Saturday, December 7, 2019

Kisah Makan Hari Jumaat


assalamualaikum

kisah semalam
dah upload gambar
ingatkan nak buat entry
tertidur lak
kan musim hujan
best tidur sejuk2 dalam ekon


ok semalam, jumaat
makan je kerja

mula dengan breakfast
minum kopi o
dengan telur setengah masak 3 biji
sebab apa 3 biji
sebab kat kedai biasa guna telur grade C or D je
if kat rumah baru cukup 2 biji
sebab  guna telur grade A

tengahari, masa lunch
pergi lah lunch free
kat kedai bernama Mami Sambal
sempena opening
semalam dan hari ni
dia bagi makan free

makan buffet style
orang ramai
aku main kauk aja

pelbagai juga menu
tapi sebab masa datang
orang pun dah ramai
ada lah tinggal serpih2 je

ikan goreng
sotong masak kicap
ikan sweet sour
rendang ayam
dry butter chicken
ayam halia
semua masuk satu pinggan
tu baru namanya nasi campur 
nasib baik habis
if tak, confirm rasa bersalah
membazir makanan free




ulaman masih banyak
sepecialty dia sambal
ada dalam 6-8 jenis
makan kongsi 3 orang
tak boleh nak enjoy sangat
sebab makan cepat2
ramai orang menunggu meja kosong
abis je makan terus blah




pastu lepak guardian
hari2 lepak sana
sebab blok belakang office je pun
almost daily beli kacang dia tu
sedap!
aku suka yang mix ni
ada 3 jenis
badam
gajus
almond

sebab nak cukupkan rm30
beli biskut nature heart tu sekali
tapi belum makan
tah sedap ke dok

and terpikat dengan wangi
Sugar by silky girl
hari2 dok sembur tester 
last2 membeli juga




malam pula ke bintang mall
nak pergi denso
nak beli sikit barang
tuk projek ruang study ava
nanti dah siap aku buat entry

dinner kat Sugarbun pun
nanti aku buat sepecial entry

sebelum balik
singgah ke everise
belikan sushi tuk mak
dia tak ikut
faberet rumpai laut hijau ni
licin je masuk mulut 😋😋😋
RM8.90




ni dak ava yang pilih
kekunun dia nak makan
sampai ke sekarang 
pun belum makan lagi
suka tengok warna warni je lah tu
RM9.90





yang ni portion dia pilih tuk mak
good choice
rm19.90




keluar dari everise
dak ava berkejar ke chocolate wonder
aku terus bagi warning
see only k
selamba je cakap
ok mami
then tetap juga membeli
nerd tu rm6.80
yang reese tu tah rm21-50
siap mami kena pau lagi
aduhaiiii
bukannya nak makan sangat pun
terpengaruh sebab tengok YT lah tu



2 comments:

  1. musim hujan memang lapar je lah kan. wah macam macam menu sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Cantik pula sushi tu.. warna warni.. hehehe.. nak cuba jugalah kacang Guardian tu.. Asyik tengok awak pos je.. terpengaruh nie.. hahaha..

    ReplyDelete

tq, peace :)