Monday, July 31, 2023

Falsafah Sempoi

  credit to Ed Zabik


pic ambik dari FB 


Wednesday, July 26, 2023

SBEU Leadership Training & IRCs Day At Lundu (Part 3)


oh yeah!
hari terakhir course
hari ni aktiviti outdoors

despite of tido kul 2.30am
by 5.45 kena bangun 
ready tuk zumba kul 7am

awal sangat?
yalah berdua dgn orang kan
harus awal
so banyak masa tuk urusan bilik mandi
kat tempat baru camni
badan automatic
semua serba serbi malu
nak melepaskan hajat pun memalu
kang masa terlompat2 berzumba
terasa nak berak
camna????
hahaaaa


eh ingatkan aku awal
rupanya
ada beberapa coursemate
dah jogging seawal 5am
kat tepi pantai kan


ok
group aku Fireball
memang terkenal dengan on time
tiap kali kita memang group yg terawal
kita dapat 5 point extra kerna tu

zumba start exactly 7am!
tapi tak best sebab kat dalam hall
(sebab ni juga penganjur kena marah teruk
dgn bigboss)
nasib baik aku sebagai participant
bukan penganjur





fuh!! basah baju weh!!!
sejam tak stop
(tapi aku ada stop2)
stop minum
tekak asyik kering
sekali tu stop, keluar hall
cari udara segar

zumba berlangsung dengan jayanya
takda yang injured
ramai yang pancit

pastu rehat2 sambil menikmati breakfast
pepagi sini breakfast dia sedap
ada nasi lemak
ada kuehtiaw dan mee goreng
ada scamble egg, sosej
laksa sarawak ataupun mee jawa
minuman oren campur
kopi or tea
tembikai

pas siap makan
 semua balik bilik
kali kedua aku mandi
apa taknya
serba serbi basah kerna peluh


kul 9 semua berkumpul berdekatan dengan mini bar
group aku awal2 dah sampai
group paling puntual



sebelum treasure hunt bermula
kita bergambar reramai




by 9.40am treasure hunt bermula 
harus mencari 10 location tu qualified
nak extra mark
boleh main lagi another 10 location

meh layan pic kita buat 20 location




























group aku abiskan 20 location
dalam masa kurang dari sejam
pas abis semua
kita balik ke tempat mula tadi
when later on
found out
orang semua berkumpul 
dekat swimming pool
dan group aku yg terakhir

datang2 je kat tempat berkumpul
terus kena sergah dengan grup sebelah
tanya pehal
dorg taknak bagi tau
cakap sendiri mesti tau
aku dan grup aku
eh?? eh?? eh??
apa kes???
semua blurr

then baru diberitau
ada yg sengaja pindahkn fire extinguisher
oooww itu kes nya
baru faham
tgk kat wasap 
grup aku dgn another grup 
bergambar bersama extinguisher tu
dalam masa selang beberapa mins je
then grup terakhir sampai dah takda lagi kat situ
nasib ada tukang gambar jadi saksi
memang kita tak buat pun
takda masa nak main2 kotor
dok berlari sana sini 
pun dah sakit nak hadap
apatah nak angkut dan sembunyikan benda tu
so kita just diam je lah
nothing to argue

even camna dorg setel kan pun tak perasaan
kita pastu layan sendiri je
game je pun
takda lah serious sgt

next game
main lukis2 kat belakang
yang ni lucu
sangat2 lucu!!!

 


lukis harimau
sampai kat org terakhir
dah cam tikus lak

ular dh jadi cam cacing
gajah cam tikus
terbukti banker ramai yg tak reti lukis
reti kira duit dan
bermain dengan angka2 je




lepas game ni kita break sekejap tuk lunch
bersambung 2.00pm
balik chalet
sekali lagi aku mandi!!!
dah 3 kali ni


game terakhir
kita buat lego!!!
if lego budak yg besar2 tu ada lah
pernah buat sekali dua dgn dak ava
tu pun masa dia kecik2 dulu

lego yg kecik2 ni
fuh langsung tak pernah buat
nak satu kan dua keping lego je pun
dah terkial2



nah masa buat lego ni
baru semua senyap
kalau tak semua bising
ni memasing concentrate
group aku terakhir abis
lego yg paling susah juga
si baju biru sebelah mario brother tu
asyik nak tanggal je

part ni
ramai yang cam aku
tak reti nak buat
tak reti baca diagram dia
serba serbi kalut

dan bila dah tau...
ada yang gian
balik ari course ni
siap beli lego tuk buat sendiri
hahahaaa




selepas siap lego
CEO kita bagi kata penutupan kursus
semua menarik nafas lega
seronok memang seronok
tapi mostly dah keletihan
especially selepas treasure hunt tadi

sebelum balik ke chalet memasing
grup aku berlatih kali terakhir
tarian tuk malam nanti
tiap grup harus buat persembahan 
malam ada upacara nyalaan pit fire

bah..... sambung next entry



Tuesday, July 25, 2023

Kerabu_Mangga

pic & resepi credit to FB [Unknown]






 

Monday, July 24, 2023

SBEU Leadership Training & IRCs Day At Lundu (Part 2)


sambungan dari entry lepas

course hari ke 2, jumaat 14 july 2023
hari ni kita guna baju khas yang diberi
baju sponsor khas dari union
tuk miss tourism 2023

hari ni activiti 
bersama dengan penceramah jemputan
aku lupa lah nama company dia
dorang suami isteri
dulu suami dia kerja government
sebelum berhenti
dan membuka consultant company sendiri
belajar bidang psychology
session dia sangat menyeronokkan
banyak ketawa
banyak berintraksi
tambah lagi grup kitorang memang gila2

yang baju hijau tu dia
first time dia kena ceramah dgn org bank
asalnya mmg dia sangat nebos
dia risau semua serious je
sebab if pergi bank
org2 nya serious 
dan kelihatan stress masa keja
tapi dah masuk kelas kitorang
dia kata
antara kelas yg terseronok
terbaik dia pernah buat so far

participant 101%
sharing dedua pihak 
yang sangat berkesan
dia ajar dia juga belajar





sesi membuat task
buat monumen dari sekotak daun terup
dan segulung solatape
MESTI

tegap!
praktikal!
guna bahan sebaiknya!







ni antara monumen nya
grup aku yang kapal tu
disebabkan base dia dibuat dari kotak terup
disimpan juga daun2 terup sebagai pemberat
memang tegap lah
dibuang ke lantai
tetap berdiri
kita dapat markah tertinggi 6.5

tapi takda markah tambahan
sebab masa presentation
lupa nak sebut tentang
pertalian monumen dengan sosial intraction






yang ni lak 
sesi masukkan pencucuk sate
ke dalam belon yang dah ditiup
serious!!!
aku tak pernah tau
ianya bisa terjadi!!!!

tak caya??? 
korang try kat rumah
ni buktinya
aku almost berjaya juga
tapi baru masuk separuh
belon meletup!!!!
huh!! mencabar doh!
berpeluh teruk kaki tangan
aku kan memang tuk suka belon
aku risau bila belon tu meletup
tak juga takut
tapi geli2 lah







last session
kita main game keretapi
ketua akan disuruh
beri arahan guna wisel
tak boleh bercakap
hanya ikut bunyi wisel
dicanangkan juga
atas kain hijau
dibuang paku kecil
so kena hati2
errrrkkkk
ni dia grup 4
grup aku
dan paku tu memang ada k







course hari ke 2
berakhir dengan sesi bergambar
bersama penceramah
dan setiap orang dapat sebuah topi
yeah!!!





disebabkan hari ni takda kelas malam
lepas lunch
jum! kita berendam dalam swimming pool!!
ala tak seksi pun
aku berendam 
guna baju yang dipakai tuk course
semua camtu je orang perempuan
lelaki ada lah yg guna short





ala baru je nak berenang
stail ala2 dak anjing
(aku tak reti berenang banyak)
sikit je
betis terus cramp
issk!!
ketara sangat lama tak workout

pas berenang masuk bilik
layan phone
main game
kekawan lain ramai gak yang lepak
kedengaran dorang berkaraoke
tapi aku malas nak join
letih!
dan simpan energy tuk esok
outdoor activities

mata sign out at 2.30am
zzzz.................









 

 

Falsafah Sempoi

  credit to Ed Zabik


pic ambik dari FB 




Saturday, July 22, 2023

Selamat Hari Sarawak





22 Julai 1963
tentera British membebaskan Sarawak dari jajahannya
dan pada hari ini
Sarawak mula diperintah oleh
anak Sarawak sendiri

SELAMAT HARI SARAWAK



 


SBEU Leadership Training & IRCs Day At Lundu (Part 1)


assalamualaikum

kejadian khamis hingga ahad
minggu lepas

SBEU organised 
Leadership & IRCs day
kat SBEU Retreat Centre 
di pantai Siar, Lundu

SBEU (Sarawak Bank Employee's Union)
IRC (Inter Relation Committee)

aku kerja dengan Union sebagai wakil bank
aku bukan IRC
IRC ialah wakil dari branch
bagi sesebuah bank

setiap bank mesti ada sorg IRC
di ikuti at least 5 org committee
diorang ni yang jadi perantaraan
antara bank dan union

peranan aku lak committee tuk SBEU
apa2 perkara berkaitan bank dan union
kita org akan uruskan 
contoh

nego tentang kenaikan gaji
nego tentang benefits tuk member
ngadap org HR jika members ada masalah
buat branch visit ke branches
wakil bank ke persidangan2 union
uruskan kes2 mahkamah


ok berbalik ke activiti 4 hari 3 malam
kat retreat centre union sendiri
roughly about 40-50 participants
dari seluruh region

northern region
Bintulu, Miri, Limbang, Lawas

central region
sibu, mukah, sarikei, kapit, bintangor

southern region
kuching dan sekelilingnya


sebahagian dari miri dan lawas
10 orang keseluruhannya 





kat airport kita ditunggu
2 orang committee dari kuching
selepas sarapan semua
dalam 9.40am baru lah bas berjalan


perjalanan dari airport ke resort
ambil masa dalam 2 jam
perjalanan cantik
hijau especially area
yang berlatar belakang kan
gunung serapi






sampai kat resort jam dah almost menjejak 12 noon
perut dah joget2
yalah breakfast kat epot tadi
hanya minum kopi dan bubur kfc
 tapi sebab kan masa org tengah check out
memang belum dapat check in lah
banyak bilik belum settle


so kita disuruh lunch dulu
apa lagi
berdesap desup ke restaurant dia
para perserta dari kuching
memang dah cek in semua




selepas lunch baru dapat check in
tho masih ada lagi yg belum dapat
nasib baik chalet aku dah boleh
aku dgn roomate, camelia
mari tunjuk sikit view resort


tepi pantai
swimming pool dekat je dgn restaurant




tu bilik aku
tak jauh dari main building
ngadap pantai
sini siang pantai nya surut
malam pasang
menara peninjau
bawahnya mini bar
tempat kita dinner juga 
masa last nite course
takda kat tempat tu
depan dia didirikan khemah
tuk duduk2



1.30pm course bermula
semua berkumpul kat ballroom
bestnya sebab carpet baru je tukar kan
so kita course buka kasut
lega rasa kaki 
setelah setengah hari dalam kasut

simple welcome speech dari CEO, Andrew Lo
(baju kuning - pic bawah lagi)
briefing on simple house rules
intro tentang course ni
suai kenal sesama sendiri
kami juga dibahagikan kepada 4 kumpulan
untuk buat kerja2 berkumpulan



3pm ceramah dari JHEKS
Jabatan Hal Ehwal Kesatuaan Sekerja
oleh pengarah dia Pn. Dorrhea
which happen to be
kampung mate saya
pas dia abis dan class bersurai
lama juga saya chat dgn dia
baru tau dia dh pindah ke kuching
patut lama tak tengok dia balik kampung
dulu dia kat jabatan buruh miri







jam 4.30 selepas habis ceramah dari JHEKS
kami semua turut bersurai juga
bersihkan diri semua
sebab ada lagi yang belum check in
aku dan Cam cepat2 balik chalet
mandi semua rehat dulu
letih arrr
dari sebelum kul 6am dah terconggak kat epot
flight 7.30am
tapi biasa lah kan
guna airasia
nasib baik skrg boleh web cek in
ni masih kena awal
sebab nak drop bag memasing

selepas dinner
7.30pm sambung lagi course
tapi ok lah semua segar2
dah mandi
dan rehat

kita prepare bahan2 tuk presentation esok
memasing duduk dalam kumpulan memasing
kumpulan aku dapat soalan

what is your responsibility to SBEU as IRC

group lain:-

what is employees responsibilities in SBEU

what is committeess resposibilities in SBEU

what is EXCO responsibilities in SBEU


session berakhir kul 9pm
pastu semua balik bilik/chalet memasing
sempat juga aku lepak2 tengok sekeliling
jalan2 ambil angin malam
main buian sambil chitchat dgn kwn2 jap

dan malam pertama kan
harusnya tido lewat
belum selesa dengan tempat baru