Saturday, February 10, 2018

My bestfriend

25 tahun dah zaman sekolah menengah ditinggalkan
Tak terasa begitu lama dah masa berlalu
Aku  keluar je result SPM terus keja
Aku mohon keja pun guna slip result je
Hingga sekarang kat company yg sama
Aku sekolah bukan tak pandai
(mati lah puji sendiri 😆😆😆)
Result SPM elok, dapat masuk IPT
Tapi kerana kenkangan kewangan
Semua cita2 terbantut
Dulu mana ada IPTN tu semua
Yang ada hanya biasiswa
Tu pun susah nak minta
Anak petani cam aku mana ada chance
So perkara terbaik tuk dibuat
Keja je lah


Ramai batch aku camtu
Tak berpeluangan menikmati
Kehidupan sebagai siswa siswi
Tapi alhamdulilah
Ketika reunion tahun lepas
Majority berjaya dalam kehidupan
Kerja elok, gaji pun elok
Ramai yang dah jadi orang2 penting
Dalam sesebuah organisasi

Tapi malam tadi malam beremosi
Bestfriend post friendship appreciation kat FB
Aku sekolah dulu ada 2 bestfriend
Yang hingga sekarang masih rapat
Aku ingat rasa sayang kasih tuk mereka berdua
Dah pudar dek jarak n waktu
Marita (Nita) di KL kenal sejak 8 tahun
Kay di Kuching sekelas since darjah 1
N aku di Miri
Tapi malam tadi when we talk about it
Ternyata kasih sayang tuk mereka
Masih tersemat erat dalam hati
Aku rindu nita n kay 😭😭😭😭


































Kami bertiga mempunyai sais yang berbeza

Kay, kurus tinggi lampai
Selalu kena buli tuk berebut di kantin
Beli makanan masa rehat
Sering juga disakat sebagai bini popeye
Kurang involved dengan sukan
Lemah lembut antara kami bertiga
Sekarang dia kerja
Dalam bidang penghotelan

Marita, kecik molek
Paling kurang tinggi antara kami bertiga
Tapi dia antara ratu pecut sekolah
Aktif bersukan, ramai peminat
Klik aku ketika buat keja gila2 noty2
Sekarang dia English Teacher
Kat intetnational school

Aku,
Pendek dari kay
Tapi tinggi dari marita
Mempunyai rambut paling tak cantik
Jenis yang natural curly
Mesti sentiass pendek
Kalau  tak, cam rambut MJ
Ketika zaman Jackson 5
Tapi aku paling berdikari
Sebab tinggal dengan keluarga pakcik
Since darjah 1

Kerana ketidaksamaan itu lah
Membuat kami bertiga serasi
Ke mana2 saja sering bersama
If salah seorang takda
Memang cacat rasa pergerakan
Even sampai sekarang pun
Orang if berjumpa salah seorang dari kami
Mesti akan tanya about another 2

Next year kita plan tuk holiday bersama
Hopely niat tercapai
Despite of commitment memasing
Kay, nita
I will always love both of you
Till jannah
Insyaallah













zzzyy


2 comments:

tq, peace :)