Did you know?
1) Nabi Hud datang daripada kaum Ad, sebuah kaum yang tinggal di tempat bernama Ad yang suatu ketika dahulu terletak di antara Oman dan Yemen. Kini tempat dan seluruh kaum Ad tersebut telah pun tiada.
2) Kaum Ad badannya bersaiz sangat besar dan sangat tinggi bagaikan gergasi. Mereka mempunyai segala jenis kekuatan; kekuatan fizikal, kekayaan yang melampau, kuasa politik, peradaban yang paling maju, kebijaksanaan dan banyak lagi.
3) Mereka juga boleh hidup beribu tahun lamanya dan setiap daripada mereka dapat melahirkan ratusan anak. Mereka terkenal dengan rumah-rumah yang terlampau besar. Kayanya mereka ini sehingga mampu bina istana mewah di atas gunung-gunung hanya untuk bermegah-megahan bukan untuk dijadikan tempat tinggal. Dikatakan sehingga kiamat pun tidak akan ada istana sehebat istana yang dibina kaum Ad. Selain itu, kuatnya mereka sehingga mampu mencabut pokok dengan menggunakan tangan sahaja.
4) Allah sebut di dalam al-Quran, kaum Ad merupakan kumpulan manusia yang paling hebat pernah dicipta; tiada manusia yang pernah dicipta seperti kaum Ad sebelumnya.
5) Namun kaum Ad merupakan kaum pertama yang memperkenalkan penyembahan tuhan selain daripada Allah selepas zaman nabi Nuh. Mereka menyembah berhala.
6) Allah menghantar seorang nabi di kalangan mereka iaitu nabi Hud yang tidak putus-putus berdakwah kepada mereka untuk bertaqwa kepada Allah. Seperti kaum nabi Nuh, mereka menghina, mencaci dan memperlekehkan nabi Hud. Nabi Hud berdakwah lagi, “Ingatlah bahawa kamu adalah keturunan Nuh yg terselamat dari malapetaka, bertaqwalah kepada Allah!” Mereka lemparkan pelbagai tuduhan kepada nabi Hud. Mereka mengatakan baginda seorang yang gila, dirasuk hantu, penipu dan sebagainya.
7) Kaum Ad mencabar nabi Hud, “Di mana tanda-tanda tuhanmu? Tunjuklah! Kau kata tuhanmu akan menghukum kami, tunjukkanlah! Tiada siapa boleh menghukum kami kerana kami terlalu kuat.” Kaum Ad sangat bongkak. Kemudian mereka bertanya lagi, “Siapa yang lebih kuat daripada kami?”. Mereka lupa bahawa Allah jauh lebih kuat daripada mereka.
8 ) Nabi Hud mengangkat sumpah bahawa baginda tidak terlibat dengan kejahilan kaum Ad dan baginda percaya kepada Allah. Kemudian nabi Hud mencabar mereka pula, “Lawanlah aku! Kalau kau betul-betul kuat, lawanlah aku! Sesungguhnya aku berserah kepada Penciptaku.” Selepas mendengar cabaran nabi Hud itu, mereka tidak berbuat apa-apa seakan tergaman. Terdetik dalam hati mereka sekelumit rasa takut dan percaya.
9) Nabi Hud berdoa kepada Allah untuk tunjukkan kebenaran. Maka Allah turunkan musim kering di negeri Ad selama 3 tahun. Kaum Ad mula meminta-minta dari ‘tuhan’ mereka untuk menurunkan hujan.
10 ) Nabi Hud berdakwah lagi. Nabi Hud berpesan sekiranya mereka mahukan hujan, mereka perlu beristighfar dan bertaubat. Maha Pencipta akan mengurniakan hujan yang indah dan lebih banyak kekuatan kepada mereka. Namun kaum Ad tetap berdegil.
11) Kemudian datanglah langit hitam di atas mereka. Mereka sangat gembira kerana beranggapan langit tersebut sarat dengan air hujan. Namun yang turun adalah angin taufan yang tersangat kuat, sejuk dan bising, selama 7 malam 8 hari. Angin tersebut telah memusnahkan seluruh Ad dengan amat dahsyat. Hancurnya mereka dek angin taufan itu sehingga tiada sedikit pun yang tinggal. Begitulah kepupusan kaum Ad.
12) Pengajaran yang boleh didapati adalah sebelum Allah menghukum seseorang atau suatu kaum, Dia kurniaka pelbagai nikmat - harta, perempuan, kuasa, zuriat, kecantikan dan banyak lagi. Apabila kita leka dengan keseronokan nikmat dunia, Allah berkuasa untuk mengambil semuanya semula. Ingatlah segalanya adalah milik Allah dan kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
https://www.facebook.com/
skrg baru sy tahu kisah sebenar Nabi Hud dan kaum Ad. Thanks for sharing..
ReplyDeletesama2 tuk pengetahuan semua dan sendiri juga
DeleteAlhamdulillah. Perkongsian ilmu yang sungguh bermanfaat. Dulu selalu dengar cerita entang 25 para Nabi Allah. Sekarang, kena buka semua buku, baca, atau selalu dengar perkongsian ceramah dan tazkirah.
ReplyDeleterefresh memory tgh kisah2 nabi
DeleteAlhamdulillah..bertambah lg ilmu..kdg2 lupa kisah2 Nabi ni,yg dibaca dizaman sek rendah..
ReplyDeletekan. ni sama2 tuk kita refreshing memory
Deleteteringat tengok jejak rasul bulan puasa haritu..
ReplyDeletethank you join birthday giveaway haritu
https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/keputusan-birthday-giveaway-anisa-anuar.html
syawal kali ni saya tak tengok walau satu episode pun jejak rasul, dulu memang ditunggu2. skrg dh jarang sgt tgk tv
DeleteI miss reading something like this. Thank you so much for sharing this.
ReplyDeletewelcome ray, kita sama2 refreshing memory
DeleteTerima kasih kerana berkongsi... Good time to refresh memory sikit...
ReplyDelete