Monday, February 17, 2020

Japanese Souffle Pancake ku hangus!!!


assalamualaikum

asyik tengok2 resepi ni kat wall FB
cam senang je buat kan
cuba korang tengok video ni
senang kan 😍😍








ok
sabtu lalu
takda program
sekarang musim memacam penyakit
memang duk rumah je lah
taknak dok jejalan cam biasa buat tu

so mari kita tengok aku buat souffle pancake ni ek
sukat semua ingredients

Bahan A

2 biji kuning telur
1 sudu makan susu full cream
1 tsp esen vanila
33grm tepung kek
1/2 tsp baking powder

Bahan B

3 biji putih telur
1/4 tsp cream of tartar
2 tbsp gula halus/ aising



Resepi credit to: FB, Apa Kau Rasa


telur kuning digaul
campur susu full cream & esen vanila
gaul rata







masuk tepung + baking powder
aku guna tepung hongkong
gaul sebati juga

sini mistake dah bermula
mungkin sebab aku terlebih 5 gram kot
tepung dan telur bergaul
jadi nya seperti doh lak dah







aku mula panic
kan seharusnya cair elok je kan
so aku masuk susu full cream
nak bagi dia cair
tah berapa banyak taktau
sebab tak suka
as long dia menjadi cair cam dlm video tu
spoilt the resepi mmg kepakaran aku 🤣🤣





nah dah cair kan 
lalalaaaa...
dalam hati nebos weh
camna lah kejadian pancake ni nanti
resepi dah lari ni





ok kita pergi ke Bahan B
jeng jejeng
so far sekali je aku berjaya buat firm peak ni
or maringue yg perfect
untuk menghasilkan marinque yang cantik
putih telur tu harus takda benda asing
perkakas, bowl tuk buat pun
harus free dari air and minyak






pusing campur cream of tartar
pusing lagi
campur gula 





yeah!!!
berjaya! berjaya!!!



hati manyak sinyum oowww
firm peak menjadi




ni aku terbalik kan
tak jatuh weh
naisssss...


eh cam takda bukti terbalik kan
tu hah lampu kat atas tu
tak jatuh lah ni





campur sikit kat bahan A
gaul sebati




tu rupa dia dah bergaul
cam ok lah cair tu
hati masih berdebar weh
sebab aku dah daulat kat bahan A tadi








maringue tadi
dicampur dengan bahan A




di campur dgn cara kaup tangkup







bila tengok resepi kuali tak letak minyak
aku a bit risau
tak hangus ke?
emmm... cheat the resepi again
aku simpan butter kat kuali





tompok2 camni





beri air sikit dlm kuali tu





tutup and masak dalam 2 mins




tengok depan cantik
bila nak part balik2 kan
disaster happen!!!!
hangus wehh!

terus takda mood buat
kuali aku non stik lah ni
tapi so far ok juga
ehh taktau kenapa arr
perlu guna kuali non stik yang elok kot





nahh tuk selebihnya
aku buat 2 tompok je
dah takda mood arr



Rentung!!!!
arrrhh hakak is stress





nii close up dia







fluffy juga yea
mmg  lembut
rasanya... sedap!
seriously memang sedap weh
tapi tu lah kena guna kuali non stik 





hah part terbenci nak buat
cuci the aftermath
dan mengemas





portion resepi ni
cukup2 tuk seorang je makan arr
tak berbaloi the effort membuatnya

last2 masak nasi goreng
minum kopi 
tuk brunch





keseluruhan komen tuk resepi ni

pembuatan remeh
especially part buat firm peak/maringue
portion sikit je 

bukan aku tak galakkan buat kek
bukan salah resepi

tapi itulah
risiko bila buat kek ikut YT ni
lebih elok if ikut kat page resepi kek sendiri
and tengok pengajaran
dari yang orang2 biasa dah buat




zzzyy





8 comments:

  1. Susah juga nak buat Souffle pancake tu ye.. Kalau Sha memang give up awal2.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah shaa, nampak senang kan, dh buat, remeh nyer 🤣

      Delete
  2. uishh ssh jgk nk buat..
    kalo sy ngn kuali skali kena campak.. stress.. haha

    ReplyDelete
  3. hi hi hi hi...
    usaha dah ada tu, terbaik.
    bab bila nampak ia mcm fail, aida normally dah putus asa dah!
    tahniah kerana berjaya hingga ke akhirnya :)
    yes. bab mengemas tu yg mcm ya Allah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa usaha cam tak berbaloi lah aida
      remeh and part mengemas mmg tak best sesangat lah

      Delete
  4. hahahahha lawak aieee...terus bertukar ke nasi goreng...🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa
      yalah tek angan2 maok brekfest omputih lah kunun, skali fail terus selera local 🤣🤣

      Delete

tq, peace :)