Friday, August 31, 2018

Kaset



Assalamualaikum
Salam merdeka
Selamat bercuti
Dan selamat bekerja bagi yang bekerja
Dengan doa agar semua pembaca
Sihat walafiat sihat sejahtera
Berbahagia sentiasa

Hari ni nak buat n3
Mengimbas kenangan sikit














hah mungkin ada generasi muda
Yang tak pernah tengok kaset ni
Zaman 70an 80an masih ada
Dan aku sebagai seorang peminat music
Agak banyak juga koleksi kaset ni
Tho  sekarang after  a few pindah randah
Lost track kat mana dah koleksi tu



Ni dia player nya cum radio
Sekarang dah jarang2 tengok radio jenis ni
Radio memang masih ada
Cuma yang ada kaset player dah takda sangat
Radio guna bateri

Ingat zaman kecik2
Ke hulu ke hilir mengusung radio ni
Gara2 nak dengar lagu dari kaset
Sambil lepak2 dengan kawan2
If main radio saja tak kuat makan bateri
If main kaset agak kuat juga
Bila bateri dah nak abis
Kau dengar kaset tu slow je nyanyian nya
Sebab tak boleh berpusing lancar

Dan yang best nya
Boleh rekod lagu dari radio
Contohnya jika lagu yang kau suka tu
Ada bermain di radio
Kau tekan button record terus dapat rakam
Dan nanti boleh lah dengar ulang2
Tak payah lah tunggu DJ radio mainkan



Tapi if dah kerap sangat main kaset tu
Kekadang dia akan kusut kat player tu
Ataupun putus
Sebab talinya agak sensitif dengan regangan
Memang peninglah
Just doa harap2 dapatlah diselamatkan
Sebab tali kaset tu if dah tak mulus
Lagu dalam tu akan rosak

Aku agak pakar dalam bab ni
If talinya kusut truk sgt
Dan ada bahagian yang dah bersimpul
Aku akan potong bahagian tu sikit
Pastu sambung dgn solatape
Biasa if case camtu
Bila main di player
Adalah seni kata lagu tu melompat sikit
Tapi takpa lah
Asal masih boleh dengar keseluruhan nya 😁

If terbeli radio yang takda function reversed
Ataupun fast forward
Hah... terpaksa lah buat manual
Ambik pen/ pensel 
Letak kat tengah lubang kat kaset tu
Satu je cukup yea
Pastu bertabahlah pusing ke depan or belakang



Pastu orang buat lah walkman
Guna dengan earphone
Lebih sesuai dibawa ke mana2
Tak kedabak besar pun
Boleh bawa dalam poket

Aku tak pernah ada walkman ni
Takda duit tuk beli
Radio je ada sebab ni family yang beli
Dulu dengan radio saja boleh buat pesanan
Especially pesan kematian
Tu yang memang tak boleh takda

Pastu dunia IT makin canggih
Aku pun bukan budak2 lagi
Bila dah masuk dunia  pekerjaan
Dah jarang layan lagu
Dah takda masa angan2 nak jadi penyanyi 🤣
Dunia aku sibuk mendengar kaset berakhir

Sekarang semua guna USB, dvd
Or paling siok
Layan je youtube
Tengok video terus
Senang kan


zzzyy



**All pic credit to Google

15 comments:

  1. Teringat zaman ini.. Sila lah ke blog saya https://akuman85.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. zaman kaset walkman dvd player seterusnya mp3 player before keluar ipod hahaha.. oh mai memories =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Selalu weekend penuh kedai kaset, bebudak window shopping 😊

      Delete
  3. Teringat zaman dulu.. time masa Ekin kecil zaman 90an pun still ada lagi kaset, radio and walkman tu.. rasa seronok main putar2 kaset tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa... waktu blm ada internet, ni lah hiburan

      Delete
  4. lejen ni!
    kaset still ada simpan lagi, tapi radio nya tiada ... so mmg tak boleh nak guna la kaset tu, simpan buat kenangan sajalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah, tak pasti asa ke tak lagi org jual radio jenis tu kan 😁

      Delete
  5. sempat merasa k walkman tok. hehe..

    Terima kasih kerana selalu terjah & komen blog ejulz ^_^

    http://ejulz.blogspot.com/2018/09/senarai-pengomen-tegar-ogos-2018.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa dolok ada walkman mmg rugged lah rasa kan 😊

      Delete
  6. hahahaha terimbau zaman kanak2 ngn remaja nih....
    kaset tu mmg sempat la akak kan anak 80an... dok la rakam mcm2 lagu....

    walkman tu masa kt U mmg peneman, tu yg kadang pekak sbb duk dgr lagu kuat2 hahahah...
    rindu zmn ini.... hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu pyebab rasa hebat kan ada walkaman sebab masa tu mahal, tak ramai yg dpt memilikinya. Rindu masa muda2

      Delete
  7. ada dulu. tapi dah buang.. kaset talinya bersimpul2...

    psstt... Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat juga yea. Anak2 kita mmg tak merasa lah. Wah jap nnt terjah blog mia 😊

      Delete
  8. HAHAHAHAHA bab pusing kaset cara manual tu paling menyampah. Rare betul kalau jumpa kaset dengan radio macam tu

    ReplyDelete

tq, peace :)