Thursday, June 7, 2018

Happy 2nd Birthday Cloudy





Pejam celik pejam celik
Tak terasa dah 2 tahun 
Umur kucing rumah kita ni, si cloudy
Sebulan dari tarikh nii 2 tahun yang lalu
Ketika berziarah hari raya
Aku ambik dia dari cousin
Tapi seminggu kemudian 
Aku hantar dia balik
Kesian, tak pandai berdikari
Tak pandai makan lagi
Sebulan kemudian baru aku ambik di kembali

Sebenar dia sepasang
Sekor telinga colour oren kepunyaan aku
Yang sekor telinga colour pink, cousin punya
Cousin suruh aku bawa  dengan mak2 dia sekali

Cloudy kucing campuran
Mak dia, chinta, kucing biasa bulu 3 warna
Bapa, hamcie, parsi long hair
Kesudahan dia camni
Putih long hair



















Cloudy ni antara faberet dia ialah nugget KFC
Tapi dia tak pandai makan if nugget tu sekeping
Kena cebis hiris2 kecik
Tak reti makan ikan kecuali kau tulangkan dia
Masa kecik suka makan brand smart heart
Dah besar makan pro diet




























Masa kecik bulu sangat putih
Kekadang beralun seperti awan
Tu lah dinamakan cloudy
Muka memang maintain no feeling
Camtu je
Tak pernah nak senyum









Ni tuan dia
Nama je tuan, tapi jarang bagi makan
Mandi pun sesekali je
Tu pun sebagai penolong mak or bapa saja
Yang uruskan cloudy ialah mak
Menyalon dia pun mak
Buang taik dia mak
Selalu membebel dia pun mak
Tapi bila minta nak keluar rumah
Dia minta dengan mak juga
Which takkan pernah dibenarkan pun














Ni zaman kemerosotan dia
Hidung dan muka kurap
Macam2 guna tuk ubat
Minyak bekas gorengan ikan lah
Kunyitlah
Minyak gamatlah
Tah somehow kenapa tak terfikir tuk bawa vet yea
Mungkin sebab cloudy ni kucing 1st dibela
Yang mempunyai bulu panjang
Selama ni kucing biasa takda masalah sangat pun

Last month baru bawa pergi vet
Tu sebab mulut dia berbau 
Mula ingatkan luka biasa je dan pastu sembuh
Rupanya merebak
Daripada asyik keluar liur
Mulut basah sentiasa
Then liur menyebabkan mulut hitam

Di vet baru lihat
Ada bisul dalam mulut dia
Yang mengandungi nanah
Doktor jolok2, pecah berdarah
Bagi ubat bagi antibiotik
Sekarang dah beransur sembuh
Dia pun dh lebih aktif

Cloudy niii memang tak boleh dibiar keluar rumah
Sangat garang dan suka mengunfu miaw lain
Beberapa kali dia terlepas
Kali tu juga dia jadi hero tamil
Terkencing2 terberak2 miaw digaduhnya

Yang paling truk, ialah dia gigit pergelangan tgn bapa
Masa tu dia tengah bergaduh
Mak n bapa leraikan
Mak tarik dia
Pastu bapa nak angkat bawa masuk rumah
Dia yang masih aggresive terus mencekam bapa
Sipi2 je dekat urat pergelangan tangan
Berdarah truk

Almost pitam bapa masa tu
Nasib aku datang dari kerja
Terus bawa bapa pergi GH
6 litre air suling diguna tuk cuci
Kebetulan masa tu rabbies outbreak
Semua dah mula risau
Takut cloudy akan dibunuh juga
For next 5 days tiap hari doctor call
Cek keadaan bapa
Alhamdulilah nothing bad happen
Lagipun sebab cloudy kucing dalam rumah
Ok lah low risk
Kecuali lah dia ada bcampur dgn kucing liar

Kucing baru pas bergaduh
Memang darah tengah bergemuruh
Anything dekat dia memang  nak kena lah
Dia kan tengah nak defence sendiri
Pertua orang tua
Tuk menenangkan kucing lepas bergaduh
Kita tiup telinga dia
Tah betul ke tak
Tapi bagi aku, kes bapa tu jadikan pengajaran
Jangan dekati kucing yg lepas bergaduh
Memang diorang garang masa tu

Ok sekian cerita cloudy

Happy 2nd๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐Ÿฑ๐Ÿฑ๐Ÿฑ Cloudy





zzzyy





2 comments:

  1. wahh.. ada sambut bday jugak . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa dh mcm family, house cat ๐Ÿค—๐Ÿค—

      Delete

tq, peace :)