Showing posts with label Ava. Show all posts
Showing posts with label Ava. Show all posts

Sunday, August 30, 2026

Iphone Dak Ava Rosak

 beberapa hari ni kalut
Iphone dak ava 
tak dapat nak charge

nak bawa ke doc phone
tapi khamis jumaat
aku balik lambat
sebab ada training menari

so semalam aku bawa lah
harapnya cam last month
usb yg rosak
beli baru terus ok
ni semalam selepas test charge
memang tak masuk
problem lain lah tu
suspected bontot pengecas tu rosak
mlmnya kedai msg
yes mmg betul

kena repair dlm rm230
then after discount rm190
just proceed lah
sober je rupa budak tu takda phone

nah walaupun iphone generasi ke 13
tetap mak dia ni tak mampu
ni adik yg beli
tipon 2nd hand
asalnya nak bagi aku
tapi aku taknak guna iphone
last2 bagi dak ava
lama juga dia dah guna ni
more than 2 tahun rasanya




ni benda yg rosak tu
senang cerita
rosak lubang tempat masukkan charger tu
meskipun dia yg rosak
tapi keseluruhan set kena ganti
nasib rega masih ok
if mahal, tak sanggup aku repair
baik beli baru





harap bertahan lama lah ni
adik dah kata 
if dia or isteri beli phone baru
nanti dia bagi iphone dia skrg tuk dak ava
errmm sukati  korang bapak anak lah
aku memang tak mampu 
nak beli iphone ni semua


lagipun aku tak reti guna iphone
aku pengguna setia android
aku jenis yg tak cerewet phone
just aku perlukan phone
yang cantik graphic
sebab aku pemain online games
so phone harus besar space
harus cantik graphic


Friday, July 3, 2026

Setengah Malam di GH

assamualaikum

1 july 
2 peristiwa berlaku kepada dak ava


start tuition kat tempat baru
hopely kali ni bertahan
cos bila  sampai tuition centre
ramai lak kekawan dia
termasuk classmates
nampaknya dia seronok
lagipun tuition centre dekat je dgn rumah
cuma tiap kali hantar ke kena lalu gate
sebab dalam area condo

dia ambik tuition BM
adohaiii BM budak tu
betul2 truk
nasib baik tak ke longkang
bak kata cikgu tuition dia bergurau
 ada yg teruk lagi dari dia
yg betul2 BM ke longkang
dia yg kedua
aku gelak besar

dan disebabkan dia complain
hampir hilang suara
dan dh mula sakit tekak
sebab batuk
balik tuition 
rushing ke clinic

 bila aku cakap 
dia dah batuk dalam sebulan ni
bulat mata doc!!!!
kenapa puan tak bawa awal
eh minggu lepas ada bawa 
bagi ubat je
ni dtg pun sb nak ambik MC
sebab tekak dah sakit
takda suara

terus doc bagi referral letter
tuk pergi ke General Hospital (GH)
 jam dah kul 9pm
aku belum mandi
belum makan
so if pergi GH 
confirm lama
silap2 semalaman

balik rumah mandi makan dulu
pastu baru ke GH
org GH tanya kenapa dtg
sakit biasa je
dah doc cakap kena dtg mlm ni juga
tu yg datang

sebenar doc nak suruh cek detail
tuk sakit Tuberkulosis (TB)
kan sekarang ramai yg kena
aku pun tgk dak ava tu batuk
takda lak terfikir
no wonder doc melopong
bila cakap dia dah batuk sebulan
biasa boleh kena jangkitan TB
dalam masa 2 minggu je batuk
buat berdebar2 tau

so pergi emergency unit kat GH
masuk green zone
nasib baik tak ramai org

sebab yg critical 
memang dah masuk red zone
yg kat sini
paling ringan rasanya dak ava
doc cakap boleh je esok2
tapi dah doc yg refer suruh
mesti pergi malam tu juga
so rawat je lah kan

dah di cek kat depan masuk tu
so kita register
dapat no. 1619
nampak macam tak lama kan
tapi no tu yg kita guna
tuk ke mana2 bilik kat GH ni

sejam setengah kemudian
baru giliran dipanggil
jumpa doc kat bilik 3
dia suruh x ray 
pergi ke another room
tunggu dorang panggil lagi



 


dalam setengah jam gitu lah
masuk bilik 5 lak
dia suruh ambik sampel air kencing
pastu pergi xray lak

hah part ni
scary sikit k
Emergency dept dia kat hjg ni
bahagian main lobby lak kat bahagian tgh2
tuk pergi ke lobby kena keluar dari ED ni
jalan pusing ke dari luar
takda exit dari ED ni
 
perjalanan ke Xray room tu
tak terang sgt k
if jenis penakut mmg scary lah
jumpa sorg tgh main tipon kat tpt jumpa
samar2
sorg lak tido kat tempat menunggu luar
nun ujg sana si security
selain tu takda org langsung!!!!

hospital baru ni
belum sepenuhnya digunakan
sebab main operation warded
masih guna hospital lama sebelah

masuk je pintu
guard kat hjg tanya
ke xray room ke?
yap
masuk pintu kiri
ok
pintu auto
ingatkan ada org
takda org langsung ok!!
ruang besar
banyak bilik2
ada counter besar tapi kosong
nasib baik keadaan terang
tengok kiri kanan
ada notis
tekan loceng if nak pergi xray
so tekan
a few second keluar sorg lelaki
uruskan xray semua
sekejap je pun
otw balik
masih jumpa  3 org tadi
guard, yg tido, yg main pon
dan
sorg lelaki pakai baju warded
bimbit plastik titbits
eh ada org warded pulak kat sini
boleh pulak keluar beli barang kan
tapi ada ke kedai buka
jam dah 1am ni
mungkin canteen kat hospital lama
buka 24 hours pulak
lantaklah
hahahaaa

pas xray balik ke green zone
setengah jam kemudian
ke bilik 3 kembali
alhamdulilah semua ok
takda tanda2 TB
doc bagi antibiotic
dan ubat cair kahak
minta MC sekali

by 2.30am baru sampai rumah
terus msg boss 
minta cuti emegency
bangun pagi 
fuhhh rasa sakit seluruh badan
ehh jgn lah aku demam pula
so since cuti
aku rehat sepenuhnya
alhamdulilah petang 
rasa segar






Sunday, January 11, 2026

Back to School 2026

assalamualaikum

esok dah start sesi persekolahan baru
tak terasa dak ava
dah pun masuk form 4
berganti kelas lagi
kali ni dia terpilih masuk kelas sains
aku cam tak percaya bila dia bagitau
sebelum cuti dulu
pelajar2 sains dari dua kelas
disuruh naik ke pentas
termasuk dia
pas cikgu share namelist
baru percaya
alhamdulilah anak
cuma 2 tahun terakhir ni
kita kena banyak berkorban
banyak berusaha
dah register kelas tuition BM tuk dia
kelas add math masih dgn cikgu tuition lama
semoga semua dipermudahkan

semalam sabtu, pendaftaran
dan pembayaran semua yuran
dan pembelian buku2, lencana, nametag

untuk sesi kali ni
masih guna baju dan kasut yg lama
cuma aku beli 2 helai tudung baru
tuk tuk lekat nametag baru
lagipun nametag dan logo 
kat 2 helai tudung lama dah pudar




balik dari register
kita lepak ke parkson 
cari baju biru or putih tuk dak totom
eh dak totom masuk darjah 1
dia masuk kat PPKI di Army Camp
lagi dekat dgn rumah adik

dgn baju pengakap dia
so cumel
ni tgh chat dgn SIL
camna lah dia esok
harapnya tak menangis lah yea
sebab dia dah biasa juga pergi sekolah 
just tiap kali masuk simpang sekolah
dia nak menangis
tapi bila masa ambik
selalu taknak balik pula
alahaiii





nii dak timi selalu malas berjalan
asyik ada je tempat duduk
dia akan duduk
ni kat bawah display rak
di H & M
sementara tunggu adik bayar baju dak totom

dak ava lah
memang nak pulang lah
bila apa yg dia mau dah dapat
semalam dalam pergi popular
beli buku & stationery
sempat pau adik
beli pencil apple
sebab yg kat rumah tu dah tak smooth
tak best tuk dia melukis





oklah
anak2 nak sekolah
mak pun nak tido
sebab esok kena bangun awal
minggu ni
sekolah dak ava masih 
process back to school
memacam program
selasa nanti ada potluck
isnin aku cuti, so nak extend lagi
sebab dah plan nak masak2 sikit
tuk dorg potluck

good nite semua








Monday, December 15, 2025

Ava Dan Rambut

terjumpa gambar lama dak ava
tahun 2020, 5 tahun lalu
baru darjah 4

aku masih ingat
ni dia gunting rambut
sebelum masuk darjah 4






selepas digunting




masih ingat
dia sangat tak puas hati
sebab org gunting tu
potong rambut depan dia pendek sangat






yang ni last friday
sebenar dah 2 minggu dia ajak
tapi kedai yg selalu dia pergi tu
asyik tutup saja
bila friday tu saya call
paduhal dia memang tutup 6pm
selalu kita pergi after 6pm

so tukar kat saloon lain
nasib baik dia berpuas hati
dgn hasil potongan rambutnya








bersungguh2 nak potong jumaat juga
sebab nak show kat kekawan 
yang sama2 join tengok wayang
hari sabtu nya






para peminat fnaf the movie
siap bawa prop sekali
aku berkeliaran kat mall 
sambil menunggu
malas nak tengok movie tu

target avatar
tapi belum main lak






Thursday, November 6, 2025

Ubat Dan Sakit


hari ke 2 MC

semalam bangun dari tido
keep on sneezing
siap lah
badan pun terus rasa teruk 
heart beat agak cepat
nafas pun sesekali
cam nak sangkut2

msg boss might probably
aku akan MC
sebab mmg rasa tak best

jumpa doc
cek oksigen agak low
buat ECG
pun line not so smooth
cek blood sample
alhamdulilah
bukan heart attack

2 days MC tuk rest
dibekalkan ubat2an




kejadian malam monday
dak ava kan memang tak sekolah
sebab petang ahad dia bersin2
terus kena flu attack

so sebab diberi ubat yg memamaikan
monday aku tak turunkan sekolah
fine
seharian budak tu baring
dan tido
bila aku balik
tgk dia belum mandi
aku mandikan sebab 
dia kata dia lemah
nak berdiri pun tak larat
terlalu panas lah budak ni

pas mandi terus bagi buat flu, glenceet
tak lama pastu 
dia complain 
cam tunjuk jari dia
susah nak berpisah
cepat2 bawa ke BMC

doc cek
high fever 39.7 darjah
heart beat laju
oksigen low
doc suggest to swap
for influenza

and 45mins later
positif influenza A
senang je penyakit ni dtg 
tak usah byk sintom

bawa balik a few ubat
doc bagi 3 hari MC





malam tu mmg kena monitor dia
panas on and off
bagi dia mkn ubat on time
ubat biasa je
just anti viral tu khas tuk influenza

and semalam masa pergi clinic
aku pun kena swap juga
alhamdulilah negative
taktau lah after this
semoga semua baik2 saja
and aku harus
terus sihat tuk uruskan keluarga
especially saat2 sakit camni

aku n dak ava je dlm bilik
mak dgn dak bege kat luar
tak suruh dah ava 
ciom2 dak bege dulu
nasib arini mak dia cuti
so dia takda dtg rumah


dan budak bebulu ni pulak
asyik nak berkepit dgn dak ava
aku tak suruh dak ava ciom
kalau boleh reject dia
jgn suruh baring dekat2

tapi kan dah kwn dia
tetap juga nak menempel 


 




Sunday, November 2, 2025

Happy Sweet 15th Avanov

1st November tiap tahun
menyambut ulang tahun
kelahiran dak Ava
kali ni yang ke 15th

tahun ni buat kat luar je
sebab rumah aku masih kucar kacir
renovation dapur belum siap
sana sini kotak
tempat simpan barang

so book bilik karaoke
kat shopping mall
melalak lah dia dgn kwn2
dari 1pm ke 6pm

sesekali aku check ke bilik dorang
sesambil tu aku jejalan lah
sekeliling mall
minum teh
minum kopi







bersama 11 orang kawan yg lain
geng keras dia
majority classmates
some kwn dr sekolah rendah 
6 dari dorang
aku jemput aku hantar

aku biasa camtu
jadi driver kawan2 dia
if dorang jejalan kat mall
aku ikut lepak mall
meskipun tak bersama mereka
yet still berkeliaran surrounding





may Allah 
bring you joy
and happiness
give you everything you want
keep you safe
fill your life with love and peace

terima kasih Allah 
atas kurnianMu
on this special day
hope you know 
how much He cares for you





ni kwn2 yg selalu ada bersama dia
baik di sekolah
maupun lepak di luar sekolah







next celebration 
aku pun nak buat kat karaoke ni
ajak family nyanyi2 sekali
package aku ambik ni
bilik tuk 12 orang
dari kul 11am ke 6pm
dia bagi 6 bungkus keropok
12 tin air cola/ 7 up




cake dak ava ialah red velvet cupcake
jiwa anime ni
suka benda yg pelik2
15 biji red velvet cupcake for rm60
very reasonable price!









ni yg aku jemput awal
2 org belum dijemput
ajak dorg breakfast dulu




dak ava really enjoy herself
budget buat kat luar
or kat rumah tetap sama
might as well elok buat kat rumah
aku takyah letih mengemas
dan menghias rumah






 

Tuesday, September 23, 2025

Fun Fair






 assalamualaikum

hari ni akak cuti mengejut
baru malam tadi dak ava bagitau
hari ni dia ada
Tour Francophone De Malaisie
Edisi Sarawak
kat sekolah SMK Sains
so semua yg ambil france language
seharian ni berkampung kat situ

since masa dia pergi clash
dgn time aku turun keja
so aku msg boss 
bagitau hari ni aku ambik EL
takda org cuti so ok je


last saturday pulak
teman dak ava dan kawan2
pergi ke funfair
ni kali ke 3 dia pergi funfair
first pergi kecewa
sebab takda yg main dgn dia
2nd time pergi
oklah ada adik dan cousin
tapi tak semua pergi
biasa lah adik kan dah berumur
kena jaga jantung juga
hehehee


muka excited
dak ava ni cam ladylike
tapi bab main permainan yg estreem
dia suka






diorang paling seronok main space fun ni
oiiii tunggang terbalik dalam tu
idok lah hakak
tengok je dah buat mual





ni kat atas tu
berhenti beberapa saat






main kat sutun ni biasa je
dok pusing je
takda estreem mana 
gerabak purple tu
dak ava dan kawan2







yg tagada ni
2 kali dorang main
kalau tak kuat grip
boleh terpelanting kiri kanan ni







kat sudden Impact
hanya 2 je yg larat main
2 dr kwn dia dah balik
sorg dah tak larat main






suasana British Funfair
sederhana meriah even sabtu
tak ramai org pergi
tapi selesa lah
takyah bersesak sesak











pas 2 jam berambu ramba kat sini
kita lepak McD
kelaparan budak2 bertiga tu
(both aku hantar balik rumah)
aku tapau je
masih mual especially tgk
dorang main sudden impact
hakak dah sunset

Friday, September 12, 2025

First Time Layan Aiskrim Bubble Bees

kejadian 2 minggu lepas

pergilah sebuah kedai tu
tuk ganti protector screen phone
dak ava, ipad dia dan phone aku
kawan yg rekomen
dia kata kat HITO ni murah
and yes
memang murah
depend dgn jenis
clear, tempered, matte dan lain2
harga less than rm20
if kat kedai biasa
ada yang dalam rm30
tukar 2 phone 1 tab for rm55

keluar dari HITO
ehh sebelah dia kedai aiskrim
Bubble Bees!!!!
jom kita try!!!


signature coffee
supersedap!
(tapi tetap tak boleh lawan
my faberet kedai kopi, Zuss)
😜😜😜😜








dak ava setia 
dengan apa yg ada nama caramel
aku lupa apa exact nama ni







dan aku of course
something green and matcha!!!!
combination of matcha & pitstachio nut





puas hati!!
tapi tak boleh pergi selalu
boleh merabakkan wallet truk ni
tambah lagi mkn makanan camni
makanan potong kaki!!!!
hahahaaaa

Thursday, July 24, 2025

Anak Dara Berkebaya Nyonya


kejadian sabtu minggu lepas
kat sekolah dak ava
ada program rimup
gawai + raya celebration
ada sukaneka juga
semua diminta guna baju kebangsaan
or baju traditional

disebabkan hari ni
plan nak balik kampung
so aku malas lah nak join
sementara tunggu dak ava balik
aku cari barang2 tuk bawa kampung




dia guna kebaya nyonya
first time guna since beli
nyaman kan org bdn kecil
guna apa je tetap cantik
mami is very the jeles
hahahaaa





balik dari rimup
bergambar bersama
kucing2 kesayangan


bersama Mochi




bersama Kertam




bersama Kiko