Sunday, February 20, 2022

My Sunday Be Like....

 haii selamat hari minggu
buat apa tu?

seharian rasa nak buat update
ni kul 6.09pm baru berkesempatan

hari ni extra busy
pagi nya memang aku bermalasan
bangun tidur tak terus mandi
main games, tengok IG, tengok FB
gelak sorang2 tgk video2 lucu kat tiktok
or layan page kucing sepahkan apa hari ni kat FB
hakak is mudah terhibur dgn kisah bulus

by 11.45am pii shopping groceries
disebabkan mak cek in kat rumah adik
so aku pergi sorang2
bapa agak slow sikit nak bawa
lebih2 masih huru hura dgn pandemik ni

esok turn group B sekolah
so beli lah mknan tuk bekal dak ava tu
chicken popocorn
fish nugget
mayonis
dak tu kan bukan nya makan nasi sangat pun
ari2 cari idea tuk bekal dia
last2 week
2 hari bawa nasi goreng
2 hari bawa fish nuget & chicken popcorn
sehari bawa bread
if makanan kat canteen memang dia tak makan
pedas lah, tak sedap lah
dia jenis yang memilih
tak mudah dia makan mknanan lain
selain menu kat atas tu
if makan nasi,
nasi dgn ikan
nasi dengan daun ubi masak goreng berkuah
lelain cam ayam dan daging tu
ikut mood lah dia makan
jarang2

so pas balik dari beli groceries
jam dah 2pm++
perut dah lapar
takda breakfast
asal ingatkan balik ni masak lah yea
bila perut dah lapar, termalas lak
trus menuju ke kedai nasi kerabu




ambik nasi kerabu ayam + hati
puas hati
portion pun banyak
paling suka nyiur dia
harum je rasa dalam mulut

sekarang ni if duk seseorang kat kedai makan
memang takda masalah
beboring tunggu order datang
boleh je layan phone
boleh main game
boleh layan youtube

alhamdulilah perut pun dah happy
baru balik rumah

susun simpan semua hasil tangkapan
bapa siang sotong dan ikan sebelum masuk freezer
senang nanti nak makan
terus masak je

aku lak terus kemas bilik tidur
gara2 ambik telekung baru tuk dak ava
nun jauh dalam cupboard yg jarang buka
keluar debu

minggu lepas masa kelas KAFA
main bawa je bag yg sering dia bawa
sebelum PKP dulu
semua peralatan KAFA dia memang dalam satu bag
terlupa lak nak cek telekung dia
sekali dia cerita, ustazah tegur telekung singkat

nasib baik memang ada stok telekung 
yang dibeli dari saiz kecil ke saiz besar
beli masa aku pergi ke vietnam a few years back
[rindu lak nak pergi shopping di HCM city lagi]

pastu terus vacum dan kemas bilik tidur
iron baju sekolah dak ava
baju kurung tuk KAFA
dan baju kerja aku sekali
aku bab iron ni sangat2 malas
how i wish ada org tolong iron kan
tapii... hari2 memang guna baju yang perlu di iron!
camna tu... 
hahahahhaaaa

tengok jam dah nak kul 6pm
fuh cepatnya masa berlalu
especially if kat rumah
masa banyak kerja
masa cam tak pernah cukup
tau2 dah malam
ataupun kerja rumah ni 
memang tak pernah abis kan


6 comments:

  1. Kerja rumah memang tak pernah habis. Kalau time cuti seronok kemas rumah, tapi bila habis cuti rasa sedihlah pulak tak dapat kemas rumah seperti selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah amie, sebelum cuti pelbagai plan nak buat tapi bila dah cuti tu sering tak cukup masa tuk buat, sebab selalu buat benda yang tak diplan lak. haha

      Delete
  2. Fuhhh..hari ahad yang sibuk sangat ni. Bila buat kerja terlalu sibuk ni memang tak sedar cepat masa berlalu.

    Nasi kerabu dia mewah dengan segala yang patut ada. Berbaloi tengok portion dia macam tu. Memang puas hati kan.

    ReplyDelete
  3. Fuh!! Padat betul hari awak.. Tapi bila asyik berkerja memang tak sedar.. Tahu je dah malam..

    ReplyDelete
  4. kerja kat rumah ni tak ada cutinya.
    bertambah2 adalah

    ReplyDelete
  5. hari Ahad terasa masa cepat berlalu. kalau hari bekerja eh lambatnya

    ReplyDelete

tq, peace :)