Monday, September 7, 2026

Eat Clean Menu first week of September

 

kat office ikut lah kekawan
menu eat clean

memula ikut 
sebab malas keluar masa lunch
ni org hantar ke office terus
then try lagi another week
harga pun more or less 
cam keluar makan
silap2 if keluar makan
after lunch
ngopi2 lah
lagi mahal dari ni

so this is my last week eat clean



selasa
honey garlic chicken 
sedap


aku gaul cam bibimbap 



rabu
beef bibimbap
sos dia sedap
tapi beef dia aku tak suka
ada bau yg kuat
kan eat clean menu
tak byk guna sos lah tu


khamis
roasted salmon
nii sedap 
rasa cam tak cukup salmon
hahahaaa


jumaat
yooo kita makan bagel
ragu2 juga nak oder
sebab ingatkan kecik cam bege McD

sekali besar arr bagel dia
sebab sos banyak 
so sedap juga
if tak ayam dia agak kering




ni pula another breakfast menu yg rare
cracker Jacob rendam dalam kopi
fuh yummey!!!
terus teringat masa kecik2 dulu

suka rendam cracker dalam milo
makan panas2
mengamit KLMJ terus




ni pula
katanya nak eat clean
tapi dinner heavy
perkena sate!!

ni versi malam ke 2
tak abis malam pertama
esoknya aku panaskan dgn air fyer
lagi sedap
sebab rasa makin umphh!




takpa lah
aku bukan expect apa2 pun
eat clean sebab malas fikir
apa nak makan masa lunch
for health is of cos a bonus 😍😍

bila aku tengok menu2 
eat clean yg aku makan
simple je pun
sendiri boleh buat
just need alot of effort
setakat tuk sorg
agak not worth
sebab dalam satu menu tu
byk element gizi 
yang perlu diambik kira
perlus seimbangkan semua
jenis masakan pun pelbagai
ada yg direbus
di stim
di bake
hah effort tu yg buat aku malas

just skrg agak rajin gak minum
fresh2 juice
dari bahan natural
match & mix sendiri



Sunday, September 6, 2026

Aktiviti Hujung Minggu

assalamualaikum
seawal 7.30 dah keluar ke pekan Lutong
about 20km from my house

temankan mak & apak
mak nak beli sayur kampung
apak lak nak beli ikan sungai

pasar minggu di pekan Lutong ni
memang sangat2 meriah tiap ahad
pelbagai jualan dijual di sini

hasil tangkapan

apak beli
ikan baung 
telur ikan baung

mak beli
rambutan
dan sayur2an

aku lak beli
petai
jagung
rebung
rambutan
kucai

lepas settle membeli
kita lepak ngopi 
jam pun baru kul 9.30am


mee kolok 
bersama sup perut sapi
happy tummy mak




mee goreng ayam for me



wantaun sup
share dengan mak
sebab awal2 pagi ni
teringin nak makan yg bersup2
tapi if makan wantan ni saja
mmg tak kenyang
6 -7 biji saja



kuehtiaw goreng seafood tuk apak



kesayangan hamba


balik rumah jam baru 10am
sebab takda singgah memana pun

sebab dah breakfast 
lunch 4pm
menu istimewa hari ini
ikan baung+telur
masak pansuh dalam buluh
alhamdulilah


Saturday, September 5, 2026

Laporan Siaran Langsung Hari Ini

assalamualaikum

korang buat apa tu?

masa start nak update tadi
blogwalking
try nak publish komen
tak dpt pula
ni aku just try update
tah dpt publish ke tak

dalam sibuk2 update
ada je yg sibuk menganggu
biasa budak kecik 
yang selalu ganggu

ni aku natang berbulu
yang ganggu

si mochi
mengigit wayar sana sini
kang kejung kena dek letrik
mami tak reti nak react camna 
nak oiiii





tiap angle dia try nak gigit wayar






lepas kena marah
reti lak pura2 nak tido
bila aku tak tgk
operasi mengigit 
bermula kembali








budak ni kebelakangan
sangat clingy kat aku

sebelum tido malam
dia akan cek dak ava
naik katil
tengok keliling dia

pastu balik ruang tamu
tido kat atas sofa
berdepan dgn tilam aku
selagi aku tak tido
selagi tu dia pun sama

btw, aku 4 5 malam ni
tido ruang tamu
sebab ekon kat bilik tido
sekejap sejuk pastu panas
on and off gitu

suspected sebab since renovate dapur
air circulation agak jauh tuk keluar
aku try guna exhaust fan 
tuk tarik udara panas keluar
yet still tak cukup
nampak gaya kena panggil doc ekon lah ni
tapi tunggu dulu lah
belum ada budget

k lah semua

happy weekend
jaga diri jaga kesihatan

* jerebu di Miri harini 173
masih tak sihat


Wednesday, September 2, 2026

Macaron


pic credit to Global Taste


 

Monday, August 31, 2026

Keypad D rosak

 

begini lah keadaan keyboard D
yang telah rosak

memang lama dah tanggal kerna dak Ava
tapi masih boleh di tap2
ni a few month ago
kan PC dak ava rosak
dia guna 
terus rosak tak boleh guna terus

yalah dah dia guna tuk main games
duk tekan cepat2



sekarang aku menaip
masih guna kebot laptop
tapi bila nak menaip D
aku taip kat kebot pink tu

eh yg putih tu tenggiling
hahaaa..
bergulung sebab sejuk
meskipun kat luar keadaan berasap
as for now IPU Miri 170+
and worst seharian ni
keadaan bukan berjerebu
tapi berasap
so hari ni memang tak pergi memana
duk rumah je