang kata harga kat situ murah
tapi beli spec jenis cam aku
tetap juga mahal!!
tak sah tak over 1K

for info ni ada 4 jenis lenses

credit to here



aku guna jenis progressive lense
lense dari pentax
aku ambik jenis yang tengah2
taktau sangat pasal lense ni
tapi saleman dia memang bagus lah
dia tanya camna aku selalu guna pec
itu ini semua
then he get me the perfect choice
[thus far, masih sgt comfy]




tak boleh lari dari frame warna hitam
tak berani nak fancy2
kang tak sesuai nanti
nak tukar
frame pun bkn nya kaleng2 juga reganya
so baik back to traditional





masa aku buat spec ni
dak ava memang tinggal di rumah
masih rmco kan
taknak lah bawa dia
walau dia selalu bersyair kat telinga
kata boring
lama tak jejalan
yeah since pkp pertama
memang dia takda keluar langsung
ada pun dlm kereta je
or sekadar pergi rumah adik

so tahap kesian aku kat dia
dah max
aku ajaklah dia pergi optical shop
dia baru last year buat
tak sampai setahun pun
sekali silau banyak naik weh
4 kali ganda naik
twiong twiong twiong




mula takda frame yang dia suka
biasa lah budak2 skrg
nak frame yg bulat ala2 korea 
jenis tu mmg ada 
tapi takda warna yg sesuai
lagipun  yang ada tu
tak sesuai tuk muka dia yang kecil

bila dah bayar tuk lense semua
[sib baik ada student discount]
lense yang boleh pantul balik cahaya
lense jenis pentax juga
dalam RM200 after discount

bila nak keluar kedai
sementara menunggu sejam tuk siap
dia tengok frame cantik 
sesuai kat dia kat display luar
dah lah color faberet dia
rose pink
terus beli guna duit sendiri
hahaa sebab aku kata budget dia dah abis
duit dia on hand
selalu lebih banyak dari duit dalam wallet aku
mucung2 mulut keluar kan duit RM150

nah ni pink rose dia
comel sangat bila dia pakai
aku pun suka tengok








masa hari raya tu
jumpa SIL
eh spec dorang berdua exactly the same
jenis dan color
terus excited bergambar sama tayang spec
both pretty!!!





zzzyy









Wednesday, August 5, 2020

Exercise



Menu Laksa Sarawak



sabtu, raya aidiladha ke 2
dah boring dah makan ayam daging
kita tukar selera
kita layan laksa sarawak lak

nasib baik dah beli paste awal2
sebab dengar kawan cerita
bercari ke sana ke sini di pasaraya
takda stok
last2 kat kedai runcit dekat rumah ada
[kita selalu mcm tu kan]





kali ni takda seafood kat rumah
takda udang or sotong

so kita guna ayam je ek
aku rebus ayam
pastu air rebusan ayam
buat merebus paste lak
sukatan is 1:4
air 4 kali ganda paste
masak hingga agak pekat

pastu tapis kuah tu
air tapisan tu masak lagi
perisa kan
bagi santan 
dah setel rasa, sedap2 kat lidah
tutup api
siap!!!






ayam yang rebus seketul ketul tadi
di carik2 camni
nak haluskan lagi ok
aku sebab sendiri buat sendiri makan
tak kisah lah asal dicarik kan je
😋😋







telur goreng dadar
pastu hiris melintang camni
sebenar tak kisah camna pun bentuk
tapi bila makan dia dalam bentuk ni
lebih nikmat rasanya
hirup lagi dengan kuah nya
fuhh! mabeles






disebabkan takda udang
aku masak tepung je fillet ikan dory
yummy!!







Rebus meehoon lak
agar tak melekat
basuh dengan air sejuk







dan tak lupa
sambal belacan super pedas!!!
rasa kembang mulut makan






setting semua bahan kat pinggan
pastu baru tuang kuah




nah..
snap pic dulu
lupa ambik pic dah digaul
ngap ngap dalam mulut
tau2 tambah lagi
🤣😂😋





jenama paste ni agak pedas k
ni first time aku guna
yang selalunya 
guna jenama cap helang matahari
tu lebih sedap


zzzyy