Tuesday, February 12, 2013

Masyarakat Dayak Sarawak, kaum iban khususnya
memang ramai yang masih berpegang teguh
kepada adat istiadat nenek moyang
meskipun ramai yang sudah beragama
tapi terutamanya if hidup di rumah panjang
perlu perihatin terhadap penduduk lain

so bila sesuatu perkara yang diraikan
yang nak di celebrate
adat Miring masih dilaksanakan

upacara Miring dibuat kerana banyak sebab:-

baru nak mula menanam padi
selesai menuai padi
meraikan suatu kejayaan
meraikan kepergian seseorang ke sesuatu tempat
(seperti anak mula belajar ke U)
membuang kuasa jahat
jika ada mimpi ngeri
jika ada perkara pelik berlaku sekeliling
(seperti ular masuk rumah then tuan
rumah ada mimpi berkenaannya)

 
antara bahan2 tuk Miring:-

ketupat mini
kelupis kecik (nasi pulut dibungkus daun pisang)
bertih jagung 
telur rebus, pisang, daun rokok
peganan (doh cair dibuat bulat)

















biasanya
akan dibuat ikut jumlah
if 7 semua bahagian mesti dibahagi 7
lepas tu simpan kat kaki atap
senang cerita
kat pintu depan & pintu belakang
ada yang tak juga buat camtu
tu yang selalunyalah



yang ni Pereng yang tuk dimakan
so bahannya adalah bahan yang boleh dimakan saja
if mendian datuk aku dulu
dia akan buat camni tuk aku
setiap kali sebelum aku start penggal persekolahan
sebagai doa selamat dalam persekolahan
jari akan dililit dengan benang merah
so bila makan semua benda kat tapak tangan tu
tangan adalah bersatu













yang ni Pereng yang dah sedia tuk disimpan di kaki atap

selepas pereng ni diletak kat pinggan or mangkuk
semua dah sedia mengikut hintungan
so pereng akan dikumpulkan di tengah2
bersama orang yang dipereng
then akan 'dibiau' dengan ayam
dibiau = ayam dipegang sambil dihayun2 atas kepala
dan kawasan pereng  tu
aiyaooo susah nak explained :)

oh yea sure ada yang confuse

Miring = Upacara
Pereng = Bahan dari upacara

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)