Friday, March 23, 2018

Dari Bubuk Menjadi Belacan






Yeah!
Musim bubuk melanda Miri
Biasanya sekali or sebab musim sering tak menentu
Kdg2 datang 2 kali setahun
Bubuk (shrimp) sejenis udang yang halus
Sesuai tuk buat belacan, cencaluk, bubuk kering

Hari ni aku nak story tentang cara pembuatan belacan
Sapa peminat belacan sini?
Sedap tuk buat sambal
Tuk masak sayur mayur
Sedap tuk dibakar
Bagi yang suka belacan  cam aku
Apa2 yang ada belacan memang sedap












Niii dia bubuk
Dijual dalam RM5-RM8 sekilo
Dulu murah je pun
Dalam RM10 boleh dapat 3-5kg
Sekarang since kedatangan bubuk tak menentu
Tak macam dulu, biasa dalam jan-feb
Harga makin mahal
Tambah lagi dah di commercial kan
Semua serba serbi mahal





























Basuh dengan air bersih n banyak
Ni tuk menghilangkan pasar
Masa cuci tu angkat2 bubuk
Kan pasir selalunya mendap di bawah
So yang serpihan bawah tu takyah ambik lah
Tak berbaloi tuk berjimat
Nanti belacan berpasir






























Pastu campur dengan garam kasar
Jangan terlalu masin weh
Kang nanti susah tiap kali makan belacan
Tiap kali tu pun pressure darah mencanak naik 😁😁
Perap semalaman
Simpan dalam besen tutup dengan newspaper
Ikat tepi!

Esoknya jemur bawah matahari
Jangan terlalu lama, if panas terik
4-5 jam cukup lah

























Ni rupa dia dah dijemur n ready tuk ditumbuk
Dalam bentuk ni, if jemur kering
Kang jadi bubuk kering lah
Memang susah lah nak tumbuk
Tu le yang jangan jemur lama




























Mak masih guna lesung manual
Ada yang dah canggih diorg guna pengisar daging
Ok juga, stukrur halus
Tapi mak kan orang lama
Cara lama lebih sedap
Sebab bubuk tu tak totally hancur
Guna blender?
Its a no no no 🙅‍♀️🙅‍♀️🙅‍♀️




























Ni lepas tumbukan pertama
Simpan dalam besen tutup newspaper ikat tepi
Esok jemur lagi
Jemur tu kita cedok2 macam cedok nasi ek
Letak kat hamparan/ tikar
Tuk mengelakkan lalat, mak psg perangkap yang ada gam tu
Hah! Lalat tengok byk member dia dah lekat
Confirm kecut perut













Yang ni rupa belacan dah 2 kali tumbuk
Masih ada kasar2 n dah kering
Agak sakit tuk ditumbuk












Yang ni dah setel menjadi belacan sepenuhnya
Biasa akan dibulat2 bentuk silinder
Ready untuk dimakan

Ava yang tak suka makan sebarangan 
Sekarang tengah duduk dekat mak
Makan belacan!!😅😅😅
Begitu kuatnya penangan belacan














Bubuk juga boleh dibuat bubuk kering
Petua mak
If nak jemur bubuk
Masak air panas simpan garam secukup rasa
Pastu renih bubuk 3-4 minit
Angkat tos dan jemur
Tujuan merenih bubuk tu 
Agar bubuk tu berisi
Sebab masa direnih bubuk tu masak
Bila dijemur, isimya maintain
If kita jemur terus
Bubuk mengecut n takda isi
















Bubuk juga sangat2 sedap tuk dibuat cucur bubuk
Ughhhh telan liur tengok picha ni
Aku suka tepung gamdung campur tepung jagung sikit
So diluar rangup dalam lembut
Cecah cili extra pedas ABC
Huhhh! Mabeless!
Arrgg nak pergi beli bubuk



zzzyy



6 comments:

  1. minggu lepas pegi miri, tak sempat pi tengok org angkat bubuk dari laut .. rugi tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syg aarrg tak tgk. Pemandangan rare tu 😁

      Delete
  2. Ingat kan bubuk apa lah tadi. Hehe. Rugi siapa yg tak makan belacan 😍😍. Lagi2 kalau dapat yang fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa dr bubuk mjadi blacan. Mmg rugi tak mkn blacan fresh2

      Delete
  3. Baru tahu kewujudan nama Bubuk. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa... itulah mak abah belacan 😁😁

      Delete

tq, peace :)