Tuesday, September 5, 2023

Sabah Holiday_Part 5





bersambung cerita holiday di Sabah

tadi masa pergi
memang dah plan dgn SIL
nak singgah Anooh Coffee
tuk beli kopi
nii balik hati2 juga
risau tersasar, tak tengok
almaklum kang siok2 tgk pemandangan
tak tertengok kedai tu

ni dia..
comel je kedainya
tapi orang ramai 
lepak2 sambil melihat pemandangan gunung kinabalu





cafe is so cute
ada jual pelbagai jenis kek
sandwiches
if nak makan yang heavy2
boleh order dari keda TukTuk yang berhadapan
food are mabeles!!

sambil minum kopi
boleh juga layan pemandangan gunung kinabalu
yang sangat2 cantik diselubungi awan
kebetulan cuaca on and off hujan




kebetulan masa aku datang
memang ramai org
then hujan makin lebat
ramai beredar pulang
dan kami berpeluang lepak2 makan
dibawah payung
adik dan keluarga dia pulang ke homestay dulu
hanya grup aku yang tinggal




pemandangan gunung kinabalu ni
bagi aku
di setiap sudut
tetap mengagumkan
breath taking!!!
tambah masa aku datang ni
cuaca dia sejuk
on and off hujan
lagi memberikan pemandangan
yang another level
seperti di negara lain

actually ni kali ke 3 aku ke sini
which is last pergi, 22 year ago!!!
hah!!! dah 22 taun!!!
masa tu aku pergi tuk daki gunung kinabalu
terus KLMJ
nah.. bagi pic bukti sekali
meskipun dah lama berlalu
masih teringat kenangan penakian
yang not so easy
tidak juga susah
tapi ada lah melalui beberapa halangan





kali pertama aku pergi masa umur 12 tahun
dah samar2 ingatan tu
cuma tahu pemandangan sepanjang perjalanan
sangat cantik






di kawasan tanah rendah berdekatan
kelihatan banyak rumah2
sebahagian mungkin homestay
cam yang tempat kita tinggal tu
kelihatan kebun2 sayur juga




berhadapan dengan Anooh Coffee pula
keda TukTuk
asalnya tak plan nak makan sini
tapi bila hujan dah teduh
dan orang pun dah tak ramai
sebab jam dah dalam 5pm lebih
agak gelap sebab lepas hujan
so aku ajak lah mak apak dak ava n SIL makan sini
nak makan ringan2 je kekukun
sekali....




SIL terus kata nak makan tomyam
so might as well
elok kita makan nasi je
lagipun perut pun dah lapar
tadi aku dan SIL takda lunch kat hotspring

antara menu yang diorder
nasi putih
coconut tomyam
kulat
umai ayam

takda dlm gambar
[taktau kenapa aku tak snap]
[mungkin sebab excited sgt nak makan kot]
udang galah bakar
kerabu mangga



tomyam kelapa dia
sedap weh!
tah sebab lapar dalam cuaca sejuk ke
tapi tersedap so far 
[tempat aku susah cari tomyam sedap]

kulat, umai ayam dan kerabu mangga biasa je
tapi masih category sedap

selain dari tomyam
udang galah bakar dia pun sedap
ada 4 ekor tiap portion
2 ekor ada lah sebesar 2 tunjuk
2 ekor lagi size biasa
tak puas se portion
kita order another portion
tah tah apa malang nya
sehingga abis makan
tak sampai2

akhirnya tapau 2 portion udang galah
1 portion udang harimau menangis
total loss rm187
murah weh!!!
udang galah 1 pax RM29.9 x 3
daging harimau menangis RM39.90
pastu yg lelain
murah bagi aku
kopi kat anooh lak 
rm4.90 semug





selepas perut kenyang
baru sambung perjalanan balik ke homestay
yang terletak kat lembah tu
terletak kat hujung jalan sekali
lepas kumpulan homestay kita
takda homestay guna jalan yang sama lagi
mungkin 3 4 bulan lagi bakal ada
sebab tengok jalan2 dalam pembinaan




bersambung........

1 comment:

  1. Ralit la layan breathtaking view macam tu...dgn hujan lagi bestnya!
    Cendawan tu masak apa ye? Nampak cam simple je...

    ReplyDelete

tq, peace :)