Tuesday, June 11, 2013

Shenzhen-Hari terakhir

n3 terakhir perjalanan Shenzhen-Macau-Hongkong

selepas balik dari window of the world
kita lepak shopping kat
luohua commercial centre
fuhh! banyak barang yang aku suka
cuma pitih nya je yang takda

kat sini barang2nya
lebih mahal dari Dongmen Street
tapi more varieties
imitate handbag, purse, jam
boleh kata semua yang imitate2
ada kat sini

barang yang dari manik bling2
iphone n samsung S series pun banyak
aku hanya beli 2 casing iphone 3D
tuk adik n sil dgn harga cny50 saja
tuk sendiri?
sedih! hp samsung galaxy ace plus takda!

satu lagi
kat sini banyak pusat urut kaki n manicure
aku n sil mengurut kaki
dengan bayaran cny30 selama sejam
dan tukang urut adalah hepi sesangat
sebab dapat tip pun cny30!

no wonder orang2 china
trying to bawa culture urut kaki
ke negara kita
kat tempat mereka
if urut kaki mean urut kaki
takda hiding agenda
tapi kat sini, miri khususnya
tak pernah aku nak cuba
tempatnya didalam bilik2
pengurutnya adalah mostly perempuan
mula2 kaki lepas tu....
fikir2lah sendiri :-)

ok lepas shopping semua
kita balik hotel
dan plan dinner kat restaurant hotel

dinner, kita try their specialty
kaki kambing panggang
but not so tasty
agak kering dan tak moist
menu kaki kambing, soup, sayur,
sate kambing, ikan for 4 dalam cny300
tak sure sgt berapa
tapi more or less begitu lah

then balik hotel tido.....

esok check out 11am
kalut sekejap
sebab hujan and takda perkhidmatan teksi kat hotel
if nak naik teksi
kena tunggu tepi jalan depan hotel
stranded sekejap tunggu hujan reda

then dengan teksi ke stesen luohua
super salute kat teksi di china
selamba je bawa beg kami yg besar2
bonet tak dpt tutup pun takpa
dia ada penyangkut khas tuk tutup
tapi aku yang duduk tengah2
memang terpaksa kangkang
sebab satu bag memang kena bawa duduk belakang
yang balik ni ok lah
sebab kangkang bag tak besar
tapi yang masa kita dari hongkong aritu
punyalah besar aku kena kangkang!!!!!
bag yang kedua besar!!!

sebab masa awal
so sesi menghabiskan sisa2 cny
shopping kat luohua com ctr

since sejak semalam
tengok perhiasan rambut bling2 yg cantik
hari ni berani kan diri tanya
mula2 klip yang kecik sebesar tunjuk je
cny15, dlm hati kata mahal
penjual tu kata
lebih byk beli lebih murah
berkenaan dgn cucuk sanggul n hairband
so dia bagi bakul

mulalah mengambil yg bekenaan
1 hairband
2 cucuk sanggul
2 clip rambut
so dia kira
guess berapa???
cny700!!!!!!
nak pengsan dengar
of course takmau rm350 ok
dia kurangkan lagi
cny590, takmau
cny450, takmau
cny350, takmau
cny299 pun takmau

last2 kata nak beli hairband aja
cny65, takmau
aku minta cny30, dia ok
then cucuk sanggul, cantik, berkenaan sgt
aku minta cny30 dia pun ok
tah cmna terbagi dia cny90
masih lagi dia suruh beli yg lelain tu
then sil nak hair clip cny35
bagi dia cny100 note
dia offer lelain
cepat2 aku ambik cny90 kat tangan dia
then suruh dia bagi balance cny5!
huh! if tak ambik $ tu
dia akan offer sampai duit tu abis
nasib aku cepat2 terfikir
kesudahannya membeli
1 hairband
1 cucuk sanggul
1 hairclip
cny95=rm43
bila kira2 balik aku masih rasa mahal
tuk 3 item tu
tapi tuk positif thinking
worth beli cucuk sanggul
kat sini susah dapat
if ada pun mmg tak kurang dari rm50
hairband, next day after aku sampai rmh
patah dek anak dara aku
sempat pakai masa semangat lepas beli je
pastu dia meninggal!

flight dari shenzhen 9.30 delay about stgh jam
landed lcct 1.00am!!

begitulah perjalanan aku kali ini
travel dengan economy budget
sangat interesting, puas hati
cuma if travelling camni
kena kuat mental n stamina
no doubt ada ketika
memang rasa sangat2 flat dan letih
lebih2 lagi dengan masalah tisu tapak yg injured
tapi demi keinginan melaksanakan misi
aku tetap teruskan

ni semalam jumpa doctor tentang masalah tumit ni
dia kata ada tisu yang koyak
take time tuk cure, berbulan2
dengan itu kena guna slipar/kasut yang tebal tapak
if keadaan worst
terpaksa inject kat tumit tu
mmg sakit lah
aku dah macam errrkkk
lebih baik aku jaga dari melarat
ni semua kerana my previous job
byk berjalan n aku salah
guna sleeping slipar yg tapak nipis
kukunun nak senangkan pergerakan
manalah tau melaratkan diri




zzzyy


















No comments:

Post a Comment

tq, peace :)