Sunday, December 18, 2011

Minggu Makan

minggu untuk makan!!!!
makan sesaja kerja
jumaat makan!
sabtu makan
ahad pun makan!!
bukan makan yang lite2
makan yang extra heavy

soo aku rasa sudah semestinya
badan pun naik cam di pam pam

friday makan dengan colleagues
saja melayan feeling pre christmas
tak ramai pun, hanya berenam
sesi cerita luah perasaan
dengan apa yang berlaku surrounding
sebab memasing memang busy
takda masa bercerita or bertipon
lagipun kerja with a different branch



buffet dinner at Palm Terrace Cafe', Imperial Hotel
RM48++, makan 5 orang free 1
worth kan



1st plate
macam2 ada
habit aku
first round suka ambik memacam
sikit itu sikit ini
saja tuk try test
if sedap boleh ambik tuk 2nd round



plate 1st round, licin!!!!
nom!! nom!! nom!!
kebuluran teramat sangat
sengaja makan segelas kopi C
dan sepasang bread for breakfast cum lunch
sebab malamnya nak lepas geram!!!



2nd round!
western mix local
siap ada asam kedondong dan acar timun
roast potato lamb chop, lamb rempah
bbq chicken wing dan pita bread yang berinti
sedap2!!! tapi after this round
aku dah tak larat...



dessert dia ada pelbagai
tapi aku ambik yang ada cheese2 saja :)
semua sedap2
issk even terfikir sekarang rasa terliur lak
ayooooo....



last sekali aiskrim
to be announced
aku fail mengulung aiskrim tu
dengan scoop dia
asyik tergelincir saja

cerita punya cerita
aku and ani orang pertama sampai
group kami gak orang terakhir beredar
banyak cerita tentang kerja digossip bersama
sampai minum kopi pun aku tak sempat
which jarang aku buat masa buffer dinner
biasanya perut dah kenyang
gerenti aku minum kopi or tea tu melegakannya
akhirnya...
ballik rumah dengan perut yang amat kenyang

kesimpulannya if sekarang pergi buffet dinner
aku dah tak sekuat dulu makan
enjin dah lama maaa
dah tak kuat tuk buat production :D

pagi sabtu
ada picnic bersama officemate
janji kul 7am
tapi aku tergelincir sejam
tak larat bangun awal
cos malam sebelumnya ava buat hal
bangun kul 1am tidur kul 3.30am
pagi lak seawal 6.30am dah bangun
pergghh!! sakit badan



ok ni antara team picnic
project panggang memanggang
2 kali mengangkut barang2 ke pondok
sebab hujan rintik2
tapi tak juga jadi



hasil panggangan yang menyelerakan
terutama chicken wing dan lamb
again, terliur bila ingat rasa dia
much2 better than yang main panggang dengan oven
by afternoon semua balik
tak larat berpanas
tu pun aku dah kena sikit sunburn

sempat menapau 3 hiris lamb dan 5 wings
makanan banyak so share lah bawa balik
tapi ada juga yang tah pa jenis
selamba je bawa yang belum dimasak

3 bungkus sosej cheese yang sedap
tetiba hilang!!!
aku ingatkan dah semua dibakar
ani cakap belum sebab ingat nak bakar
lepas adalah yang 2 3 orang tamak tu balik
bila kita nak start bakar balik
semua hilang....
ani and another kawan sungguh kecewa

bukan apa
tu kan makanan tuk semua
if ada lebih sama2 lah bahagi menapau kan
seorang ambik sikit seorang ambik sikit
jadi lah kan
ni tidak, ada lah seorang tu
asyik berulang alik ke kereta menghantar tapau
tah berapa banyak dia tapau tak perasaan
yang pasti sangat banyak!!!!

pagi ahad
seawal 9.15am dah terpacak kat area kerja SIL
sama2 nak pergi kenduri kawin kawan SIL
kawin melayu kat hotel
first time aku attend
biasanya kenduri kat rumah



pelamin yang simple tapi berseri-seri
sangat suka tengok



menu yang simple tapi sedap
cukup mengenyangkan perut yang sangat lapar
asalnya patut start 10am tapi meleret hingga 11.30am
nasib tak banyak speech terus makan
cuma almost termiss menu butter prawn tu
terlupa hantar dek waiter
dahlah menu yang ditunggu2
adooii siott tul

rasanya waiters & waitress tak cukup
nampak sangat kelam kabut
even ada sekali tu
aku jadi waitress refill air tuk meja aku
yalah dah makan tapi takda air
kang tercekik naya je kan



sukat this gift
cokelet and cake buah with white cokelet
packing dalam bekas yang comel and ribbon yang comel
overall, majlis yang simple sederhana tapi memuaskan

begitulah kesudahan minggu aku
yang penuh dengan aktiviti makan
so if aku semakin temban
fefaham lah yaaa :)

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)