Tuesday, May 26, 2020

Hari Raya PKPB saya



assalamualaikum semua

raya ke 3 ni
baru berkesempatan update blog
 maka tuk semua
selamat hari raya kekawan
semoga bergembira di hari raya yea
walaupun masih dalam pkpb
walaupun tak boleh nak balik kampung



raya tahun ni 
hanya family terdekat yang datang
adik2 dan keluarga diorang

menu raya tahun ni

ketupat






daging kurma
faveret mak
tiap tahun buat kecuali tahun lepas
masak daging rendang
nasib baik dia kata sedap
if tak sian juga tengok dia kurang berselera
daging antara faberet dia masa raya






tahun ni first time buat satay sendiri
tapi bukan aku lah yg marinate
SIL buat dan dia dan adik mencucuk juga
tapi pagi raya
memang aku yang tukang panggang
if cam raya biasa
ramai org berkunjung
memang tak larat lah nak buat 😁





kuah satay



makanan eksotik
siput sedut sungai
masa balik kpg aritu
mak dan aunty pergi cari kat sungai
masak tumis bawang je
antara faberet family
sebab lain dari lain





yang ni menu yang mengecewakan
aku tak reti sangat masak umbut pisang
tapi adik request 
so aku test and try masak lah

masak campur ayam pencen
so aku tumis dengan serbuk kari 
pernah sekali dua je masak camni
sedap!
tapi bezanya tu masak sikit je
ni masak dengan 4 ekor ayam pencen
bila masuk umbut dalam kuali terus down mood
sebab umbut bertukar hitam
semalam elok je dia berendam dalam air garam
walaupun warna takda effect dengan rasa
tetap tak puas hati tengok
terus cakap kat mak
resepi umbut hitam putih pkpb

surprising rasa not bad
family cakap sedap just spoilt
ayam tua hancur!!!
salah step masak
seharusnya aku masakkan dulu umbut
pastu baru masukkan ayam tua
sebab ayam tu dah dimasak dgn pressure cooker
lesson learn here






ni courtesy tuk bebudak
ayam goreng KFC je
adik yang belikan







Biskut raya buat 3 jenis je




mulanya malas nak buat
then since dah beli cornflake
terus buat cornflake telur masin
mula makan cam tak berapa nak suka
dah ari ke 3 ni duduk elok2 makan
tak sedar abis sekontena kecik 🤣🤣




ni je yang aku tak buat
muruku ikan memang faberet
tak kira raya
memang selalu beli buat kudapan






kek pun 3 jenis
yang kuning tu SIL buat




masih cuti raya ni
aktiviti pepagi bangun tidur
bawa cawan kopi 
duduk ngadap kek dan biskut raya
heheee

selama ni selalu busy je beberapa hari
ni lah kesempatan tuk relax2
dan menikmati suasana hari raya kat rumah sendiri

enjoy dan stay safe semua

zzzyy













16 comments:

  1. banyaknya makanan...

    Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

    Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.. makan2 dgn adik beradik saja, hari tuk makan tidur makan tidur, repeat 😂 sure akan dtg jenguk rumah, eh blog 🤣
      slmt hari raya juga

      Delete
  2. Fuhyoooo.. Banyakk menu..kek pun pelbagai...and yg pasti, relax sikit..Kan.. Salam Aidilfitri yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tuk makan tidur mkn tidur, beraya dgn adik beradik je. mmg relax kali ni. banyak masa tuk bercerita panjang
      salam aidilfitri juga yea

      Delete
  3. Selamat hari raya, Kak Shirven. Pertama kali nampak orang masak dagung kurma masa raya. Saya pernah makan ayam kurma je. Daging kurma tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya juga jannah. daging tu tiap raya buat kecuali last year buat rendang. if kurma ayam, ada kurang sikit peminatnya. daging sedap

      Delete
  4. Ramai serta meriah juadahnya
    Salam raya PKPB

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam raya juga wak. saja menjamu adik beradik je, santai2 relax makan

      Delete
  5. selamat hari raya..mcm2 menu..ada menu siput..rare sgt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt hari raya juga sis. haha siput tu special menu tuk mak2 abah

      Delete
  6. Selamat hari raya PKPB
    Maaf zahir batin ya!

    ReplyDelete
  7. SALAM AIDILFITRI dari aida ye.

    aida raya sorang je di sini. adik beradik ipar duai semua di lembah klang.
    hu hu hu bertabah jer la aida kat sini, ShirVen. sedih rasa hati...
    biskut raya? satu pun aida tak buat.
    konon nak buat kek, hmmmm tak buat jugak. mood ke lautan hindi!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...siput tu sedap ke mcm siput sedut ke?

    Sate...rasa mcm nak buat je sate

    ReplyDelete

tq, peace :)