Saturday, August 4, 2012

AvaNov

Lama aku dah tak update tentang Ava
sekarang dia dah masuk 1 yr 9 month
tak lama lagi 2 tahun lah anak dara ku itu


terkini, semingguan ni dia cirit birit
bermula ahad lepas
muntah2 then berhenti muntah cirit birit
yang ahad tu langsung tak makan & menyusu
asal makan je dia muntah
asal menyusu lak dia cirit
sungguh kesian
tapi despite of cirit birit
dia tetap cergas
only 2nd day dia lemah
ada lah menyusu dua tiga kali
tapi semua jadi cirit
terbaring lesu 
luruh jantung tengok dia camtu


but next day dia ok
tak begitu cirit lagi
tapi masih taknak makan nasi
so far til now
masih belum makan nasi sepenuhnya
hanya sesuap dua saja


hari ni 2 kali dia cirit
sekali pagi sekali malam
tapi syukur alhamdulilah
dia dah makan even bukan nasi
dia dah makan kropok kegemaran, 
Chezzel & pringles chesse
ada makan krismis sikit
biskut kering jacob




dari pemerhatian aku
ava seorang yang cepat belajar
semua kerja kita buat dia nak buat
aku masak dia nak masak juga
siap nak sudipkan lauk tu sekali
which of course aku tak suruh
kang kena percikan minyak, bahaya


yang pic kat atas tu
dia tengah cuci dapur 
tengok  mak cuci dia nak cuci
so mak bagi dia berdiri atas kerusi 
semangat dia lap dapur tu
siap belek2 lagi
rasanya mungkin dia wonder
camna lah benda ni functioning kot




and if berjalan dan jumpa binatang ni
confirm dia nak main
baik yang dok depan belakang tu saja ke
or baik yang berjalan guna remote control
pasti kena spend a few ringgit tuk dia


tadi aku bawa dia tengok mainan kat toys world
seronok dia dok tekan itu ini
banyak mainan
if jumpa soft toy dia peluk cium
tapi ada sangkut skit kat anak patung baby alive
leka dia tengok patung tu boleh nangis semua
mula2 nak bye bye tapi then melalak lah juga sekejap
nasib kat pintu masuk tu ada poster batman
terkedu takut dia


ajak pergi servay hypermart
tengok section mainan
takda mood je dia
suruh beli mainan masak2 
tuk tambah collection kat rumah
pun dia geleng kata taknak
offer anak patung pun taknak
suruh dia cari sendiri


then she sound so cute
mummy! mummy!
sambil menuju ke arah aku
dan tarik tangan aku ke satu section
dia dah jumpa apa dia nak
guess what??
...................................................
mainan ABC yang boleh lekat2 kat board
ada magnet
good girl!!!
banyak2 mainan ni yang dia minat
dia nak beli satu aku siap offer another different set





Ni last 1 Aug 2012
birthday bestfriend ava, darnish, anak Ani
darnish ni exactly 3 bulan tua dari ava
so dalam cirit2 tu sempat gak ava pergi 
sebab aku nak campurkan dia dengan bebudak
so dia ada semangat makan
and it's true
kat sana aku dapat suapkan dia ayam
meskipun tak banyak cam biasa
at least dia ada makan sikit






Ni antara pic kegemaran masa  birthday darnish
berseri2 wajah dia tengok darnish tiup cake
aku tanya dia, dia nak ke camtu?
dia angguk sambil kata nak nak
aku kata nanti birthday ava, kita celebrate lah ya
berseri2 wajah dia kata Otey (ok)
dia dah reti seronok lah tu
seronok nak tiup lilin
and for sure aku memang plan 
nak celebrate 2nd birthday dia


teringat masa aku kecik2 dulu
memang seronok bila ada majlis harijadi kekawan
seronok tengok orang tiup lilin
tengok kek ada bunga2 icing
if boleh dapat satu bunga tu extra happy
ingat pernah nangis sebab tak dapat
ngehh... :p
aku mana pernah celebtrate birthday pun dulu
only dah tua bangka ni
baru ada celebrate
amat2 bersyukur
kerana mempunyai orang2 sekelilling
keluarga, kawan2 
yang sanggup bersusah payah
belikan kek, kumpul reramai raikan birthday aku

k lah ek. dah kul 11.46pm ni
nak cari benda di dapur
nak sahur awal
then bila sahur nanti hanya minum air
tak berselera makan awal pagi
lagipun perut aku ni kureng senang menerimanya
ingat hari ke dua puasa
aku makan nasi
siangnya cirit birit!
nasib kat rumah
if di office kan naya je
confirm tak bermaya

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)