Tuesday, September 7, 2021

SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA



SYARAT UNTUK SERTAI SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA


  • Please do follow my blog first! 

  • Copy banner di atas dan buat satu entry untuk giveaway ini. Don't forget untuk backlink dia tau. 

  • Jika tak keberatan, meh la follow akaun media sosial Aien: 


  • Story sikit the best suprise yang korang pernah dapat sebelum ni. 

  • Publish the entry, and tinggalkan link di komen bawah. 

  • Dah siap! 


Senang tak tu? Kalau tak senang lagi… Tak tau la. Hihi Well, every each of contestant akan dimasukkan ke bloglist baru Aien. Nak reboot balik bloglist tu. Macam ada yang dah tak aktif juganya. Nak buang sayang, yet we need to move on beb. 


Giveaway ini akan berlangsung dari 2 September 2021 sehingga 22 September 2021. 


Jom rebut peluang korang untuk dapat 3 suprise box daripada Aien. Haa, one more thing! there will be another suprise tau. Nak tau apa.. Tunggu sehingga 25hb nanti ya. Moga panjang umur kita bertemu lagi. 


Selamat mencuba semua! 😘




emmm cerita tentang surprise yang pernah diterima eh??


ok dulu masih masih muda2 baru join bank

aku ada lah seorang geng kamceng ni

sering buat perkara2 bersama

susah senang sering bersama

lepas kerja weekend

makan kfc dulu

pastu tengok wayang yang sebelah office je

sebenar a group of us

ada dalam 7 8 orang

cuma dgn dia ni rapat dia extra


dipendekan cerita

jodoh dia dengan orang terengganu

dan suami dia bekerja di Arab saudi

dia ikut lah suami dia

masa kali pertama dia balik ke sini dari arab

sanggup dia angkut curtain khas tuk aku

dah lah benda tu tebal

tapi tu lah demi kwn

curtain aku arab mari oooooooohhh

macam lah kat sini takda

tapi tu lah dia geram sebab kat sana murah


pastu tahun demi tahun

dia makin jarang balik dah

sebab dah beranak pinak kan

contact pun on and off

sekarang almost 5 years since dia balik

dah takda contact dia


dan kali terakhir jumpa dia

dia ajak makan kat meritz dengan family dia

sebelum balik dia peluk aku

sama2 menangis

melepaskan rindu

sebelum balik dia hulurkan sampul surat

sambil kata tuk dak ava


sampai je kereta aku tengok apa isi sampul

tergaman seketika

airmata bercucuran tengok jumlah duit dia bagi

sepanjang driving balik, aku menangis

dan duit tu saya buat down payment kereta baru

seeloknya ada yang saya tengok buat kenangan


tau walaupun lama tak contact

tapi tak pernah lupa dia

begitu juga dia

sebab kekadang jumpa adik kakak dia

diorang akan cerita juga tentang dia

berkirim salam dengan dia


itu adalah antara salah satu surprise

paling terkesan dihati

sampai bila2 pun takkan lupa

semoga kawan tu bahagia dunia akhirat

disamping keluarga tercinta




          zzzyy



 

18 comments:

  1. Sahabat sejati kekal hingga ke syurga. Aamiin....

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya, Kak Shirven. Mesti seronok dapat surprise daripada kawan rapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq jannah. seronok sampai tak terkata jannah.

      Delete
  3. begitulah sahabat sejati kan..sentiasa ada.

    ReplyDelete
  4. Selamat bersegmen.. Saya pun sudah sertai.. :)

    ReplyDelete
  5. goodluck menang GA ni wei...
    best la cite suprise ko tu, compom banyak betul duit tu sampai boleh masuk utk dp kereta... tapi itulah kenangan terindah dalam bersahabat. Moga satu hari nanti korang akan jumpa jugak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Dana.
      tu lah dana surprise yg amat2 tak diduga, sengaja abadikan tuk down pymt kereta. dia faham masa kita masih sama2 bekerja, sering ada masalah duit. so kita sentiasa tolong sesama sendiri. ni dia murah rezeki sikit dia share dgn aku. alhamdulilah

      Delete
  6. Semoga berjaya dapat surprise gift kali ini... Good luck....

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, bestnya dapat kawan yang on off tapi dia masih ingat kita lagi. :) ini bukan lagi best suprise, ini best thing ever...

    anyway, senarai dah pun di update. ^^

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Semoga terus kekal hubungan persahabatan kalian

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete
  9. Salam singgah daripada giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki.. Alhamdulillah, awak dapat sahabat sejati..

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    ReplyDelete

tq, peace :)