Tuesday, October 31, 2023

Lunch Hari Ini


Hari ni lunch heavy
Rasa semua mau makan
Sebab breakfast minum kopi saja





Terung sambal
Faberet nii
Hari2 makan pun boleh





Daging, juga kegemaran





Umbut kelapa or kelapa sawit
Taktau lah hakak
Yg pasti aku suka
Bedal je lah labu! 
🤣🤣😆😆



 

Tinduh @ Ulat Sagu


hujung minggu aritu
mak apak dan adik pergi pasar minggu
selain beli umbut2
mak beli makan exotic yang satu ni
kita panggil tinduh
ataupun ulat sago / mulung
ulat ni terdapat dalam pokok2 sagu
yang sudah ditebang






sekarang dah jadi harga kayangan
sekilo boleh cecah rm50
yang ni agak murah
rm10 for 15 ekor
mungkin season
kekadang sekor boleh rm2 or lebih



 


aku memang takkan makan lah
tengok je dah geli
jauh sekali makan
maupun pegang




ulat sagu ni banyak di Mukah
ataupun Saratok

percaya atau tidak
mak pernah buat experiment
simpan ulat ni dalam bahagian sejuk beku refrigerator
dah keras berbatu ais
beberapa hari kemudian 
dia defrost
and ulat mulung ni masih hidup!!!
masih bergerak2 meskipun 
tak seactive dia sebelum disimpan






ulat ni bersih
dia makan pokok sagu tu
biasa orang masak goreng kicap
campur cili pedas

tah taktau camna rasa
aku tak pernah mkn
waktu kecik2 
masa belum tau apa2
ada lah makan tapi 
dah masak kan 
takda lah geli
mcm makan makanan biasa je


Monday, October 30, 2023

Today lunch

Assalamualaikum 
Salam monday semua

Today my RM13 lunch



Rendang ayam, ambik 2 ketul
Hirisan kecik je




Sambal belacan mangga






Buah pumpkin tumis daun pumpkin
Faberet ni




 

Petua Halau Semua - Part 2

 







Credit: Unknown

ambik kat FB

Sunday, October 29, 2023

Ahad And Foods


assalamualaikum n good morning
ada yang tengah kerja ke tu?
Sarawak cuti sabtu ahad
so here i am
breakfast on the bed
hehehe


a cup of Sacha Coffee
sedap, bau pun harum




makan bersama sate semalam
sebiji nasi himpit
dan kuah sate
sedap!
aku suka terutama sate daging ni
bila dah semalaman
pastu panaskan dlm air fryer
daging yg dah masuk rempah tu
akan rasa ala2 salai
naiiisss!!!





meskipun tengah sarapan sedap ni
bila upload gambar tadi
tetap teringin nak makan juga
kuehtiaw kolok semalam tu
makan kat M Kopitiam
tak pernah mengecewakan

bersama daging yg sangat2 lembut
masuk je mulut sedut2 sikit
terus dia hancur masuk ke perut
mabeles!! mabeles!!





sabar sabar
esok turun kerja awal sikit
boleh lepak breakfast kat sini lagi
sebenar bukan first time pun makan
dah kerap sangat
yet kuehtiaw kolok ni masih menyelerakan
kalau tapau tuk lunch
saya suka nasi pandan daging hitam
portion banyak
dagingnya empuk
yihh!!





 

Saturday, October 28, 2023

Falsafah Sempoi

  credit to Ed Zabik


pic ambik dari FB



 

Thursday, October 26, 2023

Rempah Dan Kegunaannya


pic credit to Unknown

dia panggil dia mama kat caption

Thank you mama sebab share kat FB

saya pinjam pic yea

biar sama2 maafaat tuk semua





 














Wednesday, October 25, 2023

Tuesday, October 24, 2023

Sakit Gigi

 






effect selepas cabut gigi kali ni
amat berkesan kat aku
aku yang biasa agak tough
apa2 sakit kat badan ni
or camna sakit doc mengubati
tetap aku kuat tahan
tapi kali ni

aku banyak mengeluh kesakitan
asalnya bukan sakit sangat pun gigi tu
gigi masih tegap tapi ada disemen
then ada lubang sebab semen dah crack
so bila kena makanan
ataupun yang paling azab sakit
bila kena air
memang berdenyut2

kisah nya camni
semalaman hari isnin minggu lepas tu
berdenyut2 gigi
sejam dua je dapat tido malam tu
pagi terus ambik EL nak pi dentist
aku pii lah UTC
lambat 40mins je pun 
dari waktu dorang buka
terus takda slot lagi tuk paginya 

aku try kat poliklinik lak
fuh senang je
walau ramai org 
service agak cepat 
ada  5 bilik doc beroperasi

yang sakitnya gigi bawah ke 2 dr belakang
tapi since wisdom tooth sebelah tu
 tak tumbuh rata
dia senget kena gigi yg ke 2 ni
so dentist cadangkan aku cabut 
aku tanya if cabut gigi yg tak sakit
[gara2 penyebab gigi sakit susah nak gosok]
takkan aku masih menahan gigi yg sakit ni
dentist tu kata takkan sakit lagi
sebab gigi dia pun camtu
malah dia kata gigi lagi besar lubang
buat seketika blurr aku
cuba nak faham sense nya

dalam blurr tak blurr tu
aku ikutkan je cadangan dentist tu
esoknya appointment kat dentist pakar
yang kat GH
since appointment 3pm
aku ambik cuti sebelah petang je
pagi kerja sampai kul 1pm

first time pii dentist GH
sebab dah ada appointment
memang tak lama lah
gigi kena xray dulu 
dentist tu kata kena cabut yg sakit
tak perlu operate gigi molar tu
yek yek yeah!!!
dalam hati dah nebos teramat sangat

cabut gigi
bius kali pertama
ciss!! sakit juga weh
nak kata doc tu tak pandai
dah tu kat klinik pakar lak
siap package dia bius pangkal lidah
2 3 hari juga sakit nak menelan
kan lidah tu sensitive

pastu dok pusing2 cabut gigi
sakit teramat sakit weeehh
dia suruh relax
sebab tgk kaki tangan dah mengeras
camna nak relax 
sakit sesangat
especially waktu dia pusing2 gigi tu
campur lagi dgn bunyi
yang seperti kita 
nak patahkan ranting kayu yang masih muda
dia masih liat then kita pusing2

minta bius sekali lagi
[if ingat rasanya, aku ngilu]
dia guna alat tuk cabut cam spanar tu
guna lak yang tuk korek2 gusi kita
alahaiiiii 
hingga sekarang 
selepas 6 hari gusi masih kembang

pastu bagi aku ubat kumur 
panadol
dan 3-4 kapas saja
 terduduk pening2 lalat aku pas dicabut
bergegar badan
dah lah aku pii seorang
risau juga kang takleh drive balik
dalam hati banyak2 doa minta dikuatkan

ni kali ke 3 aku cabut gigi kat dentist kerajaan
ni yg tersakit
yang 2 kali tu ok je
smooth
takdalah teruk sangat dia kerjakan gusi tu
sebab khamis dan jumaat aku virtual course
so takda lah sempat ke pharmacy beli ubat
weekend lak malas keluar sebab sakit gusi
monday kerja
terus pi pharmacy
beli painkiller dan 
ubat tuk gusi yg kembang

tah teknik dentist sekarang kot
ataupun memang kebetulan
SIL yang cabut gigi sehari earlier
pun sampai ke hari ni masih sakit
dia cabut kat dentist swasta
sakit yang amat sakit ni

harap dalam masa terdekat ni
jgnlah ada lagi gigi yg mogok
phobia rasa nak cabut lagi

camna korang?
pernah tak alami sakit yang teramat sakit
time cabut gigi??








Monday, October 23, 2023

Petua Halau Semut-Part

 









Credit: Unknown

ambik kat FB


Sunday, October 22, 2023

Pemandangan Indah Di Sekitar Kundasang, Gunung Kinabalu - Sabah



pemandangan gunung Kinabalu
dari tepian jalan raya
on the way
naik ke Kundasang / Ranau

sangat cantik
breath taking



 


 ni pula pemandangan 
dalam perjalanan ke homestay
di kampung mesilau
berlatar belakangkan gunung kinabalu
suasana yang nyaman, sejuk

 


Saturday, October 21, 2023

Nasi Goreng for Brunch


salam sabtu
hari ni duk rumah je
gusi bekas  gigi yang dicabut masih sakit
aku masih makan panadol
im not the panadol person
tapi kali ni aku tewas
tiap 6 jam aku makan
berdenyut2 kepala
telinga pun sakit
hari ni masih gak sakit
tapi tak sesakit beberapa hari lepas

memang tak plan nak ke mana2
lagipun tetengah bulan ni
poket dah kering
if keluar
confirm ada je yang nak dibeli
lelebih lagi miri sana sini
pesta makan2
nasib baik aku sakit gusi 
if tak tetap juga 
korek2 duit terakhir sebelum payday
tuk jalan2 cari makan

hari ni goreng nasi je tuk brunch
campur telur, sosej dan lobak masin
if selera aku
banyak lagi aku nak campak
tapi dak ava tu
very choosy
kang tak dimakannya nanti






lagi satu dak ava ni
tak semua nasi goreng
or mee hoon dia makan
kecuali aku yang masak
if orang lain jarang2 dia suka

k lah 
nak sambung layan 
kdrama King The Land
baru epi 4 ni
byee........


 

Friday, October 20, 2023

 





Me and My Bulus




assamualaikum
salam jumaat semua

hari ni masih virtual course
tapi teruk juga
tak boleh nak concentrate sgt
sebab rahang sakit
dah ambik panadol ok sikit
nak nganga pun sakit

tambah lagi hari ni ada part kira2
memang ke laut lah
aku just tengok je
malas nak kira mengira






tapi best ditemani oleh kesayangan berbulu ni
dedua pakat tidur
sebab aku on aircond
bangun je terus nak yeyak
pastu makan
ni petang nanti confirm tido balik





ni sebahagian dari my happiness
hilang stress tengok kerenah mereka







yang putih ni paling nakal
serta paling menyepah rumah
si mochi
adik beli kotak tempat tido
tapi agak kecik tuk dia
just muat2 je tapi agak kecil

see apa dia buat








taraaaa....
dah siap modified




nahhhh 
baru selesa nak lepak
takda yang menganggu depan tu
tak sempit juga






surprisingly lepas tu abis dia gigit
sekarang takda pula dia gigit lagi
either others side
pun takda dia nak gigit lagi
memang itu lah niat dia gak nya kan
clever girl mochi!








 

Thursday, October 19, 2023

Makan Bubur Nasi Sebab Dah Cabut Gigi


assalamualaikum
dan selamat pagi

hari ni aku ada virtual course
dah nama virtual 
memang otak ke laut juga tu
tangan layan pon
main game
msg kwn2 

tapi yang bestnya
duk atas katil berselimut
kopi tepi

yang tak bestnya
aku semalam cabut gigi
mak aiii sakit teramat sakit
gusi tu berdarah dari 3pm
sampai dlm 9pm baru stop

badan pun rasa dah tak best
sakit gusi
sakit kepala
seram sejuk
dah pekena 2 biji panadol 500mg

dak ava pun tak sihat
seawal 6am dah kat depan sekolah
then tengok dia keep on bersin
hidung sumbat
duk tunjuk muka sedih, sakit
aarrrhhh sudah
yalah2 my fragile girl
semalam bukan main dia bersukan
harini terus flu

ni aku bagi dia ubat flu yg mengantuk
masih lagi tido sebelah aku ni
pakai selimut
pakai comforter
kami berdua sama
sejuk2 pun tetap guna ekon
tapi berselimut litup
suka suasananya

nah orang sakit gusi
tambah pangkal lidah sakit
so pagi ni makan bubur nasi lah kekiter






k
kelas dah start dari break
have a great day yea
bye...