Monday, May 4, 2020

Bahasa Melayu Sarawak



assalamualaikum
dah lama tak share bahasa local Sarawak
aritu belik2 FB Sarawak Aritok
terjumpa pic ni
so terus plan nak share kat blog




1. Mansaiya kita masih muda.
2. Kalau ada tugas yang perlu disiapkan, harus dibuat kinek2 juga.
3. Kek Lapis Sarawak selalunya memang rhgona warni.
4. Rumah saya warna gadong.
5. Mak suka guna baju warna kalas.
6. Air dari bunga telang warnanya engkodok.
7. Lowan kereta adik dilanggar oleh pemandu bas.
8. Mereka lepak di muka lang sambil membawang.😜
9. Semalam kak kiah membeli sep lauk yang baru.
10. Pak Abu terjatuh lalu melanggar ketel air panas.
11. Mereka dihidangkan seperah yang sedap.
12. Hujung tahun memang selalu ramai pengilan kahwin.
13. Kerana terlalu marah, Pak Abu mengejar Abu dengan ladin.
14. Gua Niah banyak sarang kelebar yang berharga.
15. Ava lari lintang pukang dikejar bagong.
16. Mereka duduk santai2 di kalan sambil menikmati suasana pagi.
17. Suar (Seluar) Abu koyak.
      Suar Pak Abu patah.
18. Tugas sebagai Diver harus ngelow ke dasar laut.
19. Bag Kiah terapong di permukaan kolam.
20. Demi menjimat air, Kiah mandi 3 timbak sahaja.
21. Tiap seorang dari mereka mendapat 3 kong kerang.
22. Musim PKP ni, eloklah melasik rumput belakang rumah            
      sambil2 bersenam.
23. Ava gap menghadiri intebiu.
24. Dia juga ngesep muka dengan alat solek
25. Kalau hendak menghadiri intebiu, kita tak boleh meher.





14 comments:

  1. orang saraawak kalau cakap fully sarawak org semanjung xfaham..hehe. tp srnk tgk org sarawak bercakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sebab banyak etnik kat sini, memacam bahasa, saya sdiri faham 2 3 bahasa je

      Delete
  2. dulu jiran saya org Melayu Sarawak..5 beranak dan bila bercakap Melayu tu kekdg pun susah nk faham..ahh rindu kat diaorg sbb dah lama balik ke Kuching

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😊😊 aah susah nak faham, selain bahasa melayu local yg general, tiap district ada bahasa melayu diorg tersendiri lak, mmg pening nak faham

      Delete
  3. Tak pernah lagi ada kawan org sarawak..hehe...kalau sabah tu ada la... dulu ernah belajar bahasa iban ke apa entah. mana entah blogger tu..lupa dah url blog dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. saya yg bahasa melayu general tu faham, tapi if yg bahasa district tu mmg ssh nak faham

      Delete
  4. Perkongsian yang menarik!
    Dapatlah belajar bahasa baru harini.
    Biasa tahu yang basic ja hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bahasa general melayu sarawak, ada banyak lagi ikut district

      Delete
  5. saya kalau orang cakap bahasa sarawak kena ada translator. kang terkebil-kebil haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. memang lain bunyi nya kan, biasa org mudah faham yg kamek=saya , kitak=awak

      Delete
  6. Ilmu baru..belajar dialek tempatan yg lain

    ReplyDelete

tq, peace :)