Sunday, October 30, 2011

What a Week-N!!!

weekend yang tak memberangsangkan
tak boleh nak berambu ramba sangat

cuma sempat pergi ke tatoo exhibition
yang berlangsung tuk kali ke 2 nya di miri
quite international events
sebab ramai gak booth2 luar negara yang ada
contohnya holland, hongkong dan ramai lagi



berlangsung di dewan terabung
yang terletak di Eastwood Valley Golf & Country Club
ramai juga orang yang datang
tiket RM10 boleh digunakan 24 hrs
maknanya if kau datang pagi
tiket tu boleh guna tuk malam juga
reasonable kan



ni antara booth yang menjadi tumpuan
bertatoo mengunakan mesin traditional
cara yang digunakan pribumi native sarawak sejak dulu
bertatoo keadah ketuk
sebatang jarum dilekat kat sebatang kayu
then kayu tu diketuk perlahan2 membentuk ukiran
jarum akan dicelup dalam ink
mengambil masa yang lama dan sudah pasti menyakitkan
aku tak pernah berminat tuk bertatoo
menyakitkan sendiri
dicucuk sekali dengan jarum ketika sakit
pun sudah amat menyakitkan
apatah lagi dicucuk jarum beribu-ribu kali



hah, budak baju kuning ni sungguh excited
berpeluh-peluh training berjalan
meskipun mengantuk
tetap gagah diteruskan

balik rumah around 5.30pm
plan nya nak datang lagi kul 7pm
sebab ada persembahan nyanyian
dan yang menarik
ada persembahan mengantung diri
tah camna dia buat pun tak pasti
yang aku tahu
mamat indon tu penuh dengan piercing

tapi programme spoilt kerana aku
sakit perut sesangat
memacam cara tuk hilangkan
makan ubat pil chit teck aun
masih gak teramat sakit
sakit tapi bukan yang nak cirit birit tu
then minum air kelapa
ok skit ada lah lega tapi
masih kekadang amat sakit
dan belum nak berak gak lagi
minum susu tepung kaw
minum air cap badak
hah! kali niii sendawa dan kentut

sangat menyeksakan
seluruh sendi2 lenguh
seram sejuk seluruh badan
by 10pm baru ok
makan nasi sikit dan minum sup telur
awal malam nya ada lah cirit birit
pastu ok je

tapi......
hari ni sangat teruk!!!!
sikit2 terkuncil
sikit2 nak berak
ni 11.44pm dah makan nasi
baru dapat berkentut tanpa berak

suspected penyebabnya
aku makan heavy last friday
seharian breakfast je
then terus makan daging panggang sup smua
apa taknya perut terkejut
dan mengigit2

asalnya malam tadi taknak makan
then around 8pm mak ajak pergi pasar
beli daging tuk sup tulang
aku on je
lagipun saja mencari selera
pergilah aku mak and ava

lepas shopping tulang lembu, daging kambing
sosej, sayur2an
so nak beli pencuci baju kat servay supermarket
sebelum tu aku hantar barang2 ke kereta
takkan nak heret ke servay kan
mak dan ava aku suruh tunggu depan boulevard

tapi..bila aku balik ke boulevard tu
mak dan ava dah hilang!!!!
ohh mungkin dah duluan ke servay
masuk servay cari2 tapi takda
dah ler orang ramai sesangat
berkeliaran lagi cari sana sini

hp dan wallet semua dalam bag yang mak bawa
mula2 keluar gak asap dari kepala
tak mengikut arahan lah mak ni!!!!
suruh tunggu tapi tak gak tunggu2
masuk kereta lagi
bertenang sekejap
then keluar cari lagi sekeliling
tapi masih gak takda

balik kereta lagi cari siling
nak call mak
antara family, no mak je yang aku ingat
badan dah mengigil nervous
rasanya muka pun dah pucat lesi
memacam di fikiran
mana lak perginya mak dan ava
kidnap!! No!! no!! no!!

first dial no tepon mak
answering machine jawab
dial lagi
then cam ada orang sebelah
mak and ava!!!!!!
terus ambik ava ajak mak balik
dah takda mood nak pergi servay
hati dah sangat2 kesal

dalam kereta senyap je
bersyukur sesangat takda pa2 yang berlaku
mak ni memang sering tak ikut arahan
bisa jantungan if selalu camni

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)