Tuesday, April 21, 2009

Masa Dulu Dulu Part 9

Masa aku mula2 join company, semangat bersukan tu masih lah mendalam. Yalah kan masa sekolah memang lah aktif so bila dah masuk kerja, susah gak nak meninggalkan kebiasaan. So kami formed lah sebuah group yang akan exercise tiap2 hari selepas balik kerja. Dulu masa keja pun tak lah sepanjang sekarang ni. Dari 9am-4.30pm je tapi ari sabtu kena keja 9.00-1.00pm berbanding sekarang masa keja 8.30-5.30 tetapi sabtu takyah keja. Rasa cam bes lagi ler sekarang ni sebab ada 2 days off.

Schedules tiap2 minggu adalah sama tapi tiap2 hari
mempunyai jenis agenda yang berbeza.




Hari Isnin - Berjogging dan speed training or berlapan (berlapan-cam lempar lembing, baling peluru, lompat jauh, lompat tinggi) kat indoor stadium.



Hari Selasa - Pergi Gym wat muscles training. Yang best nya Gym takyah bayar ah sebab guna Gym majlis sukan negeri. Sib ada contact yang boleh dapatkan Gym bebila masa. TQ to mediang Simon Teo - our sport friend.



Hari Rabu - Pergi berjogging kat Bukit Bumiko. Takda lerr tinggi sangat tu hah tapi kena berulang2. Paling kurang 5 Kali. Kalau 2 round tu dapat buat tanpa berhenti, huh! bangga oooo. Walaupun jarang berjaya buat.



Hari Khamis - Pergi Gym lagi. Favourite aku main bicycle. Sambil mengayuh tu boleh angan2! Dan yang paling truk aku tak pernah berjaya if style angkat bar dari belakang tu.Tak pernah berjaya meluruskan tangan aku. Tah pa nama style tu aku dah lupa daaa..



Hari Jumaat - Hah arini pi lerr Piasau Boat Club buat 4km or 6km run dengan mat2 salleh. Meriah hah, dan if lah dapat kalah kan mat mat tu, punya ler bangga. Ataupun if dapat buat dalam 30mins Huh! kembang kempis hidung, bangga...



Sabtu & Ahad pun kekadang pi gak jogging tapi jarang lah sebab nak relax2. Lagipun if lepas kerja sabtu tu, aku ngan kekawan buat lah projek tengok wayang. Yalah dahtu wayang pun sebelah opis je. Kadang2 pi makan kat KFC sambil wat ketupat.

Adalah sekali tu hah, aku ngan kekawan ngah lepak KFC. Yalah dah lepak reramai memang lah riuh sakan. Tetiba Psszuuupp!!!! berteraburan tulang dan isi ayam keluar dari mulut seorang lelaki tua yang duduk depan kami tu. Nyaris2 sampai ke meja kita orang. Semua diam. Cuba memahami keadaan dan orang lelaki tua pun duk menyumpah seranah bertubi tubi. Yang kita orang ni lak menten blurr dan masih cuba tuk menganalisis keadaan. Sib lepas puas membebel dan menyumpah orang tu keluar. Lega!! Rupa2nya orang tu orang gilerrr!!!! Dan dia sangat benci kaum perempuan!!! Kuss semangat sib aku bersama dengan kawan2 yang majority lelaki dan salah seorang tu ialah Mr muscle Man, Mr Miri. If perempuan semua naya jer.


Aku pernah tengok tetiba dia tolak seorang perempuan yang tengah tunggu bas kat bus stop. Kebetulan bus stop tu kat tanah agak tinggi. Sian perempuan tu jatuh ke bawah bergolek2 menimpa semak samun dan baju semua kotor. Orang gila ni biasa bungkus tangan dia dengan plastic bag. Huh!! Memang sangat bahaya ada org gila camni berkeliaran. If kita membalas balik perbuatan dia, takda maknanya gak kan. Dia kan tak sedar pa dia buat, silap2 kita yang kena cop gila lak. So perkara terbaik bila berdepan dengan orang gila ni ialah, melarikan diri.

zzzyy-dah jarang sangat dah exercise

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)