Sunday, August 7, 2011

Juadah Di Pasar Ramadhan

sabtu adalah hari kedua
aku pergi ke venue pasar ramadhan yang sama
iaitu yang terletak di perkarangan indoor stadium
terserlah pasar ramadhan sekarang
tidak semeriah dahulu

orang memang ramai
sebab orang2 ni sentiasa hunger for foods
tapi ramai yang hanya berjalan dari membeli
ramai yang hanya memerhati
ramai yang hanya bersiar-siar cuci mata

tengok juadah2 yang dijual pun sama je
banyak yang boleh didapati
di pasar2 malam setiap hujung minggu

lagipun kat venue ni ramai penjaja instant
yang hanya berjaja masa bulan ramadhan
bukan lah tak elok kan
malah amat baik demi menambah pendapatan
tapi yang tak best nya
diorang ni bukan yang biasa berniaga pun
ramai yang sekadar melepas batuk di tangga

kenapa aku kata camtu?
sebab ada 4 5 gerai tu
yang berniaga juadahnya sangatlah simple
takda daya tarikan langsung!!!
bayangkan hanya menjual paha ayam goreng
yang mana tengok saja pun aku tau tak sedap
masih keputih2an
seriously aku tahu pasti tak sedap
sebab aku ni pengemar ayam
even with only the looks aku dah dapat teka

then ada yang jual kuih lapis traditional
kau orang tahu kan kuih tu
diperbuat dari tepung saja
if suka tambah santan
masa kecil2 dulu aku suka
buat layer colourful
lepas masa makan seronok
kopek layer satu persatu

ni hanya dua layer saja dia buat
hijau dan putih
sehiris sebesar 2 tunjuk je
dia jual 50 sen!!!!
mahalnya!!!!!!!!!!
tahulah bahan2 semua dah naik
tapi sangat tak sesuai lah sebesar tu semahal itu
dah hampir maghrib masih berlonggok

bagi aku kalau berniaga camni
sekadar nak ambik bahagian je
elok tak payah
membazir dan membuat tenaga saja

lain lah para instant bizmen/bizwomen
yang bersungguh2
ada yang buat hanya satu juadah saja
tapi tetap menjadi tumpuan
sebabnya mereka betul2 nak berniaga
sedaya upaya melakukan juadah mereka
berusaha memenuhi kehendak pembeli
yang rata2 mencari kelainan di bulan ramadhan

yes.. seperti aku
mostly if pergi pasar ramadhan
sering cari makanan yang berbeza
dari yang ada ketika bulan2 biasa

tapi gladly sekarang dah berbeza dari dulu
even bukan masa bulan ramadhan pun
dapat juga menikmati pelbagai juadah
yang dulu hanya didapati ketika bulan ramadhan saja
tak perlu nak tunggu ramadhan2 lagi

hakikatnya sekarang ni
pasar ramadhan dah tak seperti dulu
tidak semeriah dulu
juadah2 yang dijual pun
mostly yang boleh didapati hari2
kurang keistemewaanya


zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)